Meh ! Nak ajak gi makan lagi. Kali ni kita ke kawasan orang kaya kaya. Bukit Jelutong. Tempat yang kita nak usha ni cafe nama dia, One Serambi Cafe.
Jangan tak tau, ni kedai makan favourite Anuar Zeng !
* kisah ke?
Yes. Aku pun tak kisah ! Kebetulan je aku datang dan nak try makan kat sini.
Aku jumpa kedai ni pun sebab dia ada jual Creme Brulee. Macam biasalah anak bujang aku tu, kalau ajak makan kat luar mesti nak suruh cari kedai yang ada Creme Brulee.
Dah ketagih sungguh !
Jangan tak tau, ni kedai makan favourite Anuar Zeng !
* kisah ke?
Yes. Aku pun tak kisah ! Kebetulan je aku datang dan nak try makan kat sini.
Aku jumpa kedai ni pun sebab dia ada jual Creme Brulee. Macam biasalah anak bujang aku tu, kalau ajak makan kat luar mesti nak suruh cari kedai yang ada Creme Brulee.
Dah ketagih sungguh !
One Serambi Cafe.
Guna waze untuk mendapatkan lokasi sebenar.
Sebab kami pegi untuk dinner, so kawasan tu parking agak senang lenang nak jumpa.
Kat cafe ni buleh lepak di luar atau lepak di dalam je.
Usha setting dalam cafe ni.
Cafe nampak comfy untuk datang makan dan melepak lepak. Ruang agak besar dan luas dengan kerusi meja yang mencukupi. Tak de lah rasa semak nak duduk lama lama di sini.
Now usha menu dan apa yang ada di cafe ni.
Kalau usha menu dia, ada jual Malaysian disn dan jugak western. Terpulang kepada individu nak makan apa. Tapi Coffee memang ada plus desserts dan makanan makanan yang biasanya ada di cafe cafe serupa dia ni.
Dah order. Duduk lah di meja tu dan menunggu.
Hiasan atas meja
Now di jemput masuk segala makanan yang telah di pesan. Mohon hidangan beratur mengikut kesesuaian umur.
Mushroom Soup untuk Princess. Dia kata sedap
Beef Carbonara untuk Hero. Makan tak abis. Dia kenyang la tu. Aku jamah jugak, OK lah not bad
Nasi Putih
Dan Sup Ekor. Dan ini lah makanan favourite Anuar Zeng kalau datang ke cafe ni.
So makanan ni OR yang order. Tapi citarasa mereka tak sama. OR kata tak sedap mana pun soup ekor ni. Aku tak tau sebab aku #teamtakmakansupekor
So kalau korang nak tau korang #teamAnuarZain atau #teamOR sila datang dan rasa sendiri.
Ni aku punya. As usual.. Ayam related. Chicken grilled apa benda ntah. OK lah tapi ayam tu macam terlebih garing. The rest OK.
Minuman
Lagi untuk mengelakkan tercekik
Anak aku ada je yang suka order air merapek rapek. Cafe cafe macam ni, kadang kadang harga air dia orang agak tak masuk akal.
Creme Brulee ! Khas untuk Hero. Tapi dia kata tak sedap. Aku lebih sedih sebab tengok size dia yang seciput tu. Sekali kaut dengan sudu dah abis !
Anyway, cafe ni memang agak cozy untuk lepak lepak makan. Food macam biasa kira OK lah. Service not bad. Ambiance pun tenang dan tak menyemak sangat. Harga makanan aku lupa tapi dalam RM 130 lebih kurang.
Aku tak pasti apa gambar ni. Main snap je pastu tak tau apa motif nya.
ONE SERAMBI CAFE
Address: 1-G, D'bayu Commercial Centre,
Jalan Serambi U8/21,
Bukit Jelutong, 40150 Shah Alam, Selangor,
Malaysia
Phone: +60 3-7734 7700
Hours:
Sunday 9:30AM–12AM
Monday Closed
Tuesday 9:30AM–12AM
Wednesday 9:30AM–12AM
Thursday 9:30AM–12AM
Friday 9:30AM–1PM, 3PM–12AM
Saturday 9:30AM–12AM
FB : OneSerambiCafe
Boleh cuba ! One Serambi, tak de lah 'seram' mana pun bai.....
#teamsupekorsedapsahaja
ReplyDelete#teamhanyamampumemandang
Delete