Thursday, February 25, 2016

Kembara Di Bumi Taiwan - 22 : Taipei - Taipei 101

Apabila kita redha atas sesuatu yang berlaku yang mengecewakan hati kita, maka percayalah Allah akan mengantikan kekecewaan itu dengan sesuatu yang tidak di jangka !

Masih lagi di puncak Elephant Mountain menikmati pemandangan bandaraya Taipei dan juga menara Taipei 101 yang menjadi kebanggaan rakyat Taiwan ini.

Base Taipei 101

Bandaraya Taipei

Grand Hotel dari kejauhan

Taipei 101 berdiri megah

Skycrappers Taipei

Elephant Mountain

Kat atas kerusi batu tu la aku duduk habiskan masa lebih kurang 15 minit selepas tu menikmati pemandnagan bandaraya Taipei ni.

Elephant Mountain bagi aku memang lawa. View terbaik untuk melihat panorama Taipei dan juga Taipei 101 !

Waktu terbaik nak datang sini rasanya pagi la kalau cuaca tak hujan. Petang petang takut hujan. Tapi kalau naik kala senja boleh ambik gambar sunset. Pun menarik. Malam pun lawa juga tapi nanti nak turun kena hati hati takut tergolek dog.

Tak semua kawasan ade lampu rasanya kat atas tu.

Turun tangga

Sebab masih ada destinasi yang aku nak pegi, so aku turun dari situ dan kembali ke bawah. 

Destinasi seterusnya adalah untuk ke Taipei 101 tu sendiri. Kali ni aku nak pegi lihat dengan lebih dekat. Nak sentuh dindingnya sebagai tanda, aku pernah pegang bangunan yang menjadi antara yang tertinggi di dunia ini !

Tangga yang agak curam

Semakin ke bawah

Sampai kat bawah aku menapak ikut laluan jalan utama.

Ni map perjalanan dari Elephant Mountain menuju ke Taipei 101.

Menuju ke menara

Jarak tak jauh mana. Tapi cuaca semakin panas. Matahari semakin membahang.

Aku jalan slow slow ikut laluan, Nasib baik ada pokok pokok jugak di tepi tepi jalan.

Makin dekat aku berjalan menghampiri bangunan tinggi, makin excited jadinya. Tak sangka impian aku bakal terlaksana. Ada juga rezeki nak jejak kaki ke sini. Kalau dah sampai Taiwan tapi tak tengok sendiri bangunan ni macam tak de seri je trip tu jadinya nanti.

Taipei 101

Persimpangan jalan

Semakin menghampiri

Taipei International Convention Center bersebelahan

View dari bawah

Love !

Pintu masuk ke menara. Tapi public tak leh masuk ikut sini. Ini entrance ke opis opis kat building ni.

Megah dan gagah !

World Tower Building. Berjaya aku sentuh dinding bangunan dia. Impian aku akhirnya kesampaian !!!

Sedikit mengenai Taipei 101 ni.

Taipei 101. Officially known as the Taipei International Financial Center (臺北國際金融大樓), this 101-floor, 508-meter high skyscraper is in the Xinyi District of Taipei and is the second tallest skyscraper in the world. 

The tower is rich in symbolism; it was designed to resemble bamboo rising from the earth, a plant recognized in Asian cultures for its fast growth and flexibility, both of which are ideal characteristics for a financial building. The building is also divided into eight distinct sections, with eight being a number associated with prosperity in Chinese culture. The internal architecture of Taipei 101 is similarly awe-inspiring. Pay attention to ornate details on the structural beams, columns, and other elements. Taipei 101 is perhaps most notable for its feats of engineering. It was the world's tallest building from 2004 to 2010, as determined by three of the four standards designated by the Council on Tall Buildings and Urban Habitat. It also boasts the world's second fastest elevators, which will zip visitors up to the 89th-floor observation deck in a mere 37 seconds (cost: NT$500. NT$450 for students/Youth Card Holders etc., NT$400 for kids under 12 – NT$1,000 fast track). It's worth taking a ride up, as the views are stunning. It opens 10am - 10pm daily. 

The best time to visit would be in the late afternoon when you spend a couple of hours and see both day and night views of Taipei (others recommend noon time for it appears less crowded as tour groups have lunch). You can also go up to the outdoor observatory on the 91st floor (note that while it's possible to go to the outdoor observatory in a wheelchair, the view is negligible, as the concrete railing is too high to see over). 

Don't forget to look toward the middle of the building, where you'll see the world's largest spherical tuned mass damper (one of three) that keep the building steady. Attached to the tower is a large, up-scale mall. While the stores are unremarkable in that they offer the same brand-names as stores in other major cities around the world, the open and spacious design of the structure itself definitely makes it worth a visit. A supermarket specializing in imported food items is located in the basement. 

