"Sila ! Sila ! Terima kasih datang. Jemput masuk. Jemput makan"
* berangan buat majlis sambut menantu.
August merupakan bulan kelahiran hero bujang aku. Tahun ni dah masuk umur 12 tahun. Dah boleh ada IC. Tak lama lagi aku boleh dapat menantu. Dok gitu?
* berangan buat majlis sambut menantu.
August merupakan bulan kelahiran hero bujang aku. Tahun ni dah masuk umur 12 tahun. Dah boleh ada IC. Tak lama lagi aku boleh dapat menantu. Dok gitu?
Banyak jugak perubahan nak memasuki era remaja ni.
Bulu ketiak dah start tumbuh. Dah kena beli deodorant.
Tengok cermin sejam sekali feeling feeling misai dia dah tumbuh !
Pakai pomade. Dah nak ada shampoo sendiri. Anti kelemumur walhal habuk rokok aku terbang atas kepala dia.
Jerawat dah mula muncul di rona rona wajah. Dah paranoid. Demand nak beli pencuci muka lepas 2 minggu pencuci muka dah abis. Cuci muka ke cuci ponggong ntah ?
Dah start nak pakai perfumes.... kasi dashing dashing.
Seluar dalam pun dah demand nak Renoma. Seluar katak 3 helai RM 10 dah tak laku untuk dia ! Nyaris tertukar spender dengan aku.
Seluar dalam pun dah demand nak Renoma. Seluar katak 3 helai RM 10 dah tak laku untuk dia ! Nyaris tertukar spender dengan aku.
Aku ada tanya dia.
"Abang dah ada mimpi mimpi ke?"
"Mimpi apa?"
"Mimpi lah. Mimpi basah ke?"
"Ada ! Mimpi hantu kejar abang dalam hujan !!!!"
"Mimpi apa?"
"Mimpi lah. Mimpi basah ke?"
"Ada ! Mimpi hantu kejar abang dalam hujan !!!!"
Cheh... Lambat lagi la aku nak dapat menantu gamaknya.
Tapi kira banyak lah perubahan ke arah yang lebih matang. Masuk era baru nak remaja dan banyak jugak kehendaknya.
Tapi kira banyak lah perubahan ke arah yang lebih matang. Masuk era baru nak remaja dan banyak jugak kehendaknya.
So bersempena birthday dia tahun ni, tak de celebrate mana. Beli cake dan kasi dia tiup lilin sampai padam.
Kek pilihan dia. Sebijik dia bedal makan 2 beradik.
Hadiah hari jadi. Permintaan jugak.
Kalau bagi sorang kang sorang lagi merajuk, yang tak hari jadi pun dapat. Princess tu dah tak sabar sabar nak tunggu birthday dia bulan 10 nanti. Macam macam list dah dia mintak. * Papa is pening.
Dan sebab Hero nak UPSR tahun ni so banyak tuition, jadi birthday tak de pegi bercuti ke mana mana pun. Tapi aku bawak dia tengok Great British Circus - New Session 2017 di Manjalara, Kepong.
Hero tak percaya dia kata circus ni ada kat oversea je.
Percaya tak kalau aku cakap, sebenarnya aku yang nak tengok circus ni ! Citer lama yang agak tragis jugak. Dulu kecik kecik ada je circus datang buat pertunjukan tapi masa tu tak de duit nak beli tiket. Nak mintak dengan mak ayah, memang tak sanggup sebab aku tau jawapannya pasti menduka citakan. Sudahnya time raya tengok circus kat TV jer... Tapi memang aku simpan keinginan sekian lama nak tengok circus ni secara live.
Jadi kali ni, memang ada kesempatan jadi kami sekeluarga sama sama menontonnya.
Hoorey !
Maklumat dan info pasal circus ni. Ada FB mereka juga GreatBritishCircusMalaysia.
Aku dah booking tiket awal awal lagi dan bayar masa hari show yang aku pegi tu.
Aku underestimate ingat tak de orang ramai pegi. Datang 25 minit sebelum show, rupanya dah penuh ! Terpaksa lah duduk seat belakang belakang. Seating arrangement ada 3 jenis, beza kedudukan dan harga.
Dalam tu sementara menunggu show start, ada je jual jualan. Awal awal dah kena paw dengan Princess. Dia tu semua benda nak beli pastu sesuka hati je nak tukar tukar.
Show start... ada lah magic magic yang dia orang buat.
