Hari ke 2 di bumi Maldives !
Aku rasa aku tidur awal semalam. Tak sedar pun apa yang berlaku sebab aku hanyut dulu. Tapi pagi tu bila aku sedar IH dengan BW dah bangun. Masing masing tengah buat sarapan.
Sarapan simple simple je masak apa benda ntah, tapi dia punya kecoh macam rewang time kenduri !
Memang bab masak ke menyediakan makanan bukan forte aku jadi aku memang tak ambik tau. Aku makan je apa apa pun nanti.
Bangkit dan dengar bunyi deruan bot.
Dari balkoni bilik tak berapa kelihatan sebab terlindung pokok pokok.
Dah bangun tu aku teruja nak usha kawasan sekitar pulau Villingili ni. So aku turun merayap dulu tinggalkan IH dengan BW.
Bengang betul tuala sampai sudah orang hotel ni tak bagi. Sebagai tanda amarah dan mogok, aku keluar gi ambik gambar ! Hahahaha.
Bengang betul tuala sampai sudah orang hotel ni tak bagi. Sebagai tanda amarah dan mogok, aku keluar gi ambik gambar ! Hahahaha.
* matilah takde kena mengena.
Dan tindakan mengikut perasaan aku tu ternyata terbaik sebab sedang elok, matahari baru nak memunculkan diri di bumi Maldives ni !
Rise and shine !
Excited layan matahari terbit.
Terus tetiba aku imagine group Feminin keluar dari laut dan buat persembahan bersempena matahari terbit !
Dinihari kian ku rasa
Ku imbas kembali waktu bersama
Segala kenangan silam
Bagai berlalu semalam
Hujan membasahi kita
Ku rasa bagai tangisan gembira
Dan burung bagai menyanyi
Lagu cinta
Kini hanyalah tinggal kenangan
Tiada ku rasa dalam genggaman
Hanya terdaya mengimbas semua
Kenangan yang lalu
Tiada kata ucapan di bibir
Tak ku sangka kali terakhir kini
Kau tidak akan kembali lagi
Sejenak ku tersedar pilu
Hanya bayanganmu yang menemaniku
Tapi apakan daya
Tuhan penentu segalanya
Kesal rasa hatiku
Kerna kali terakhir kita bertemu
Tiada ku lafazkan oh kata cinta
Ibukota Male dari arah pulau Villingili ( yang juga di kenali sebagai Pulau Vilimale )
Bagus pakcik ni menjaga kesihatan dengan bersenam
Pantai di Villingili di waktu pagi
Pulau Villingili ni kecik je tapi di sini ada pantai sesuai untuk mandi manda dan istirehat. Tak seperti Male dan Hulumale yang dikelilingi oleh kawasan tebing tambak jer
Jadi aku rasa, pilihan IH untuk kami menginap di sini adalah tepat walaupun awalnya rasa macam satu kesilapan
Pagi di Maldives..... suasana tenang dan damai. Tapi pagi pagi ni ada dua tiga budak budak dah siap siap terjun laut bermandi mandi
Ferry awam sudah mula bergerak merentas lautan antara pulau Male dan Pulau Villangili
Bandar Male
Kawasan di Pulau Villingili. Ramai jugak penduduk yang tinggal di sini dan berulang alik ke pulau Male. Maybe dia orang kerja di sana
Pantai di Pulau Villingili.
Info mengenai pulau Villingili.
Vilimalé (Previously known as Villingili)' is an island of geographical North Male Atoll, but not of administrative Kaafu Atoll, and is, administratively, known as Vilimalé and considered the fifth district of Malé, Maldives. It lies about two kilometres (1.2 mi) west of Malé island and is reachable via local ferry service that operates 24 hours, between Male' and Villimale'.
Villimale' used to be a resort earlier before it became a residential island. In fact it became the second resort to start operations in Maldives, after the first resort in Maldives, Kurumba became over-booked.
Between 2010 and 2016 an adolescent drug rehabilitation centre was operated near the public beach of Villimale
Villimale' currently attracts a lot of local visitors and popular holiday destination among the residents of Male' and Hulhumale', specially during the weekends. There are several hotels and guest houses in Villimale' that also attract tourists from abroad.
Villimale' is also home to Liquid Water Sports, one of the few hydro sports hubs in Maldives. It actively promotes FlyBoarding and is a Zapata certified Professional FlyBoarding Partner.
Layan lagi gambar gambar sekitar pulau Villingili ni.
