Monday, July 25, 2016

Trip Penang 2016 | 08 : JJCM Penang - Part II : Serata Raya Georgetown

Masuk bahagian ke 2 Jalan Jalan Cari Makan di Penang kali ni cover area Georgetown yang sempat aku buru walaupun end up tak semuanya dapat di nikmati.

Ada yang cuma sempat singgah tapi tak sempat nak makan sebab orang ramai dan aku kejar masa. Ada banyak acara kena turut serta dan jugak time nak balik dah nak kejar flight.

Apa apa pun aku share sikit mana yang aku sempat terjah.

01. JERUK MADU PAK ALI, CHOWRASTA

Tapi yang penting, dah sampai Penang, Jeruk Pak Ali di lupa jangan !

Chowrasta untuk mencari Jeruk Pak Ali

Borong habis habisan ! Bergelora perut makan jeruk banyak banyak.

JERUK MADU PAK ALI
423 & 425, Jalan Penang,
10000 Georgetown Penang,
Malaysia.

Jangan risau, now dah banyak cawangan. Boleh refer sini : Jeruk Madu Pak Ali Penang. Masa on the way ke airport pun nampak ada gerai di buka tepi jalan sebelum sampai airport.


02. KASSIM NASI KANDAR

Kassim Nasi Kandar

Berhajat nak singgah makan nasi kandar di sini. Tapi tak dan. Tak de rezeki.

KASSIM NASI KANDAR
Restoran
Alamat: 14, Jalan Gurdwara,
10300, Georgetown,
Pulau Pinang,

03. HAMEEDIYAH RESTAURANT


Sebab gagal nak makan kat Kassim Nasi Kandar. Last day tu sebelum ke airport nak pegi Hameediyah Restaurant ni.

Sampai sampai tengok.

Ramai la orang beratur. Memang tak dan !

Terkubur harapan lagi sekali nak pekena nasi kandar

HAMEEDIYAH RESTAURANT
Alamat: 164, Lebuh Campbell, George Town, 
10200 George Town, Pulau Pinang, Malaysia

Telefon:+60 4-261 1095
Masa: Dibuka hari ini · 10:00PG–10:30PTG

04. NASI KANDAR BERATUR

Lalu je. Tak sempat singgah. Lagipun siang siang tak bukak. Tak de rezeki jugak

05. ROTI CANAI TRANSFER RD

Nak pekena jugak. Aku pernah try dah sini dulu dulu.

Tapi !

Parking tak der.

Ada sekali tu datang malam lepas balik dari Hard Rock tapi tutup pulak.

Memang tak de rezeki jugak la ni.


Terkenal dengan roti canai dan roti bakar telur goyang

ROTI CANAI TRANSFER RD
Jalan Transfer, 
10050 George Town, Pulau Pinang, Malaysia

06. SUP HAMEED

Aku pernah datang makan kat sini masa trip dulu.

Dah review dah sini dulu :  Sup Hameed - 2014

Sup Hameed Penang

Sebab tak dapat makan roti canai kat Transfer Road. Konon nak datang makan roti canai kat sini. Dulu aku datang ada, sekarang dah tak der !

Tutup dah. Maybe dah kaya raya dah sekarang ni tokey roti canai tu.

Masih menjadi port santai warga Penang

Orang pekena sup kat sini

Sebab aku tak makan kambing dan daging, end up makan maggie goreng jer. Tak sedap lak tu !

SUP HAMEED
48, Penang St, George Town, 
10200 George Town, Pulau Pinang, Malaysia

07. ROTI CANAI JALAN ARGYLL  

Walaupun tak dapat makan telur goyang di Transfer Road, tapi aku ada rezeki pekena roti canai di Jalan Argyll ni.


Roti Canai Jalan Argyll


Makan kat sini


Padahal baru lepas breakfast kat hotel. 


Peluh merecik tu yang menyedapkan roti kot. Ahaks...


Apa apa pun, aku kenyang gila kot. Makan sekeping pun tak abis.


Plus roti dia kuah kari kambing ! Loya pulak aku jadi nya..Tapi aku rasa macam tak sedap mana roti canai sini or memang aku kenyang tahap dewa time tu. Dah tahap paksa diri nak makan.

