Thursday, February 4, 2016

Kembara Di Bumi Taiwan - 03 : Taipei City > Yehliu Geopark

"Huarghh ......................"

Bestnya mengeliat sambil buat senaman gedik gedikkan ibu jari kaki. Malas nak bangun lagi sebenarnya ! Tapi tak leh berlengah lengah masa. Masa is golden you know?

Gelap gelita alam maya waktu aku bangkit dan jam berdering. Maklum la bilik tak de tingkap. Nasib tak terkejut dan menjerit

"Help ! Help!"

Aku dah siap kunci jam awal awal pagi ni. Semalam dekat pukul 3 pagi aku tidur, ni pukul 6.30 pagi dan bangkit.

Fuh !

Kalau la kat Malaysia hari hari aku boleh bangun macam ni punya disiplin. Sah sah boss aku suka ! Hahaha.  Malangnya aku rajin time di rantau orang je. Time di tanah air sendiri, vitamin M melekat kat mata especially pagi pagi.

Jenguk kat luar dah cerah. 

Sekali lagi aku panaskan air dan makan maggie pagi tu. Siap bangun dan mandi selesaikan apa yang patut dan breakfast maggie lagi !

Dah abis bersiap aku keluar dari bilik hostel untuk memulakan langkah hari ke 2 di bumi Taiwan ni !

Suasana di jalan besar depan hostel

Plan aku hari ni adalah ke Yehliu Geopark dari Taipei ni. Dan dari sana nanti aku akan ke beberapa tempat lagi dan habiskan seharian hari ni di luar Taipei City.

Kalau ikut itinerary aku pagi ni .............

Board a Kuo Kuang bus from Taipei Intercity Bus Terminal counter 19 (next to Taipei Main Station) to Yehliu -- "Chin Shan Youth Activity Centre" route, a distance of about 54 km. Fare: NT$102 Travel time: About 1hr 20 mins. Yehliu, a 1.7km scenic area near the sea with unique rock formations, is located at the 48-49km mark of the coastal road between Jinshan Township and Keelung city. Alight at Yehliu stop near the road T-junction. Walk into the side road for about 15 to 20 mins.

Tu perjalanan yang aku dah study untuk ke Yehliu Geopark ni.

Tapi masa borak borak dengan Jean semalam, dia suggest aku ambik bus di MRT Station City Hall. Tak perlu ke Taipei Main Station sebab bus station dari MRT station tu agak jauh dan jalan agak complicated.

So aku akan ambik bus yang sama, tapi dari MRT Station Taipei City Hall.

Bersedia untuk bergerak. Mulakan dengan Bismillah 4. Semoga dilindungi sepanjang perjalanan hari ni.

Dari hostel aku bergerak ke MRT Station terdekat iaitu Station Xingtian Temple Line Kuning (Exit 4)

Kedai kedai masih belum di buka

Bangunan bangunan di sekitar Zhongshan District

Suasana pagi hari

5 minit jalan kaki, akhirnya aku sampai di station MRT Xingtian Temple, Exit 4

Perjalanan naik MRT dari Xingtian temple ke MRT Taipei City Hall memakan masa lebih kurang 20 minit dengan sekali transfer train ke line Biru (5). Tambang TWD 20/RM 2.50. Tambang tu adalah tambang paling minima untuk MRT ke destinasi zon berdekatan.

Nak naik MRT di Taipei City ni macam jugak MRT di bandar bandar besar yang lain. Di sini ada 5 Line kesemuanya yang meliputi kawasan kawasan pusat bandar dan persekitarannya. MRT Taipei tak seserabut Shanghai, dan tak sediverse Seoul. Kira OK lagi lah more less macam Singapore jer.

Apa yang paling penting, kena tau destinasi dan Line yang perlu ambik. Kena alert jugak kalau kena transfer di mana mana transfer station di perjalanan.

Tak susah lah. Kejap je boleh terror.

Sebaik saja sampai di MRT Station Taipei City Hall, aku keluar menuju ke bus station dia di tingkat atas. 

Panduan berguna di setiap MRT Station. Bagi information exit mana nak tuju

Tapi sebab tengok area tu macam terbuka dan cuaca pun menarik, aku usha dulu kawasan di bahagian atas Taipei City Hall station tu.

Station MRT Taipei City Hall

Nampak bangunan bangunan tinggi

Wah ! Nampak Taipei 101. Terus terkesima rama kejap.

