Taroko National Park merupakan kawasan scenic lembah dan lurah gaung sepanjang 19 KM yang terletak berhampiran Pantai Timur Taiwan.
Kawasan jurang dan perlembahan batu batan ini juga di kenali sebagai Taroko Gorge National Park.
Taroko Gorge
Taroko Gorge terdiri daripada batu batu terutamanya dari jenis metomorphic, marble, gneis, "schist", dan lain-lain.
Taroko bermaksud "megah dan indah" dalam bahasa Truku, suku Orang Asli yang tinggal di kawasan itu.
Taroko bermaksud "megah dan indah" dalam bahasa Truku, suku Orang Asli yang tinggal di kawasan itu.
Taroko National Park dibangunkan pada 28 Nov 1986 dengan tujuan untuk melindungi alam sekitar di Taiwan. Kerajaan Taiwan telah menyedari bahawa banyak kerosakan serious telah dilakukan kepada sumber sumber semulajadi maka republik itu telah mewujudkan perlindungi bagi melindungi sumber alam semulajadi, melindungi peninggalan bersejarah dan hidupan liar, memulihara sumber semula jadi dan bagi memudahkan penyelidikan saintifik dan menggalakkan pendidikan terhadap alam sekitar.
Landskap luar biasa kawasan ini memang benar benar menakjubkan. Bermula dari tebing pantai ke jurang jurang di pinggir hutan, Taroko Gorge memiliki kira kira 60 KM landskap dengan melebihi paras laut dan beberapa puncak tertingginya melebihi 3400 meter !
Terdapat beberapa lokasi penting yang menjadi tarikan di kawasan Taroko Gorge ini. Lokasi lokasi ini terletak di dalam kawasan National Park ini dijaga rapi bagi memastikan alam sekitarnya sentiasa terpelihara.
Sebab aku naik Taroko shuttle bus tu jer dan nasib aku agak malang sebab bas memang tak berhenti, jadi aku cuma snappy dari dalam bas je.
Cuaca pulak hujan jadi gambar adalah memang tak berapa boleh justify keindahan tempat ni.
Apa apa pun, layan dengan separuh hati.
The Eternal Spring Shrine
Terletak di laluan keluar sebelah Barat iaitu Changchun Shrine Tunnel melalui lebuhraya lingkaran tengah pulau terdapat sebuah shrine yang dikenali sebagai Changchun Shrine ( Eternal Spring Shrine) yang mana menjadi tapak bagi mengingati mereka yang terkorban sewaktu pembinaan lebuhraya ini.
Terdapat laluan anak sungai yang berubah menjadi air terjun kecil yang juga dikenali sebagai Chanhchun Falls yang merupakan landmark utama kawasan ini.
Pada tahun 1987, tebing sungainya telah runtuh dan menyebabkan kerosakkan kepada Changchun Shrine ini sehingga lah 10 tahun kemudian ianya dibaikpulih dan di buka semula untuk di lawati oleh pelancong yang datang ke sini.
Terdapat beberapa kawasan lain di belakang Changchun Shrine ini termasuk tangga menuju ke Kuanyin Caves, Taroko Tower , Bell Tower , dan jambatan yang di kenali sebagai "Heaven trail" to Changuang Temple.
Lembah sungai yang mengalir di bersebelahan dengan Changuang Temple ini berbentuk labu dan turut dikenali sebagai Calabash Valley (Hu-lu Gu).
Aku pun tengok dari jauh je, tak sempat nak snappy puas puas !
Air terjun di Taroko Gorge. Ada yang semulajadi, dan ada yang terjadi disebabkan hujan hari tu
Kawasan lembah dan sungai berbatu batu. Kalu cuaca elok, air sungai ni semua kaler biru !
Air terjun
Jurang dan air yang mengalir
Terowong
Drebar bas tu main bawak je dan dia pegi ke point point yang sepatutnya bus tu berhenti dan collect orang orang yang masih berada di National Park ni. Tak de ikit laluan yang ada dalam peta pun. Punya la laju dia drive, aku nak ambik gambar pun susah.
