Thursday, September 21, 2017

MALDIVES ... Syurga Dunia 09 : Baros - Syurga Yang Di Impikan

Dalam kepala otak macam macam benda yang indah indah ada. Dalam hati melonjak keriangan ! Excited rasa macam nak bagitau satu dunia. 

Kejap aku pandang IH. Kejap pandang BW. Dia orang macam ada benda terbuku tapi tak leh nak diluahkan lagi.

Semuanya terpaksa di pendam dalam diam. 

Composure ! Composure !

Nampak iconic piano deck ni dah buat aku teruja gila. Sebelum ni nampak dalam gambar di internet je kini dah di depan mata.

Belum cerita pasal air lautnya. 

Pasir memutih yang rasa macam nak terjun dan berguling guling di sana.

Speedbot yang membawa kami mula menghampiri jetty.

Rupanya rupanya kehadiran kami ada yang menanti

Dan kami di sambut oleh staff di sini. Ada Guest Relationship Manager dan beberapa staff resort yang lain. Semuanya muka excited menerima kunjungan kami.

"Lakonan je dia orang ni semua !"

Gossip sesama sendiri.

Dan ketibaan kami di sambut mesra.

Bot bot mewah tersedia

Jetty tempat kami tiba

Restaurant

Welcome to Baros, Maldives

Dari jetty kami di bawa terus ke reception area. Sambil sambil tu berjalan dengan staff staff yang menyambut kami mesra tadi sambil cuba cuba berbual bual.

Ada some part borak borak tu, minah Salleh tu tanya aku pasal trip Maldives ni mana kami pegi sebelum sampai di Baros ni. Dan aku bagitau dia, kita orang stayed kat Villingili... Tapi masa tu mungkin dia dengar aku sebut Gili je terus dia cas aku stay kat Gili Lankanfushi. Gili Lankanfushi ni sebenarnya adalah resort mewah yang turut menjadi pesaing hebat Baros Resort ni. So dia dah ingat kita orang memang kaya raya. Satu malam tidur di Gili Langkanfushi. Pastu gi Baros pulak, sambung bermewah mewahan.

Ahaks.

Aku tak sengaja. Bukan niat aku nak menipu dia !

Dia cakap patutnya bagitau je suruh pick up kat Gili Lankanfushi. Tak perlu susah-susah datang Hulhumale.

Eh, mana boleh ! Pecah la rahsia kami nanti. Hahaha

Kami di bawa ke bangunan reception untuk urusan check in.

Welcome drink ! Masa memula dah rasa.. Sedap. Nak teguk abis takut di tuduh pelahap. Bila minah tu blah baru aku teguk habis habisan !

Lobby

Check in di sini, pastu dia briefing sikit dan dia orang aturkan lawatan singkat untuk tahu facilities dan lokasi tempat tempat di resort ni.

Masa menunggu kat reception area ni lah, kami di beri sorang Host yang akan menjaga segala urusan berkaitan resort ni. Mamat tu local Maldivian, namanya Hamid. So Hamid di tugaskan menjadi host untuk kami sepanjang kami menginap di resort ni. Apa apa yang kami perlu ke apa, kami akan contact Hamid ni direct 24 hours. Mintak lah apa saja ! Bulan bintang.... Mak dengan ayah je tak der !!!

Dan masa kat situ jugak, time sorang mamat French ni dok briefing pasal kami punya booking dan water villa kami, tetiba aku ringan mulut tanya.

"Is there any possibility we can get upgraded to a water villa with pool?"

Macam spontan je rasa. Tapi sempat pandang BW dengan IH, dia orang macam terkejut badak. Pastu mamat tu cakap.

"Hmm, let me check, what I can do" 

Pastu dia berlalu masuk ke area office. 

"Apa?"

Aku jerkah BW dengan IH. Dia orang siap cerlong cerlong.

Tak salah mencuba. Kita bayar mahal. Mana tau dia bagi upgrade, sapa yang seronok??????? Kita jugak !!!!

Dia orang pasrah ! Lagipun apa nak malu? Bukan mampu nak datang sini hari hari pun. Setahun sekali pun belum tentu !!

Then tak lama lepas tu mamat tu datang balik dan bersuara.