Kawasan persimpangan jalan

Sebab aku macam excited gila nampak Taipei 101 tu, so aku plan nak lepak lepak situ dulu usha usha pemandangan.

Kebetulan nampak Starbuck pulak ada kat sebelah tu, so aku pun feeling feeling have have berbelanja beli kopi mahal di tanah orang !

Memula macam nak lepak kat dalam tapi tak syok lak tak boleh merokok. Last sekali lepak kat luar jer

Kopi Starbuck berharga TWD 125 / RM 16

Layan view ni

Syok betul minum kopi kat luar Starbuck tu sambil layan view nampak Taipei 101 tu. Memang impian aku nak tengok sendiri dengan mata kepala bangunan yang pernah menjadi bangunan tertinggi di dunia ni. 

Insya Allah, nanti last day memang aku dah spare nak pegi tengok tower tu dari jarak dekat. Kalau boleh nak sentuh dinding dia tu. But hari hari awal ni biar aku akan jelajah kawasan luar dari Taipei ni dulu. Orang kata, save the best for last !

Masa duduk tu teringat gak, aku ni nak kejar masa. Aci ke nak lepak lepak minum kopi macam ni?

Then aku fikir... let this trip be santai trip. Aku tak nak terlalu mengejar masa. Aku nak lepak lepak je taking my own sweet time. Kalau aku tak lepas nak pegi, aku redha je lah. Tak payah nak koyak koyakkan otak.

Man man jer kata orang. Travel kali ni aku tak mau stress stress nak capai KPI ke apa. 

Ada rezeki, pasti aku sampai ke destinasi yang aku nak pegi. Kalau tak sempat, memang tak de rezeki. So terima lah !

Begitu aku buat ikrar dengan diri sendiri !

Dah abis kopi dan rokok, aku pun start dengan agenda untuk hari ni.

Masuk ke bus station kat bawah tu dan terus cari platform No 7.

Platform No 7. Jean yang siap siap bagi aku number platform ni

Masa aku tunggu tu bas tak de lagi, tapi ada few orang yang menunggu sama. Untuk kepastian aku tanya sorang mamat ni tapi dia tak pasti bas tu ke Yehliu ke tak. Nasib baik ada minah pompuan yang mengiyakan dan dia pun pandai cakap English.

"You want to go to Yehliu Geopark?"
"Yes"
"You follow me !"

Begitu arahan dia !

Aku pun senang hati.

Bas sampai dan bergerak meninggalkan bus station Taipei City Hall. Bas menuju ke Jinshan tapi bagitau nak turun di Yehliu Geopark. Tambang bas TWD 84/RM 11.

Pemandangan Taipei dari dalam bas

Bas tak penuh, jadi aku melayan perasaan sendiri jer.

Ni minah yang suruh aku follow dia tu. So aku tunggu signal dia je la nanti, tak de la aku risau risau sangat. Sempat aku tengok dia membuta lagi lepas tu, buat aku pun cuba cuba melayan mata sama.

Perjalanan menghampiri kawasan pantai

Lebih kurang 1 jam lebih perjalanan, akhirnya bas berhenti dan minah tadi pun bagi signal suruh aku turun.

Dari simpang jalan tempat bas berhenti tu, minah tu berjalan masuk ke arah simpang dan aku mengikut jer. Nampak macam ramai orang jalan kaki keluar masuk dan ada signage tunjuk ke arah Yehliu Geopark. 

So aku pasti, tu la arah yang aku perlu tuju.

Simpang masuk menuju ke Yehliu

Ada nampak temple tepi jalan

Masuk ikut simpang ni dan ikut je laluan. Minah tu jalan depan aku siap bertopi besar

Aku follow kat belakang, sambil sambil tu snappy mana yang best

Minah tu pening agaknya, dia jalan then pusing belakang aku hilang.

Sebab aku dok ambik gambar.

"Nevermid, you go first, I will catch up"

Tapi tetap tunggu aku jugak.

So aku terpaksa la jalan beriringan dengan dia. Sempat la borak borak.

Dia umur 25 tahun, student di University di Osaka, Jepun. Tapi dia Taiwanese. Dia pandai cakap Jepun. Englsh OK la boleh la nak faham, tapi kalau aku cakap laju dia buat muka blur. So aku kena cakap satu satu jugak.

Dia tengah buat research dekat opis Yehliu Geopark tu pasal economi. So dia datang nak buat buat keje. Memula aku ingat dia nak gi lepak lepak tepi pantai sambil buat research. Hehehe. Rupanya dia ada keje dengan pengurusan Yehliu Geopark ni. 

