Come ! Come !
I story you listen. Hari tu dah keluar Sihanoukville - The Highlight.
Dan sekarang aku nak story pasal budget dan itinerary semasa aku ke sana selama 3 hari 2 malam.
Dan sekarang aku nak story pasal budget dan itinerary semasa aku ke sana selama 3 hari 2 malam.
Welcome to Sihanoukville
Sihanoukville bagaikan lokasi asing bagi sesetengah orang, tapi aku sebenarnya memang dah lama mengimpikan nak ke sana. Pernah sekali, macam nak book tiket flight ke Phnom Penh pastu naik bas ke pekan kecil di pinggir laut Cambodia ni.
Peta dan kedudukan Sihanoukville
Terletak di negara Cambodia
Mesti orang tanya, ada apa kat Sihanoukville tu Nok? Jawapannya.....
The most beautiful Bays in the World !
Itu depa claim. So nak tau betul ke bay tu beautiful atau ala ala Bagan Lalang jer, maka kena la gi usha.
Terima kasih kepada Air Asia, diam tak diam akhirnya ada announcement mereka memulakan penerbangan dari Kuala Lumpur ke Sihanoukville - Syurga Dunia yang tersembunyi. Flight 4 kali seminggu bermula August 2017.
Dah tak tersembunyi lah sebab semua orang dah tau................. !
Kebetulan masa Air Asia start jual tiket tu aku terperasan dan terus je aku booking tanpa perlu berfikir panjang !
Tak payah cerita panjang panjang, masanya pun tiba dengan tarikh yang aku dah booking, jadi aku bersedia ke sana walaupun tak de jumpa banyak info. Flight baru so tak de ramai orang pegi lagi, jadi aku redah je lah cuba cuba riki sendiri.
Aku pegi hari Jumaat dan balik hari Ahad. Flight jam 11.20 pagi dari KLIA 2
Penerbangan KLIA ke Sihanoukville (KOS) mengambil masa 1 jam 45 minit. Tu pun flight delayed dekat 15 minit.
Flight penuh ! Aku dapat Hot Seat tanpa perlu bayar lebih. Ramai set set Chinese ikut group terbang ke sana thru agents. Siap minah Air Asia yang check tiket kat boarding gate tu tanya aku.
"Pegi sorang ke atau dengan group?"
"Sorang""Errrr.. Ada apa eh kat sana? Kenapa orang pegi sana?"
Eh ! Aku yang patut tanya dia soalan tu.
"Ntah ! Pantai kot"
Tu jawapan aku dan minah tu macam tak boleh nak terima.
Tak pe. Aku pun tak tau nak expect apa kat sana tapi aku memang nak pegi !!! So mari pegi........
01 : VISA
Tapi sebelum kita pegi kena ambik tau adakah kita memerlukan dokumentasi untuk memasuki Sihanoukville ni?
Jawapannya tak perlu. Sebab Sihanoukville ni dalam negara Cambodia yang merupakan Negara anggota Asean tapi hati hati, tak semua negara anggota Asean boleh masuk without Visa ke Cambodia ni. So Malaysian boleh masuk tanpa Visa dan boleh stay tidak melebihi 30 hari.
Cuma dalam flight dei berikan arrival card untuk di isi
Immigration dia slow sikit sebab ada few kaunter je and dia orang capture cap jari so ambik masa sikit. Airport dia pun agak kecik ( maybe sama besar dengan Balai Bomba yang ada kat airport kita ni jer ). Airport baru sedang dalam contruction dan melibatkan company Malaysia, Muhibbah Engineering Sdn Bhd.
Sihanoukville International Airport
02 : WHEN TO GO
The city has two seasons: a wet season and a dry season. Monthly averages range from 14 °C (57.2 °F) in January to 36.0 °C (96.8 °F) in July. Maksudnya musim hujan agak agaknya awal tahun. Aku pegi bulan August so shouldnt be hujan turun membasahi bumi seolah olah tak mengajak aku datang ke sana !
Tapi.... sehari sebelum pegi tu, aku ada lah check wheather.... dan ini yang aku dapat.
Kalau tengok ramalan cuaca, hari hari hujan di sana !
