Friday, September 5, 2014

Jom Singgah : Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin, Putrajaya

Masjid Besi, Putrajaya.

Kualiti tak berapa cun sebab pakai iPhone jer. Enjoice.

Pintu gerbang

MASJID TUANKU MIZAN ZAINAL ABIDIN

Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin diambil sempena nama Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong XIII, Al-Wathiqu Billah Tuanku Mizan Zainal Abidin Ibni Al-Marhum Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah. Mula dibina pada 5 April 2004 dan telah diserahkan pengurusannya kepada pihak Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) pada 19 Ogos 2009.

Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin terletak di Presint 3, Putrajaya bersetentangan Istana Kehakiman atau "PALACE OF JUSTICE". Lokasi masjid yang strategik dan menarik, di tepi tasik Putrajaya akan menjadi tarikan pengunjung dalam dan luar negara. Kilauan dan limpahan cahaya lampu pada waktu malam pastinya akan membuatkan pemandangan bertambah indah bagi pengunjung yang menginginkan kedamaian dan ketenangan jiwa.

KONSEP PEMBINAAN

Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin boleh memuatkan 20,000 orang jemaah dalam satu- satu masa dibina untuk tujuan sebagai pusat ibadat yang selesa dan pusat perkembangan ilmu kepada masyarakat sekitar dan luar negara. Juga diharapkan turut berperanan dalam menyebarluaskan usaha dakwah serta menjadikannya sebagai sebuah institusi pelancongan ibadah antarabangsa.

Masjid yang bernilai RM 200 juta ini merupakan satu-satunya masjid yang pembuatannya menggunakan 6000 tan besi atau 70 peratus bahan binaan dengan baki 30 peratus konkrit. Komponen utama pembinaan masjid ini ialah bangunan masjid dan Kiblat Walk iaitu laluan pejalan kaki yang menghubungkan Kompleks Perbadanan Putrajaya (PJC) dengan Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin.

KONSEP REKABENTUK

Masjid ini mempunyai 3 konsep rekabentuk iaitu “angin, sederhana dan telus”. Bahagian dalam dewan solat utama tidak menggunakan kipas atau penghawa dingin sebaliknya menggunakan teknologi gas penyejuk udara "Gas District Cooling". Berhampiran ruang solat utama turut dikelilingi kolam air sudah pasti membuatkan para pengunjung dapat menikmati suasana udara segar yang dingin dan nyaman.

Rekabentuk dalaman yang unik Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin dengan tulisan ayat-ayat al-Quran yang dilakarkan dalam lapisan kaca setinggi 13 meter yang ideanya terhasil daripada campuran kesenian Jerman dan China. Bahagian kanan cermin dinukilkan ayat 40 hingga 47 surah Ibrahim manakala dibahagian kiri ayat 148 hingga 153 surah al-Baqarah. Pintu utama menuju ke ruang solat utama pula kelihatan ukiran ayat 80 surah al-Isra' dan pintu gerbang utama diperbuat daripada binaan konkrit putih yang dilatari tulisan kaligrafi 99 nama Asma' Ul-Husna.

Kubah masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin diperbuat daripada besi tahan karat, dewan solat utama dikelilingi dengan marshrabiyah screen yang terdiri daipada "lattice" dan "architectural metallic wailing screen" yang berfungsi sebagai telus cahaya dan angin. Selain itu, masjid ini mengunakan teknologi ultrasonic yang digunakan sebagai penghalau burung daripada memasuki masjid.

Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin mempunyai identitinya yang tersendiri. Senibinanya dibina tidak mengikut senireka Arab sebaliknya campuran kesenian Jerman dan China. Idea seni yang unik memperlihatkan kalimah "ALLAH" daripada pandangan bawah bahagian dalaman kubah. Selain itu, masjid ini dengan tidak mempunyai menara berbanding dengan masjid-masjid lain.

Direction

Facade ke arah masjid

Nama nama Allah di dinding

Facade

Masjid Putra dari Masjid Besi

View

Kolam air yang mengelilingi dewan solat utama

Dinding

Kubah dari arah dalam masjid

Dewan solat utama

Senaskah Al Quran

Mimbar

Dinding hadapan

Kubah besi

View sebelah lagi

Bumbung luar

Pintu masuk

Dari pintu utama

Pintu masuk utama

Facade ke arah Dataran Putrajaya

Black and white

Perkarangan masjid

Masjid Besi

Masjid Besi dari arah bertentangan

Aku rasa, this is one of the cantik-est masjid in Malaysia !

Rasa tenang jer. Lagi amazed bila fikir masjid yang open konsep macam ni tapi tak de beburung terbang riang keluar masuk sesuka hati mereka. Adakah mereka pergi berhijrah ke tempat lain?

Jangan tanya aku cemana beburung tak mao masuk. Pegi baca yang atas atas tu, penat berpeluh ketiak aku cut and paste !

Salam Jumaat !



Pada hari bulan tahun
Detik menit diriku bernafas
Ada gelombang mengerah
Memaksaku menghentikan semua

Kuhentikan kegilaan hidup
Denganmu jiwa ini terisi
Aku mencintai engkau
Begitu besar tak terbandingi

Namun bila saatnya aku harus pergi juga
Tinggalkan engkau tinggalkan semua

Hijrah cintaku menguatkan alasanku
Untuk menjadi manusia lebih baik
Namun saat sinarnya datang
Menjemputku mana mungkin aku berlari

Aku harus meninggalkan semua cinta ini
Dan bila nanti bertemu dia kumohonkan
Kembalikanlah kami satukanlah lagi
Di surgamu ya Allah

Segunung kepingan dinar
Tak bisa mengalahkan kilau cintaku
Bahagiaku melihatmu
Mampu tersenyum kalahkan getir

8 comments :

  1. Banyak majlis pernikahan dijalankan di sini.

    ReplyDelete
  2. Saya suka sekali singgah dan sholat di masjid ini jika sedang ke Putrajaya. Selain dapat menampung banyak jamaah, ada juga view tasik putrajaya.

    Salam kenal dari Indonesia :D

    ReplyDelete
  3. MKL : ya..ramai yang ambik berkat kot...


    Indra : salam kenal. terima kasih

    ReplyDelete
  4. Pernah solat di masjid ni, ehhh Jm ni itu pun nk bg tahu ke!

    ReplyDelete
  5. pakai ipohone pun cantik jugak gambar. Terima kasih info.

    ReplyDelete
  6. JM : ok la tu. ramai org berkeinginan nak solat sini tapi x berkesempatan..

    aku ni pun baru gi 2 kali walau selalu pegi putrajaya.

    sebabnya. malas nak parking jauh jauh....



    ali : adhoc. x bawak slr so belasah je la pakai iphone.

    cuaca cerah jadi cun la jugak..

    ReplyDelete
  7. Meng,nilah tempat aku first dating..hamboi2..xdelah..lps bukak puasa kt alamanda,laki aku ajk terawih kt msjd besi sbb mase tu br bukak..
    So mmg aktiviti ktorg,every year puasa,mesti mcm acara wajib utk g terawih kt sini..
    Raya thn ni pn aku solat situ sbb mak buyung xblh blk kg daaa..huhu..
    Apa2 aku rs msjd besi lg selesa dr msjd putra..kt sini lbh tenang n selesa..

    ReplyDelete
  8. DATT : muslimah betul ko dating kat masjid.

    anyway mak buyong bila nak bersalin?

    take care DATT !

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...