"I have been to Malaysia"
"Really. Did you enjoy it?"

Gigih la dia bercerita sambil kami berjalan menuju ke entrance Yehliu Geopark tu. Perjalanan lebih kurang 15 minit je, akhirnya kami sampai di kawasan yang menjadi salah satu tarikan wajib di Taiwan ni.

Yehliu Geopark.

Entrance Yehliu Geopark

Kami berpisah di situ. Dia tunjukkan aku tempat nak beli tiket masuk. 

"Do you need anything else?"
"I will be fine. Thank you"
"If you have question, you can ask the Visitor Information Center"

Dia tunjuk office Visitor Information Center tak jauh dari situ. Aku mengiyakan jer dan kami berpisah terus.

Aku beratur dan beli tiket. Ada macam ramai jugak orang time tu.

Kawasan parking depan entrance masuk. Ada hotel dan kedai kedai

Tempat beli tiket

Tiket masuk. Harga TWD 80/RM 10.30

Lepas bayar tiket aku terus je masuk.

Kena cepat sebab aku nampak ada 1 rombongan baru sampai. Kalau bertembung mahu kang riuh rendah lak jadi nya. So secepat mungkin baik aku blah dan masuk cepat cepat.

Sedikit berkenaaan Yehliu Geopark ini.

Peta Yehliu Geopark

Yehliu Geopark adalah kawasan berukuran 1.7 km jika di ukur dari kawasan pintu masuk ke kawasan pengakhiran teluk di pinggir laut. Landskap batu batu di Yehliu Geopark ini adalah salah satu keajaiban yang terkenal di dunia. Tepian laut yang meregang dan lapisan lapisan struktur berpasir di pengaruhi oleh hakisan ombak dan gelombang, luluhawa batu, pergerakan bumi dan juga pergerakan kerak bumi telah menyumbang kepada pembentukan sebuah landskap geologi yang jarang berlaku serta menakjubkan.

Nama "Yehliu" diperoleh daripada: 

1. Satu istilah yang diterjemahkan daripada bahasa Pinpu;  
2. Singkatan daripada perkataan Sepanyol "Punto Diablos (yang bermaksud " cape syaitan ");  
3 Dari kisah zaman dahulu berkenaan dengan sesetengah orang tempatan yang gemar mencuri beras. Pada waktu dahulu, penduduk tempatan mencari rezeki di laut dan mereka bergantung pada pembekal beras Yeh bermaksud (ganas) dan liu bererti (mencuri).

Yehliu Geopark boleh dibahagikan kepada 3 kawasan. 

Kawasan pertama mengandungi Mushroom Rock dan Ginger Rock. Banyak kemunculan batu batu berupa cendawan dan halia yang terhasil dari belahan lubang dan peleburan angin. Selain itu terdapat juga pembentukkan lilin dan Ais Cream Rock di kawasan pertama ini.

Kawasan kedua adalah sama seperti kawasan pertama tetapi bilangannya yang lebih sedikit. Di sini terdapatnya Queen's Head, Dragon Head Rock dan beberapa jenis formasi batu batuan seperti Elephant Stone, Fairy's Shoe Stone, Earth Stones and Peanuts Stones. Formasi formasi ini terhasil akibat hakisan angin dan air laut.

Kawasan ketiga adalah kawasan berbukit dan rizab ekologi utama Yehliu Geopark sebagai tambahan kepada landskap batu di kawasan kawasan sebelumnya.

Antara formasi formasi batuan yang terdapat di kawasan Geopark ini

Dari kawasan entrance kena menapak ikut laluan ni ke tepi pantai

Menuju destinasi Queen's Head yang menjadi symbol iconic Yehliu Geopark ni

Dan nanti akan sampai di kawasan di tepi pantai dan dapat la tengok kawasan kawasan yang termasuk dalam kawasan tarikan pelancongan Yehliu Geopark ni.

Tepi laut

Ada menara tinjau

Oh.. geng geng Mainland dah ramai. Lari !!!!!!!!!!!!!

Kawasan Geopark dan laluan

Pemandangan

Mushroom Rock, Antara formasi yang terbentuk

Kita pegi lebih dekat

Salah satu formasi

Rock formations

Little Princess Rock

Di area kawasan pertama tu ada banyak jugak la batu batu yang menjadi tarikan yang resembles macam macam. Aku pun tak abis nak perati. Ada berbentuk Japanese Geisha lah dan macam macam lagi. Formasi formasi ni sebenarnya kena tengok dari sisi tertentu baru nampak. Tapi kalau dah orang ramai, nak usha lebih lebih pun tak dan.

