Monday, June 19, 2017

Jejak Bumi Parsi : 19 - KASHAN : Sultan Amir Bath House | Tabatabaie House

Masa kecederaan !!!!!!!!!!!!!

Aku tak leh lama lama berbual dengan mamat tu. Ada lokasi lain aku kena tuju.

"Thank you for your time. I hope you can understand my English"

Dia cakap. Dan aku jawab.

"Can ! No problem.... I sell you pantun now......"

If there ever is a pond in vicinity
We could possibly bathing till remain
If there ever is a longevity
We could possibly be meeting again

"Can I buy? I want to buy. I want to buy"
"No time to buy... bye bye !"

Hahahaha.... aku chong je dialog busuk semua tu kecuali ucapan terima kasih dia. Bersungguh dan gembira hati betul dapat berbual dengan orang asing in English. English dia memeng terkedek kedek. Aku nak faham pun susah, tapi aku harap lama lama dia boleh jadi fluent !

Dari Agha Bozorg Mosque tu aku menapak ke tempat lain. Jalan laju laju. Eh ! Patutnya aku bonceng naik basikal dengan mamat tadi tu. 

* mati lah ranap terkepak dua basikal tu.

Mamat tu dah tak tau kat mana. Aku jalan sendiri jer.

Salah satu bangunan di pinggir jalan di Kashan

Masjid lain

Jalan laju laju

Sebabnya aku tak pernah pegi mana mana bath house kat Iran ni. So memang aku reserve nak lawat satu daripada bath house ni dan Kashan adalah tempat pilihan aku. 

Apa benda bath house ni? Bath house ni sebenarnya tempat orang dulu dulu lepak lepak mandi mandi, berkumpul dan bersosial. Kiranya kalau zaman sekarang di panggil SPA.  Tak tau lak dulu ada massad massad ke tidak.

So memang di Kashan aku nak lawati Sultan Amir Ahmad Bathhouse. Dari pembacaan orang kata tempat ni lawa so meh kita usha !

Berpusing pusing jugak aku nak mencari tempat ni.  

Patut aku masuk ikut laluan tu

Tapi termiss dan terlajak...

Nasib baik sempat kembali ke jalan yang lurus. Jalan yang di redhai. Tu pun tanya orang lagi.

Ke mana kan ku tuju?

Akhirnya jumpa pun entrance dia.

Sampai jua akhirnya

And it is not free. Nak masuk kena bayar walaupun bukan datang nak bermandi manda.

Baca sini.

Sultan Amir Ahmad Bathhouse (Persian: حمام سلطان امیر احمد ‎‎, Hammam-e Sultan Amir Ahmad), also known as the Qasemi Bathhouse, is a traditional Iranian public bathhouse in Kashan, Iran. It was constructed in the 16th century, during the Safavid era; however, the bathhouse was damaged in 1778 as a result of an earthquake and was renovated during the Qajar era. The bathhouse is named after Imamzadeh Sultan Amir Ahmad, whose mausoleum is nearby.

Sultan Amir Ahmad Bathhouse, with an area of around 1000 square meters, consists of two main parts, Sarbineh (the dressing hall) and Garmkhaneh (the hot bathing hall). Sarbineh is a large octagonal hall, which has an octagonal pool in the middle separated by 8 pillars from the outer section. There are four pillars in Garmkhaneh, which make smaller bathing rooms all around as well as the entrance section to Khazineh (final bathing room) in the middle. The interior of the bathhouse is decorated with turquoise and gold tilework, plasterwork, brickwork as well as artistic paintings. The roof of the bathhouse is made of multiple domes that contain convex glasses to provide sufficient lighting to the bathhouse while concealing it from the outside.

Di Sultan Amir Ahmad Bathhouse ni ada 2 benda yang menarik. 

Pertama adalah bumbungnya...............dan kedua adalah bathhouse tu sendiri. 

Harga tiket IRR 150K. Pejam mata lah bayar jer. 

Aku naik ke bumbung dulu.

Roof domes

Sultan Amir Bath House

Bumbung ni dah semacam jadi gambaran yang sangat ikonic untuk kota Kashan ni

Tapi tak even, hati hati takut terpeleot kaki

Tak de apa sangat kat atas bumbung tu, tapi kena lah naik dan tengok sendiri. 

Di Iran ni ada panduan yang patut di ambil tahu. Sebarang pintu di rumah mahupun di mana pun, akan ada tombol yang berbeza dan ada tatatertib untuk mengetuk pintu rumah orang.

Ini tombol untuk lelaki

Ini untuk perempuan.

Bezanya? 

Bunyi tombol lelaki dengan tombol perempuan berbeza. Jadi tuan rumah akan tahu yang datang tu lelaki ataupun sebaliknya. 

Kalau yang datang tu Pondan.. tak payah ketuk pintu.. sound je.

"Nyah.... Mak datang ni !!"

Pastu masuk ikut pintu belakang !!

So jom kita masuk ke dalam bath house ni.

Baca Bismillah dulu sebelum masuk and then baru leh layan gambar kat dalam ni.







Aku pun tak tau nak describe cemana tapi memang WOW lah tengok interior dia, decorations, tiles apa semua tu memang kira benda yang jarang kita dapat tengok.

Dalam dia ada ruang ruang tertentu tapi tak de lah besar mana. Dan time tu macam ada satu geng pelancong lain so dia dah conquer semua sudut dalam tu. Susah orang lain nak ambik gambar.