Memula aku macam nak back off je dan tak nak pegi. Tapi fikir tiket dah ada. Hotel pulak aku gatal pegi booking dengan booking.com. Memang dia kata tak payah bayar lagi, Aku try try booking pastu nak cancel kena penalty pulak ! Cis. Dah la penalty macam bayar full.
Buntu jugak sebenarnya, tapi bak kata IH....
"Pegi je lah. Hujan hujan pun at least sampai jugak ke sana...................."
YES ! Aku selamat sampai. Tapi tau apa jadi?
Sang mentari menyinari bumi sewaktu keberangkatan pergi dari KLIA2
Mendung dan berawan sewaktu flight nak sampai
Hujan time landing
Sampai airport pun ketibaan aku di sambut dengan hujan.
Dari airport ke bandar pun sepanjang jalan hujan
Hari ke dua, hujan lagi.
Dan hari ke tiga pun hujan tak berhenti henti lagi.
Nak balik kat airport tu pun hujan masih turun lagi
Dan time aku dapat tengok cahaya matahari semula adalah sewaktu flight dah nak landing kat KLIA 2 semula !
Macam malang tak trip aku ni? So apa nak buat lagi selain daripada mereput dalam bilik penginapan?
Membaca? Nehi Nehi No !
Jawapannya, aku membuta dengan riang ria ! Bunyi deruan air hujan yang menitis turun dari langit mendodoi aku dan menjadikan aku terus lena di buai mimpi yang tak sudah sudah. & sigh.
Kalau orang kata tidur yang mencukupi tu penting untuk kecantikan dan kejelitaan wajah, aku rasa aku dah layak untuk masuk Pertandingan Beauty Queen King dah ! ( Maybe kategori beauty with beast features)
03 : CURRENCY
Nak pegi negara orang kena ambik maklum perihal currency untuk perbelanjaan.
Duit Cambodia di panggil Riel.
Sebelum berangkat pegi, aku check check currency yang ada, aku kira ada lebih kurang 16,000 riel baki dari trip aku ke Phnom Penh dan Siem Riep dulu tu. Wah.. 16K tu bunyi macam banyak je dan rasa ala ala nak mendabik dada. Tapi bila convert rupa rupanya bersamaaan dengan RM 17 !!!!!
Ayoyo.. Nasib tak sempat nak berlagak di Cambodia nuh.
* peluk kalkulator dengan deraian air mata sebab selamat daripada di kecam.
Duit Cambodian Riel
Tapi sebenarnya untuk urus niaga di Sihanoukville ni, mereka lebih mengutamakan USD sebagai matawang dan transaksi. Riel tu guna la tapi untuk belian runcit sahaja. So aku memang ada USD maka bawak USD je lah senang ke sana.
Kadar tukaran 1 USD = 4,000 riel / 5 USD = 20,000 riel.
Tapi bagi yang tak sempat tukar, di airport Sihanoukville tu ada currency exchange
Ni rate tukaran. Nampak macam duit RM di terima di sini tapi aku tak tukar. Aku tukar Thai Baht ke Riel. Tak banyak pun, memang tukar untuk tambah nak beli benda benda runcit air etc.
04 : ACCOMMODATION & TRANSPORT
Seterusnya perihal penginapan dan transport di Sihanoukville ni.
Banyak guesthouse dan hotel penginapan di Sihanoukville dengan range servis dan harga yang berbeza mengikut kemampuan. Tapi yang lebih penting, kena tau kat mana nak menginap sebenarnya kerana ada few pantai di Sihanoukville ni dan ada area area tertentu yang perlu di ambil tahu seperti Otres, Independence Beach, Serendipity Beach/Ochheuteal Beach atau pun Sihanoukville Town.
Aku booking di area Serendipity Beach sebab fikir dekat dengan jetty dan senang nak ambik bot/ferry ke pulau pualu berdekatan.
Tinggi harapan kan?
Laluna. Aku menginap di sini selama 2 malam
Owner dia French tapi pandai cakap Indo. Selagi boleh dia nak cakap Indo dengan aku. Aku bantai cakap English balik dengan dia. Sebab apa? Dia cakap slow ! Lambat aku nak tunggu dia abiskan hayat. Ada some part aku pulak kena bukak kelas ajar dia.
