Friday, February 6, 2015

Jom Kudap : Auntie Anne's, Setia City Mall

Korang kenal Agip ? Apa dah jadi?  Lari dari peminat?  

Okey itu iklan. Sebenarnya aku nak tanya.

Kau orang kenal Auntie Anne?

Tak kenal kan? Aku pun tak kenal. Tapi now baru nak berjinak jinak nak berkenalan dengan beliau.

Siapakah beliau? Cantik ke beliau? Ada cantik Macam Cikgu Aishah? Ehem Ehem...

Auntie Anne adalah pemunya kedai pretzel nih.

Auntie Anne's

Sebenarnya aku rasa dulu agak agak macam berpeluang berkenalan dengan Auntie Anne ni. Cuma zaman dulu aku tak berapa minat pretzel ni sebab rupa paras dia ala ala macam tah*k !

Jadi aku macam tak berselera nak makan.

Tapi sekarang, pretzel ni dah mengalami evolusinya yang tersendiri.

First time dulu OR pernah beli dan aku try rasa sedap pulak. So kali ni berjuang pegi beli sekali lagi.

Kedai dia ada di Setia City Mall

Haaa.. Dah glamer dah. Ramai orang sanggup beratur

Panjang betul

Kalau ramai orang beratur mesti la sedap kot !

Ternyata memang sedap based on pertama kali aku rasa dulu. So kali ni gi beli lagi. Cuma kena ada orang yang gigih nak beratur.

Kalau aku memang tak gigih nak beratur beratur ni.

Dah ada macam macam jenis. Dah tak macam tah*k sangat rupa dia

Try yang stick tu. Sedap wooo

Pilih la mana yang di sukai

Now.. aku rasa benda alah ni memang sedap.

Jadi aku rasa tak salah nak cuba cuba bersahabat baik dengan Auntie Anne.

Sapa nak berkawan baik jugak dengan beliau. Boleh check Auntie Anne's . Aci ke nak add friends? Hahaha. Tak pun tengok website Auntie ni.


OK. Gambar makanan yang di beli tak sempat di snap sebab dah abis di belasah dalam kereta. Lagi pun benda ni panas panas la sedap di makan.

Satu lagi nak cerita kisah keji.

Ini di Setia City Mall

Ini di ruang dalam nya

Ini salah satu sudut mainan kanak kanak dalam mall ni Ramai budak budak teruja nak main di sini termasuk anak aku.

Tapi ada orang buat keji tinggalkan pampers yang dah pakai kat sini.

Siol jer. 

Kalau aku dapat orang tu, aku ambik pampers ni aku baling balik kat dia. 

Tak senonoh perangai ! Takde Civic ! Vios ! Almera ! City !..... 

OK aku emo sebab anak aku tak nak balik.

Apa apa pun jangan lupa sila cuba berkenalan dengan Auntie Anne. Auntie tarak sombong punyer !

Ahaks.

20 comments :

  1. Mula mula terngiur ngiur teringatkan kat Auntie Ann punya pretzel dan dipnya ...

    Namun siapa ler punya angkara keji tuh !!!

    (Waktu dulu dulu gi Sunway Lagoon, selalu orang campk jer pampers kat tepi tepi kolam tuh ... cissshhhhhh !!!!!!!!)

    ReplyDelete
  2. hahahah makcik anna ni mmg femes kat msia tmbh2 kt klcc tu. beratur panjang gilerr!

    tp kat uk ni dipandang sepi je. kedai xde orang pn, harga pn lg mahal. tp fav aku pretzel almond tu cicah caramel. yummmehhhhh!

    ReplyDelete
  3. saya rasa auntie anne ni tak konsisten kesedapannya.contohnya dekat alamanda mmg tak best, liat semacam, dekat klia 2 best pulak. gitulah..

    abang meng, saya pernah nmpk jugak jumpe org buang pampers dlm train...ya ampun, berasap betul..

    ReplyDelete
  4. mmg sedap pretzel auntie anne ni.. aku suka makan ngan caramel dip .. yg sour cream & onion pun best gak .. lemonade die je dah kureng sket skang.. dulu umpphh je, skang dah agak kurang masam

    ReplyDelete
  5. Aku klo makcik enon ni aku suka yg stick chocolate meleleh dia tu...pretzel dia aku jrg mkn...pastu dgn lemonade...perghh pecah lemak!kuikuikui

    Nasib kali ni ko xpnggil dia kuih gelang ke cakoi ker...kehkehkeh

    ReplyDelete
  6. cinnamon sugar favourite kuuu..
    dah manis tapi nak jugak dip dalam sos caramel ia. sedapp..