So kalau berkesempatan lawat lah mana mana satu bath house di Iran ni. Memang lain daripada yang lain. Memang macam untuk golongan bangsawan je.

Satu lagi kat Kashan ni benda yang nak kena lawat jugak adalah traditional Persian residential. Rumah rumah agam orang kaya kaya satu ketika dulu kini menjadi tarikan pelancong ke Kashan bagi melihat senibina dan arkitekturnya.

Ada few Persian Historical House ni tapi aku pilih Tabatabaie Residence sebab terletak tak jauh dari Bath House tadi tu.

Kena pepandai cari dan tanya orang. Entrance masuk turut di kenakan. Macam Tabatabaie ni entrance fees adalah IRR 150K

Tabatabaie Residence.

A large house with several courtyards, which once belonged to a wealthy merchant. Experience how well the wind towers work. It consists of delightful wall paintings with elegant stained glass windows and includes other classic signatures of Traditional Persian residential architecture such as biruni and andaruni.

Lepas bayar tiket tu, ikut laluan masuk akan membawa ke kawasan courtyard.

Courtyard 

Ada kolam

Center

Ruang ruang tertentu

Design dan dekorasi dinding Tabatabaie Traditional Persian Residence

Jangan nganga sangat. Baca ni...

The Tabātabāei House (Persian: خانهٔ طباطبایی‌ها Khāneh-ye Tabātabāeihā) is a historic house in Kashan, Iran. It was built in the early 1880s for the affluent Tabatabaei family.

It consists of four courtyards, wall paintings with elegant stained glass windows, and includes other classic features of traditional Persian residential architecture, such as biruni and andaruni.

It was designed by Ustad Ali Maryam, architect of the Borujerdis House and the Timcheh Amin od-Dowleh. The house is almost 5,000 square meters and has been very well renovated. The interior yards have beautiful gardens. The house also has 40 rooms,4 courtyards,4 basements,3 windwards.

Saah satu ruang yang menarik di sini adalah Five Door Room.

Di sebalik dinding yang di bina ini menghasilkan corak warna yang indah setiap kali matahari memunculkan diri

Cahaya matahari memasuki cermin berwarna lalu menghasilkan corak indah pada lantai bilik

Macam di Nasier Al Mulk Mosque di Shiraz . Lawa tapi kena time pagi je la dapat tengok ni.

Di samping tu ada juga ruangan lain yang lebih personal kepada pemilik rumah tradisional ini.

Ukiran sangat details

Corak corak dekorasi memenuhi setiap inci bilik

Dan setiap dinding mempunyai dekorasi yang tersendiri

Dinding bilik

Ruang ruang lain yang lebih kepada pameran

Tabatabaie Residence

So boleh la singgah nanti.

Selain daripada Tabatabaie Residence ni ada jugak residence lain yang lawa jugak kot. Macam Abbasian House, Ameri house dan Boroujerdi ha Residence. Semuanya dekat kawasan yang sama dan tiket dia boleh Combo beli 1 tiket untuk masuk lebih daripada satu traditional house ni. Tapi harga lain skit lah.

Kat luar kawasan tu ada orang jual jual juga

Macam dah terlebih masa spent kat sini so aku kena gerak cepat cepat ke hostel Kim K sebab dah janji nak jumpa dia di sana. So aku follow map aku tu dia bawak ntah ke mana mana.

 
Jalan ikut celah celah rumah orang

Masuk lorong lorong. Tak nampak orang pun

Last sekali terpaksa tanya orang. Dia macam faham tak faham. Aku lak main follow je sebab aku ingat dia faham. 

Anak dia asyik toleh belakang je tengok aku

Last sekali jauh gila berjalan. Aku bajet mesti dah salah ni. Tapi bila aku tanya dia, dia asyik tunjuk ke depan.

Memang tekaan aku tepat. Dia salah faham. End up aku sampai semula kat Kashan Bazaar tempat pertama aku pegi pagi pagi tadi.

Argh !!

Jam dah hampir pukul 1 tengahari. Dah janji dengan Kim K. Jangan aku lewat, nanti dia orang ingat aku mungkir janji dan tak nak join dia orang.

* sigh



Telah lama ku rasa sebegini,
Meniti masa silih berganti,
Ku harapkan engkau datang ,
Kepadaku walau sekadar mimpi...

Ku coba untuk mengejar kamu,
Makin ku genggam ia terlerai
Sedari Diri kian menjauh,
Jauhh... Terpisah dari diri kamu,

Biar hatiku menanti,
Biar ku terus menunggu,
Di dalam kegelapan hariku, tanpa cinta kamu..

Biar jiwa terus mati, menanti janji kamu,
Biar aku jadi 
Penunggu...

bersambung.......

12 comments :

  1. rumah mcm masjid..kaya giler...

    ReplyDelete
  2. Eeeee berkobar2 nak p Iran ni semenjak duk baca blog abg meng haha. Bath house tu macam hammam spa kat turkey sajo. Dkt publika pon ada satu. Kalau nak try p la sana tapi kena tak pakai pape syarat dia. haha..

    ReplyDelete
    Replies
    1. wah.. mcm menarik....

      nanti kalau ke iran gi la tetempat ni....

      Delete
  3. Replies
    1. tu la... tapi kalau berjalan mau gelencosss kaki

      Delete
  4. Wow!! Cemana grand lar hidup dorang ni dolu2 kan..

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...