Sunday, June 18, 2017

Jejak Bumi Parsi : 18 - KASHAN : Ehsan House | Kashan Bazaar | Agha Bozorg Mosque

Huargh.............................

* mengeliat dengan kuasa kuak lentang tahap dewa remaja !

Remaja ke?

Hari ni aku bangkit hari ke 6. eh. ke berapa ntah? Aku lupa !

Tapi aku dah kat Kashan !

Perihal Kashan...

Kashan is a city in the Isfahan province of Iran. Kashan is the first of the large oases along the Qom-Kerman road which runs along the edge of the central deserts of Iran. Its charm is thus mainly due to the contrast between the parched immensities of the deserts and the greenery of the well-tended oasis. 

Archeological discoveries in the Sialk Hillocks which lie 2.5 miles (4 km) west of Kashan reveal that this region was one of the primary centers of civilization in pre-historic ages. Hence Kashan dates back to the Elamite period of Iran. The Sialk ziggurat still stands today in the suburbs of Kashan after 7000 years. After world known Iranian historical cities such as Isfahan and Shiraz, Kashan is a common destination for foreign tourists due to numerous historical places.

Dah selamat sampai di Kashan malam tadi.


Good morning Kashan !

Flashback !

Aku sampai di terminal bus di Kashan lewat jam 9 malam. Terminal tu agak sunyi lah malam malam. Actually aku dan janji dengan Kim K nak jumpa dia kat Kashan. Host dia dah bagi green light yang aku boleh join trip dia orang ke Maranjaab bersama sama dengan 2 orang awek Siam.

So sampai semalam konon aku ambik teksi ke hostel Kim K, tapi aku decided nak check kat Ehsan House kot ada kekosongan since aku baca review tempat tu macam OK. Kalau tak de aku menapak la pegi cari hostel Kim K.


Bas tiba di Kashan malam tadi. Ntah masuk jalan mana drebar ni pegi hantar budak budak asrama tu. 


Dari terminal bus Kashan tu teksi hantar aku ke Ehsan House. Tambang IRR 70K. Tu pun jenuh aku nego.


Ehsan House ni adalah sebuah traditional house converted into a hotel, with a beautiful courtyard.


Memang rezeki aku, ada kekosongan. Ada few jenis bilik gak and since aku mintak private harga bilik adalah USD 30. Aku nego dengan makcik front desk tu ( owner rasanya ) dah akhirnya dia mengalah. 

Fuh !... Sikap kedekut aku masih terbawa bawa sampai ke Kashan ni dah.

No. Tak nak rasa dah taik idung sendiri. Kang masin sangat kena darah tinggi !

Memang very nice hotel dan selesa. Tapi bilik aku kat rooftop dan toilet agak jauh. Sejuk lak tu. Menggigil bangun nak gi kencing.

Sampai semalam aku siap pekena teh pekat Iranian. Kembung tu yang sampai bangun malam nak gi kencing tu.

View courtyard Ehsan House waktu malam.

Memang very nice hotel ! Aku rasa ni penginapan aku paling best sepanjang aku di Iran ni.

Now pagi mengambil alih ruang waktu.

Pandangan dari arah rooftop Ehsan House

Cuma bumbung bangunan di Kashan ni memang ada bonggol sikit, semalam ntah cemana aku lalu lantai dia uneven so aku hampir hampir tergelenccoss ! Now kaki macam sikit rasa tersalah urat.

Cemana nak mejelajah Kashan ni?

Aku ada banyak agenda, ada few tempat nak pegi dan aku kena pegi cepat sebab aku dah janji dengan Kim K nak jumpa dia kat hostel dia tengahari nanti. Host akan datang ke sana dan ambik kami dan bawak ke lokasi untuk malam ni.

View dari rooftop Ehsan House ke segenap kawasan Kashan

View ke belah bawah courtyard Ehsan House.

Memang lawa lah hostel ni. Ambiance bagus, environment pun menarik. Staff pun friendly. Highly recommended bagi yang mencari penginapan di Kashan ni. Tapi biasa kena booking awal sebab selalu penuh.

Lepas bersiap siap aku turun ke bawah untuk breakfast.

Area courtyard Ehsan House

Banyak ruang santai

Bunga bunga mekar di pagi hari. Semekar jiwa aku yang teruja secara berlebihan di Kashan ni.

Aku orang pertama turun untuk breakfast

Breakfast dia agak menarik dan meriah juga. Janji kenyang.

Dah makan dah kenyang aku pun beredar. Siap check out terus lah sebab takut tak dan nanti nak balik ambik beg kat sini. Pikul je beg aku tu. 

Lokasi pertama pagi tu di Kashan adalah menuju ke Kashan Bazaar


Tanya tanya orang jugak lah bagi memastikan aku ikut jalan yang betul.


Entrance


Lokasi dia tak jauh mana dari Ehsan House tu tapi agak tricky sebab laluan masuk ke Kashan Bazaar tu banyak dan aku tak pasti yang mana satu.

Sebenarnya aku nak datang sini bukan nak shopping pun, tapi sebaliknya nak tengok senibina dalam bazaar ni yang dikatakan antara bazaar yang tercantik di Iran. So cantik tak?

