Dah sampai Male.
Kami berkira kira nak ke jetty satu lagi tu jalan kaki atau naik teksi saja.
Sebagai golongan golongan mewah dan telah layak untuk menginap di resort mewah seharusnya kami mengelak daripada keadaan muka berpeluh peluh dek kerana berjalan kaki !
Apa kata orang kalau tengok kami kelihatan seperti gelandangan?
Muka berpeluh. Leher berdaki. Rona rona wajah tampak kusam berkerak dan tidak bermaya !
Jadi............... kami decided untuk naik teksi. Sesuai dengan taraf kami hari ni !!!
Tahan teksi dan suruh dia hantar kami ke jetty Male nak menuju ke Hulumale. Murah je teksi tu pun.
Bangunan di ibunegara Maldives.
Suasana jalanraya
Banyak hotel dan bangunan pejabat
Tak sempat nak usha usha pun
Dalam pembinaan.
Sedikit mengenai Male dan Maldives.
Kepulauan Maldives terdiri daripada 1,190 buah pulau. Ia terletak di selatan India dan berhampiran Sri Lanka. Kepulauan peranginan ini ialah sebuah negara republik yang ditadbir oleh seorang presiden dan beberapa menteri. Maldives mempunyai keluasan keseluruhan hampir 90,000 kilometer (km) persegi yang dibahagikan kepada 19 daerah atau negeri pentadbiran. Kepulauan ini mempunyai penduduk seramai kira-kira 300,000 orang yang tinggal di 200 buah pulau. Yang menariknya, hanya lebih kurang 300 buah pulau telah diterokai, termasuk 100 daripadanya yang telah diusahakan sebagai tempat peranginan dan spa, sedangkan yang lain masih belum diterokai sepenuhnya.
Maldives, nama rasminya Republik Maldives. Nama negara ini berasal daripada perkataan " Kepulauan Bergunung-ganang" (malai di dalam bahasa Tamil, bermaksud "gunung" dan teevu di dalam bahasa Tamil bermaksud "pulau") ia juga mungkin bermaksud "seribu pulau". Beberapa sarjana percaya bahawa nama "Maldives" diambil daripada perkataan Sanskrit maladvipa, bermaksud "susunan pulau-pulau", atau daripada "mahila dvipa", bermaksud "pulau wanita". Ada juga yang mempercayai nama tersebut bermaksud "istana" (daripada perkataan Mahal di dalam bahasa Arab) berikutan pengenalan Islam pada 1153, pulau ini kemudiannya menjadi sebahagian daripada Portugis (1558), Belanda (1654) dan hak milik penjajah British (1887). Pada tahun 1965, Maldives mengisytiharkan kemerdekaannya daripada Britain, dan pada 1968, sistem Kesultanan telah digantikan dengan sebuah Republik.
Maldives, nama rasminya Republik Maldives. Nama negara ini berasal daripada perkataan " Kepulauan Bergunung-ganang" (malai di dalam bahasa Tamil, bermaksud "gunung" dan teevu di dalam bahasa Tamil bermaksud "pulau") ia juga mungkin bermaksud "seribu pulau". Beberapa sarjana percaya bahawa nama "Maldives" diambil daripada perkataan Sanskrit maladvipa, bermaksud "susunan pulau-pulau", atau daripada "mahila dvipa", bermaksud "pulau wanita". Ada juga yang mempercayai nama tersebut bermaksud "istana" (daripada perkataan Mahal di dalam bahasa Arab) berikutan pengenalan Islam pada 1153, pulau ini kemudiannya menjadi sebahagian daripada Portugis (1558), Belanda (1654) dan hak milik penjajah British (1887). Pada tahun 1965, Maldives mengisytiharkan kemerdekaannya daripada Britain, dan pada 1968, sistem Kesultanan telah digantikan dengan sebuah Republik.
Pulau Male agak padat
Saiznya agak kecil dan boleh pusing pusing jalan kaki je
Male dikenali sebagai bandar perikanan dan menjadi hasil eksport utama Maldives terutamanya ke Jepun.
Banyak restoran halal di Male. Bandar yang mempunyai lebih kurang 100,000 orang penduduk ini menjadi tumpuan kerana jentera pentadbiran kerajaan Maldives berpusat di sini. Antara tempat menarik yang dapat dikunjungi di bandar ini termasuklah rumah presiden, Masjid Hukuru Miskiiy, Mulee-aage atau istana lama Sultan Shamsuddeen III, pusat Islam, muzium dan pasar ikan.
