Sinetron Insan Yang Dahaga tidak berakhir di situ !
In character !!!
"Oh Tuhan... apakah hayatku berakhir di tangga ni??????"
Kalau bab drama memang kena exaggerate sikit. Kalau kamera pun mesti start fokus dekat jauh dekat jauh....
Jeng Jeng Jeng....
Sampai kat bilik, BW dengan IH sama sama menyoal dengan bertubi tubi soalan.
"Eh kau ke mana? Lama nya .. risau aku. Ingat kena culik !" Kata IH.
"Eh.. kenapa berpeluh peluh ni???" Soalan seterusnya dari BW.
* menerpa ke arah botol air masak dan togak dengan rakusnya.
"Ya Alloh.... Alhamdulillah.. Ya Alloh"
Sinetron tak?
View dari balkoni hotel
Dah dapat minum air baru boleh bercakap.
"Kena culik? Tak de orang nya nak culik aku ni. Rasa macam busuk gila. Berpeluh peluh...... Baik lah. Kalau korang nak tau... Begini cerita nya....................."
* pandang ke dinding dengan muka berkerut.
Dan aku mula flashback bercerita kisah sedih dan duka pilu di pagi hari di pulau Villingili ni pada mereka berdua.
Tapi cerita aku tak buat dia orang turut sama bersedih duka pun. Gelak gelak lagi ada. Memang pasal duit tu, aku yang ambik note besar padahal ada je note kecik. Tapi tak sangka lak semua kedai kat pulau ni tak de change. Haru biru betul di buatnya.
Dia orang berdua melangut kat bilik layan tengok TV Maldives. Sebab macam lapar dan dahaga, dia orang kerah turun semula dan sama sama pegi beli air. Bawak duit yang kecik sikit !
Kami turun semula dan kembali berkeliaran. Aku jadi guide dia orang dan bawak ke tempat tempat yang aku dah redah pagi tadi.
Jumpa kedai makan dan kami lepak breakfast di situ.
Masuk masuk je dalam kedai penuh dengan kaum kaum lelaki sedang duduk makan dan bersembang.
Kebanyakkan daripada dia orang lepak makan sireh !
Kami usha usha menu dan order apa yang perlu. Boleh lah setakat nak alas perut.
Masa dalam kedai tu semua orang macam memandang. Mesti tertanya tanya siapa gerangan 3 orang yang macam artis ni semua?
Mesti dia orang sign autograph... tapi kita orang buat buat sombong ! Well, kan nak duduk Baros nih. Ahaks.
Abis makan, aku selaku tour guide pagi ni bawak dia orang pusing pulau Villingili ni.
Kedai dan kawasan perumahan
Jalan jalan ke pantai dulu.
Matahari dah meninggi
Aktiviti pantai yang belum rancak lagi
Layan lepak lepak tepi laut
Teruja tengok air laut yang jerneh dan cantik ni. Tapi tak de pun yang terasa nak mandi manda di sini.
Suasana pagi yang masih lengang di sekitar kawasan pulau ni
Tapi di jalan jalan, dah ramai yang mula mundar mandir. Ada yang ke arah jetty. Mungkin nak ambik bot ke Male nak gi keje. Ada jugak budak budak sekolah dan lain lain yang masing masing dengan aktiviti tersendiri.
Suasana di sekitar pulau Villingili ni agak tenang. Pelancong pun tak ramai. Cuma ada sekali tu je 2 orang Minah Salleh tahan kami tanya jam pukul berapa.
Dia orang nak gi snorkelling kat pantai belah satu lagi.
Kami pegi ke pantai yang satu lagi. Dah ada yang mandi mandi di sini.
Rehat santai sambil bagi peluang IH dengan BW snappy snappy
Suasana di pagi hari
Makcik ni tengah menyapu sampah dan daun daun kering.
Kawasan perumahan
Dalam banyak banyak kawasan di Pulau Villingili ni, ada satu area je yang aku tak jejak pagi tadi. Sebabnya kawasan tu macam terbiar sikit dan kurang orang lalu. Kalau aku sorang sorang macam cuak cuak jugak, tapi kali ni BW dengan IH ada.. aku kerah mereka sekali.
Jom kita pusing satu pulau ni !
Naik basikal pink? Mahu?
Jalan kaki je tapi kawasan laluan tu macam sunyi dan sepi sikit
Dan membawa kami ke satu kawasan yang tak berpenghuni.
Pantainya pun di penuhi dengan batu batu.
