Thursday, May 16, 2013

Trip GBS 2013 - 04 : Pulau Karimun

Kalau sebut Pulau Karimun, mesti ramai yang tersilap dengan Pulau Karimun Jawa di Semarang. 

No ! No ! No !

* baling tahik unta ke arah peminat sambil hentak hentak kaki

Karimun yang di maksudkan ini adalah sebuah pulau kecil yang terletak di Kepulauan Riau, Indonesia. Berada di Timur Sumatera, di selatan bahagian Selat Melaka dan di sebelah Barat Pulau Batam dan tidak jauh dari Singapura dan Semenanjung Malaysia.

Nama je sama tapi bukan pulau yang sama. Yang sana tu Karimun Jawa. Yang ini Karimun Riau atau juga di kenali sebagai Karimun Besar.

Ada faham adik manis?????

Pulau Karimun di lihat dari Tanjung Piai, Kukup

Tengok peta.

A di mana Pulau Karimun berada

Pulau Karimun Besar

Bandar utama di Pulau Karimun ini adalah Tanjung Balai.

Aku pun tak de misi khusus nak ke sini, cuma sebab tau wujudnya pulau ni, jadi macam terpanggil nak ke sana. Dikhabarkan juga, abang Badang yang perkasa dengan memakan muntah jin tu pun berasal dari Pulau Karimun ni.

Jadi, ayuh kita pegi dengan misi nak makan muntah supaya kuat dan bertenaga macam Badang !

Apa?? Tak mahu?

Untuk sampai ke Pulau Karimun ni, boleh naik ferry dari Sumatera, Batam, Singapura dan juga Malaysia. Port utama dari Malaysia untuk naik ferry ke Pulau Karimun ini adalah di Kukup, Pontian.

Selamat Datang ke Kukup

Di Kukup ini terdapat Terminal Feri antarabangsa yang menyediakan perkhidmatan ferry dari Kukup ke Pulau Karimun dan pulang.

Terminal ferry

Selain daripada Kukup, boleh juga naik ferry dari Batu Pahat.

Baca ni.

From Malaysia several companies operate frequent ferries between Tanjung Balai and Kukup, pontian in the southwestern part of Johor.

MV Ocean Indoma ferries leave Kukup at 1145 and 1700. From Tanjung Balai, ferries leave at 0930 and 1430.

New ferry service operated by Esnergy Enterprise Sdn. Bhd. (Tel: +60-7-4288181 in Batu Pahat, +62-777-324355 in Tanjung Balai) links Tanjung Balai and Batu Pahat, the 2nd largest city in Johor State. From Batu Pahat, ferries depart at 0900, 1200 and 1500. 

Tickets cost RM70/95 one-way/return (excluding RM10 port tax/boarding fee). From Tanjung Balai, ferries leave at 0800, 1100 and 1400 and cost Rp 170.000/240.000 one-way/return (excluding Rp 10.000 port tax/boarding fee).

Sebab aku main redah je ke Kukup pagi tu, check jadual ferry, nampak ferry memang bermula pukul 8 pagi dari Kukup. Tapi ada few ferries sebenarnya dan dia orang ada jadual waktu tersendiri. Advise aku, pegi check dulu dan beli tiket awal awal.

Harga tiket dari Kukup sebanyak RM100 return plus port tax RM10 setiap seorang. Jangan lupa juga port tax Rp65,000 ( bayar time balik dari Karimun).

Kat mana nak park kereta di Kukup?

Ada tempat parking di kawasan Kukup dengan harga RM5 sehari

Ini kaunter beli tiket. 

Nampak tangan melambai tu?

Itu orang marah aku ambik gambar. Hahaha. Lantak ! Aku dah ambik pun. Ada 3 kaunter ferries dengan jadual jadual tersendiri. Tapi barang di ingat, kalau kita pegi dengan ferry no 1, kalau balik, nak join ferry lain  memang boleh tapi kena charge Rp20,000 seorang. Advise aku, kalau confirm nak balik dari Karimun ke Kukup, masa sampai kat Karimun tu nanti confirmkan tiket dan waktu balik siap siap dengan ferry company yang kita dah booking sebab biasanya ferry dari Karimun ke Kukup penuh especially kalau weekend.

Masa kami sampai kat Terminal ni nasib la orang tak berapa ramai. So ambik tiket pukul 11 pagi.

Risau kat mana nak tukar rupiah? Tidak perlu. Dekat terminal Kukup ni ada juga money changer. Tapi macam biasalah, better tukar siap siap dari mana mana sebab situ sah sah la rate dia berbeza.

