Friday, May 17, 2013

Trip GBS 2013 - 05 : Pulau Karimun : Aston Karimun & Masjid Agung

Aku memang tak book apa apa hotel di Karimun sebab plan pun last minit. Apa aku buat cuma check wiki dan cari info kat situ. 

Kami merancang nak menginap satu malam di sini, jadi nak tak nak kena la cari hotel. Dalam list hotels kat wiki tu aku ternampak la nama Aston, Karimun. Sebab aku dah experience masa duduk Aston Makassar jadi aku rasa aku trust brand ni lah. Sebab yang lain lain macam banyak local hotel. Takut salah hotel terpegi rumah pelacuran pulak.

Jadi, main redah je lah. 

Sampai kat Tanjung Balai tu, masa kat kedai makan aku tanya cemana nak pegi Aston Karimun ni. Budak keje kedai makan tu cakap naik je Oplet kaler kuning nanti sampai di area Padi Mas. 

Kami naik Oplet dengan bayaran 3,000 Rupiah sorang dan ada la dalam 2 Kilometer kot, driver tu bagi tau dah sampai.

Turun, buat muka mewah dan aku terus je pegi kat reception dan tanya ada bilik kosong ke tak. Serious main redah sesuka hati.

Nasib baik la ada. Rezeki lah tu. Kalau tak de pun, aku mengamuk biar dia kasi ada !


Aston Karimun

Aku ambik bilik paling murah. Standard room. Ada promotion, 384,000 Rupiah satu malam (RM130). OK lah tu.  

Masuk masuk bilik. Much better dari Hotel Pontian semalam dan harga pun lebih kurang.

Argh.. Inzal juga

Katil King Size

Selesa

Kopi pun ada

Aston

Akses Kad dan alamat hotel

Cuma view dari bilik agak hampeh

Senang cerita, bilik memang selesa. Aston Karimun ni sebenarnya baru di ambil alih daripada owner asal Padi Mas Hotel, jadi masih dalam proses rebranding. 

Bilik besar, dalam bilik siap ada meja makan !

Katil King Size tapi bawah dia tu bukan divan keras tapi tilam jugak.

Sampai sampai je MH dengan BW terus busy update FB dan Instagram masing masing sambil layan tv Indon.

Sempat aku tidur sekejap kepenatan. Cuaca kat luar panas, dapat ekon terus rasa layu je mata.

Ni layan gambar sekitar hotel Aston Karimun.

Lobby

Tempat menunggu di lobby

Reception area

Lobby lagi

Bangunan hotel

Depan hotel ni ada satu departmernt store. Tapi tak de la besar mana pun. Ada la jual jual sikit, aku pegi usha tapi tak de yang menarik.

Ada SPA juga di sini. Jacuzi dan sauna pun ada

Cubaan ambik gambar masa breakfast, tapi lepas tu segan pulak. Makanan biasa biasa jer

Overall, Aston Karimun ni OK la kot. Ni la salah satunya hotel yang berbintang sikit. Nak bagi 5 bintang macam melampau sangat. Tak de la se-grand Aston Makassar, tapi cukup selesa la kalau bertandang ke Karimun dan bermalam di sini.

Tapi waktu malam, hotel ni meriah. Ada live band dan ramai mat salleh berkumpul kat sini. Tapi sebab kepenatan, aku tak turun pun tengok. 

Drawback dia, hotel ni agak jauh sikit dari town Tanjung Balai. Mungkin ada hotel yang grand kat pekan tu, tapi aku tak sure sangat.

Lepas sampai, solat, mandi dan berehat, kami pun bersiap sedia untuk acara di Karimun.

Acara apa lagi kalau bukan mutar mutar tengok kawasan. Tapi nak jalan jalan di sini nak naik apa?

Barang di ingat, Karimun ni bukan la pulau yang meriah dengan pelancong, jadi banyak benda masih kekurangan. Nak tak nak, kalau nak travel around pulau ni, kena la sewa mobil ( van ) macam tempat tempat lain di Indonesia ni.

Aku tanya budak hotel tu and dia orang sangat pantas membantu. Dia orang carikan drebar yang boleh bawak kami jalan jalan. Harga agak mahal la sebab sewa satu van dan dia kira 24 hour walaupun, masa call tu dah kira petang jugak. Nak tak nak terpaksa la ambik.

Range harga untuk mobile ni dalam Rp300,000 ( kalau jalan jalan dalam area Tanjung Balai ) - Rp 450,000 ( kalau pegi ke luar Tanjung Balai). Pepandai nego lah. Kami dapat Rp400,000 (RM 130)

Macam aku, cuma berbekalkan sedikit info dari wiki, so aku decide nak pegi few places dengan masa yang ada. 

Lepas budak hotel tu call kan drebar, tak lama drebar muncul dengan van yang agak buruk. Tapi masih selesa. Aircond apa semua pun cukup. Nama drebar kami adalah Yono !