Sudahnya, aku pun ambik gambar je lah.

Tapi kena hati hati di kawasan ni sebab tepi tebing curam mengadap laut. Ada certain kawasan tu memang di tanda dan tak boleh lepas. Ada beberapa orang pak guard menjaga kawasan.

Dan pengunjung juga di larang untuk pegang atau menyentuh batu batu ni sebab di khuatiri akan runtuh dan musnah kerana kebanyakkannya adalah dari pasir je.

Kat sini aku ada nampak geng geng Indo sekumpulan. Tapi tak tegur pun. Saja pandang pandang macam tu je.

Aku tak buang banyak masa kat sini. Cuaca pun dah makin terik. Aku bergerak ke kawasan ke 2 yang lebih menarik.

Ke Kawasan ke 2

Apa ada yang menarik di kawasan ke 2 ni?

"Hey Yuna. Kau derhaka kat sapa sampai kena sumpah jadi batu kat Taiwan ni nak? Insaplah.. balik la ke pangkal jalan Nak...." - Meratap hiba mengalir airmata tiruan 

Sapa cakap ni macam kepala Yuna aku lempang ! Sebabnya aku yang chop nak kata macam tu dulu !!!

Pabila kau merenung matanya
Ku rebah jatuh ke bumi
Disaat kau benar-benar mahu pergi
Seperti ku bernafas dalam air

* pose pose ting tong mabuk todi nyanyi lagu Yuna.

Dan sebenarnya ini adalah Queen's Head di Yehliu Geopark. Tau tak Queen's head tu kepala siapa pulak? Tu adalah kepala Nefertiti yang ala ala memakai turban. 

Apa? Tak kenal Nefertiti tu siapa? Erykah Badu tau? Gi google. Cepat nanti bagitau aku.

* pose pose Firaun berbaring di kerusi sambil makan anggur

"Oh bulan........................"

Mak aih.. Jantannya suara I. Opss



Ohh bulan...
Enggan melayan diriku lagi
Pabila...
Airmata membasahi pipi
Dan lagu-lagu di radio
Seolah-olah memerli aku
Pabila...
Kau bersama yang lain

Adakah perasaan benci ini sebenarnya cinta
Yang masih bersemadi untukmu
Dan sebenarnya ku mengharapkan disebalik senyumanmu itu
Kau juga merindui aku...

Ku enggan berpura-pura ku bahagia
Ku enggan melihat kau bersama si dia
Ohh ku akui cemburu mula menular dalam diri
Pabila...
Kau bersama yang lain

Adakah perasaan benci ini sebenarnya cinta
Yang masih bersemadi untukmu
Dan sebenarnya ku mengharapkan disebalik senyumanmu itu
Kau juga merindui aku

Pabila kau merenung matanya
Ku rebah jatuh ke bumi
Disaat kau benar-benar mahu pergi
Seperti ku bernafas dalam air

Adakah perasaan benci ini sebenarnya cinta
Yang masih bersemadi untukmu
Dan sebenarnya ku mengharapkan disebalik senyumanmu itu
Kau juga merindui aku
Ohh ohh oh...

Dan sebenarnya, dan sebenarnya,
Aku rindu...
Dan sebenarnya, dan sebenarnya,
Aku tak mampu...

bersambung ...........

15 comments :

  1. My favourite place in Taipei! Really brings back the good memories!

    ReplyDelete
    Replies
    1. ohh.... i like the place too just too crowded with visitors.

      must go like petang petang sikit baru ok kot

      Delete
  2. kahkahkah..gambo org bercium pon ko nak ambek...

    ReplyDelete
    Replies
    1. bukan bercium la... dia duduk sebelah2... posisi je mengelirukan pandangan mata kau tu

      Delete
  3. haha lawakk kepala yuna tu.terus takut nak mengaku kang kena lempang!
    baca entry ni smpai terbayang org mabuk todi.pastu trbayang plak abg meng jd firaun tgh makan anggur.hahha adehh

    ReplyDelete
    Replies
    1. tau takut kena pelempang.....

      jadi firaun tu kejap je.. baru nak baring org panggil.. x leh nak bersenang lenang sangat.

      Delete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...