Monday, February 9, 2015

Santai Di Ibu Kota : Somerset Ampang, KL - Part 1

Ini trip bantai bersantai di KL saja masa cuti sekolah dulu.

Biasalah aku ni kalau bercuti nak drive jauh jauh keluar kota adalah malas. Jadi, kita lepak lepak kat hotel di KL je pun dah kira bercuti.

Lagipun bercuti di kota ni tak payah spend untuk minyak dengan tol banyak sangat dah. So boleh duduk hotel best best skit. 

Hotel pilihan adalah di Somerset Jalan Ampang. Sehari sebelum pegi bercuti baru decide. The best part tentang hotel hotel di KL ni especially business hotel, harga dia orang tak berbeza sangat weekend dengan weekdays. In fact, weekend pun harga bilik adalah berpatutan dan lebih murah dari weekdays.


Ya la.. orang datang for business hari keje jer. Aku ni je yang suka suka menjadikan business hotel di KL ni sebagai tempat percutian di hari weekend.

Jadi.. ayuh kita bercuti !

Tempat percutian, Somerset Ampang

Tak susah pun nak cari hotel ni, beberapa ratus meter je dari persimpangan Jalan Tun Razak dan Jalan Ampang. 

Bangunan hotel

Sampai je di sambut oleh penyambut tetamu. 

Pekerja dia pakai songkok. Rasa macam gi beraya jer

"Assalamualaikum... kami datang nak beraya... tart dan samperit ader tersedia?"

Agak agak kena lempang tak tanya soalan macam tu?

Tapi rasanya dia akan jawab.

"Samperit tak der tapi Gloria Jeans Coffee ada. Tapi kena bayar sendiri !!!"

Ya.. kat lobby ada outlet Gloria Jeans Coffee.

Lobby dia simple jer. Urusan check in pun pantas.

Hotel ni juga menyediakan free shuttle to KLCC and its vicinity

Aku kan book last minit. Tak de print apa apa pun, datang lenggang kangkung, tunjuk MyKad. Tak de la macam sesetengah hotel yang insist nak suruh print memerint tu.

Oh. Lupa nak cakap, parking kat basement. Ada visitor parking. Although bangunan ni share dengan some office rasanya tapi untuk guest hotel, parking adalah perchomah !!!!

So bawak kereta dan parking di bawah. Dan dari basement lif boleh terus ke tingkat bilik. Tak perlu nak pose pose tunjuk muka kat lobby lagi dah !

Receptionist pun benci tengok muka kita banyak banyak kali. Kita apatah lagi... boleh berdarah kepala tengok muka mereka berulang ulang, lagi lagi kalau mereka tak cun.

Kan kan kan?

Tegar tak kelisa tu parking kat compound hotel selamba bomba... setaraf dengan Audi R8 tuh

Okey.

Now layan permandangan sekitar hotel yang berjaya di capap.

Cuaca agak tak menyebelahi jadi gambar pun sendu sendu jer ler.

Kondovilla mewah di tengah kota.

Ni kawasan ke arah keramat

Belah belah Ampang sana

Ke arah jalan Ampang

Ke arah Jalan Tun Razak. Bangunan Tabung Haji dan PNB

Tak KL la kalau tak nampak Twin Tower kan? Tapi nampak sikit je sebab ada bangunan baru yang tengah buat tu

Sebab aku memang request tingkat tinggi so dapat floor 19. Ni view kat bilik. Area U Thant

Nampak gak view ni dari tingkap bilik

Okey.

Somerset Ampang ni telah dinobatkan salah satu daripada Top 25 Best Hotel Malaysia for year 2014.

Dan aku rasa salah satu sebab yang menjadikan hotel ni lain daripada yang lain adalah pool dia. Pool dia terletak di roof top dengan view panorama KL.

Memang mantap.

So meh kita ronda ronda area pool dan roof top dulu.

Kolam kanak kanak

Agak luas juga... memula macam tak de orang so anak anak aku adalah berjimba tak sudah

Tu untuk budak budak.

Now.. untuk dewasa dan orang tua.

Dipersilakan...........

Oh yeah. Teruja tak? 

Infinity pool berlatarbelakangkan KL

Siap ada whirlpool dan jacuzzi

Masa first day memang tak de orang. So budak budak mandi suka hati tanpa ada orang kacau. Kejap lari ke pool budak budak, kejap lari lari ke pool orang tua. Hero je la tapi Princess tu aku risau jugak so kena tengok tengok jugak.

Tapi aku OK je sebab kat atas tu ada clubhouse !

Boleh lepak lepak. Minum kopi free dan boleh tengok bebudak mandi dari jauh jerr

Dan ada gym jugak di sini. 

Tapi gym gym ni aku tak berapa nak heran sangat.

Bukan tak nak buat, tapi malu dan segan. Takut konon konon aku yang tak pernah angkat dumb bell tu pastu nak tunjuk power, terbelit ke atau tertindih dengan dumb bell kat situ.

Sapa yang susah?

Orang lain lak susah nak tolong bantu selamatkan aku.

So aku malas nak menyusahkan orang. Aku pose pose minum kopi jer. Lagi nikmat. 

* mati la dasar pemalas

Di kala petang. Memang tak de orang

Syok dan aman damai. Boleh pose pose sendu

Mandi sambil layan sunset yang tak berapa nak ada

Tenang dan damai je

Tapi tu masa hari pertama jer..

Hari ke dua dan seterusnya, pool ni macam public pool. Penuh dengan orang bercampur campur. Nak berenang pun tak senang. Macam ada satu kampung orang berendam.

Memang dah tak aman.

So aku ingat tenang sampai ke hari hari berikutnya tapi bila weekend menjelma especially bila hari ahad tu orang ntah dari mana mana. 

Begitu la kalau menyewa kan? Nak ada pool sendiri tu tak mampu. So bertabah je lah. Cuma budak budak tu kalau orang ramai dia orang dah tak seronok sangat dah nak mandi. Segan segan. Macam Papa mereka jugak.

* tersipu sipu malu

Yang bestnya pool dia bukak sampai 11 malam

So malam pertama OK lagi.. tapi malam ke dua.. harommm malam buta pun penuh dengan manusia.

Tak pasti mereka yang ramai ramai tu datang dari mana.

Agaknya dia orang semua pun dah tahu trick aku. Bercuti di kota jer.

Atau memang dia orang semua malas nak drive jauh jauh serupa macam aku juge? 

bersambung......

5 comments :

  1. aku pun terpikir-pikir nak curik idea ko la bercuti di kota...sbb stress bawak pi jejauh, semua nak duk dalam bilik jer...buang duit minyak n tol jerrrr....huhuhuhu

    ReplyDelete
  2. Amir : Mana? mana?

    * kepochi nak tau....


    DJ : boleh boleh.. selain dari jimat minyak.. boleh jimat tol.. dan boleh jimat masa

    paling penting.. boleh elak emosi merudum kerana terperangkap dalam jem...

    tapi kl kdg kdg jem buleh tahan jugak..

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...