Entry Tanjung Piai Resort ini adalah entry skodengan.
Aku cakap skodeng sebab kami tak stay pun kat sini, tapi sebab salah jalan tetiba je, ting ! sampai kat sini. Macam masuk dalam mesin masa. Eh, ke tak?
Masa on the way ke Tanjung Piai tu, sepatutnya jalan ke Taman Negara Johor tu belok ke kanan, tapi kami pegi terus. End up sampai kat tempat ni.
Dah sampai, usha garing la apa ada kat sini.
Tenang dan damai , aman dan sejahtera
Ini signboard dia
Tanjung Piai Resort ini merupakan resort yang di bina di Tanjung Piai !
Aci ke aku cakap macam tu?
Hahaha. Ya la kot. Apa yang menarik nya, ianya macam water chalet lah. Semua chalet di atas air.
Signboard tu sebenarnya dekat kawasan parking.
Dari tempat parking nak pegi ke resort tu jauh jugak lah kena jalan kaki.
Kalau bawak beg bertimbun timbun? Datang menginap sebab nak buang surat cinta kekasih lama dalam laut sambil bermelodrama?
Dah kena tarik beg tu satu hal.
Kalau bawak beg bertimbun timbun? Datang menginap sebab nak buang surat cinta kekasih lama dalam laut sambil bermelodrama?
Dah kena tarik beg tu satu hal.
Aku rasa resort ni milik persendirian or family kot sebab tengok dari rupa paras tu macam boleh agak jer. Apa apa pun, jom !
Laluan ke reception area dan resort
Ini saja satu satu nya laluan ke resort. Tak de jambatan lain? In case of emergency cemana? Terjun laut? Jauh jugak la nak menapak dari parking tu. Tapi tak tau la kot resort ada menyediakan buggy ke apa.
Tu water chalet resortnya
Suasana pagi di Tanjung Piai Resort
Aku suspect tu restaurant. Tak pasti apa. Terletak di sebelah laluan jambatan ke Tanjung Piai Resort
Ada jetty nelayan jugak di sini
Waktu aku sampai, kat area lobby tu macam tak ramai orang. So aku berani la masuk terus. Kalau kena tangkap how? Kena selam dalam lumpur. Hahaha.
Yang penting buat muka berani walaupun ketaq lutut.
Dari satu chalet ke chalet yang lain, ada laluan macam jambatan, so follow je la sampai ke kawasan tengah sikit.
Ini salah satu chalet nya
Pun chalet juga. Yang ni jenis berkembar
Usha harga kat restaurant dia. Telur Black Paper????? Kau nak makan kertas?
Ada segerombolan budak budak tengah beraktiviti.
Dia orang ni dari Singapore. Aku tau sebab aku tengok baju yang mereka pakai.
Macam ada bengkel ke apa benda ntah. Ada sekolah kau orang buat bengkel ke luar negara? Sekolah dia orang ada okeh !
Bumbung merah tu, chalet paling hujung
Tu actually platform, tempat berehat rehat
Air surut
Design memang failed la bagi aku. May be dia orang bina satu persatu
Nuh, kapal kapal di Selat Melaka
Lampu
Water chalets yang ada
Ni port paling hujung untuk bersantai
Ni laluan ke sana
Pusing pusing usha kawasan je. Kita orang tak de buat jahat pun kat sini.
Tak de membuang sampah, maupun menconteng arang ke muka dinding. Kami sedar kami bukan guest.
Tapi, berdasarkan pengamatan aku yang tak berapa tajam ni, resort ni agak run down lah. Nampak semua buruk. Ada la chalet yang di cat baru tapi macam tak berapa nak menutup kerosakan yang ada.
Aku check website dia jugak, nampak macam mahal. Macam tak berbaloi.
Tapi kalau nak rasa duduk kat water chalet, boleh la kot. Rasanya di resort ni lebih banyak orang buat seminar dan mesyuarat sebab nampak ada dewan dewan sekali kat situ.
BW tanya aku.
"Dia orang berak tahik turun terus dalam laut ke?"
"Ntah"
Aku pun tak tau. Sebab kami tengok bawah chalet tu macam tak de apa apa saliran. Cuma tiang je.
Ke pagi pagi ada sampan kayuh pelan pelan pungut?
Ke pagi pagi ada sampan kayuh pelan pelan pungut?
Hahaha.
Berjalan ke arah parking semula
Ada macam bekas tapak perasmian/penanda something tapi dah duduk dalam semak
Apa apa pun, kalau sesapa nak pegi usha boleh je kot. Kalau nak stay tu aku tak jamin. Plus kawasan ni bukan ada apa apa pun. Kedai pun jauh. Cuba tanya sesapa yang pernah menginap di sini lah.
Ni website : Tanjung Piai Resort. Tapi website dia pun macam agak sedih. Siap ada muzik porn. Ops.
Lepas tu baru la kami bergerak semula, kali ni pasti kami menuju jalan yang benar. Jalan yang di redhai.
Jalan menuju ke Tanjung Piai di Johor National Park.
bersambung.........
bang boleh x hantar saya no telefon pada email shamsiemon@yahoo.com untuk tanya hal2 ke jepun.
ReplyDeleteGmbr first plg ohsem...yg lain...suram n muram...xtertarik or menarik nak p...
ReplyDeleteala sedih nyer tgk air yg paras line inai di kaki...
ReplyDeleteBersiaran secara langsung dari planet zuhal...errr kbai.
ReplyDeleteSM : sampai nak kena bagi no phone? biar betik. kalau ada soalan tanya je kat komen tu, kalau aku x leh jawab nanti ada reader lain tolong jawabkan. kalau nak private gak, email je.
ReplyDeletediarisuperman@gmail.com
DATT : memang suram dan muram...
Biq : tu la tu... inai di kaki? kah kah kah.
HB : Aku nak merchandise hard rock cafe Zuhal.. ( kot ya ada )
Ok baik
ReplyDelete