Tuesday, September 19, 2017

MALDIVES ... Syurga Dunia 07 : Sinar Mentari Pagi Maafushi

Bangun Pagi, Bangun Pagi,
Basuh Muka, Gosok Gigi,
Gosok Gigi, Gosok Gigi,
Lepas Itu Terus Mandi.

Kau ingat aku ada masa untuk mandi? No ................. Ayuh semua kita ke pantai !

Bergegas ke pantai konon nak tengok sunrise !

Tapi sunrise tak ada ! Kah kah kah

Tapi suasananya tenang

dan sepi

Nasib jarak pantai dengan penginapan kami cuma beberapa minit je.. Tengok langit macam sendu semacam je pagi tu.

Usha usha..

Yes.................... 

Sinar mentari seolah olah terhalang ! 



Rindu tenggelam berselubung pilu
Bunga-bunga cinta kembang terhalang
Kemarau menghampiri

Mungkingkah dia merawat lara
Di ditinggalkan pergi untuk selamanya
Bagai diriku jua

Dalam rindu membuai derita
Di penghujung alam cinta
Mungkin ada penawar rahsia
Walau hanya secangkit saja
Kita sama rantai jiwa diolokkan cinta

Di sini aku tercambah rindu
Ingin ku membelai untuk pengimpian
Untuk harungi jiwa

Macam sedikit kecewa. Tapi tak leh nak buat apa. Lepak lepak tepi pantai layan suasana pagi.

Pantai di Maafushi yang mengadap matahari terbit

Kesan tinggalan dari aktiviti orang orang di pulau ni semalam.


Deruan ombak memecah sunyi pagi

Suasana pagi agak damai. Matahari belum betul betul memunculkan diri tapi nampak awan gemawan seolah olah menghalang sinaran pagi.

Ramai jugak yang datang berkumpul macam kami nak tunggu sunset.

Di belah sini, airnya tenang. Ombak agak jauh. Jadi pagi pagi tu buleh tengok especially penduduk tempatan datang bermandi manda di pantai ni.

Aksi masing masing macam masuk gymnastik jer... 

Lepak lepak pagi tu. Aku dok usha sorang mamat dok main drone dia kat sini. IH dengan BW selain dok berposing pepagi hari dia orang dok layan pakcik Bangladesh yang bercerita. Jauh dia datang tu mencari sesuap nasi sampai ke Maldives ni. 

Aku malas nak layan. Dia orang berdua lah dengar pakcik tu gebang macam macam. Entah ye entah tak fakta-fakta pakcik tu.

Menunggu matahari terbit yang tak berapa nak ada

Sinarannya samar samar je

Terbit

Matahari berlindung di balik awan pagi.

Perasan gak ada dua tiga puak orang Malaysia kat sini pagi ni. Tu pun based on dia orang punya borak dan sembang sesama mereka. Ada yang pagi pagi tu terus mandi. Ada yang sekadar lepak lepak macam kami.

Tapi masing masing tak bertegur sapa. Biasalah di tempat orang sombong pun bukan main termasuk lah aku sendiri. Well, kan nak duduk Baros ni. Hahaha

Lepas abis usha usha sunrise tu kami balik ke penginapan. Plan hari ni nak check out dari sini dan balik ke Male dan Hulumale dan nanti bermula lah episod separuh lagi trip ke Maldives ni.

Kalau sebelum n kami macam pelancong cikai cikai je. Eh tunggu lah nanti ! Busana dah bersiap sedia. Mood dan feel pun dah lama merasuk jiwa. Sesuai dengan trip mewah !

Balik ke hotel

Breakfast dulu isi perut. Breakfast biasa biasa je.

Balik bilik dan mandi serta bersiap diri. Dah bagitau orang kat hotel tu dan dia orang datang ingatkan kami takut kami kelewatan.

Siap !!!

Barang barang kami di angkut ke jetty untuk naik ferry pagi ni

Sempat pusing masuk ke Bikini Beach dan usha kawasan ni waktu pagi !

Menarik dan tak de orang !

Ketenangan 

Lawa semacam

Tapi tak leh berlama lama. Kena cepat cepat bergerak !

Lalu di laluan utama di Maafushi ni. Tapi sebab masih pagi, tak de orang lagi berkeliaran

Aktiviti yang ada di Maafushi yang mungkin boleh di cuba bagi sesiapa yang singgah ke sini.

Pagi

Ferry dah menanti ! Sampai terus naik.

Dan ferry mula bergerak meninggalkan Maafushi. Aku perasan ada je orang beli tiket on the spot, so kalau tak ramai boleh walk in je naik ferry ni. Cuma ferry awam macam ni cuma ada satu trip je sehari so timing kena betul.

Bye Maafushi.

Dalam ferry,

Membelah lautan menuju ke pulau idaman.

Oh macam ferry semalam. Ferry ni lagi meriah dengan jual jualan.

Aku sempat sambar Nescafe Mocha. Harga dalam RM 4 jugak lah.

Pastu layan view.

Lalu sebelah private island.

Ni kapal tradisional di kepulauan Maldives ni.

Private island. Buat kami teruja nak sama sama merasa.

Lalu kat tepi jer.

Lautan

Membelah samudera

Atas deck ferry. Masing masing melayan perasaan sendiri.

Hampir sampai ke pulau Male

Selamat tiba akhirnya....

Selamat sampai di jetty semlama. Jetty Villingili tu. Dari sini kami kena ke Jetty Male yang terletak di sebelah pulau ni untuk ke airport semula.

Tengah fikir fikir. Nak jalan kaki atau nak naik teksi?

Lagi awal kami sampai, lagi cepat percutian mewah kami bermula. Rasa dah bosan hidup sebagai pengembara miskin ni. Nak jadi pelancong mewah pulak. 

"Ready semua ! Kita kena ubah karakter. Biar tampak mewah. Aku nampak mewah tak ni?"

Kelip kelip mata kat IH dengan BW.

"Haaaa.. boleh lah"
"Hmm macam tokey MLM dah !"

Ka-Ching !!!

* sparking sinaran gigi emas kepada seluruh penduduk Maldives......

bersambung........................

8 comments :

  1. oiii mana acci bersambung...aku pon x sabar nak jadi pembaca 'mewah' ihikk

    ReplyDelete
  2. Cantiikk.. Rindu Maldives, mcm kena repeat je. Pergi dgn baby x dpt explore byk..

    ReplyDelete
    Replies
    1. boleh. pegi honeymoon anniversary je lah.. feeling2 skit

      Delete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...