Aku pun dah lost tempat mana dia lalu.
Kesian kan aku? Memang betul la tak de rezeki, Walau dah berjaya sampai ke Taroko ni, tapi sekadar dapat tengok macam tu jer. Tak dapat berdua bersatu dengan alam semulajadi di sini.
Tu pun gigih lagi dok ambik gambar walaupun bergegar gegar !
Statue dekat area Taroko National Park Visitor Center.
Ada bangunan Visitor Center yang menjadi tempat persinggahan bagi mereka yang memerlukan lebih informasi.
Ada jugak kedai makan dan kedai cenderamata di kawasan ni. Tapi masa hari tu masa naik singgah tapi tak de orang naik shuttle tu. Masa balik singgah sekali lagi baru ada yang naik.
Waterfall
Jambatan gantung. Ada je tengok orang lain yang naik kenderaan sendiri ataupun teksi berhenti tapi naik bas ni tau je la... Makan hati !
Laluan jalanraya di Taroko ni yang dibina menembusi bukit bukit batu
Tunnels of Nine Turns. Batu batu yang di tebus dan dijadikan laluan jalan
Lebih kurang 1 jam 15 minit perjalanan dari bandar Hualien tadi tu, akhirnya bas sampai di station terakhir di Taroko Gorge National Park ini iaitu Tianxing.
Di sini lah bas berhenti sebelum berpatah balik ambik penumpang untuk di bawa pulang semula ke Hualien.
Drebar bas tu berhenti kat bus stop tu dan dia bagitau aku.
"1:10 pm we go back to Hualien"
Memang jadual dia macam tu. Bas tiba jam 12:45 tengahari dan rest kejap sebelum bergerak semula pukul 1:10 pm.
Aku ada sedikit masa untuk merayap di kawasan ni.. Masalahnya ................. hujan turun dengan lebat la pulak.
Adoiii. Nak tak nak berbasah berhujan jugak la kejap aku kat situ. Dan ini area Tianxing yang sempat aku merayap kejap.
Hujan turun di Tianxing.
Air sungai bertukar lumpur disebabkan oleh arus deras yang mengalir
Gaung gaung di tebing sungai di Taroko Gorge. Kalau hari biasa, air yang mengalir ni jernih dan bersih !
Kawasan hentian Tianxing merupakan kawasan rekreasi yang terbesar dalam Taroko National Park ini.
Di sinilah Dasha River dan Taci Jili River bertemu lalu menjadi Liwu River dan mengalir hingga ke laut Pasifik.
The Sakuma Samata Shrine telah didirikan di sini semasa Era Jepun lagi (1895-1945) dan sebuah taman telah dibina di bahagian atas bukit dan dihubungkan oleh jambatan gantung konkrit. Terdapat White Robed Guanyin Statue, Tian Feng Pagoda setinggi 7 tingkat, Giant Statue of Bodhisattva, Xiangde Temple dan pada tahun 1968, Daxiong Temple dibina dan menjadi antara tempat paling popular untuk di lawati di kawasan ini.
Di Tianxing ini juga terdapat satu satunya hotel 5 bintang di Taroko National Park ini.
Dalam hujan lebat tu, gigih aku berlari untuk snappy sana sini. Macam orang biol pulak rasanya.\ Nasib baik tak de ramai orang kat situ. Tapi basah lencun jugak la aku di buatnya.