"For now, there is no water villa with pool available. We will upgrade your room but you have to wait till 4 pm when the villa is ready"

Masa tu....................................  rasa nak melompat sampai ke langit ! Yabedabedoooooooo......

Tetiba rasa nak gi peluk penuh kasih sayang mamat tu sebab dia baik hati upgrade kan villa kami ! Oh ye, nama mamat French tu Gio.

Dan lepas tu kami di bawa melawat oleh Hamid ke tempat tempat penting di pulau ni supaya nanti tau kedudukan dan tempat tempat tu semua.

Iconic Lighthouse Restaurant di Baros

Jalan jalan pusing pusing resort. Sebenarnya aku dah tak sabar nak masuk bilik ! nak tengok cemana lah bilik kami yang mewah berganda ganda tu.

Pegi ke restaurant dulu. Ni tempat breakfast

Pool

Infinity

Kawasan jetty tempat kami tiba tadi

Ni bar tempat santai santai. Banyak kerusi kerusi rehat di sediakan. Malam ada live band kat sini.

SPA

Gym pun ada. Tetiba rasa bersemangat nak bersukan 

Ada lagi lah few tempat yang di bawa. Tak sabar nak pegi ke bilik dah. Akhirnya, Hamid bawak kami menuju ke villa tempat penginapan kami di Baros ni.

Kawasan sekitar pulau ni penuh dengan pokok pokok hijau. Tak rasa panas pun. Kawasan pun di jaga rapi dan bersih.

Jalan jalan tepi pantai usha kawasan sekitar

Facilities nampak banyak dan macam macam walhal tak de nampak ramai pelancong pun kat sini.

Aku dah nampak aku kat situ bersantai santai feeling feeling sotong kering berjemur !

Dia punya excited tu Tuhan saja yang tau

Mula naik jambatan nak menuju ke villa tu hati semakin berdebar debar. Fuh !! Kecantikkan tempat ni memang sangat luar biasa lah, tapi kami still cover cover lagi tak nak tunjuk excitement depan si Hamid. Kang saja kena cerca !

Dan kami di bawa terus ke villa villa terapung

Deretan Water villa yang ada

Follow je sambil berteka teka mana satu kah villa kami ni !

Jeng Jeng Jeng.. akhirnya sampai juga !

Masuk dalam villa, si Hamid ni sibuk pulak nak briefing tunjuk itu ini satu persatu. Kita orang dah excited terlebih dah ni, mamat ni pulak macam macam pesanan dia pesan. Itu ini begitu begini.

"Just use anything you like in here, later at 4 pm. I will come and we will move to your new villa. We have upgraded your villa. Dont worry, it is on us"

Fuh !

Dalam hati... cepat la berambus mamat ni.......... ke sana ! ke sana kamu !

Tapi tak pegi pegi jugak. Dia started ambik details kita orang, pastu mintak tiket flight esoknya dan capture apa semua macam urusan check in je. Rengsa.

Dan sebaik saja Hamid blah, kita orang pun mula lah rasukan nak ambik gambar dari setiap sudut.

"Wait ! Dont talk to me..... I feel so rich"

Pastu ada yang kena menyorok sebab tak leh masuk dalam gambar. Pastu sorang ke bilik air, sorang kat luar dan yang lainnya di bahagian lain yang ada di villa ni. Agak jakun jugak lah.

Jom tour dulu.....

Pass key

Welcome note

Ruang utama. Ada king size bed. Sebab kami bertiga di sediakan extra bed di hujung sana. Nasiblah dapat tilam kurang empuk ! Hehehe

Kamar beradu di villa

TV yang boleh di convert jadi sofa bed. 

Tuala memang banyak di setiap ceruk dalam villa tu.

Haruman dalam villa. Memang semerbak baunya

Ni bahagian pantry aka dapur sekali dengan walking closet tempat simpan barang.  Fridge ada 2 satu yang sofa soda pastu ada yang alcohol. Mesin coffeee, air mineral semua ada. Kalau tak cukup, call je si Hamid tu nanti dan mintak !

Jajan dan kudapan. Tapi bukan FOC. Kena bayar. Mahal lak tu.

Welcome fruits platter

Bilik air dia. Luas ! Standing shower boleh tengok ke luar

Sinki dan cermin dalam bilik air

Toiletries. Wangi wangian.. tapi duduk dalam bekas dia tak leh nak paw

Ada bath tub

Siap ada 3 pasang selipar untuk kami. Sah sah la paw dulu.

