Perut dah kenyang. Nikmat kemewahan pun dah dapat dirasai. Jadi apa aktiviti kita seterusnya?
"Kita tak leh membuang masa, setiap detik dan waktu perlu kita pergunakan sebaik mungkin agar tidak rugi dan berbaloi dengan apa yang telah kita labur"
Macam aku cakap dengan dinding. Masing masing dengan phone duduk pose pose Firaun atas katil. Posisi pun gaya mewah !
"Hoi ! Kau orang nak aku mengamuk?"
Begitu arahan ketua tentera yang melantik diri sendiri.
"Bangun. Ayuh kita pegi snorkeling !!"
IH setuju je. Tapi kami kena pegi ke Marine Center dulu nak ambik kaki itik dan segala kelengkapan snorkel. Jacket memang ada siap siap di sediakan dalam villa.
Lepak santai di villa
Sebelum pegi ke Marine Center, kami merayap dulu tengok kawasan sekitar.
Pemandangan dari pintu masuk villa kami ke arah luar
Cuaca agak OK jugak so kira nasib baik la tak hujan ke apa.
Di tengah kawasan ada deck untuk istirehat dan bersantai Tapi tak nampak orang lain pun kat resort ni. Macam kita orang je yang kecoh kecoh tak tentu pasal.
Marine Center tu terletak di atas pulau jadi kami kena jalan kaki ke sana.
Nampak jugak ada orang berkayaking
Menuju ke Marine Center
Underwater experience di Baros.
Exploring the underwater life can be experienced throughout the Maldive islands, but Baros Maldives Resort is unique as an underwater destination for several reasons: it has two centres devoted to diving and exploring the sea: The Dive Centre and the separate Marine Centre.
The resort has a stunning house reef full of spectacular marine life just a few strokes from the beach and there are 30 world class dive spots within 50 minutes by boat. At the Dive Centre guests can learn not only scuba diving, but also participate in Eco Diving at the EcoDive Centre, which is the first in the Maldives Islands.
At the separate Marine Centre, guests can borrow snorkelling gear free of charge, join guided snorkelling excursions, obtain information and take part in awareness programmes conducted by the resident Marine Biologist.
Maldives Island Resorts don’t come any better than Baros Maldives!
Dive & Marine Center
A resident Marine Biologist runs the Marine Centre as an information point where guests can learn all about the marine world, as well participate in professionally guided snorkelling excursions. Our goal is to raise awareness and help protect the precious marine environment for future generations.
The Marine Centre organises some of the best marine excursions in the Maldives which are suitable for beginners, intermediate and advanced snorkellers. Coral Gardening workshops are held under a programme enabling guests to learn the propagation process of coral regeneration and to play a part in conserving the reefs surrounding Baros Maldives. Environment awareness programmes and marine life presentations are also conducted by the resident Marine Biologist. Besides being a source of information for our guests, the Marine Centre conducts reef cleaning events, participates in environmental initiatives and is in charge of raising awareness among our island staff as well.
Bot dan jetty di Marine Center. Kalau ada orang kaya kaya nak gi diving ke apa, kat sini lah dia orang boleh arrangekan. Yang penting... ongkosnya ada !!!!
Tapi setakat nak snorkeling, dekat sekitar Baros resort ni pun boleh. Tak perlu pegi jauh jauh.
Kehadiran kami di sambut oleh staff di situ
Dan kedatangan kami ke Marine Center ni selain nak ambik kelengkapan, nak jugak ambik tau spot spot menarik yang kami boleh usha masa snorkelling nanti.
Dan ada petugas khas. Bersungguh sungguh dia dok explain kat aku dengan IH.
Kita orang dengar dengar macam tu je sebab malas nak duk lama lama dengar dia bercerita. Tapi agak informative gak lah dia. Dia bagitau kat mana spot menarik leh tengok shark. Pastu kat Baros ni ada 18 ekor penyu yang kira resident penyu yang selalu ada bermain main di perairan Baros ni. Setiap sekor daripada mereka ada nama siap.
Marine Center. Weekly schedule dan apa plan yang telah di rancang yang boleh tetamu di Baros join.