Malas nak translate.

Statue depan bangunan

Untuk public entrance kena masuk ikut shopping mall.

Begitu juga kalau nak ke view deck di Taipei 101 ni, kena masuk ikut shopping mall dia dan naik ke tingkat 5. Kat situ la tempat jual tiket untuk ke observatory deck.

Cuaca panas, jadi ayuh kita rasa aircond. Masuk dalam building mall dan cas cas mewah.

Kena kembangkembangkan hidung dan jalan macam orang banyak wang !!

Action ! Padahal.. hampeh.

Dah la masuk upscale mall bawak backpack !... Nampak sangat golongan tak setaraf dan sekufu dengan yang lain nak datang lepak lepak kat mall ni.

Masuk entrance mall

Terus jadi jakun. Besar betul mall dia

First kedai yang aku jumpa ! Terus rasa nak macam best.

Lama aku cari kedai Jo Malone ni. Aku memang nak cari perfume dia. Dah lama dah. Tak sangka jumpa kat sini.

Aku masuk dengan muka tak malu nya konon nak shreet shreet.

Dah la bawak beg pack. Nampak sangat orang tak nak layan. Tapi memula aku masuk tu tak de orang. Ada 3 orang pekerja. So dia layan la aku, tapi aku tak leh nak shreet sebab semua dia sembur kat kertas jer.

Cis ! Kemut sungguh. Usha usha jer. Terus kuburkan harapan. Now Jo Malone dah ada kat KLCC. Senang dah nak cari.

Jo Malone perfume

Dekat lobby bawah mall aku tukar duit JPY 5000. Dapat TWD 1340.

Cukup la nak buat belanja hari ni kot nak beli apa apa sebab cash cuma ada tak banyak pun tinggal. Nak tukar duit kena tunjuk passport.

Dah dapat duit, aku naik ke tingkat 5 untuk ke observatory deck

View dari tingkat 5 shopping mall

Laluan masuk ke Taipei 101 Observatory. Tempat untuk beli tiket

Kat tingkat 5 mall tu ada banyak butik butik mewah. LV, Prada dan macam macam lagi. Nak masuk pun seram

Memang upscale mall

Tengok harga macaroon ni pun macam nak pitam.

Kedai jual tea pun macam jual barang kemas punya la nampak mewah

Terus je masuk ke observatory area

Tempat jual tiket

Harga

Orang beratur nak naik ke atas

Aku fikir nak naik ke tidak?

Want to take a trip to the top of Taipei 101?

Nama Taipei 101 di beri bersempena dengan jumlah tingkat bangunan setinggi 101 tingkat. Kebanyakkannya adalah pejabat pejabat.

Bagi yang berminat untuk datang ke sini dan seterusnya naik ke observatory deck Taipei 101 dibuka setiap hari dari jam 09:00 pagi hingga ke 10:00 malam..

Di tingkat 4 pengunjung boleh menikmati pemandangan yang hebat dalam shoppong mall dan juga belajar tentang kehebatan kejuruteraan bangunan Taipei 101 ini.

5F Taipei 101 Mall - Di sini, pelawat boleh membeli tiket dan merasai salah satu lif terpantas di dunia yang di iktiraf oleh Guinness World Record . Kepantasan lif naik dari tingkat 5 hingga ke tingkat 89F dengan perjalanan setinggi 1010 meter/min (60.6KPH) cuma mengambil masa 37 saat sahaja.

89F Indoor Observatory - 382 meter dari paras bumi, dek pemerhatian menyediakan pemandangan yang jelas bandaraya Taipei dari semua arah. Di lantai tingkat 89 ini juga menempatkan sebuah muzium di mana pengunjung boleh mempelajari tentang proses reka bentuk dan pembinaan Taipei 101 dan lain-lain projek yang sama besar-besaran pembinaan di seluruh dunia. Terdapat lawatan audio secara percuma dalam sebelas bahasa, dan juga teropong berkuasa tinggi, kedai minuman dan juga perkhidmatan fotografi profesional.

88F Beauty of Taiwan Multimedia Corridor, Super Big Wind Damper, Treasure Sky - Koridor menghubungkan dua dek direka untuk mempamerkan keindahan alam semula jadi Taiwan yang menawarkan pemandangan 270 darjah. Di sini juga dipamerkan kehebatan kejuruteraan dikenali sebagai peredam angin dengan 5.5 meter diameter, seberat 660 tan yang digantung di dalam bangunan untuk mengimbangi kekuatan angin dan membantu 101 berdiri stabil sekiranya taufan atau angin kencang melanda Turut terdapat kedai Treasury Sky yang menjual koleksi barangan kraf permata yang unik.