Kempen menjaga kebersihan pantai di Villingili
Matahari semakin meninggi. Seawal pagi ramai pemancing yang memancing di kawasan jetty di pulau ni
Jetty pulau Villingili. Tempat kami tiba malam tadi
Kawasan pesisir sebelum masuk ke kawasan jetty
Pantai di Pulau Villingili
Ketam
Abang Maldives give up selepas memancing tak dapat dapat ikan
Kapal kapal besar
Ferry dari Male ke Villingili
Bot bot nelayan di Villingili
Pulau Villingili turut menjadi port nelayan dengan bot bot mereka berlabuh di kawasan jetty berdekatan
Bot bot nelayan
Aku jalan jalan pusing kawasan. Dari arah mengadap pulau Male sampai ke pantai belah lain yang tenang dan damai dengan air yang jernih kehijauan
Pantai Villangili sesuai untuk aktiviti mandi manda dan riadah
Pepagi buta dah ada yang snorkelling di sini
Rumah rumah penduduk
Kawasan Pulau Villingili dengan sejumlah penduduk yang tinggal di sini. Kawasan persekitaran agak bersih dan terjaga
Rumah penduduk
Kawasan yang bersih dan sangat terurus
Ada masjid
Kawasan perumahan penduduk
Kawasan kawasan yang dihiasi dengan bunga bunga
Tempat riadah dan istirehat
Pulau Villingili ni tak besar mana pun boleh pusing jalan kaki je. Tapi hotel dan penginapan untuk pelancong tak berapa banyak lagi.
Pusing pusing keliling membawa aku ke pantai ke 3 di pulau ni.
Pantai ni lebih berbatu batu dan menghadap ombak dan laut lepas.
Ada bot bot kecil dan ada juga pemecah ombak di bina di sekeliling kawasan lautannya.
Lepak lepak pagi pagi hari orang pun tak ramai lagi. Penat berjalan terasa jugak dahaga tekak ni. Kebetulan kedai pun baru nak di buka.
Kedai kedai di pulau Villingili. Ada kedai runcit. Kedai jual baju dan deretan kedai kedai lain untuk kemudahan penduduk di sini.
Aku masuk satu kedai singgah nak beli air minuman. Pagi pagi pun cuaca panas membahang. Masuk kedai runcit ni, aku ambik air dan biskut. Pastu nak gi bayar.
"Do you have small change?"
Mamat kedai tanya aku.
"No I dont"
"I am sorry. I cant accept that"
Sudah ! Rupanya aku bagi note 500 Rufiya kat dia. Tu duit yang aku ambik dari BW tadik sebelum keluar. Memang plan nak guna. Tapi tak sangka duit tu bernilai cukup besar ! Kira kira USD30 = RM 100 la kot.
Ais ! Sebab dia tak de duit nak bagi balance, so aku akur. Terpaksa letak balik air minuman tu. Dah la rasa macam dah kat tekak lagi lagi air baru keluar dari peti ais.
Kecewa !
Masuk kedai ke 2. Sama juga ! Siap mamat tu ambik air dari tangan aku pegi simpan balik kat dalam peti sejuk.
Double kecewa !!!
Masuk kedai ke 3 pun sama. Awal awal lagi aku dah tanya.
"Do you have change for 500?"
"Sorry no !"
"Sorry no !"
Langsung tak de belas ehsan dia orang tengok aku yang penuh kedahagaan ni. Bagi la free ke kan? Ni tidak !
Sudahnya tak dapat jugak aku nak beli air.
Memang kecewa.
Aku betul betul keletihan dan rasa dehyrasi. Last sekali jalan kaki balik ke penginapan.
Tetiba datang suara seolah olah suara kumpulan Feminin.....
"Meng... dah tak nak bayangkan kita orang muncul dari laut lagi ke memberi hiburan?"
Ah ! Malas layan.
Memang kecewa.
Aku betul betul keletihan dan rasa dehyrasi. Last sekali jalan kaki balik ke penginapan.
Tetiba datang suara seolah olah suara kumpulan Feminin.....
"Meng... dah tak nak bayangkan kita orang muncul dari laut lagi ke memberi hiburan?"
Ah ! Malas layan.
Dah la dahaga, tambah letih merangkak naik tangga ke tingkat 5 dengan linangan airmata...
Sambung merangkak naik tangga................ Tambah effek sedu sedan nak bagi lebih real.
bersambung...........................
Sunrise tu memang membeli jiwa sungguh, Meng..menangis tengok..
ReplyDeleterezeki keluar on time dpt sunrise di maldives
Deletemoga ade rezeki ke maldives
ReplyDeleteInsha Allah. Amin
DeleteOrg have2 ni guna duit besar
ReplyDeleteHahahahhaa... Kering tekok weh
DeletePeh bestnya gi Maldives!
ReplyDeleteTasuke............................... !
Deletemasih hidup kau rupanya
meng, aku baca2 on the net org kate kalo nak bayar in USD pun takpe .. tapi mcm 1USD ~ MVR12 ke gitu
ReplyDeleteke tengok tempat jugak?
Memamg small note dia org terima. masalahnya aku ada USD 100 je.. lagi la kena keji kalau bagi note tu
DeleteIsh ish..kesian ko meng. Tue lar have2 sgt pepagi bawa duit besor hehe
ReplyDeleteTu lah... ingat mcm nak beli banyak2
Deletesampai hati diorang meng
ReplyDeleteTu lah. Kecewa aku ostajah ! letih jalan bermandikan peluh dan airmata
Delete