Hujna hujan ni aku malas tau !
Basic chalet tapi location memang bagus.
Yang tak bagusnya sebab hujan, apa pun tak boleh !
Bagi aku accommodation ni depends on tempat yang korang sendiri nak lepak. Otres 1,2,3 pun OK sebab tu memang area backpackers tapi bagi aku Laluna di Serendipity ni memang memudahkan aku semasa berada di sana sebab lokasinya yang agak central dengan facilities lain.
Satu lagi benda yang penting adalah transport !
First, start dari airport nak ke town/penginapan. Airport terletak 17 km dari town Sihanoukville dan mode of transport yang ada dari airport tu cuma teksi !
Dengar kadar USD 20 sebuah kereta
USD 20 untuk seorang adalah agak mahal. Dan kalau dari pembacaan macam ada shuttle bus ke town dari airport ni tapi sebenarnya tak der ! So kalau satu geng 4 orang just nice lah sewa teksi ni ke destinasi penginapan masing masing. Macam aku sorang diri, terpaksa mintak tolong kaunter teksi tu cari kot ada yang nak share.
Masalahnya tak der ! Lama jugak aku tunggu last sekali ada couple Chinese ni sudi tumpangkan aku. So dia bayar USD15, aku bayar USD 10. Drebar untung dapat extra USD 5 !
Teksi teksi di airport.
Tapi kalau nak lebih adventurous, rasanya jalan keluar dari airport tu, ada je tuk tuk kat luar tu menunggu. Tapi tak recommended lah kalau yang banyak beg atau group. Solo atau berdua buleh cuba cuba tanya.
Dan kalau dari penginapan ke airport, sama jugak. Naik teksi tapi harga dia USD 15 jer. Aku hari tu naik motosikal (motodop). Adalah mamat ni beriya nak hantar. USD 8, sampai airport basah kuyup jadinya. Tapi kesian gak mamat tu gigih meredah hujan demi sesuap nasi.
Kalau transport kat town in between Otres atau ke mana mana saja, banyak tuk tuk yang ada. Harga mengikut jarak starting from USD 1 to USD 5
Boleh jugak sewa motosikal di Sihanoukville ni. Rate dia USD 4 untuk sehari. Bawa skooter/motosikal kat sana tak perlu license, tapi polis dia orang suka tahan foreigner dan paw konon sebab tak de Cambodian license. So possible nak sewa motosikal cuma kena hati hati.
Aku asalnya plan nak sewa gak, tapi dah hujan... tak payah lah.
Kena hati hati jugak memandu di Cambodia. Dia orang left hand drive
05 : ITINERARY
Okey. Sebenarnya trip ni tak de lah sedih sangat. Walaupun hujan sepanjang masa, dan ada ketika aku tak boleh nak bergerak ke mana mana, tapi berkat kedegilan bercampur perasaan was was dan kecuakkan, dapat jugak la aku berkunjung ke tempat tempat yang ada di Sihanoukville ni especially tempat tempat yang memang ada dalam plan aku.
Antara tempat tempat yang biasa di lawati di Sihanoukville ni adalah pantai pantainya. Bermula dari Independence Beach sehingga lah Serendipity dan pantai pantai Otres 1, 2 dan 3.
Selain tu, 2 pulau yang menjadi tarikan utama di sini adalah Koh Rong dan Koh Rong Sanloem.
Ada juga Ream National Park dengan air terjun dan kawasan paya bakau, sungai dan hutan hutan.
Disebab kan oleh hujan, plan aku agak terbatas sebab limited time yang ada bila hujan teduh, so masa yang ada aku gunakan lah untuk pegi ke mana mana yang sempat.
So ni sample itinerary aku 3 hari 2 maam di sana.
Day 01 - Depart KLIA 2 to Sihanoukville.
Sebab hujan terperangkap kat bilik jer dan membuta ria. Petang hujan berhenti kejap so jalan jalan area Serendipity Beach sampai ke senja.
