Saturday, June 3, 2017

Jejak Bumi Parsi : 03 - TEHRAN : Golestan Palace

Perut dah kenyang. Dah bertenaga sikit tapi sebenarnya aku agak mengantuk sebab semalam dalam flight tak berapa lena. Patut minum Milo waktu sarapan .....................

Barulah kekal bertenaga sepanjang hari !

Masalah negara sekarang ni, aku tak jumpa pintu masuk ke Golestan Palace tu !!!! Peta tu memang bawak aku ke arah yang sama je. Dan dua tiga kali aku dah patah balik ke sana tapi buntu tak berkesudahan.

Sambil sambil tu layan dulu pemandangan di jalanraya utama yang berdekatan.

Suasana di jalanan. Tak pasti apa benda ni semua. Maybe penanda ada sales kot. Haksss

Ramai orang jual jual kekacang dan buah buahan kering tapi aku usha macam mahal jugak sebenarnya. Terbantut nak beli kacang senyum ( pistachio )

Last sekali aku masuk kedai ni. Dengan harapan budak budak ni tau English lah.

Tapi !! Dia panggil aku suruh ambik gambar dia orang pulak............... !

Eh. Dalam keadaan kecemasan macam ni aku tak de mood nak melayan kehendak korang tau tak? * marah

Tapi layan jugak lah. 

So aku tanya mereka kat mana pintu Golestan Palace tu sebenarnya. Dan jawapan dia dengan isyarat tangan je dan aku pasti, peta yang aku rujuk tu adalah Peta bodoh ! Hahaha... Sebenarnya tak de la bodoh. Maybe tak updated sebab pintu yang aku pegi tu memang entrance yang dah di tutup. Semua entrance kena masuk belah depan. So kiranya aku lak Badul terhendap hendap bahagian dinding Golestan Palace ni berkali kali tadi.

Cis ! 

Nasib baik abang masih bertenaga. Terima kasih kat 2 orang mamat penjual kacang tadi tu. Sempat borak dan aku paw kacang dia sikit. Tak nak beli sebab alasan malas nak bawak ! * gelak jahat

Dah jumpa sinar penunjuk jalan, usahlah abang membuang waktu... ayuh tuju ke sana terus.

Kat area tu memang nampak ramai orang berkumpul. Tak tau lah apa agenda tapi area ni memang area shopping yang bersambung dengan Grand Bazaar tadi tu.

Dan jugak area sightseeing. Ada tram boleh bawak pusing pusing bagi yang malas nak jalan kaki. Aku pun pantang je tak tau mana nak beli tiket tram tu, kalau tak.. aku pun pose pose melambai tangan je dari atas tu. Dasar pemalas !

Nak lagi power naik kereta kuda ni hah.....

Banyak gedung gedung jualan di sini

Bank

Dan sebenarnya aku patut ikut tram tu je sebab laluan dia memang sah sah lalu depan entrance Golestan Palace tu.

Ada macam area garden dan kolam. Tapi tak de air

Ni tak tau la apa benda. Tempat keramat ke kubur ke.. Tapi di tabur tabur bunga

Jalan sampai hujung tu then baru la nampak entrance ke Golestan Palace ni. Aduii...

Entrance tak macam Tapak Warisan Dunia UNESCO pun.....

Tapi nasib la ada penanda ni....

So akhirnya berjaya juga sampai ke Golestan Palace. Salah satu tarikan utama pelancongan di Tehran dan Iran ni.

The Golestan Palace ni adalah sebuah kompleks yang merangkumi taman taman, bangunan di raja serta menyimpan koleksi kraf Iran serta hadiah hadiah dari Eropah semasa abad ke 18 dan 19. Kompleks ni pernah menjadi Kompleks Qajar di Raja dan merupakan monumen bersejarah tertua di kota Tehran dan diwartakan sebagai salah satu UNESCO Heritage Site.

Golestan Palace bermaksud Istana Bunga

Bacaan lanjut, sila refer : Wiki Golestan Palace

Nak masuk kena beli tiket ! Tapi awas bagi sesiapa yang lemah jantung......... ! Sebab Golestan Palace ni macam sebuah kompleks dengan banyak bangunan bangunan muzium, istana dan sebagainya jadi setiap satu tempat tu entrance fee adalah berlainan.

Contoh : Admission Fee wajib bayar adalah 150,000 Rial. ( RM 20) Tapi tu setakat masuk dalam compound je. Kalau nak masuk bangunan bangunan yang ada dalam kompleks ni maka kena bayar additional entrance fees mengikut harga yang telah di tetapkan.

Aku pilih untuk masuk Main Hall je so admission fee 150,000 Rial + Main Hall Entrance 150,000 Rial. Katanya kalau nak masuk semua bangunan bangunan dalam ni, bersiap sedialah untuk bayar entrance fees je sebanyak 940,000 Rial ( RM 127). Gila la buat duit ...............

