Jiufen ni memang terkenal dengan Old Street nya.
Kawasan ini masih menyimpan khazanah dan kepelbagaian warisan sejarah sewaktu Taiwan menjadi bekas jajahan Jepun.
Area ni memang ramai orang. Jalan agak sempit dan kenderaan banyak naik dan turun, jadi kena hati hati sikit di sini.
Pandangan dari kawasan berbukit bukau di Jiufen. Kalau sunset memang lawa pandangan dari sini nampak terus bahagian laut di bawah
Kedai kedai yang terdapat di Jiufen
Lengkuk jalan yang menjadi penanda di Jiufen
Di Jiufen ni, tarikan utama di sini adalah Old Street yang menampilkan lorong lorong kecil dengan kedai kedai yang menjual bermacam benda.
Jalan nak turun tu tricky sikit, kalau tak perhati betul betul memang tak perasan.
Lokasinya dekat dengan jalan corner tu, kat situ ada 7 Eleven.
Masuk ikut 7 Eleven tu
Masuk ikut lorong ni
Pastu usha la apa apa yang di jual. Bagi aku tak de yang menarik pun. Makanan banyak tapi tak leh makan so tak guna nak tenung lama lama.
Jualan
Lorong kecil
Apa nih? Oh.. maksiat !
Telur
Nanti akan jumpa tangga dan lorong lorong kecil turun ke bawah. Ada area area yang lawa dan menarik juga
Di bahagian bawah
Bangunan yang menjadi ikon Jiufen
Kedai kedai
Jiufen Old Street
Okey jugak la bagi aku area Jiufen Old Street ni. Cuma orang ramai dan jalan sempit, payah jugak nak bergerak. Kena slow slow. Kalau malam pun menarik tempat ni.
Tu pun aku jalan secepat mungkin dan cover mana yang sempat jer then naik atas semula.
Memula ingat nak tunggu sunset, tapi tengok jam macam awal lagi. Baru pukul 3 petang time tu. Fikir punya fikir, aku terasa nak pegi ke Shifen.
Aku ada terbaca pasal Shifen dan air terjunnya yang terkenal tu tapi sebab aku bajet timing aku hari ni aku dah fully occupied dengan 3 destinasi so tak sempat nak ke sana. Tapi since masih awal lagi, aku fikir baik la aku cari jalan.
Sekurang kurangnya, aku boleh menambah destinasi hari ni !
Lupa kan Jiufen. Lupakan sunset.
Aku tunggu bas untuk ke Ruifang. Pekan yang aku lalu sebelum bas mendaki bukit naik ke Jiufen ni tadi.
Aku tunggu bas untuk ke Ruifang. Pekan yang aku lalu sebelum bas mendaki bukit naik ke Jiufen ni tadi.
View dari Jiufen
Teksi di Jiufen
Ayuh bergerak !
Yakin boleh ! Pastikan boleh !
Bangunan di Jiufen
Sebab orang ramai kat bus stand atas, aku menapak dan turun ke bawah. Tunggu bas kat bawah tu.
Naik bas ke Ruifang tak susah sebab semua bas akan melalui Ruifang dulu sebelum ke mana mana. Aku naik bas menuju ke Keelung City so tambang bus ke Ruifang TWD30. Turun bukit tak terasa sangat jauhnya.
Tapi tiba tiba aku terasa bersaing dengan masa !
Bus mula menuruni bukit bukau menuju ke Ruifang
Pemandangan Jiufen dari atas bukit
Sampai di Ruifang, aku turun dan usha kat bus stop depan station keretapi.
Kat situ aku gathered info cemana nak ke Shifen ni. Ada bus dari Ruifang ke Shifen tapi aku tak pasti tunggu kat mana sebab sepanjang jalan utama depan train station tu ada few bus stop.
bersambung............
Aku tanya sorang minah ni. Memula dia cakap
"I dont know"
Then aku OK je lah.
Riki punya riki, aku dapat maklumat dari board ni.
Tetiba minah tadi datang kat aku dan bagitau aku bus ke Shifen tu tak berhenti kat situ. Kena jalan jauh sikit sampai kat balai polis dan tunggu bus kat sana.
Berbelah bahagi jugak aku di buatnya tapi since dia macam beriya nak tolong aku, so aku ikut la cakap dia.
"I dont know"
Then aku OK je lah.
Riki punya riki, aku dapat maklumat dari board ni.
Aku yakin aku tunggu di tempat yang betul untuk bas ke Shifen
Tetiba minah tadi datang kat aku dan bagitau aku bus ke Shifen tu tak berhenti kat situ. Kena jalan jauh sikit sampai kat balai polis dan tunggu bus kat sana.
Berbelah bahagi jugak aku di buatnya tapi since dia macam beriya nak tolong aku, so aku ikut la cakap dia.
Misi mencari station bus lain di Ruifang
Jenuh aku menapak, sampai kat sana tak de pun bus tu. Aku baca info kat bus stop tu, memang tak de bus laluan ke Shifen berhenti kat situ pun.
