Monday, May 28, 2012

Putera Yang Ayu, Klang

Hari ahad aku di rumah je. Lepak lepak tak buat apa. Tengok tv dan bermalas malasan. Cuma petang je keluar pegi makan dengan OR dan Hero.

Memula nak gi makan kat Burger Yazid dekat Section 7, Shah Alam tu. Korang tau? Burger dia besar. 1 kilo tu. Harga 1 burger tu RM40 !

Kau berani nak makan burger besar pada muka sendiri ni???

Gambar ehsan Google

Berapa ekor lembu abis nak bikin burger ni kan? Aku pun tak tau cemana nak makan. Kalau ayam tu abis jugak la sereban.

Tapi aku checked dan called rupanya semalam dia orang tutup sebab ada pertandingan makan burger !

Korang mampu nak makan burger besar macam tu? 

Kalau aku muntah dulu la kot. Memula pegi ingat nak usha la tapi dah tak di buka untuk pelanggan so kami beralih arah ke kedai lain.

Destinasi kami adalah ke sebuah kedai terletak di Padang Jawa, Klang. Nama dia Putera Ayu !

Putera tapi Ayu?

* garu garu dagu.

Buku menu

Mainan Hero

Suasana dalam restoran

Ya. Nasik dah sampai

Udang goreng tepung. - 2/5

Sayur Campur - 3/5

Tom Yam - 4/5

Daging Goreng Kunyit - 3/5

Ayam Masak Halia - 3/5

Air Mango Special - 4/5

Sotong Bakar Berempah - 4/5

Selesai membedal

Team JJCM pernah datang sini

Suasana kedai - 3.5/5

Papan tanda

Secara overall, makan dia biasa biasa je. Harga pun boleh tahan la. Untuk semua di atas tu dalam RM65. Mahal jugak la kot. Aku order telur dadar sampai sudah tak sampai. Banyak kali aku ingatkan, haram !... Ambiance dia pun OK lah. Tapi kalau tak kena cara memang ramai orang. Baik booking je dulu.

Cemana nak pegi?

Ikut Federal Highway dari KL ke Klang. Exit Padang Jawa then nampak JPJ belah kanan. Terus lagi lepas traffic light dan nampak sign dia sebelah kanan.

Selamat menjamu selera tapi aku tak rekomen mana sebab bagi aku so so saja.

Bak kata Hero.

"Papa, kalau kita makan KFC pun seronok kan Papa?"

Ya lah.. Dia punya seronok je la....

No comments :

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...