Heh. Selalu orang cakap, Brunei ni tak de apa apa. Aku pun nak jugak la usha sendiri, apa benda yang tak de apa apa tu? Aku ke Brunei atas alasan, aku nak pegi untuk melengkapkan misi aku melawat ke semua negara negara Asean. Aku pun dah lama teringin ke sini dan dah jadi satu penantian untuk menjejakkan kaki di bumi yang kaya dengan hasil minyak ini.
Ini antara yang aku jumpa sebagai highlight !
Masjid Omar Ali Saifuddien - Kemegahan Negara Brunei Darussalam
Double pelangi
Entrance masjid
Maghrib di masjid
Malam di masjid
Kampung air Brunei
Kampung Air
Sekolah di Kampung Air
Istana Nurul Iman
Masjid Hassanal Bolkiah
Lawa kan? Tunggu la bila malam menjelma
Regalia Brunei
Muzium Teknologi Brunei
Muzium Brunei
Jerudong Park
Empire Hotel
Empire Beach Resort
Empire
Senja di Brunei
Senja
Masjid Hassanal Bolkiah at Nite
... and it's turning to gold !
Overall, dalam tak de apa apa di Brunei aku rasa menarik juga. Cuma tak boleh la nak lepak lama lama sebab maybe memang tak de apa yang menarik sangat.
Paling haru, kat Brunei tak de jual rokok ! Sengsara jugak la aku jadinya, tapi ada drama tak boleh blah berlaku di sana. Nanti aku cerita lah.
Lain lain rasanya OK kot. Setakat nak pegi dan luangkan masa, ada je tempat menarik dan lawa lawa.
Menarik jugak sebenarnya Brunei ni. Negara yang bersih. Orangnya yang ramah dan baik baik belaka. Dan paling menarik, di sini la dapat di lihat kesetiaan rakyat kepada raja dan kedaulatan serta status dan kemegahan raja Tanah Melayu yang mungkin tidak dapat di lihat di mana mana lagi di dunia ini kecuali di Negara Brunei ini.
Orang cakap cost perbelanjaan di sini tinggi, aku setuju just sebab currency yang tinggi, tapi ada je cara untuk minimize apa yang patut. Yang penting kena pandai pandai jugak lah. Nanti aku share.
Overall, cost aku tak de la banyak mana. Tolak flight dengan hotel, aku cuma abis tak sampai RM100 untuk 3 hari 2 malam ! Banyak tempat yang free, lain lain pun sangat minima bayarannya. Makan pun agak murah.
Itinerary pun tak de yang khusus sebab semuanya dalam kawasan yang sama dan pusing pusing pun kat area yang sama juga. Yang pasti cuaca pun kena memainkan peranan penting. Waktu aku di sana, ada time panas gila gila dan ada time mendung dan hujan sama.
Apa apa pun, bagi yang tak pernah ke Brunei dan menyimpan hasrat ke sana, aku syorkan.. sila pegi ! Dan saksikan sendiri. Mesti dalam 'tak de apa apa di Brunei' akan mengubah sedikit persepsi dan tanggapan kita dari tiada tapi sebenarnya menarik juga......
Layan lagu yang tak de kena mengena dengan entry, tapi penyanyinya berasal dari Brunei. Kira kena la jugak sikit sikit. Tunggu update Brunei sebagai another 'Satu Penantian'.
Nanti bebila aku rajin aku share.
Nanti bebila aku rajin aku share.
* mati la entry Boracay 'Sewaktu Waktu Dahulu' masih di pandang sepi
Kau yang ku sayang
Dari dulu, kini dan selama-lamanya
Sebelum kenal dirimu
Sebelum jumpa dirimu
Kau sering datang dalam mimpiku
Kata hatiku
Selalu membisik kau adalah milikku
Biar lama pun kutunggu
Saat kedewasaanmu
Daku tak pernah jemu menantimu
Disaat ku sendiri
Ku bayangkan wajahmu
Terkadang ku berilusi
Tentang dikau dan aku
Ku harapkan semua ini
Esok kan jadi kenyataan
Dan aku berjanji
Kan ku bahagiakan dirimu selamanya
Kuharapkan semua ini
Akan segera terjadi
Dan semoga nanti
Bukan sekadar impian belaka
SM, 1st time komen kat sini selepas beberapa lama menjadi silent reader.
ReplyDelete1st Negara obesea yg sy pg ialab Brunei. memang tak happening mana. tapi best jugak. aman damai. takde mat rempit dan gejala social mmg kurang hehe. tengok gambar2 yang chantek ni, teringat pulak Negara tuh
Aku tinggal myanmar jek negara asean aku x gi lagi..
ReplyDeleteAritu ada tgk tix ke myanmar dalam rm200+ return utk 2 org tp timing x kena plak...adusss
ko sengaja kan tanak cite pasal boracay kan? kan? KAN? huh! *baling spender merah superman*
ReplyDeleteteringin gak pegi brunei ni, saja nak tgk negara org. lantak la org kata takde pe ke, tak best ke kan, janji kita yg tak pegi ni dpt merasa pegi. tak gitu?
wah abih dah la negara asean ek? asia dah?
Ko dok empire ke? Aritu aku and the gang siap tgk wayang kat situ...tp lupa cite apa hahahaha....
ReplyDeleteTp location agak jauh dari bandar...
DZ : ya. brunei tu kalau lama lama bosan jugak, tapi kalau belum pegi OK jer...
ReplyDeleteHB : aku plan nak gi myanmar ni tapi visa pun belum buat lagi.. leceh la myanmar ni, tempat jauh jauh pastu kena pakai agent..
budget lari agak kencang, tak terkejar.
Biq : sila pegi brunei.. asia? erkkkk tak abis ler kot....
HB : empire tu memang jauh tapi kalau ke brunei wajib la pegi usha.. 6 star tuh
Assalamualaikum abg meng
ReplyDelete1st put komen di sini, dah lama jdi silent reader je ehe
actually im bruneian, btw byk tempat lagi abg meng x pegi n byk lagi makanan yang INZAL untuk abg meng rasa ehe ^.^
x tau pulak abg nak ke sini last time, kalau tau, bolehlah sya jadi ur guide..
btw 15/9 nanti ada sambutan Bday KDYMM Sultan, manalah tau boleh dtg ke sini, lihat kemeriahan keramaian ni ^___^
very welcoming abg meng dtg sini ^__^
Waalaikumusallam Siti.
ReplyDeleteTerima kasih byk2... tak de rezeki la nak jumpa tu kalau x boleh makan sedap2 hahaha. tapi makan kat pasar malam pun sedap jugak.
nanti la sesapa nak ke brunei boleh la siti jadi tourist guide.. heh??
menarik jugak time birthday sultan tu tapi mesti la pack...
anyway.. thanks for reading this blog.
* mati la ayat
haha..nak jdi ur guide je..jgn lah promo lak ;p
ReplyDeletennti2 bolehlah dtg lagi ye ^__^
insya allah. thenfks Siti. ada rezeki dan kelapangan boleh la ke sana lagi..
ReplyDeleteLagi 2 minggu nak ke brunei.. nasib boleh jumpa info kat blog ni.. huhuhu thanks :D
ReplyDeleteok. have fun TT !!!
ReplyDeletesalam encik... encik bersiar2 di sekitar brunei dgn menyewa kenderaan kah? berapa kadar sewa nya ya?
ReplyDeleteJD : tak sewa pun. semuanya pakai free tour kat hotel tu.
ReplyDeletekalau nak sewa, boleh deal dgn org kat hotel jubilee BSB... cuba tengok blog biqque.blogspot.com