Pantai dengan pepohon nyiur mengilai melambai? Ah... itu mungkin sudah biasa. Namun, pantai dengan barisan pohon cemara di sepanjang pantai? Ini mungkin jarang kita temui dan ternyata juga tidak kalah cantiknya.
Itu lah, Pantai Pongkar. Kawasan wisata yang terletak di Pulau Karimun, ini adalah pantai unik dengan kombinasi butiran pasir putih yang bersih dan pohon cemara yang indah.
Pantai seluas sekitar 100 hektar itu berada di kawasan Pulau Karimun. Pengunjung yang datang ke Pantai Pongkar ini mengambil masa kira kira setengah jam perjalanan darat dari Tanjung Balai.
Tidak ada sebarang public transport untuk datang ke Pantai Pongkar ini. Kalau nak datang perlu ada kenderaan peribadi ataupun menggunakan teksi atau sewa mobil. Kualiti jalanraya agak bagus untuk sampai ke sini tapi perlu bayar entrance fee, satu kereta 5,000 Rupiah.
Di Pantai Pongkar, pengunjung bukan hanya dapat menyaksikan keunikan pantai, malah kawasan pergunungan di persekitarannya serta kapal kapal besar di Selat Melaka.
Tidak ada restorant di kawasan ni, cuma ada penjual dengan motosikal je. Jadi, sila bawa makanan sendiri. Berpicnic juga bagus di sini. Tiada juga resort mahu pun rumah tumpangan. Cuma ada kerusi dan bangsal untuk beristirehat.
Air terjun Pongkar terletak 2 KM dari Pantai Pongkar. Di sana, kita boleh menikmati keindahan alam dan hutan dengan air terjun di ketinggian 700 meter. Tapi nasihat aku, tak payah pegi ! Jangan tanya aku kenapa, abang cakap jangan pegi, jangan pegi !!!
Jangan lawan cakap aku, aku kan abang !
* mati la tetiba.
Enjoy keindahan Pantai Pongkar, Pulau Karimun.
Pantai Pongkar
Pepohon Cemara
Tambatan perahu
Pasir yang halus dan memutih
Eh, ada pun pokok kelapa. Sapa kata tak de tadi?
Mengadap Selat Melaka
Karang Laut
Pokok pokok di tengah laut
Sesuai untuk berkelah dan mandi manda
Kawasan pantai yang bersih dan terjaga
Perahu nelayan
Bendera
Bendera bendera
Actually bendera bendera tu untuk pertandingan sukaneka yang di langsungkan waktu aku ke sana hari tu.
Kalau berkesempatan berkunjung ke Karimun, datang lah ke Pantai Pongkar ni, selain dapat menikmati udara yang segar, pasir yang halus serta pantai yang bersih, mungkin juga kita boleh menemui apa sebenarnya yang terselindung disebalik Rahsia Pohon Cemana nyanyian kumpulan Exist dulu tu.
Kalau berkesempatan berkunjung ke Karimun, datang lah ke Pantai Pongkar ni, selain dapat menikmati udara yang segar, pasir yang halus serta pantai yang bersih, mungkin juga kita boleh menemui apa sebenarnya yang terselindung disebalik Rahsia Pohon Cemana nyanyian kumpulan Exist dulu tu.
Apa?
Tak de kena mengena?
Lantak !
Aku sendiri baru tau, pokok Cemara sebenarnya rupa dia macam tu. Selama ni punya la berkurun lama asyik dok nyanyi lagu Rahsia Pohon Cemara tapi macamana rupa pokoknya pun tak tau.
Aku sendiri baru tau, pokok Cemara sebenarnya rupa dia macam tu. Selama ni punya la berkurun lama asyik dok nyanyi lagu Rahsia Pohon Cemara tapi macamana rupa pokoknya pun tak tau.
Berkurun lama kurahsiakan
Cintaku padamu
Hanya kerna kau ratu laksana
Di singgahsana
Di tasik ini, di pohon cemara
Yang teguh meninggi
Bagai harapan ku kepadamu
Sekian lama
Akan kuserah cinta abadi
Menyerlah sinar malam sepimu
Agar menjadi penawar lukamu
Warna hatimu
Akan kubawa kau mengembara
Menerokai alam asmara
Mengubu kota
Cinta kita
Genggam erat janjiku
Sematkan di dalam hatimu
Moga cinta makin mekar
Mengharumkan hidupmu
baik bang..JM kan adik so kena dgr cakap abang ken...
ReplyDeleteblk kg ke meng?
ReplyDeleteaku ni boleh dikategorikan sebagai adik yg ingkar...apsal x boleh gi air terjun Pongkar???
ReplyDeletepanjang gak pantai dia..boleh guling2 dari ujung sana ke ujung sini kan..
JM : bagus. macam tu la adik yang baik. jangan ikut mcm HB. degil. org jawa memang mcm tu.
ReplyDeleteeh jawa ke kau?
hahaha
DATT : kg mana?
HB : aku cakap tak payah pegi sebab nanti kau menangis tepi air terjun tu. air mata kau lagi banyak pada air yang terjun tu.....
pantai pongkar ni memang bersih..
Dh kalau air mata aku lg banyaak napa dipanggil air terjun panggil la air mata air...x gituu?? Hahaha...
ReplyDeleteErrr...aku org hitaly...