Sebab entrance fees yang agak mengarut dan aku rasa tak berbaloi tu, maka aku masuk buat syarat je. Jalan jalan di kawasan compound dan masuk Main Hall je lah nanti.

Terdapat 17 structures di Golestan Palace ni so kalau nak usha semua kena sediakan lebih masa. Macam aku, sebab buat syarat.... tumpang lalu je lah !

Masuk masuk lepas beli tiket akan nampak kolam panjang ni. Di hujung sana adalah Marble Throne (Takht e Marmar)

Sebenarnya ada ruangan terbuka tapi di tutup dengan canvas

Sebab di sebalik canvas tu adalah marble dan kaca kaca...

Tak yah masuk pun. Boleh usha dari luar.

Marble Throne (Takht e Marmar) ini adalah tempat pertabalan raja dan takhta diraja yang dibina dengan batuan batuan marble dari seluruh Iran.

Dan di sebelahnya pulak adalah Karim Khani Nook (Khalvat e Karim Khani).

Karim Khani Nook adalah interior residence of Karim Khan of the Zand dynasty.

Ukiran bermotifkan bunga pada dinding

Interior

Pond house

Binaan kompleks Golestan Palace

Seterusnya kita ke Main Hall.

Di Main Hall ni lah banyak dapat dilihat kemegahan istana ini satu ketika dulu.

Main Hall entrance. Masuk dalam kena bukak kasut and paling tak bsst.. NO PHOTOGRAPHY !!!!! * baling DSLR dalam mangkuk tandas

So kat dalam ni memang tak leh ambik gambar. Gerak geri kita akan diperhatikan oleh pak guard. CCTV pun macam saja aim je nak cari salah orang. Apa lah kedekut sangat, ambik gambar je pun bukan buat onar.

Kan??

Dan jangan cakap abang tak payung ! Senyap senyap aku berjaya menyeduk beberapa keping gambar. Nasib tak kena tangkap. Kalau kena tangkap ada orang nak gi jamin aku di Iran nuh?

Brilliant Hall (Talar e Brelian)

Masa memula aku masuk hall ni, dia kena naik tangga ke atas. Gila rasa jakun kejap... Dengan details hiasan dia memang kagum sekejap.

Di namakan sebagai Brilliant Hall kerana kecemerlangan hasil kerja Tukang Tukang Iran yang membina tempat ni.

Crystal Hall. Talar e Bolour

Dalam hall ni kena jalan ikut laluan dia. One way... Time jalan tu.... cuak je sebab kat tiang tiang tu semua cermin. Macam ada yang memerhati. Tapi memang ada yang memerhati ! Pak Guard tak duduk diam je usha takut orang ambik gambar. Eh ! Tak hebat sangat la tu sebab aku berjaya jugak snappy kat dalam ni.

Tapi memang lawa gila. dalam ni. Gila ! Gila !

Patung tu pun scary ingat macam orang jer

Pastu ada Containers Hall.

Containers Hall (Talar e Zoruf) adalah dewan yang menempatkan semua barangan tembikar yang telah dihadiahkan khusus untuk raja-raja Qajar oleh raja-raja Eropah. Ada di antara tembikar ni sangat rare seperti yang dari zaman perang Napoleon lagi.

Cuak nak snappy gambar sini sebab ruang dia kosong. Pak Guard lak ada je mengekor kat mana mana.... baling tahik baru tau.

Seterusnya Ivory Halls (Talar e Adj) 

Ivory Hall adalah dewan makan yang dihiasai dengan hadiah hadiah dari raja raja Eropah.

Mirror Hall (Talar e Aineh)

The Mirror Hall adalah yang paling terkenal dalam Golestan Palace ni. Dewan yang kecil ini dipenuhi dengan cermin cermin yang sangat luar biasa keindahannya.

Abis pada Mirror Hall tu boleh ikut laluan dan terus keluar ikut pintu lain. Overall memang lawa dalam Golestan Palace ni especially Main Hall dia. Terkesima aku di buatnya...

Pintu keluar Mirror Hall. Nampak tak kat luar tu pun penuh dengan cermin.

Dah abis tu bergerak ke belah lain pulak. 

Bangunan di Golestan Palace

Tembok dinding pemisah kawasan istana dengan kawasan di sebaliknya. Yang aku sampai mula mula tu belah belakang tembok ni lah.

Dan ada menara yang di panggil Windcatchers (Emarat e Badgir). Di bina untuk mengawal cooling wind bergerak through the structure

Tembok mengelilingi kawasan kompleks istana

Di tembok tembok ni banyak lukisan lukisan terpamer yang kebanyakannya berkaitan dengan zaman kemajuan abad ke-19

Dengan lukisan penuh penceritaan berkemungkinan sejarah dulu dulu.

