Friday, February 19, 2016

Kembara Di Bumi Taiwan - 16 : Taipei > Hualien > Taroko Gorge

Hari ke 5 di bumi Taiwan.

Aku bangkit awal seperti yang aku rancang. Bilik aku tak de tingkap tapi aku dah kunci jam siap siap. Tak mau terlajak tidur, rugi nanti.

Bangkit je aku terus mandi dan selesaikan apa yang patut.

Masa berjalan ke bilik air baru aku perasan kat luar hujan !

Suasana kat luar

Aisey ! Cemana ni? Aku ada plan hari ni, kalau hujan leceh pulak nak bergerak.

Lepas bersiap aku naik atas ke tingkat 3 tempat office hostel ni. Aku ingat pagi ni aku nak jumpa minah yang dok message aku semalam tu dan aku nak settlekan payment untuk 2 malam aku stay di sini.

Naik atas office masih belum di buka lagi.

Untuk 2 malam di Taipei ni, malam ni dengan malam esok, aku menginap di JV's Hostel di Taipei ni.

Layan gambar hostel ni sikit.

Takdir dan waktu 

Nota lekat

Single room. Rate dia TWD 1000/RM 130 per nite. Kecik je bilik.

Bilik mandi dan toilet ada di setiap floor. Semua sekali ada 4 floor. Aku stayed di tingkat 2

Laluan ke bilik

Common area dan office

Overall aku suka hostel ni. Bilik dia bersih. Lokasi dia pun tak jauh mana dari MRT Station Xinyl Anhe. 10 minit jalan kaki je. Yang paling best dia dekat dengan Tower Taipei 101. Boleh nampak dari luar hostel.

Tapi yang paling buat aku suka dengan tempat ni adaah staff dia. Ada sorang yang nama Rice tu aku rasa sangat sangat menolong. Semalam aku sampai lewat lepas jam 12 malam dia dah expect dan tak de la tinggal aku terkontang kanting. Dia buat semuanya menjadi lebih mudah !!

Hujan masih turun renyai renyai di luar.

Destinasi kembara aku sepanjang di Taiwan.

Plan aku hari ni aku akan ke Hualien dan Taroko National Park dan petang nanti balik semula ke Taipei City ni. Esok aku ronda ronda Taipei City dan malam terus ambik flight balik Malaysia !

Sementara hujan masih turun di luar, aku lepak dalam bilik sambil surf surf. Aku check jugak la keadaan cuaca hari ni samaada boleh ke aku nak ke Taroko Gorge macam yang aku dah plan.

Tapi pagi tu bila aku check, tengok tengok....

Typhoon ???

Jadi betul la macam apa yang Jean dari hostel hari tu cakap. Hmmm..

Aku jadi berbelah bagi. Nak pegi Taroko ke atau aku nak stay kat Taipei ni je?

Guling guling atas katil. Masa berjalan ni.

Kalau aku tak pegi Taroko rasa macam rugi pulak !

Hmmm. Kejap was was nak pegi kejap macam nak paksa je diri. 

Last sekali aku email minah hostel ni...

Hi Rice

i am here already. thanks for making things easier for me to check in last nite. i am going to Taroko this morning. went up but nobody there so i keep the keys and i leave my stuff in the room.

i ll see u later tonite to settle the payment.

thx
Meng.

Tu kata putus aku. Tu la keputusan aku pagi tu ! Malas nak fikir bukan bukan. Lagipun cuaca ni kan ramalan je, bukan betul sangat pun. Sepanjang aku kat Taiwan ni pun check cuaca panas tapi hujan jugak sudahnya.

Aku tinggal baju baju dan bawak beg kosong. Tak bawak apa pun kecuali maggie cup dengan air mineral. Kira sehelai sepinggang je.

Entrance JVs hostel

Plan aku pagi ni pegi ke Main Station dan beli tiket ke Hualien. Dari sana aku akan ke Taroko NP. Spend masa di sana satu hari dan petang nanti aku balik semula ke Taipei City ni.

Hujan membasahi bumi

Jalan kaki ke MRT Station

On the way nampak Taipei 101 dari jauh

Close up sikit. Puncaknya hilang di telan kabus

Ambik MRT dari station Xinyi Anhe

Pagi pagi masih belum ramai orang lagi

Perjalanan dari Station Xinyi Anhe direct terus ke MRT Taipei Main Station.