Tapi awal awal show tu agak boring.
Merapu merapu pun ada. Badut buat lawak... tapi memang dia target untuk cheer up budak budak, so yang tua tua ni, kebosanan je la jadinya.
Plus ada show menari nari. Dah lah sexy !!!
Hero aku ni ada gaya ustaz ustaz sikit. Aku yang selalu pakai short pun dia tarbiah !
"Papa.. kenapa pompuan pompuan tu seksi seksi semuanya? Dah lah pakai spender pastu nyanyi lagu pasal seluar dalam"
Hahahaha. Padahal dia orang nyanyi lagu Big Spender !
Pastu keluar Spiderman. Baru lah budak budak ni bersorak riang
Then aksi aksi stunt yang lain
Show dia 2 jam so ada interval untuk break for 15 minutes.
Boleh la sesapa nak bergambar di stage
Dalam tu siap ada jual jajan dan makanan. Yang jual pun Minah Salleh
Lepas interval tu sambung lagi aksi aksi lebih berani
Lompat sana sini
Aku kesian Auntie depan aku ni, dia record tala hp dia tapi aku rasa dia tak tekan 'recording.....' Nak tegur kang, kata menyebok pulak. Tak pe lah Auntie.... nanti cari kat Youtube jer.
Jumping jumping....
Dan show di akhiri dengan pertunjukan stunt motosikal dalam sangkar tu.
Dan selesai...
Bagi aku OK lah jugak circus ni especially untuk budak budak. Memula je dia orang bosan tapi towards the end, teruja jugak lah. Then tak abis abis bercerita kehebatan circus dan stunt stunt ni.
Aku recommend untuk family with young kids untuk menonton. Show dia berlangsung sehingga 17 September 2017 ni.
Ni aku kasi maklumat je bukan promosi tapi kalau rasa ianya promosi, why not. Untuk hiburan seisi keluarga.
Apa apa pun, ini lah hadiah untuk birthday Hero tahun ni.
Tetiba teringat kad Hero bagi aku tempoh hari masa Hari Bapa
Dan, dengan harapan yang sama. Papa doakan semoga Abang panjang umur dan bersedia untuk UPSR tahun ni.
Aku memang tak meletakkan harapan yang tinggi sebab aku tak nak put pressure pada dia. Aku dulu pun, study atas kesedaran diri sendiri, tak de sesapa pun paksa. Tak de sesapa pun peduli. Study sendiri je tak de pun pegi tuition tuition ni. Cuma aku agak tak berapa gemar dengan education system sekarang ni ! Torturing !
Apa apa pun.
Selamat Hari Jadi Abang.............,
Alhamdulillah. Moga kekal menjadi anak yang baik dan terus menjadi insan yang berguna serta cemerlang sahsiah diri.
May Allah keep you under His protection & in His mercy always.
Best of luck in UPSR.
Papa sayang Abang.
Dan hari ni juga birthday member baik aku. BFF. Teman travel. Sahabat tempat mengadu masalah masalah bodoh dan merepek aku dan juga kawan sepergossipan dan melepak.
HAPPY BIRTHDAY IH.
Semoga bahagia dunia dan akhirat. Terima kasih menjadi sahabat yang baik.
God bless u always.
Amin.
Ingat lagi hari ni lah masa tahun lepas, birthday IH, kami pakat sama sama terjun Bungee Jumping di New Zealand...
Aku memang tak meletakkan harapan yang tinggi sebab aku tak nak put pressure pada dia. Aku dulu pun, study atas kesedaran diri sendiri, tak de sesapa pun paksa. Tak de sesapa pun peduli. Study sendiri je tak de pun pegi tuition tuition ni. Cuma aku agak tak berapa gemar dengan education system sekarang ni ! Torturing !
Apa apa pun.
Selamat Hari Jadi Abang.............,
Alhamdulillah. Moga kekal menjadi anak yang baik dan terus menjadi insan yang berguna serta cemerlang sahsiah diri.
May Allah keep you under His protection & in His mercy always.
Best of luck in UPSR.
Papa sayang Abang.
Dan hari ni juga birthday member baik aku. BFF. Teman travel. Sahabat tempat mengadu masalah masalah bodoh dan merepek aku dan juga kawan sepergossipan dan melepak.
HAPPY BIRTHDAY IH.
Semoga bahagia dunia dan akhirat. Terima kasih menjadi sahabat yang baik.
God bless u always.
Amin.