91F Outdoor Observatory - Outdoor deck yang boleh diakses dengan menggunakan tangga dari tingkat 89. Dari bahagian luar dapat dilihat puncak menara setinggi 508 meter ini. Di tingkat bangunan di tingkat 91ST terdapat sebuah teater kecil mempamerkan filem mengenai pembinaan dan sambutan acara tahunan serta pertunjukan bunga api. Tingkat 91 ini hanya dibuka pada hari-hari tertentu tertakluk kepada keadaan cuaca yang baik sahaja.

Bayangkan cuaca time siang

Suasana waktu malam

Last sekali aku fikir malas la naik.

Lagipun aku nak save duit, kot nak beli apa apa ke or nak guna nanti.

Walaupun tak naik, tapi aku rasa puas sebab akhirnya aku berada di dalam bangunan yang penuh kemegahan ini. Salah satu benda yang aku tunggu tunggu dalam trip ke Taiwan ni.



Lelah ku berjalan menelusuri hari
Menunggu sesuatu 'tuk melupakanmu
Wajah-wajah telah datang dan telah pergi
Tetap kusendiri dan merindukanmu
Kuingin mengerti
Mengapa rasa itu bisa terhenti

Yang aku tunggu masih kucari
Yang aku tunggu 'tuk hilangkan rasa sunyi
Yang aku tunggu datangnya hari
Ku kan menunggu saatnya jatuh cinta lagi

Kulihat wajahmu di bayang embun pagi
Ku dengar suaramu di hembusan pagi
Mungkinkah kembali hati yang telah pergi
Mekarkah kembali bunga yang telah layu
Kan kucuba mengerti
Bahwa rasa itu bisa berganti

Akan ku tunggu masih percaya
Aku menunggu rasa itu pastikan tiba
Tetap ku tunggu takkan berhenti
Ku kan menunggu saatnya jatuh cinta lagi

Jangan lepas lagi jangan hilang
Nanti akan tiba
Nanti pasti datang
Ku kan menunggu, ku kan menunggu
Dirimu engkaulah seorang yang aku tunggu
Engkaulah seorang yang aku tunggu...


Nak tau tak? Dekat bangunan Taipei 101 ni di tingkat 35 ada Starbucks cafe. Tapi kalau nak minum kat situ kena reserved sehari sebelum !

Ada rasa rasa nak cuba? 

bersambung..............

14 comments :

  1. Waaaahhhh...... Bestnya uncle... Time mcm ni baru rasa seronok... Dpt tgk bangunan yg best...#kagum

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu la.. org kata somewhere over the rainbow....

      eh ya ke ada org kata mcm tu? hahahaha

      Delete
  2. Rajinnya meng update entry setiap hari..., penceritaan memang menarik.

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak tulis setiap hari pun. dah tulis lama. abis tulis baru buleh post. schedulekan je biar nampak tersusun.

      kata orang kalau nak bagi org, biar molek molek semuanya

      Delete
  3. Replies
    1. exclusive skit la kot macam kat shibuya crossing kat tokyo tu.... buleh la bajet bajet minum kopi di atas awan

      Delete
  4. kau gi musim panas ek meng.
    aku gi dulu spring. pakai winter coat fefeeling bergambo dekat tulisan LOVE tu.

    pastu masa beli tiket nak naik 101 tu kan, boleh dia taknak terima duit aku.
    katanya tu duit lama. bank of taiwan dah tak keluarkan lagi.
    walhal aku tukar kat KL. mana la nak tau kan. dah money changer tu bagi.

    sentap ok

    ReplyDelete
    Replies
    1. kenapa kau tak amokan ablasa je kat situ.. tak pun buat amukan abby abadi ke... hahahaha...

      maybe duit lama kot yang sampai malaysia tu.

      aku pegi hari tu musim tak tau lah. kejap hujan kejap panas.. ujung ujung.. taufan. hambik !

      Delete
  5. Replies
    1. best la gi tempat orang. tengok2 suasana sebenar...tgk dengan mata dan jiwa

      Delete
  6. Ingat entri baru.... Mesti temaN merindui penulisan meng... Hihihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. entry memang scheduled pukul 12 malam.. tgh malam baru muncul. buleh baca sebelum tido

      Delete
  7. pergh starbucks kena book tuh, kalah starbucks yang kat area Shibuya tuh ye gamaknya

    ReplyDelete
    Replies
    1. rasanya sebab seat limited dan kecik kot... harga sure kaw kaw mahal lagi

      Delete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...