Sampai di Taipei Station aku terus beratur untuk dapatkan tiket ke Hualien.

Taipei Main Station

Dapat tiket dengan seat pukul 8.50 pagi. Harga tiket TWD 440/RM 58 dengan 2 jam perjalanan.

Tiket ke Hualien

Sempat beli air dan makan donut. 

Sebab ada masa sementara tunggu train, aku merayap dulu kat kawasan Taipei Station.

Cuaca kejap OK kejap hujan

Bangunan tinggi depan Taipei Station

Sampai masa dan ketika, aku turun ke platform untuk berangkat meninggalkan Taipei Station ni.

Train menuju ke Hualien

Sepanjang perjalanan cuaca memang sendu. 

Mendung dan adakala hujan di beberapa kawasan. Memang tak syok nak ambik gambar. Mood pun rasa sayu jer.

Tapi aku ada misi hari ni., Misi untuk sampai ke Taroko National Park dan melihat sendiri keindahan kawasan tersebut. Memang Taroko ni destinasi wajib yang awal awal lagi aku dah list kan untuk pegi.

Dan dah sampai di Taiwan ni, aku pastikan untuk jejakkan kaki aku ke sana nanti !

Cuaca mendung

Makcik konduktor check tiket train

Mendung. Ambik gambar pun tak cun.

Sepanjang perjalanan cuaca mendung dan hujan. Ada laluan tepi laut dan ombak kelihatan sangat ganas memukul pantai.

Kawasan dah nak sampai ke Hualien

Train melintasi Taroko National Park

Tapi train tak masuk area Taroko tu, so kena pegi Hualien dulu then dari sana baru ambik shuttle ke sana

Padang menghijau sewaktu menghampiri bandar Hualien

Dan akhirnya setelah 2 jam perjalanan, train pun berhenti di Station Hualien.

Semua penumpang turun termasuk la aku !

Cuaca tak berapa menarik menyambut kehadiran aku ke Hualien, tapi aku tak berapa risau lagi. Yang penting aku kena dapatkan shuttle bas untuk ke Taroko National Park tu hari ni.

Nampak iklan ni kat station keretapi. Nak tergelak aku di buatnya.

"You want to sleep with me? Hell No. I am going back to Taipei okey"

Macam tu aku nak berlagak ! Rasaiin lah nanti....

Keluar dari train station usha usha kawasan dulu.

Pekan Hualien

Mendung dan gelap seluruh alam

Lepas tanya tanya orang, aku pun dapat tahu tempat nak beli tiket shuttle bus ke Taroko ni terletak sebelah train station tu.

Ada bangunan ala ala berbentuk bas.

Station bus berbentuk bas. Di sini tempat jual tiket shuttle bus ke Taroko dan bus bus ke tempat lain

Kat situ aku check jadual shuttle bus ke Taroko hari tu. Next shuttle bus pukul 11.30 pagi. 

Harga tiket adalah TWD 250/RM 32 untuk 1 day pass. Naik turun ikut suka di sepanjang point point bus stop di Taroko National Park tu nanti.

Aku dah excited nih walaupun tengok cuaca macam tak berapa menyebelahi.

Tiket dan phamplets

Masa tunggu bas ni hujan pulak turun

Bas sampai so aku terus je naik. 

Duduk dalam bas then aku realize aku sorang je dalam bas tu dengan driver.

Aku buat selamba je la duduk diam diam dan tunggu je bas bergerak.

"Typhoon is coming. You not scared?"

Tiba tiba driver bas tu bersuara.

Aku terdiam. Tak tau nak cakap apa.

"You sure you wanna go?"

Aku diam lagi tak berkata apa..

Tapi bila dia start cakap macam tu baru aku rasa taufan yang bakal mendatang adalah sesuatu perkara yang serious. Yang tak boleh di buat main !

Terkulat kulat aku dalam bas tak tau nak fikir apa.

Agaknya sebab aku diam je, drebar tu tak de alasan. So tepat pada waktunya bas mula bergerak meninggalkan pekan Hualien menuju ke Taroko National Park.

Meninggalkan Hualien

Bas melalui kawasan pantai. Tengok ombak yang menjulang tinggi dan menghempas tepi pantai aku mula rasa tak sedap hati.

Hujan semakin lebat sebaik saja bus memasuki kawasan Taroko Gorge

Dan kelihatan lumpur mengalir ke muara sungai dan seterusnya ke laut Pacific

Dan suasana terasa begitu pelik jadinya selepas itu.