Biar betik minah ni. Terus rasa tertipu !
Aku patah balik ke bus stop asal tadi dan on the way tengah berjalan kaki tu ternampak bus yang menuju ke Shifen tu lalu !
"Hey ! Woiiii ! Stop !"
Macam la suara aku gegak gempita boleh bikin drebar bas tu berhenti !
"Hey ! Woiiii ! Stop !"
Macam la suara aku gegak gempita boleh bikin drebar bas tu berhenti !
Dan bas tak berhenti sebab bukan di tempat bus stop dan drebar bas tak akan berhenti ikut suka suka hati dia.
Tetiba aku rasa angin je dengan minah tadi tu ! Membuak buak rasa amarah menguasai gelora jiwa. Tetiba nak bertukar kaler jadi Incredible Hulk.
Jalan kaki semula dengan perassan berkecamuk dan menahan marah balik ke bus stop yang memula. Dekat bus stop tu aku nampak minah tu ada lagi kat situ. Aku bagitau dia yang dia bagi salah info kat aku. Terkulat kulat dia diam tengok aku dah bengang.
Memang lah aku bengang ! Pastu boleh pulak dia lari menyorok belakang tiang buat buat macam tak de apa apa berlaku. Lagi stress bila tengok next bus ke Shifen cuma akan ada satu jam lagi. Hari dah petang, aku takut tak dan dah nak ke Shifen tu.
Terbuku dendam kesumat dalam hati. Kalau minah tu kutu, aku tindas tindas sekuat hati !!!
Jalan kaki semula dengan perassan berkecamuk dan menahan marah balik ke bus stop yang memula. Dekat bus stop tu aku nampak minah tu ada lagi kat situ. Aku bagitau dia yang dia bagi salah info kat aku. Terkulat kulat dia diam tengok aku dah bengang.
Memang lah aku bengang ! Pastu boleh pulak dia lari menyorok belakang tiang buat buat macam tak de apa apa berlaku. Lagi stress bila tengok next bus ke Shifen cuma akan ada satu jam lagi. Hari dah petang, aku takut tak dan dah nak ke Shifen tu.
Terbuku dendam kesumat dalam hati. Kalau minah tu kutu, aku tindas tindas sekuat hati !!!
Ketik !
Tindas sampai berbunyi.
Tindas sampai berbunyi.
Ketik ! Ketik ! Ketik !
Aku tindas 3 kali lagi biar betul betul mati !! Argh...............
Aku tindas 3 kali lagi biar betul betul mati !! Argh...............
Cinta aku tiada gantinya
Sekali bila ku serah
Harus untuk selamanya
Jangan pernah untuk berubah hati
Walau jauh mana kau pergi kasih
Usah engkau lukakan hatiku
Tercipta hanya untukmu
Percayalah kataku
Tidak akan ku biar lepas lagi
Cinta kan ku bawa hingga ke mati
Aku akan selalu ada menemani
Setiap detik waktumu
Dalam nyata ataupun payah
Takkan hilang dari pandanganku
Kasih ini ternyata untukmu
Tiada lain di hati hanya dirimu
Ku ingin semua rasa cinta yang ada
Biar sampai akhirnya
Genggam janji kau beri padaku
Katamu kau penawar semua dukaku
Sekali pun tak akan hancur cintamu
Yang pasti untuk aku
Kau bintang menerangi malamku
Tiada arah hidupku tanpa dirimu
Tetapkan setia tetapkan rela
Hingga masa mata tak akan terbuka
Rindu hanya untukmu
Dan hanya untukmu saja
Cinta aku tiada gantinya
Sekali bila ku serah
Harus untuk selamanya
Jangan pernah untuk berubah hati
Walau jauh mana kau pergi kasih hati
Huh, nayo mu...
ReplyDeleteLamo x khenyek kutu
org greece panggil khenyek ke?
Deletelama sgt merantau lupa bahasa kedua.. hiks
Khenyek nge kuku..
DeleteHaha
khenyek khenyek tu mcm bertubi tubi perbuatannya.. mcm lagi ganas tu
DeleteTaipei gempa bumi semalam.
ReplyDeletetu lah. semoga jean dan warga taiwan semuanya selamat di sana
Deletebest sangat supermeng malaya
ReplyDeleteSalam kenal ...wow...bestnya klu dpt bcuti kat sini,
read balek ya lake toba tour package
lake toba... hmmmmmmm rasa mcm nak repeat. one fine day in sha allah
DeleteHahaha..hangin ler habang ye. Apa ler motip minah tue tipu hang meng..hehe
ReplyDeletetu lah.. dah memula ckp tak tau dah la kan.. sibuk nak mendajal sucikan aku yang suci dan murni ni.
Deletetapi tak pe lah. dah balik ni dah tak kisah dah. masa time tu je rasa bengang je.. tapi elok gak. mengajar kita supaya jgn mudah percayakan orang dan selalu berhati hati.
Deletetapi dalam hati hati................ esoknya den terkono sekali lagi !!