Dah abis dengar briefing dari minah tu, jangan lupa ambik kelengkapan nak bersatu dengan laut biru ni nanti. Minah tu cakap nanti barang barang ni tinggal je kat villa tu tak payah datang hantar ke Marine Center dah.
Sempat dari area Marine Center tu usha usha kawasan persekitaran Baros yang kelihatan dari sini.
Jetty utama dan juga restaurant
Piano Deck
Pantai
Payung payung untuk tetamu bersantai
Dah abis ambik barang tu, kami kembali ke villa. Aktiviti pertama snorkeling hari ni bakal bermula sebentar lagi !
Ke hulur ke hilir dalam cuaca panas macam ni boleh bikin pening jugak
Tapi excitement nak snorkelling tu buat kami lebih teruja
Kalau di ikutkan, plan kita orang nak snorkel di kawasan area villa ni je. Di perairan Baros ni ada tambak yang di bina di persekitaran yang memang menjadi spot spot ikan melepak dan bercanda riang.
Ayuh siap sedia semua !! Busana renang? Kaki itik mana kaki itik?
Dush... !
Turun dari villa air agak cetek tapi menghala ke tembok batu tu dah agak dalam. Sampai kat satu area tu memang dalam gila. Gelap gelita dalam laut tu.
Masa ni GoPro tak berapa bertindak bijak, jadi gambar agak sendu. Aku share buat syarat je lah dulu.
Banyak jugak sebenarnya ikan dan coral di sini
Tapi kawasan ni macam di baiki so agak kurang au naturalnya
Tapi ada la ikan ikan berenang ke tengah ke tepi
Ni je yang dapat IH snap.
Tapi sebenarnya banyak lagi ikan lain yang kelihatan. Shark pun ada tapi laju je dia lari bila nampak badak berendam turun snorkelling menganggu kawasan mereka ni.
Adalah dekat sejam lebih kami snorkeling di sini. Agak puas hati walaupun penyu kami belum temui lagi !
Mungkin mereka sedang busy pegi kenduri kendara ke pulau pulau lain?
Lepas snorkeling tau apa jadi?
Kami di landa kelaparan. Jadi belasah makan maggie.
Pastu santai dan berehat sambil menghitung waktu untuk sesuatu yang lebih menghairahkan ! Apa dia?????
Dia dia oh sudah datang
Cuba teka siapa dia
Tak kelip mata memandang
Bikin hati jatuh cinta
*Dia dia oh sungguh lawa
Senyumannya manis bergaya
Berdebar rasa tergoda
Pabila dengar suara
** Banyak jenis sang buaya
Mencari-cari mangsa
Nak tahu siapa dia
Dia didepan mata
*** Janganlah oh jangan sayang
Kau cuba pandang-pandang
Jika hati ku sudah sayang
Bimbang aku tak pulang
**** Da di da di di da
Da di da di di da
Angguk kepala ewa-ewanya
Amboi dia berjoget
Semakin rancak
Tepuklah tangan
Goyangkan badan mu
Lepak dan menunggu.
Sebelum jam 4 petang, telefon dalam villa berdering. Hamid call bagitau suruh kita orang berkemas dan siap siap dia akan datang untuk transfer ke villa yang telah di upgrade !
Beg kami semua di angkat. Kita orang berlenggang kangkung je. Tapi jangan tak tau... hasil rompakan dari villa tadi tu dah di angkut sekali
Rupanya villa yang baru ni selang 2 villa je dari yang kami duduk tadi tu.
Pass key
Dan sekali lagi, macam masa baru sampai di villa yang sebelum ni, Hamid akan bagi penerangan apa semua. Sekali lagi kami tadah telinga dan tak berapa nak layan.
Tak sabar nak tengok bilik ni !
Memang tak jauh beza villa ni dengan villa sebelum ni, tapi ada satu yang sangat menarik di villa yang baru kami duduki ni.
Ada pool you all !!!
Jadi selepas di upgrade kami rasa gaya kami kena lebih mewah. Dah naik satu level ke peringkat yang lebih tinggi !