Aku masih terpaku pada seat. Sekejap memerhati keluar tingkap.

Sesekali menjeling drebar yang fokus memandu.

Tiba tiba aku dengar deringan telefon berbunyi, dan drebar berbual di talian. Aku buat tak heran sebab aku pun tak faham.

"Hello.. ! We have to go back. Typhoon is coming very soon....."

Dia bercakap dengan aku.

Aku cuma diam dan dengar satu persatu perkataan yang keluar dari mulut dia. Tak tau nak respond. Tapi aku pasrah je la kalau itu keputusannya dan aku harus akur.

Belum habis dia bersuara, tiba tiba bas berhenti mengejut. Ada batu batu berantakan jatuh dari lereng lereng bukit ke jalan raya.

Pemandu bas terdiam memerhati sekeliling. Perlahan lahan dia memandu mengelak batu batu yang sudah jatuh menutupi jalan.

Dia kelihatan lebih tenang.

Aku terdiam tapi dada berombak resah.

"....this is gonna be the last bus to Taroko. You have to go back to Hualien with this bus. I am going to go and pick up some people there and come back to Hualien. There will be no more bus going up today !"

Tiba tiba aku rasa aku terperangkap dalam bencana. Aku rasa seolah olah berada di tempat yang tidak sepatutnya dan pada waktu yang sememangnya salah  ! 

Wajah wajah yang tersayang tetiba tergambar di ruang mata. 

OR. Hero. Princess. Makcik Mona serta Pakcik James... Ayam, itik, dan kambing di Hitaly.... Ikan di balang akuarium dan tetiba muncul Fazura........ !!

Eh. Tetiba bayangan Fazura duduk di kerusi sebelah cuba cuba memulihkan semangat aku yang hampir hancur.

"Kekanda di medan perang... adinda di medan seni...... sama sama berjuang, sama sama berbakti untuk ibu pertiwi...... maju la kekanda maju....  jangan undur..... "

* rebah atas riba Fazura tapi tersadung tepi tingkap bas

Dan aku realized hari ni semuanya yang aku rancangkan dah pun hancur lebur !

* seka airmata dengan langsir bas



Apa khabar teman
Ku perlu bicara
Kerna aku hilang
Tanpa kamu

Apakah ertinya
Ketemuan ini
Ku merindukan kehadiranmu

Hancur.. hancur aku
Bila-bila saja
Hancur, hancur aku

Hancur.. hancur aku
Bila-bila saja
Hancur, hancur aku

Apa khabar teman
Ku tunggu bicara
Harap engkau cari
Diri aku

Apakah ertinya
Kesudahan ini
Patutnya kau rindu
Kehadiranku

Hancur.. hancur aku
Bila-bila saja
Hancur, hancur aku

Hancur.. hancur aku
Bila-bila saja
Hancur, hancur aku

bersambung..................

18 comments :

  1. Ahaaaaaaa....... Dah nak kena bencana...... Baru teringat mak pak anak2 n isteri ye uncle meng..... Apaaaa nama dia Fazura.... # rebahhh

    ReplyDelete
  2. Replies
    1. x ngeri sebab tak perasan. bila bas berenti baru tau.. cuak jugak la.. buat jatuh atas bas... bocor pala

      Delete
  3. Alaaa..br nak suspen, bersambung sudaa..

    ReplyDelete
    Replies
    1. sikit sikit.. slow slow... kang cepat sgt abis la klimaks dia

      Delete
  4. baru nak makan popcorn....bersambung le pulok...takpe..sempat aku beli rokok sekotak lagi ni for nxt story :-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. kau sempat masak nasi 3-4 kali lagi nak tunggu citer ni klimaks... sabar na

      Delete
  5. Replies
    1. heheheh.. okey.. jgn lupa temu janji kita setiap 12 malam sepanjang bulan february ni..

      * macam promo tv lak

      Delete
  6. ceh...esuk da le cuti...terpakse nunggu senin...bace blog kat opis je...ceh ceh dan ceh

    ReplyDelete
    Replies
    1. heheh. tak pe. entry ni tak lari. buleh baca bebila pung....

      Delete
  7. tak sabar nak bcan sambungan ....

    ReplyDelete
  8. Replies
    1. nasib badan... kalau hancur dgn fazura oke lagi... hancur sorang sorang.... memang kentang jadinya

      Delete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...