Bye bye KLIA 2
Jetty Serendipity Beach ( jetty ferry ke pulau pulau )
Serendipity Beach
Orang orang melepak riang
Pantai yang menjadi tumpuan
Senja yang tak kelihatan
Day 02 - Sihanoukville - Koh Rong - Koh Rong Sanloem - Sihanoukville.
Berperang dengan perasaan sendiri antara nak ke pulau pulau yang ada. Tengok cuaca memang gelap gelita, tapi nasib baik ferry berjalan. Cuma aku miss ferry awal pagi sebab hujan lebat tak leh nak ke jetty. Nasib baik jugak la kat Koh Rong tu tak hujan lebat. Kejap kejap je. Sempat jugak aku buat detour ke Koh Rong Sanloem sebelum balik ke Sihanoukville semula.
Hampir saja trip ke Koh Rong bertukar menjadi Trip Kroh Kroh Kroh !
Hampir saja trip ke Koh Rong bertukar menjadi Trip Kroh Kroh Kroh !
Jetty ke pulau
Cuaca memang buat aku rasa was was nak ke pulau pulau ni, tapi tawakkal lah sebab dah sampai.
Koh Rong
Pulau yang menjadi tumpuan untuk kaki kaki berparty
Dan bersantai
Tapi tak sempat nak explore abis Koh Rong ni sebab dari situ aku ambik bot ke satu lagi pulau lain
Koh Rong Sanloem
Yang lebih damai
Dan cuaca walaupun tak cerah tapi agak menyebelahi sebab tak de lah hujan berterusan
Day 03 - Serendipity Beach to Airport via Otres Beach
Hari ke tiga hujan sejak subuh lagi. Memang pagi burn macam tu je tak leh nak ke mana mana. Sudahnya terus ke airport je. Naik moto Ojek basah kuyup di buatnya. Tapi aku mintak mamat moto tu singgah Otres Beach kejap. Hujan lebat tak nampak apa tapi sempat lah singgah dan tengok gambaran pantai Otres yang glamer tu.
Serendipity Beach.
Dari malam sampai ke pagi hujan
Tak de apa boleh di lakukan kecuali melepek kat bilik. Pastu terus ke airport
Singgah di Otres Beach. Hujan lebat time ni
Otres Beach
Basah kuyup
Otres
Airport Sihanoukville
Alhamdulillah, despite hujan yang melanda tapi aku sempat gak la pegi tempat tempat ni.
Memang cuaca tak menarik so tak mengambarkan keindahan sebenar pantai pantai dan pulau pulau di Sihanoukville ni, tapi at least... syukur je lah ! Mujur dapat jejakkan kaki dan aku anggap rezeki aku setakat di situ je.
Redha dan pasrah !
Hujan yang turun bagaikan mutiara
Berkilau bersinar berkerdipan
Subur menghijau bumi terbentang
Dan bayu berpuput lembut
Cinta yang bersemi
Diwaktu hujan turun
Menyirami ketandusan hati
Dan hujan turut mengiringi
Engkau pergi...
Selembut hujan bercurahan
Begitulah cinta ini
Semesra bumi yang disirami
Begitulah hati ini
Hujan yang turun bersama air mata
Bersama pedih, bersama rindu
Kau datang dan kau pergi jua
Rindu lagi...
Nanti sambung bahagian ke 2. Budget & Itinerary....
bersambung.....................
Hujang brek brek
ReplyDeletebrek brek ke bek bek?
Deletehahahha.. cam kelakar pulak.. dari awal sampai abis cerita ujan je...
ReplyDeleteitu lah. sadis gila rasanya. dah lah pegi tepi laut tapi laut nampak mcm air teh susu...
Deletekecewa lite lite
Makanan halal cm mna?ssah x nk cari?
ReplyDeletedah tulis.
Deletesila baca part 2..
http://supermengmalaya.blogspot.my/2017/09/sihanoukville-budget-itinerary-part-2.html#.WggtbGiCw2w
Makan kat sana macam mana? Senng x cr makanan halal?
ReplyDeletedah ada tulis.
Deletesila baca part 2
kalau perempuan nk dtg sini sorg diri sesuai tak?
ReplyDeletesesuai jerrr
Delete