Salah satu binaan penting dan paling menarik di Golestan Palace ini adalah Edifice of the Sun (Shams ol Emareh)

Di bina sebagai struktur yang tinggi bagi membolehkan melihat panorama sekitar kota Tehran

Bangunan ini mempunyai dua menara yang serupa. Pandangan luaran mempunyai berbilang gerbang, kerja-kerja jubin rumit dan tingkap hiasan. Dua menara ini bangunan ini sebenarnya versi kecil daripada Safavid viewing area di istana Ali Qapu di Isfahan .

Abis dah la pusing pusing Golestan Palace ni

Memang wajib datang kalau sampai Tehran tapi tak perlu masuk semua hall dan museum yang ada..

Dah tak de apa nak buat, abis tu aku terus keluar. Hari pun dah makin petang. Dah janji dengan Kim K nak jumpa dia kat hostel kalau aku nak ambik bas ke Shiraz malam nanti sama sama. Aku belum plan lagi tu.

Kaki pulak cramp !

Nasib ada kerusi. Lepak jap situ. Kever malu !

Nak naik tram ni macam malu ler pulak.

Lama gak tersadai sambil urut betis sendiri. Badan pun rasa letih lesu jer. Macam tak de semangat. So aku decided nak balik je la terus ke hostel. Penat.

Dari area Golestan Palace menapak balik ke Metro Station.

Bye bye Golestan Palace

Lalu depan pejabat Tax dia orang... Sebenarnya take five sebab kaki cramp semula. Tapi tak lama. Dah tau cemana nak pujuk kaki supaya bekerjasama.

Singgah solat jap kat masjid ni

Pastu masa menapak ke area Imam Khomeni Square tu macam nampak orang jual jual. Macam ada acara. Aku pun menyibuk masuk dalam khemah tu.

Rupanya ada orang jual jual. Aku beli samosa kat sini.

Geram tengok buah delima. Beli air delima kat sini

Jenuh aku dok fikir apa benda budak budak ni dok mengintip dalam kotak misteri tu.

Imam Khomeni Square yang memang sibuk

Dan aku pun tak de mood nak explore lelebih kawasan ni. Padahal memang banyak lagi museum dan tempat yang boleh di usha kat area ni. Tak pe lah... I is penat.

Sampai Metro station

Ambik train balik ke hostel

Metro station. Beli tiket. Balik tu train penuh sebab orang dah start nak balik keje. Bersesak sesak dalam train.

Menapak balik ke hostel. Memang aku pastikan jalan yang betul supaya tak sesat. Sempat singgah beli donut tepi jalan. Lapar !

Lalu depan gate University of Tehran

Hotel of Paris.... tapi bukan kat Paris.

Akhirnya sampai kat hostel penginapan aku. Tapi bukan gambar ni... Hostel aku tu celah bangunan, tak de ruang nak ambik gambo dia.

Since aku tak tau hala tuju aku dan aku tak de specific itinerary. Balik dari ronda ronda Tehran ni aku rasa cukup la kot aku cover bandar ni hari ni. Memang aku ada plan nak pegi Milad Tower tapi rasanya boleh skip je la kot. Nak gi Tochal main main ski memang aku tak masuk dalam list sebab aku memang tak suka snow.

Jadi aku fikir malam tu aku bergerak je lah ikut Kim K ke Shiraz. 

Tehran macam tak berapa suka dengan aku je. Tak mesra ! Aku pun tak rasa best sangat nak berlama lama di sini. Dengan cuaca sejuk dan gloomy semacam, buat mood rasa tak syok nak berjalan.

Tamatkan lah Tehran dalam agenda aku sekarang. Kalau ada rezeki, sebelum balik nanti aku boleh explore mana mana yang tak sempat lagi nak pegi.



Berakhirlah sudah
Kisah kita dalam percintaan
Yang menyakitkan
Pengorbanan ku selama ini
Hanya sia-sia

Cinta ku pada mu
Begitu dalam, di lubuk hati ku
Benar sungguh-sungguh
Namun semua hancur
Dengan permainan dan sandiwara mu

Hari-hari ku sepi selalu
Bila terkenangkan saat bersama mu
Tapi itu semua tak akan kembali
Selama-lamanya...

Bila malam tiba di dalam tidurku
Wajah ayu mu menghias mimipi ku
Namun itu semua hanya menyakiti kan
Hati ini...hu...oo...

Satu hari nanti bila kau bertemu
Dengan seorang kekasih baru mu
Janganlah sekali sakiti hatinya
Seperti diri ku

Kini tiada lagi tinggal kenangan
Saat bersama mu akan ku rindui
Air mata ku mengalir di pipi
Aku menangis

Sementara menunggu Kim K balik ke Denj hostel tu, aku sempat terlelap kat sofa kat common area. Memang confirm mengantuk dan letih !

bersambung.............. 

10 comments :

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...