Kat terminal Kukup ni macam biasa lah. Ada immigration jadi passport di perlukan ! Nak nik ferry tak perlu make up dan bercantik cantik sangat. Nanti lambat kena tinggal !

Masa kita orang hari tu, beli tiket dan terus je boarding ferry.

Jangan lupa lambai lambaikan tangan ke arah orang orang di jetty tu walaupun kita tak kenal !

Atas ferry

Meninggalkan terminal ferry Kukup * jangan berhenti melambai *

Perairan Kukup

Kelong

Bye bye Malaysia

Dah ! Hentikan lambai lambai tangan tu. Dah jauh ni.

Ferry akan merentas Selat Melaka menuju ke Pulau Karimun.

Jarak perjalanan adalah sejam ! Jangan lupa tukar jam disebabkan oleh zon waktu yang berbeza Indonesia dan Malaysia.

Ombak tak berapa kuat, tapi kalau takut di lambung ombak, jangan berumah di tepi pantai ! Pantai Dalam tak per.

Tanker

Bapak segala besar kapal ni


Masa kami ke Pulau Karimun, penumpang tak ramai. So boleh ambik seat panjang dan membuta.

Dan itu la yang kami lakukan. Membuta sepanjang masa dan tiba tiba dah nak sampai !

Bukak mata tengok kat luar dah nampak.

Dah sampai

Tanjung Balai

Jetty Tanjung Balai

Jadi, apa sebenarnya yang ada di Pulau Karimun ni????

Bagus soalan tu.

Aku sendiri pun tak berapa pasti, tapi macam aku ni, pegi je belasah. Pastu tengok sendiri. Tapi dari apa yang aku baca, Tanjung Balai ni menjadi port untuk warga Singapura dan Malaysia yang datang untuk mencari kekasih gelap di sini.

Jeng Jeng Jeng..............

Apa benarkah?

Ntah. Ya la kot. Ni kekasih gelap pelacur tu lah. Bukan gadis gadis berkulit gelap !

Waktu kami sampai, urusan immigration semua pun mudah. Cuma yang payah bila keluar dari terminal tu, ramai la supir supir yang sedia menanti menggoda untuk berbakti dengan wang ringgit sebagai ganti.

"Jangan goda I. Jangan goda I"

* skrip macam tu adalah perlu kalau nak kena pelempang

Biasalah soalan mereka.

"Bang. Teksi Bang. Murah je Bang. 24 Ribu je sorang. Lebih kurang RM8 je. Boleh Bang? Pekan ni jauh Bang"

OK. Walaupun aku tak pernah datang, tapi aku dah biasa dengan tektik tektik dia orang ni kalau kat port mahupun kat airport.

Dan macam biasa aku akan buat muka ketat, buat tak ambik port, buat macam tau walaupun sebenarnya hampeh. Nak tuju mana pun tak tau. Apa yang penting, keyakinan itu penting moga tak nampak kita ni boleh di perkotak katikkan di awal ketibaan lagi. Map pun tak der !

Aku buat endah tak Endah Parade je. Jalan kaki blah dari mereka mereka yang coba menggoda tadi tu. Tapi ada yang siap bagi business kad lah kalau nak guna perkhidmatan mereka. Buat buat lah ambik hati.

Kami jalan je ikut lalu lintas dan sebenarnya pekan Tanjung Balai tu sebelah je dengan terminal tu. Jadi, jangan terpedaya.

Ada tugu ni depan terminal


Sebab tak tau nak expect apa. Dan tak tau nak tuju ke mana. Maka solusinya adalah jalan ikut kaki.

Jalan je la sampai rasa macam tenang sikit tanpa di kejari oleh orang orang tadi so bernafaslah macam biasa dan baru fikir cemana dan ke mana arah nak di tuju.

Salah satu tokong Cina di Karimun

Pekan Tanjung Balai

Sebab takde nak kejar apa apa kami jalan santai, relaks relaks man man kata orang. Pekan Tanjung Balai tak de la busy. Tapi banyak motosikal. Kenderaan lain pun banyak jugak tapi masih terkawal. Di kiri kanan banyak kedai kedai menjual kain kain dan kedai makan. Kedengaran bunyi lagu dangdut berkumandang dari corong speaker kedai.

Suasana yang biasa.

Pekan yang tak berapa bersih dan tidak kotor juga.