Dan keadaan lautnya lebih mencabar dengan ombak yang tinggi
Tempat ni bukan laluan biasa orang orang di sini. Banyak sampah sarap hanyut dan tersadai di kawasan ni.
Pantainya pun tak landai dan seolah olah kurang di kunjungi.
Tapi menarik jugak la.
Macam biasa kami lepak kejap, ambik ambik gambar dan bagi peluang IH dengan BW berpoyosing. Dia orang pantang je dapat spot spot menarik ni... masing masing bertukar giliran beraksi dan bergaya di depan lensa.
Dan kami teruskan perjalanan dan bergerak ikut laluan tepi pantai
Dari kawssan sunyi tadi ke kawasan berpasir dan berpenghuni.
Ni area yang dekat aku ambik gambar sunrise pagi pagi tadi.
Kat sini kalau berjalan confirm akan terserempak dengan binatang binatang ni. Dan binatang ni tak de la takut sangat dengan orang, dia siap boleh melintas atas kaki aku lagi. Aku lak yang terkejut. Nasib baik tak buat simpulan biawak kat situ.
Dan jalan pusing satu pulau tu, kami kembali semula ke hotel penginapan.
Penat gak berjalan, singgah nak beli air. Aku excited sebab nak masuk kedai kedai yang konon rejek aku tadi tu. Hah ! Kali ni aku bawak body guard ! Dia orang bawak duit kecik ! So masalah takde tukar tak akan berlaku lagi dah !
Kawasan kedai kedai. Kat sini ada satu bank with ATM kakau nak keluarkan duit
Masuk kedai runcit dan buat muka ketat !
Minah kedai tu siap pandang aku 2 kali. Maybe dia cemuh dalam hati.
"Mamat ni datang lagi.. Kang bawak duit besar lagi lah tu !"
"Eh. Hello Kakak !! You dont ingat I lagu tu. Now I ada small change.... Jangan lagi pandang I sebelah mata !
IH... BW.. ambik apa saja yang kau orang nak dalam kedai ni.. Aku bayar !!!!!!!"
IH... BW.. ambik apa saja yang kau orang nak dalam kedai ni.. Aku bayar !!!!!!!"
* mati lah padahal mintak duit dengan BW jugak
Shopping kat kedai ni.
Beli jajan la beli aiskerim lah.... Gaya mewah dan sedikit niat menunjuk nunjuk dengan orang kedai tu. See? Kini... kau tak leh ambik air dari tangan aku dan masukkan semula dalam peti sejuk tu !! Nehi !!!
Kini, aku mampu bayar !!!!
* bisik kat BW suruh gi bayar. Hahahaha...
Mungkin belum kau rasa
Betapa pilunya dikecewa cinta
Mungkin belum kau rasa
Betapa sakitnya mengguriskan jiwa
Seandainya benar yang kau kata
Tak mungkin kau permainkan
Hati dan perasaanku
Semakin cuba ku lupa
Semakin pedih di dada
Suatu hari kan kau tahu luka di hatiku
Harapan menggunung kini lebur dan berlalu
Walau masih teringatkan mu kasih
Tiba-tiba duniaku gelap gelita
Kau akan sedar akan dengar
Ucapan perpisahan tak mungkin bisa kau kata
Kepada diriku kerna mungkin belum kau rasa
Mungkin belum kau rasa
Bila semalaman berlinang air mata
Mengapa kita bermula
Mengapa mudahnya memutuskan cinta
Ku berdoa agar kau bahgia
Walau kata tak dikota
Nyata segalanya palsu
Hanya Tuhan saja yang tahu
Trauma yang melanda daku
Abis berlagak lagak sikit kat kedai runcit tu, kami balik semula ke hotel sambil makan aiskrim dan bersiap siap untuk check out nanti.
Balik hotel...
Balik balik bilik.... ada drama lagi ! Tuala dari semalam aku mintak dah nak check out ni pun tak hantar hantar lagi.
Susun ayat nak gi mengamuk depan receptionist.
"Hoi ! Aku mintak tuala mandi bukan tuala wanita. Korang ni dah kenapa? Ke sini memang konsep sharing is caring?"
Adeh.. tapi nak kena turun tangga lah pulak. Kang nak naik lagi ! Isk.. kurus aku macam ni.
bersambung...............
Lawa pokko maldives
ReplyDeletebanyok pulok tu
Deletebaru nak singgah balik..
ReplyDeleteWelcome back !
DeleteIsk lawa gak la Meng..
ReplyDeleteAduh nak gi ke tak Maldives nih eh
Tahun depan la.. gi sefamily bawak baby kecik
Delete