Jambatan gantung konkrit
Liwu River yang bertemu dan mengalir terus merentasi Taroko Gorge sampai ke lautan Pacific
Hotel
Tian Feng Pagoda
Dibina setinggi 7 tingkat. Dan di bawahnya adalah White Robed Guanyin Statue
The Sakuma Samata Shrine
Jambatan gantung menuju ke Wen Tian Xiang Park
Batu batu besar di tebing sungai yang mengalir
Highway yang di bina sepanjang kawasan Taroko Gorge NP
Sungai berlumpur
Jambatan di Tianxing
Tianxing
Taroko Gorge
Tempat parking dan kawasan bus station
Kedai makan dan kedai kedai cenderamata
Lebih kurang 15 minit berada di kawasan Tianxing tu, drebar bas bagi isyarat untuk bergerak turun. Ada few penumpang naik bus yang sama. Aku rasa dia orang batch yang datang awal pagi tadi lagi.
Aku akur, dan naik shuttle bas yang sama dan bas bergerak meninggalkan kawasan paling jauh di Taroko National Park ni.
Tunnels of Nine turn on the way turun
Air terjun
Cimu Bridge. Jambatan yang di bina oleh Presiden Chiang Kau-shek bagi mengingati ibu beliau.
Drebar tu memang bawak laju gila.
Macam nak tercampak campak aku ke dinding bas tu punya la payah nak ambik gambar.
Kadang kadnag rasa geram, aku nak gi ketuk je kepala dia. Apa la salahnya bawak slow slow, selain daripada keselamatan, boleh jugak la aku snappy snappy dengan lebih riang gembira.
Tak berhati sporting sungguh ! Langsung tak bagi aku chance. Tak tau ke aku ni datang dari jauh?
Tapi aku faham drebar tu ada tugas yang lagi penting. Nak pick up orang orang yang masih ada di kawasan Taroko Gorge ni. Kang tak ambik nanti balik jalan kaki ! Dia pun kena ikut timing yang sediaada sebab orang tunggu bas pun ikut waktu yang tepat seperti dalam jadual.
Tak ramai pun yang naik bas lepas tu so drebar tu bawak laju laju. Maybe dia takut apa apa terjadi laluan turun mungkin dia tutup dan kami terperangkap di dalam National Park tu tak dapat balik ke Hualien.
Tak ramai pun yang naik bas lepas tu so drebar tu bawak laju laju. Maybe dia takut apa apa terjadi laluan turun mungkin dia tutup dan kami terperangkap di dalam National Park tu tak dapat balik ke Hualien.
Pakcik ni kebasahan naik shuttle bus
Taroko Gorge.. laluan sungai mengalir terus ke Lautan Pacific. Cuaca memang gelap gelita
Ada orang cerita kat aku, masa satu tahun dulu tu ada satu bas persiaran bawak puak puak dari Mainland. Dan bus tu terperangkap kena taufan dekat Taroko ni.
Dikhabarkan bas tu jatuh dalam gaung dan yang menjadi misterinya sampai sekarang bas tu tak di jumpai. Semua sekali dengan drebar dan penumpang penumpang bas tu. Katanya, bas tu di bawa arus terus masuk ke laut. Terkubur lah mereka di lautan Pacific tu !
Cuak tak?
Haaa.. Tu la bahayanya kawasan Taroko Gorge ni lagi lagi kawasannya memang penuh dengan jurang dan gaung gaung.
Overall aku memang tak puas hati dengan trip aku ke sini !
Tapi apa lah daya dan kuasa aku menentang takdir Tuhan. Kalau dah itu yang di tetapkan, aku kena redha dan terima. Tapi serious, dapat tengok sekali lalu macam tu pun aku rasa tempat ni lawa. Ini kan pulak bila cuaca cerah dan elok. Air sungai semuanya biru dan mengalir di sebalik bongkah bongkah batu yang berselerak di lembah pergunungan Taroko ni.
Memang highly recommended tempat ni.
Sorry. Gambar gambar aku tak boleh nak justify kawasan ni. Aku dah cuba sedaya upaya dan tu je yang aku mampu !
* kesat air mata.
Tapi tak menghampakan, nah layan few gambar gambar dari Google view Taroko Gorge National Park ni pada waktu cuaca elok.