Kami makan dulu. Isi perut sebab kelaparan. Nampak kedai yang agak pasti dengan kebersihan dan tanpa ragu ragu, kami stop untuk makan. Kebulur. Breakfast dekat Hotel Pontian tadi pun tak seberapa.  

Kedai makan

Nasi Padang. Makan sampai kenyang.

Walaupun travel main belasah macam ni tak de itinerary, tapi plan mesti ada !

Tak de la terpinga pinga tanpa arah tujuan. 

Tujuan kena ada cuma cemana nak pegi tu kena fikir kendian. Tujuan aku lepas tu adalah nak cari hotel. Kami tak book mana mana hotel tapi masa check wiki aku nampak ada Hotel Aston di Karimun ni. Banyak je hotel hotel murah dan mahal yang ada di sini, tapi since aku dah experience Aston di Makassar so aku rasa OK lah kot. Cuma nak pegi ke sana tu tak tahu.

So aku tanya mamat kat kedai makan tu, dia kata jauh sikit. Bukan di town center. Tak perlu naik teksi. Naik je angkutan macam biasa dengan harga Rp3000 seorang (RM1).

"Abang naik oplet warna kuning. Cakap saja mau ke Aston Padi Mas"

Dia orang di Karimun ni cakap Indon tak pekat macam orang Jawa dan tak pure macam Melayu. Boleh di fahami dan tak payah la nak berindon sangat. Biasa biasa jer.

Lepas makan, perut pun dah kenyang kami bergerak. Harga makanan tak de la mahal sangat. Macam biasalah Nasi Padang ni nampak je lauk banyak terhidang tapi di kira apa yang kita makan tu jer. Kami bertiga makan adalah dalam RM 21.

Kami tahan angkutan kaler kuning menuju ke Aston !

Yang Baca Ini Ga Ada Kerjaan

Tak sampai 10 minit pun, akhirnya Oplet yang membawa kami dengan iringan muzik dangdut macam nak pecah speaker tu pun berhenti.

"Aston ya Bang?"
"Ya"

Aku toleh kiri kanan pastu tanya MH.

"Mana Aston nya? Rumah kedai je ni semua?"

Tiba tiba driver oplet tadi menyampuk.

"Sana Bang !!!"

Pandang ke belah dalam sikit nampak la bangunan berupa hotel.

Hotel Aston Karimun

Lega.

Maka akhirnya sampai la kami ke Hotel Aston Karimun dan bersiap sedia untuk betul betulkan urat saraf dan juga bermalas malasan.

bersambung.......

8 comments :

  1. laaaaaaaaaaaaaaa ingatkan karimunjawa! cis...ok, jap aku kena reset blk minda utk tidak salah expectation dgn post ini.

    *bzzzzttt*

    ok, ada jugak la dgr2 tempat ni mmg tempat utk mencari kekasih gelap, maklum la, client company aku ni org bank...skandal merata2 youuuuu...

    kadang aku mushkil, byk tempat yg tak kasi amik gambar. diorang ni tak tahu ke, kita ni blogger je pun, bukan peniru fake bag LV! huh!

    ReplyDelete
  2. kalo SM tak pergi tak tau pon pasal pulau ni. lg hampeh kan... :p

    banyak la tempat2 yang telah di jejaki dgn cara redah. nak tiru tapi x pernh berjaya wakakakaka

    ReplyDelete
  3. arwah makcik aku dulu org kepulauan riau...alhamdulillah, baik orangnya...al-fatihah utk arwah...

    tgk hotel tu mcm best...klu sejam naik feri aku berminat lg..klu lbh, xberani aku...

    ReplyDelete
  4. bang meng....
    ade jumpe LL? tak kat sane? aku selalu pegi tapi balik ari je la....

    ReplyDelete
  5. Biq : nasib tak kena baling dgn tahik unta.. dpt elak tak?? hahaha

    ETK : cuba slow slow. pegi redah gi giant dulu.. tengok selamat balik ke tidak

    DATT : kejap je naik bot.. on the way balik tengok melodi atas ferry sedar2 dah sampai.

    JG : Kantoi !! kau pegi buat hapa haaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa?

    ReplyDelete
  6. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  7. hi Meng, best jugak sesekali redah ke Karimun ni.
    walaupun tak banyak wisata tapi menarik jugak buat short gateway hujung minggu dan jika gatal nak cop pasport :). Ada tempat makan best kat sana, saya tak ingat nama tempatnya kalau tak boleh saya share, tempat tu luar pekan sikit.
    Salam kenal saya blogger www.hamydy.wordpress.com

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam hamdy...

      terima kasih kerana jengah sini...

      Delete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...