    ReplyDelete
  7. Dap dap.. Bau semerbak jer kalu lalu depan kiosk makcik anne nie. Mana x tergoda lalu terbeli..hehe.

    ReplyDelete
  8. kau baru nak berkenalan dgn Auntie Anne??? kau biar betul. kau dah terlepas brapa lama daaa nikmat dunia yang best ni...

    pretzel yg ada turkey ham sedap gils.

    now kat gardens ada competitor auntie anne. ape ntah nama dia..pretzel wetzel ke hape ntah..susah nau nak lekat nama dia dlm kepala. tapi ada satu pretzel jadi pojaan ati --- pretzel berpose-pose pizza. ada peperoni dan jalapeno !!!

    ReplyDelete
  9. anak2 akak peminat aunty anne....selalu beli kat KLCC & Alamanda :)

    ReplyDelete
  10. Ghaz : glamer rupanya auntie ni.. mesti dah kaya raya...

    pasal buang pampers tu.. memang la.. tapi mcm ntah hapa hapa je. tak de sivik langsung..

    tumbuk baru tau.


    John : maka nya.. kau beli la di sana.

    mesti auntie tu musykil kenapa di UK tak laku.. ke banyak pretzel lain yang sedap..


    Dzu : gitu pulak..

    maka jangan beli di alamanda ek. okey. noted.

    patut gilis je org buang pampers dlm train tu. pastu curah sisa dlm pampers tu kat atas kepala

    ReplyDelete
  11. Azra : okeh tq. nanti aku try lemonade dia pulak.

    x pernah beli air kat situ.. dan pretzel mana satu yang sedap pun aku tak tau.. main belasah je makan.. asal rupa tak de la ketahian sgt..


    Dj : stick chocolate tu la aku makan. sedap time panas panas..

    pretzel aku tau la.. kat hitaly berlambak lambak !

    * mati la tipu....



    Mya : manis manis tak bagus normaya.

    sila jaga kesihatan..

    nanti aku try pulak deh

    ReplyDelete
  12. An : dulu aku x ambik pot sebab rasa mcm tak menarik..

    tapi selepas sekali merasa..

    terus jatuh hati pada auntie.. nasib la auntie tak mahal sgt jual.. cuma kena cari org yang gigih utk beratur..


    NanaT : nampaknya aku memang tertinggal kapal layar.

    aku tak tau pun benda alah ni sedap. sebab bila aku dengar perkataan pretzel aku bayangkan benda tu berbelit2.. dan keras.. dan tak sedap.

    bagus. kau bagi aku idea utk mencuba yang lain.

    nanti la nak kena pi gardens.


    Amiza : kalau klcc tu mcm tak jumpa cari jer...

    sebab pening kepala ramai sgt org.

    ReplyDelete
  13. lor ko boleh ketinggalan benda sedap ni

    ReplyDelete
  14. errkkk... lama x jengah ko nye blog..tetiba ade gerakan mencari aku pulak. hehehe.

    umah tgh rennovate. duh ubah sana sini..tapi x siap2..nk new look kate nye.

    ReplyDelete
  15. Agip? Siapa x kenal, femes budak tu lg femes dari auntie anne nih

    ReplyDelete
  16. Malu nk ckp sbb mmg x kenal langsung dgn auntie anne, ni dan x pernah pretzel ke apo kobondo ke huhuhu

    Psst: beliau ada anak lelaki x :-)

    ReplyDelete
  17. CC : aku tak ambik endah sebenarnya.. tu lah... rugi jugak tapi tak pe lah.. kira makcik anne sudi lagi berkawan dgn aku ni


    Agip : tu lah tetiba musykil aku nak komen kat IG semua ilang. tgk blog pun dah padam.

    rupanya tgh renovasi.. heheheh..

    ReplyDelete
  18. JM : btol... femes jugak la budak tu... kalau masuk bintang popular boleh compete lah dgn makcik anne ni. heheheh

    JM kena try la pretzel makcik anne ni.. pasti gembira..

    tak tau la dia ada anak lelaki ke tidak. dia tak add friends lagi. hakssss

    ReplyDelete
  19. sahabat lama Auntie Anne ni...sejak saya belum jadi auntie2 lagi tapi saya jer yang kenal dia...hehehe..
    kunyah2 pretzel dengan dipnya sambil2 pejam mata...

    ReplyDelete
  20. Nasa : kenapa skrg kau dah tak berkawan kawan dgn auntie ni ke?

    tak baik memutuskan silaturrahim.

    cepat pegi berbaik baik semula sama auntie.

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...