Tapi tak menghampakan, nah layan few gambar gambar dari Google view Taroko Gorge National Park ni pada waktu cuaca elok.
Satu lagi, dari pengamatan aku, cara terbaik untuk bergerak di Taroko National Park ni adalah dengan naik teksi ! Sebab teksi boleh berhenti di mana mana saja yang kita suka. Banyak port lawa dan scenic untuk ambik gambar. Kalau naik bas tau tau je lah. Dah la bawak macam pelesit, pastu dia stop pun kat tempat tempat tertentu jer.
Tu pun mujur kalau dia stop. Kalau macam kes aku ni?
Haram la.. Langsung tak stop !
* kesat hingus pulak.
Apa apa pun, Taroko Shuttle bus ni tak berhenti di kawasan Taroko Gorge saja, on the way balik ke Hualien, dia akan melepasi satu lagi area dan kalau cuaca OK memang kita boleh stop kat Qixingtan Beach ni.
Pantai ni kalau cuaca elok memang lawa. Yang uniknya, pantainya tak de pasir tapi penuh dengan batu batu pebbles. Agak ralat aku tak boleh berhenti hari tu.
Tapi kalau berhenti pun tak nampak apa !
Pantai pun dah macam di landa garuda. Dengan angin kenyang kencang membadai
Dan ombak tinggi menjunam menghempas pantai
Qixingtan Beach bila cuaca ok
Qingtan Beach. Ehsan google
Sesiapa yang ke Taiwan nanti boleh la berkunjung ke Taroko National Park ni. Aku yakin tempat ni tak akan menghampakan sapa sapa pun yang ke sana.
Harapnya jangan jadi kes macam aku sudah lah.
Kalau nak lebih info boleh rujuk sini : Taroko National Park, Taiwan
Kalau nak lebih info boleh rujuk sini : Taroko National Park, Taiwan
Taroko Shuttle Bus yang aku naiki tu akhirnya kembali ke Hualien. Aku pasrah dengan keadaan dan aku terima itu je rezeki lawatan aku ke Taroko ni. Walaupun rasa terkilan, tapi aku redha je lah.
Hujan semakin lebat waktu bas berhenti di perhentiannya dan aku terpaksa berlari dalam kebasahan dari bus station ke train station.
Niat hati nak dapatkan train balik ke Taipei petang tu.
Station agak lengang.
Aku pegi ke kaunter untuk beli tiket.
"Can I get a ticket to Taipei"
"Today?"
"Yes. Today. With seat please"
"Sorry Sir. No train today"
"What?"
Minah kat kaunter tak reti nak explain lebih lebih. Dia suruh aku pegi ke kiosk pertanyaan. Kat situ ada sorang mamat yang lebih fluent English dia.
"Train service has been suspended due to typhoon"
"No way.. ! I have to go back to Taipei by today"
"Sorry Sir. No train today. You can try the bus"
Terdiam pilu aku kat situ. Tetiba aku perasan makin ramai orang di train station tu.
Tanpa membuang masa, aku lari semula dalam hujan tu ke bus station tadi. Memang basah kuyup dah aku di buatnya.
"Any bus to Taipei?"
"No bus. Bus cancelled"
"Not even one?"
"No. You ask train"
"Huh?"
Mereng aku tetiba kat situ.
Orang train suruh tanya bus. Orang bus suruh tanya train. Sudahnya memang semua tak beroperasi. Lama jugak aku dok tanya soalan kat pakcik di bus station tu mungkin ada option lain, atau mungkin ke bandar lain dulu sebelum ke Taipei tapi jawapannya semua menghampakan. Dah la dia orang ni susah nak explain. Pastu pekerja yang ada pun sibuk main Candy Crush je belaka.
Stress aku di buatnya.
Then aku balik semula ke train station. Pegi jumpa mamat kat kiosk tadi dan aku start tanya dia soalan macam macam dan jawapannya tetap sama. Train has stopped !