Usha villa yang ada pool ni.
Area wardrobe dan pantry
Mesin coffee
Bekalan air minuman
Jangan di sentuh ! Tengok je tak per.
Ini pun sama
Dalam fridge macam macam jugak ada
Pastu ruang utama yang menempatkan bilik tidur.
Setting sama macam villa sebelum ni jugak
Selesa dan details sangat sempurna
Magazine
Hello from the other side?? Telefon agak buruk tapi berguna sebab nak call Hamid. Setiap jam aku call dia dan mintak macam macam benda !
Kejap mintak ice cube.
Kejap mintak extra shower gel. ( padahal nak paw)
Pastu suruh housekeeping datang kemas bilik.
Nasib tak suruh dia datang dan cat kuku aku kasi kaler kaler !
Tapi bagai bak di kata.
"Call me if you need anything. Anything !"
Hmmmmm... Kau rasa?
Meja
TV.
DVD movie kalau nak menonton
Villa
Dan ruang bilik air
Sama jugak macam tadi ada standing shower dan bath tub
Tapi kat vila ni amenities dia semua dari L'Occitane.
Yang menariknya bukan 1 set tapi ada 3 set !
Beranda dia lebih luas
Swimming pool yang buatkan ianya lebih menarik
Boleh terjun dan bermandi manda
Sambil menikmati ketenangan dan keindahan suasana dengan lautan yang tenang
Pool dah depan mata apa lagi nak tunggu? Terjun lah dan bermandi manda dalam kolam dengan riang !
Macam biasa.... lepas tu kami lapar balik !
Makan lagi. Stock makanan bawak sendiri. Ahaks
Villa yang sebelum ni tadi kita orang sepah sepahkan dah. Kali ni giliran villa ni pulak. Hahaha. Betul betul rasa dimanjakan dengan kemewahan. Cuma makan je la, ala kadar je. Hiks.
Siap siap petang nanti nak gi ronda ronda sekitar Baros Maldives ni sambil menunggu sunset di sini !
Tengah santai berehat tiba tiba pintu villa di ketuk. Ada sorang pekerja datang hantar manisan dan juga surat dari pihak resort bagi complimentary massage di SPA untuk kami bertiga ! Rupa-rupanya water villa with pool ni comes with complimentary massage. Kalau tak mintak upgrade tadi, memang tak merasa la nak dapat massage ni.
Yahoo......................... Tetiba rasa lenguh lenguh badan.
Tengah santai berehat tiba tiba pintu villa di ketuk. Ada sorang pekerja datang hantar manisan dan juga surat dari pihak resort bagi complimentary massage di SPA untuk kami bertiga ! Rupa-rupanya water villa with pool ni comes with complimentary massage. Kalau tak mintak upgrade tadi, memang tak merasa la nak dapat massage ni.
Yahoo......................... Tetiba rasa lenguh lenguh badan.
bersambung....................
Masat?
ReplyDeletemasad . masad.....
Deletecantik btul view di maldives..tk dpt pegi tgk gmbr2 yg di share pn bole bygkan keindahannya
ReplyDeleteinsha allah.. moga di berikan rezeki dan kesempatan untuk sampai juga ke sana nanti. Amin
Deleteadoiii tergoda baca entry kali ni... haruskah iol ke baros?? kuikui
ReplyDeleteof chos. apa tunggu lagi. kemas beg sekarang !
Deletegambar2 yg di ambil semua nya cantik2 belaka
ReplyDeleteterima kasih.... mabuk tengok view lawa lawa kiri kanan...
DeleteMeng..tertanya2 gak...air kumbahan kemana gi ek? ihikk
ReplyDeleteeach resort ni rasanya ada own sewage treatment plants. Ada saluran bawah jambatan tu ke main island. Tak de la di kumbah terus ke laut. mampus ikan lagi lagi kalau yang duduk villa tu makan junk food manjang ...
DeleteAmenities dari loccitane? Mmg ptt di paw setiap jam dari hamid gorkha
ReplyDeletekan... rasa nak pegi store dia buat buat rajin nak tolong kemas
Delete