Tidak ketinggalan juga kedai cenderamata di Chaadhanee Magu yang menjual pelbagai bentuk cenderamata terutamanya hasil laut seperti kulit siput serta hasil kraftangan penduduk Maldives.
Tapi sebab kami dah malas dan tak sabar sabar nak mengecapi kemewahan hidup di alam fantasi ni, jadi kami skip nak melawat tempat tempat tu semua.
Misi kami nak ambik ferry untuk ke airport
Beli tiket
Naik ferry
Dalam ferry
Meninggalkan jetty di Male
Bye Male... sorry Male, tak dapat nak cemolot sangat
Jambatan yang sedang di bina bagi menghubungkan pulau Male dan Hulumale ( airport )
Bandar Male dari kejauhan
Male
Tak sampai 20 minit kami tiba di Pulau Hulumale.
Masanya telah tiba ! Kini segalanya bakal bermula... Buang semua rasa kemiskinan dalam jiwa. Lupakan kesedihan selama ini. Kali ini ayuh kita kecapi bahagia. Nikmat dunia !
"Agak agak bot kita cemana?"
"Mesti lah bot mewah kot. Takkan la cikai nak naik kapal sayur?"
Haks... Masing masing dah sibuk imagine macam macam. Berangan lah best. Macam macam dalam otak. Buat kami lebih excited dan tak sabar sabar.
Of chos bukan ferry macam ni. Ni bukan level level kita orang !
Kurang kurang macam ni.... !
Turun dari ferry, masing masing di landa rasa berdebar debar.
"Eh.. OK ke kita ni? Nampak mewah tak?"
"Tak sangat !"
Erkkk...
"Jom jom. Kita gi toilet. Menghias diri !"
Padahal gi kencing. Tapi dalam toilet dok pose pose depan cermin bagi memastikan kami nampak seperti orang have have walaupun no have !
Seperti yang telah dimaklumkan, di airport ni kami akan ke kiosk Baros dan di sini kami akan berjumpa dengan wakil dari resort tu yang akan bawak kami ke pulau persendirian tersebut.
Melilau lilau cari kiosk yang dimaksudkan.
Kita orang dah bagitau, kami akan sampai dalam pukul 10 pagi. Cas cas baru turun dari flight dan terus ke resort mewah. Walhal dia orang tak tau kita orang dah 2 hari kat sini dan menjalani kehidupan seperti pelancong bertaraf miskin !
Lagi buruk perangai, dia orang dok tanya flight arrival time, lagi kami buat diam tak mau bagitau !
Eh ! Orang kaya haruslah naik private jet ! Korang apa tau?????
"Mana satu eh?"
Masing masing melilau mencari kiosk yang di maksudkan.
"OK ke kita ni? Rupa mewah ke tak? Eh beg plastik tu sorok ! Ermmm.. Jangan bagi dia angkat beg ni sebab dalam ni banyak makanan ! Kang kantoi kita datang bawak makanan sendiri !!!"
Macam macam la benda benda checklist yang muncul. Mengarut je lebih.
Dan sewaktu kami sampai di kiosk tu, dah ada staff dia menunggu.
"Sir.... welcome to Baros"
Dia dengan senang hati menerima ketibaan kami. Dia ambik beg satu persatu.
"It is OK"
"I can keep that for you"
"No ! Not this one. Not this one"
Ada adegan tarik tarik beg. Bagus lakonan BW. Nasib baik tak terbarai keluar sambal dan serunding dari beg tu,
Mamat tu pasang tag dan brief kami tentang waktu ferry nak bertolak. Dia kata ada lagi 2 orang yang akan turut serta.
Tapi sebenarnya kami lapar ! So kita orang gi melilau cari restoran kat airport tu.
Nak order Burger King ni tapi mahal harga nya.
Tengah berkira kira duit nak beli tetiba mamat tadi tu datang cari kita orang ! Cheh jumpa pulak dia cari. Nasib time tu time bukan kita orang tengah kira duit syiling !
Kalau kantoi... malu !!!!!!!!!!!!
Kalau kantoi... malu !!!!!!!!!!!!
Mamat tu cakap, dia orang dah ready nak berlepas. So kami follow terus dia menuju ke bot. Lenggang kangkung, baru terasa mewah sebab beg semua dia orang bawakkan !