Merokok bertemankan hujan di luar station
Dalam hujan lebat aku berdiri di luar station keretapi Hualien meratap harap. Berharap ada sinar menuju jalan yang hampir kelam !
Serious, aku semakin buntu menebar harapan dan mencari damai untuk tenangkan perasaan sendiri !
Part of me aku dah start pasrah. Separuh lagi aku berdoa untuk dapat balik ke Taipei hari ni.
Apa yang paling penting adalah untuk mengawal emosi sendiri. Kejadian di Taichung tempoh hari buat aku belajar menerima perkara seperti ini dengan lebih mudah. Aku pujuk hati. Hadapilah apa yang terjadi.
Tak tahu nak salahkan siapa. Salah aku ingkar pada kata hati ? Salah aku terlalu ikutkan nafsu nafsi ? Benar kata orang, trust your first instinct. Kalau aku tak berdegil untuk datang ke sini pagi tadi, mungkin aku tak terperangkap macam sekarang ni di sini.
Hmmm. Lapar ! Aku perlukan makanan !!!!
Serious, aku semakin buntu menebar harapan dan mencari damai untuk tenangkan perasaan sendiri !
Part of me aku dah start pasrah. Separuh lagi aku berdoa untuk dapat balik ke Taipei hari ni.
Apa yang paling penting adalah untuk mengawal emosi sendiri. Kejadian di Taichung tempoh hari buat aku belajar menerima perkara seperti ini dengan lebih mudah. Aku pujuk hati. Hadapilah apa yang terjadi.
Tak tahu nak salahkan siapa. Salah aku ingkar pada kata hati ? Salah aku terlalu ikutkan nafsu nafsi ? Benar kata orang, trust your first instinct. Kalau aku tak berdegil untuk datang ke sini pagi tadi, mungkin aku tak terperangkap macam sekarang ni di sini.
Hmmm. Lapar ! Aku perlukan makanan !!!!
Semenjak awal lagi
Bila ku mengenalimu
Dunia ini serasa
Cuma dalam genggamanku
Ramai yang datang menduga
Namun tak sama denganmu
Aku...percayalah
Biar pun remuk di hati
Akan aku rawat sendiri
Kerana kau aku rela
Mengapa aku yang tidak setia
Mengapa akukah yang berdosa
Mengapa aku mudah terlupa
Janji-janji kita kali pertama
Sesalnya aku cuma
Ingatkan engkau merayu
Itulah kesilapanku
Belum terlewat lagi
Itu kata darimu mudah
Memang begitu indah
Mengapa aku yang tidak setia
Mengapa akukah yang berdosa
Mengapa aku mudah terlupa
Janji-janji kita kali pertama
Musuh tak kenal
Jangan diikut tinggalkan dia
Mengapa aku masih kau goda
Masih kau goda
Mengapa aku yang tidak setia
Mengapa akukah yang berdosa
Mengapa aku mudah terlupa
Janji-janji kita kali pertama
bersambung......................
Hmmmmm.....betul uncle... TRUST YOUR FIRST INSTINCT...
ReplyDeletetu la.. cuma kdg kdg degil tak leh nak halang....
Deletenak nak jugak... last last mendapat lerrr
i pity u meng ... dah pegi jauh2 sekali camtu plak jadiknye ...
ReplyDeletetapi tempat ni mmg lawa lah meng ... okeh masuk list!
tak pe la. maybe ada rezeki di kemudian hari yang lebih baik dengan cuaca yang lebih indah dan cerah
Delete* seka airmata..
masuk dlm bucket list ko azra.. ambik gambar lawa lawa di sana kelak
*angin kenyang membadai or kencang?
ReplyDeletebut that was priceless experience!
ops sorry... spell checker tak berfungsi la tu.
Deletetapi kalau angin kencang masuk perut boleh kenyang jugak kan?
#matilahtaknakkalah
#menengakkanbenangyangbasah
Tq for noticing