Dan yang paling menarik...


Balkoni di bahagian luar overlooking laut lepas.

Boleh santai santai

Dan kalau nak snorkelling buleh turun snorkel di bawah villa.

So, ni water villa tanpa pool yang asalnya kami book dan bayar mahal tu ! 

Bilik ni pun dah rasa bayar mahal, apatah lagi yang ada pool tu. Memang tak de bajet nak stay situ ! Tapi rezeki lah dia bagi kami tumpang merasa secara percuma.

Dah abis berposing di setiap sudut dalam villa tu. Lepas belah luar dan jugak belah dalam. Masing masing dah update socmed berkongsi apa yang kami nampak.

Tapi benarlah kata orang, duduk tempat mahal belum tentu boleh buat perut kenyang !  

Masa untuk keluarkan bekalan makanan yang di bawa. Awas ! Jangan sampai bau serunding dan sambal bilik menerawang ke villa villa lain di Baros ni. Nanti di keji orang.

Masa untuk mengisi perut. Alhamdulillah kenyang. 

Duduk tempat mewah tapi makan ala kadar.... Haks.  Nasib orang yang mewah lite lite macam ni lah !

Apa yang penting.................. kami happy dan kami sedang menikmatinya........... !



Sedikit pun ku tak merasa malu
Tanpa ada kekasih di hatiku
Bukan berarti ku tak punya rasa
Untuk menjalin cinta

Ku tak pernah merasa kesepian
Atau mengangap sebuah cobaan
Hidup ku ini penuh dengan cinta
Dan ku sangat bahagia

Jomblo happy
Memang pilihan hati
Bukan karna tak mampu
Untuk cari kekasih

Jomblo happy
Memang pilihan hati
Biar ku bisa bebas
Terbang kesana sini

Aku masih ingin terbang ke bulan
Dan memeluk semua bintang-bintang
Aku masih ingin terus berjalan
Tanpa ada ikatan

Tak kan ku biarkan rasa kecewa
Membuat ku diam dan tak bersuara
Ku yakin di suatu saat nanti
Ada cinta abadi

Jomblo happy
Memang pilihan hati
Bukan karna tak mampu
Untuk cari kekasih

Jomblo happy
Memang pilihan hati
Biar ku bisa bebas
Terbang kesana sini

Jomblo happy
Memang pilihan hati
Bukan karna tak mampu
Untuk cari kekasih

Jomblo happy
Memang pilihan hati
Biar ku bisa bebas
Terbang kesana sini

Jomblo happy
Memang pilihan hati
Bukan karna tak mampu
Untuk cari kekasih

Jomblo happy
Memang pilihan hati
Biar ku bisa bebas
Terbang kesana sini
Jomblo happy

bersambung..................

16 comments :

  1. Replies
    1. harga bilik yg aku tempat ( tak de pool ) 750 USD semalam. belum masuk tax yang banyak tu..

      so almost usd 1000... dekat2 RM 5 ribu SEMALAM !!!!

      Tapi baik dia tak charge transport.......

      Delete
  2. Subhanallah indahnyaaaaa!

    Nak tny soalan nubis kubis, kita mmg boleh minta upgrade bilik ek tanpa bayaran tambahan kat mana2 pun ek? Mcm pernah nak cuba buat tapi malu kang kena bayo duit tadop huhu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh je sebenarnya.. walhal ikut nasib lah.

      Kalau 5 star hotel yang memang menjaga tetamu dia... memang dia org tak akan tolak punya sebab tetamu bayar mahal kot.

      tak salah mencuba.. bukan selalu dtg pun... heheheh

      Delete
  3. Wahhhahaha..untung bertanya dpt upgrade bilik..hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. tebal muka. kalau tak dpt tu memang berenang lari dari situ

      Delete
  4. kita pun tumpang berdebar baca post kali ni...

    ReplyDelete
  5. Bestnyer..haish..bilalaa nk dpt dol htel2 mewah ni.. payah pulak nk paw brg2..

    ReplyDelete
    Replies
    1. paw selagi boleh. asal tak kena kecam dgn housekeeping punya org sudah la... hahaha

      Delete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...