Bila Yono sampai, aku bagitau dia tempat aku nak pegi seperti di Pantai Pongkar, Pantai Palawan dan aku nak tunggu sunset di Pantai Palawan sebelum suruh dia bawak kami untuk makan seafood di malam hari nanti.

Dia setuju.

Pulau ni tak de la besar mana, dari satu tempat ke tempat yang lain memakan masa hampir setengah jam. Jalan raya semua OK lah. Banyak kebun semangka. Yono siap tanya nak berhenti ke tidak.

"Hello ! Kita orang tak makan tembikai, kita orang makan watermelon jer..."

* mati lah

Menuju ke destinasi pertama ke Pantai Pongkar, Yono bawak kami singgah di Masjid Agung, Pulau Karimun. Masjid terbesar di Pulau Karimun ni.

Tak de apa yang menarik, kami cuma singgah untuk ambik gambar.

Ni je la hasil yang ada.

Signage

Masjid Agung Karimun

Kawasan masjid

Dalam masjid

Ruang solat

Tingkap

Kubah

Ada replika Kaabah etc. Mungkin untuk latihan jemaah haji.

Tiada acara apa apa di kawasan masjid ni. Ada la nampak beberapa jemaah. Yang tidur kat masjid pun ada. Tapi di luar kawasan masjid nampak ada dua tiga pasangan berpacaran.

Tak tu la apsal nak dating kat masjid. Senang nak solat lepas tu agak nya.

Masjid ni kiranya masjid terbesar di Pulau Karimun yang berpenduduk lebih kurang 120 ribu orang. Tapi bukan semuanya beragama Islam. Chinese Indo pun ada di sini macam driver kami si Yuno.

Sesuatu yang perlu di ketahui. Cuma ada 1 station minyak di Pulau Karimun dan cuma ada 1 pump je. So kalau tengok kenderaan beratur nak isi minyak punya la panjang. Jadi, kalau nak book driver, make sure in advance. Cuma masa aku hari tu bernasib baik, Yono baru je lepas isi minyak. 2 jam dia menunggu. Dah la station minyak tutup awal. 

Lepas jam 7, akan nampak kereta panjang panjang untuk ambik turn esok dan drebar masing masing balik tidur. Kenderaan mereka lah sebagai ganti yang beratur.

Tiada airport di sini, tapi hospital ada baru di buka. Yono kata hospital tu macam hospital kat Melaka. Dia pun tak pernah datang Melaka, dan aku pun tak tau hospital Melaka cemana, so tak boleh nak confirmkan.

Ni business card Yono bagi yang rasa nak contact Yono.



Jangan risau, Yono ni sangat OK. Friendly, soft spoken dan sangat tabah dan sabar melayan kita orang. Cuma kena bagitau la Yono ni mana tempat kita nak pegi sebab biasanya drebar drebar kat sini cuma melayan orang orang yang datang nak mencari kekasih gelap. So dia orang biasa ambik tugas, dari hotel bawak pegi makan dan pegi jumpa kekasih gelap etc.

Benda benda related to wisata ni dia orang kurang skit. Tahu tu tau lah, cuma kalau tanya banyak banyak pun dia tak berapa pasti.

Kenderaan si Yono

Lepas menghabiskan masa lebih kurang kat Masjid Agung tu, kami pun bergerak menuju ke Pantai Pongkar. Tapi sebelum tu, pernah dengar kisah Badang? Ya. Badang yang makan muntah dan jadi perkasa tu? 

Aku pernah terbaca yang kisah Badang ini berasal dari Pulau Karimun ni lah.

Adakah Badang berjaya kami jejaki? Tunggu...............

bersambung........

6 comments :

  1. Aku suke hotel aston tu...wlupun amek bilik plg murah, tp cantik n puas ht..

    masjid die pun lawo...tp gelagat umat2 kat sane tu mcm mengundang tsunami jer..apetah lg byk aktiviti kekasih gelap..

    ReplyDelete
  2. bang... aku suke perati gelagat manusia malaysia datang ke sini jep... hahaha...

    DATT
    yup fokus utama lelaki hidung belang untuk ke sini kecuali aku...

    weiii korang tak nak wish aku ke hape sempena semalam ni!!!!!

    *cabut engine feri....

    ReplyDelete
  3. Jerung gatal...

    Selamat hari guru..

    Ikhlas dari fj. Hehe.

    Nak hadioh gapo? Mak fj dpt tokoh guru 2013 hihihu clap clap

    ReplyDelete
  4. DATT : biasa la tu.. mana mana pun sama je kot..

    JG : kau dah kenapa tak de tempat lain nak tengok gelagat orang???

    selamat hari guru !!!!

    semoga menjadi guru yang cemerlang, terbilang dan gemilang.

    FJ : tahniah utk Mak FJ !

    ReplyDelete
  5. errr....spa kalau lelaki boleh ke ambek package tu?? hehehe...

    ReplyDelete
  6. boleh je.. pastu bersedia la kau kena lipat lipat pastu di seterika...

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...