ROTI CANAI JALAN ARGYLL  
Jalan Argyll, 
10050 George Town, Pulau Pinang, Malaysia

08. ALL YOU CAN EAT DURIAN

Hahaha. Iklan je. Tak singgah pun. Tak de rasa nak makan durian pun time kat sana.

09. LINE CLEAR NASI KANDAR

Lalu je. Nak singgah makan tengok orang ramai gila. Tak jadi nak singgah sebab tak de banyak masa.

Tapi aku kat airport Penang dah ada bukak cawanagn Line Clear satu. Harga pun boleh tahan mahal kat situ. Aku tak try pun.

Dan kat KL pun dah ada bukak cawangannya di Kg Baru. So bebila nanti boleh terjah ke situ jer.

10. MAJ CAPATI RESTAURANT

Sepupu aku la racun kata kat sini capati paling sedap. Aku bukan minat sangat capati tapi teman je lah orang orang yang nak makan.

MAJ... tak tau la apa maksud dia. 

Haaa dah tau dah kenapa dia sedap kot

Aku tak minat capati so aku tak de rasa nak makan. Jamah je. Bagi aku biasa biasa je rasa dia. Hahahaha.

Tapi aku lapar nasi. So aku makan nasi kat sini jer. Of all places yang aku pegi asyik tak dan nak makan, orang ramai etc.

End up aku makan di sini. Verdict nya... failed ! Sejuk nasik dan lauk pauknya. Sendu je rasa.

MAJ CAPATI
Lebuh Ah Quee,
10200 Penang, Pulau Pinang, Maláysia

Tapi tu la rezeki yang sempat aku singgah makan, singgah nak makan tapi tak sempat, tak sempat singgah dan macam macam lagi.

Bagus jugak tak de la aku bedal makan macam macam. Tapi tak best jugak sebab tak dapat memenuhi keinginan diri.

Maybe kena datang lain kali dan aturkan acara mana nak makan dan bila nak makan. Kena kosongkan perut betul betul bagi memastikan kenikmatan makanan tu dapat dirasai nanti.

Apa apa pun, di Penang, makanan banyak dan pilihan pun banyak. So..... enjoice !!!!!!!!!!!!

* campak penimbang berat dalam kandang gajah 

bersambung........................

12 comments :

  1. Itu x makan, ini x makan, hokni tutup, hoktu failed... Hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu ah... gigih doh tapi rezeki tak dop... cuba lagi lain kali.

      Delete
  2. Replies
    1. tu lah. dah sampai pun x dpt jugak. Tuhan tak bagi la tu. Kena pegi lagi Penang ni

      Delete
  3. Tak tahan dengan godaan Jeruk Pak Ali.

    ReplyDelete
    Replies
    1. di Kl pun dah merata kiosk2 dia.. senang dah nak cari. x perlu ke penang dah

      Delete
  4. Bebaru nih ada visitor from Kuala Lumpur bawak jeruk madu nih .... satu mangga dan satu buah pala ! Yang buah pala tuh, semua orang kat sini kata taste funny ... kita since orang tak suka, siap bawak balik lagi !!!

    Terliur liur tgk makanan semua nih!

    ReplyDelete
    Replies
    1. dia org tak biasa la kot buah pala tu....

      dlm byk2 brg dia bawak jeruk?? makan pickle timun je la kat sana banyak kan?

      Delete
  5. oitt.. sedap la roti canai jalan agryll tu..

    tajuddin hussin x try ke? blh minum rasem..

    ReplyDelete
    Replies
    1. maybe sedap tapi aku dah kenyang sgt baru lepas breakfast kat hotel... hilang nikmat kala perut sendat.

      tajuddin tak try lagi. next time !

      Delete
  6. Dulu heboh cerita roti canai dengan sipenebar yang pakai cincin.....tapi saya makan jer...suka yang transfer road roti canai.

    ReplyDelete
    Replies
    1. selagi tak nampak belasah je la kan?

      dah nama pun sedap. Janji tak keracunan.. hehehe

      Delete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...