Jalan menuju ke bot. Ada sorang amoi dengan mak dia turut sama dengan kita orang.
"Alah.. Amoi ni pun saja je tunjuk mewah. Ntah ntah sama dengan kita. Mampu duduk satu malam je"
Hahahah. Sesi mengumpat bermula !
Bye bye buat sementara
Dan kami di bawa ke bot yang sudah bersedia untuk membawa kami ke pulau syurga.
Wow... not bad ! Baru la rasa macam David Beckham
Tengok dalam bot, rasa mewah gila. Tetiba rasa nak ambik bantal dan menangis tutup muka. Terharu ! Tak sangka ! Banyak duit aku habis untuk ini semua !!!
Dalam speedbot tu ada driver dan staff lain juga. Kami feeling feeling duduk dengan sopan. Maklumlah ambik mood gaya orang kaya kaya.
Belum apa apa dah di hidangkan dengan welcome drink.
Ada macam macam air. Boleh pulak si BW mintak air mineral je. Tak kelas langsung ! Aku dengan IH mintak air juice. Apple dan Orange. Baru la mewah ! Kan?
Pastu konon konon baru nak laga laga botol. bot bergerak. Nasib air tak tumpah ! kalau tak terus kantoi sebenarnya kami adalah orang miskin yang jakun !
Awek Amoi dengan mak dia tu dah macam labah labah dah dalam bot tu terlentang, meniarap, selfie apa semua dah. Kita orang still compose lagi.
"Behave OK. Behave !"
Speed boat bergerak dan kami meninnggalkan pulau Hulumale
Speed boat bergerak laju membelah samudera.
Membelah lautan
Tapi bot memang comfortable gila. Dan memang terasa kemewahannya.
Dan 20 minit perjalanan dengan bot, kami mula menghampiri pulau yang semakin jelas kelihatan. Semakin jelas struktur-struktur bangunan yang selama ini kami dok tengok dalam google.
Tetiba rasa macam nak menjerit excited ! Tapi orang kaya kaya mana tunjuk excitement dia orang kan? Like benda ni biasa je. Normal. Memang level kita orang tengok view macam ni hari hari. Air laut pun macam longkang belakang rumah kami jer. Biru biru turquoise.
Hahahaha
Hampir tiba di destinasinya
Kami yakin, ini lah syurga yang dirindukan. Ini lah tempat yang mengempiskan wallet dan memberi kesan kepada perbankkan.
Apa yang kami imagine kini semuanya di depan mata. Semua persoalan yang ada, bakal kami temui jawapannya.
Apa yang kami imagine kini semuanya di depan mata. Semua persoalan yang ada, bakal kami temui jawapannya.
Begini lama kita berkasih dan sayang
Cinta pun kian bersemi
Senyum pertamamu mencurigai rasa
Menggamit hatiku
Mendekatimu
Bukanlah lagi hanyalah impian
Kasih cinta kita berdua
Saat ini telah pun ternyata sayang
Rasa cinta dariku untukmu kasih
Telah pun sama saling memahami ho!
Indahnya
Hadirku kini
Hanya untukmu
Semoga dapat di pastikan
Ada yang indah
Sedang menanti
Manisku
Tak mungkin ku mungkiri
Apa dijanji
Walau ada rintangannya
Kini terjawab sudah
Semuanya
Kau dan aku
Pun tahu
Sambutlah sayang
Salam cintaku ini
Untuk mu sayang
Demi kasihku ini
Kasih dan sayang
Terus bersemi
Harapnya pelaburan kami berbaloi. Tapi tengok pada persekitaran... kami macam dah jatuh cinta.
Baros.... kami datang !!!!!
bersambung.......................
Haha... Aku yg bc pun terasa berlagak have have
ReplyDeletehaip./. tak baik riak berlagak bongkak
Deleteadoi...kerah perut weyyyy...
ReplyDeleteada six packs la tak lama lagi tu
Deletehahahahaha adoiiii
ReplyDeletehuhuhuhuhu
Deleteperasaan have have to mmg suma org ada kot Meng? adoilah belakang umah takda ayaq longkang kaler blue turqoise
ReplyDeletedalam hati punya excited tapi terpaksa di kawal. takut di tuduh jakun. padahal amoi cina dgn mak dia tu bergambar dah macam tarantulla dah lagaknya..
Deletelagi jakun tu
Amoi malaya jgk ker??
ReplyDeletedok eh. rasanya mainland kot
Delete