Ingat lagi hari ni lah masa tahun lepas, birthday IH, kami pakat sama sama terjun Bungee Jumping di New Zealand...
Happy Birthday Hero. Kak Seri hrp jd ank yg soleh n cemerlang dlm upsr. Tahniah uncle..nk dpt menantu ..hihihihi
ReplyDeleteTerima kasih.
Deletehappy birthday abang...good luck utk upsr...syok juga tgk circus live...tu la mmg ingt circus kt overseas je...tp pernh tgk london circus musical kt sunway lagoon ..syok juga tgk shownya...tp yg ni lg dkt ngan stage
ReplyDeleteterima kasih mama tisya.
Deletekalau kat sunway lagoon tu mahal lagi kot
HB Hero. Tunggu Hero tarbiah papa suh stop smoking. Haha
ReplyDeleteitu kepakaran si Princess.. mcm mcm dia takutkan aku. nanti lidah papa luka la. nanti kaki bengkak lah....
Deletepapa steady jer. Misi nak berhenti ada tapi payah skit la
Anak gadis aku yg darjah 1 mintak beli bra dan paw perfume aku gi skola! Ko ase dia remaja sok memintak apa pulaaa haih la dak2 skang ni kan?
ReplyDeleteAla bersemut pagi pagi tgk kad hari bapa si hero so sweeeet leh la buat menantu aunty? Huhuhihi
HB hero!
Budak budak dia tengok mak dia lah tu wangi wangi, nak try cuba test jugak tu.. kekekeke...
Deletelambat lagi lah nak bermenantukan anak aku ni.
Tq Auntie Nana Tron.. Bila nak dapat baby ni?
Happy Birthdayyy Hero!Good luck jugaaa untuk UPSR. Dpt 5A, eh 5 ke 4 skang eh?hahaha dapat straight A, pow papa hadiah best2 yer!hehehe
ReplyDeleteWah best gak circus ni, teringin pula nak tgk...
Terima kasih Auntie DJ.....
DeletePegi la circus tu.. aku suka part yang trick baju pompuan tu bertukar tukar sekelip mata. dengan harapan wadrobe malfunction terbogel dia atas pentas tu.
tapi malangnya itu tak berlaku
Happy Bday Hero... wah dah bujang. jap gi mesti ada aweks susun paku ni hahah
ReplyDeleteanak2 dara aku pn dh manjang pau brg2 aku...mak nanges tepi bucu pintu. bdk2 remaja skrg kannn.. hmmm
Tq Auntie Noya.
DeleteAdat lah tu kena paw barang. Sedar sedar dah bawak masuk dlm beg nak bawak gi sekolah tunjuk kat kawan kawan.
Happy Birthday Hero
ReplyDeletenanti kumpul aweks ramai ramai tau buat koleksi
Tq Auntie Mek CC...
DeleteAku tapis dulu awek awek dia nanti. kalau awek awek tu pandai beli jiwa papa dia, beli rokok duty free time travel..
approved !
Saya ingatkan hero baru darjah 1-2-3. Darjah 6 rupanyaaa. Selamat hari lahir utk hero, selamat menghadapi upsr.
ReplyDeleteDulu masa darjah 5 tahun 1992 ada dapat tiket percuma nak masuk tgk royal london circus kat Kuantan. Kami pergila dgn kawan2 sekolah, tapi tak dapat masuk sbb tak bawak parents. Sedih sungguh! Sampai skrg tak pergi lg tgk mana2 sarkas, padan tgk kat tv la masa zaman raya dulu2. Skrg raya2 takde sarkas dah la plak.
Hero darjah 6. Princess darjah 1.
DeleteDulu tengok sarkis china yang dok timbang mangkuk mangkuk kaca... seriau je tgk takut pecah
Happy Birthday Hero..All the best for UPSR!😊😘
ReplyDeleteTq Auntie An. Insha Allah. Amin
DeleteHappy birthday Hero! Semoga menjadi anak yang soleh dan sentiasa berjaya di dalam kehidupan dan diberkati Allah s.w.t. All the best, Hero!
ReplyDeleteTq Uncle Vy !
DeleteAmin
happy birthday hero!
ReplyDeletesemoga menjadi anak yang soleh kebanggaan mama dan papa.
good luck untuk upsr. hari ni start kan?
sorry auntie ostajah lambat wish. sibuk dengan urusan duniawi.
Terima kasih Auntie Ostajah !
Delete