Kena dongak ke atas baru nampak kehalusan dan keseniannya.

Dan memang kena tanya orang kalau nak sampai tempat ni. Nasib baik pagi tu tak banyak kedai lagi buka. Aku tanya sorang mamat pekerja kat situ dan dia tunjukkan arah.

Kashan Bazaar

Kashan Bazaar the bazaar with fantastic its mudbrick architecture is one of the jewels of the city. Pay a small amount to one of the touts hanging around the bazaar and you will be led to the roof of the bazaar, where you can get an idea of the technical marvel of building such large structures from mudbricks and have a wonderful view over the old city.

Selain daripada tarikan tersebut di Kashan Bazaar ni. Adalah menjadi kelaziman dan tuntutan ramai pelawat yang datang untuk naik ke bumbung bazaar ni bagi melihat keseluruhan kawasan Kashan.

Masalahnya pintu nak naik ke atas tu tak jumpa. Tanya tanya orang pun ramai tak tau. Ada jumpa pintu tapi berkunci. Ada jumpa laluan, cuba cuba naik pun semuanya jalan mati.

Tercari cari jugak aku dan tanya sorang dua kat situ, akhirnya datang sorang pakcik ni aku assume dia peniaga gak kat situ dan dia yang bukakkan kunci. Kebetulan masa tu ada 2 orang mamat Hong Kong dengan aku nak naik ke roof top. Jadi kami bertiga dan pakcik tu bukak kunci pintu untuk laluan ke atas bumbung.

Dalam Kashan Bazaar


Bumbung yang berlubang untuk cahaya dan pengudaraan

Agak tricky gak nak naik atas sebab laluan tangga agak sempit. Tapi pakcik tu bawak kami sapai ke bumbung pertama. Then dia demand IRR 100K !! (RM 13). 

Memang kalau baca pun, dia orang akan mintak bayar banyak tu. Tapi bukan sorang, kira per group. Sebab aku bertiga dan mamat Hong Kong tu bayar kan dulu. Then kami ada masa untuk expolore Kashan dari bumbung bazaar.

Rasa tak cukup tinggi so kena naik tinggi dan tinggi lagi. Challenge dia, bumbung dia orang ni tak even dan diperbuat dari tanah lumpur. So agak kotor gak la kasut jadi nya.

Ni yang paling tinggi

View dia agak berbaloi

Kashan Old City dari ketinggian bumbung Kashan Bazaar

Arah lain.

Dan lebih lagi jadi berbaloi sebab aku tak payah bayar ! Aku nak bayar tapi mamat HK tu kata tak pe lah. Dia belanja so aku anggap dia sedekah..

Tak lama kat atas roof top tu, aku turun dulu.

Kali ni mencari lokasi tujuan ke dua yang tak jauh dari situ.

Aga Bozorg Mosque.

Terletak tak jauh dari Kashan Bazaar. Di sini lah tempat aku tuju.

Agha Bozorg Mosque is a historical mosque in Kāshān, Iran

Yang bagusnya nak masuk tempat ni tak payah bayar. FOC !!! * jimat ongkos aku...

Masjid ini ada juga courtyard di tengah tengah. Dan dikelilingi oleh tempat kuliah budak budak madrasah di bahagian bawah.

Ruang utama solat di bawah kubah

Tapi kini masjid ni dah tak di gunakan lagi.

Namun begitu, kesenian dan senibinanya tetap unik dan tersendiri

Agha Bozorgh Mosque was constructed for prayers, preaching and teaching sessions held by Molla Mahdi Naraghi II, known as Āghā Bozorgh.

The mosque has been described as "the finest Islamic complex in Kashan and one of the best of the mid-19th century".  

Noted for its symmetrical design, it consists of two large iwans, one in front of the mihrab and the other by the entrance. The courtyard has a second court in the middle which comprises a garden with trees and a fountain. The iwan in front of mehrab has two minarets with a brick dome. It was here where Ustad Ali Maryam as a pupil started his career as an architect.

Layan view sekitar Agha Bozorg Mosque ni.





Dalam pada aku melangkah nak meninggalkan Agha Bozorg Mosque ni, tiba tiba datang sorang mamat ni kayuh basikal.

"How are you Sir?"

Aku memula macam tak nak layan.  Jawab dan jalan terus.

"Where are you from Sir?"
"Hmm. Malaysia"
"Oh.. I am from Afghanistan. I am Muslim.. are you a Muslim too?"
"Yes I am"

Lagi laju aku berjalan, lagi cepat dia kayuh basikal kejar.

"I want to practice my English"

Tetiba rasa bersalah. Apsal lah aku nak menyombong sangat dan malas nak melayan dia?

Aku tak tau pun apa tujuan dia sebenarnya tapi bila dia cakap dia nak practise English aku fikir macam aku lak jahat tak bagi dia peluang. Dia sungguh sungguh nak belajar.

Ni lah mamat tu. Aku lupa la nama dia.

So aku stop. Nyalakan rokok sebatang. Aku duduk tepi jalan.

"OK. Let's talk ! What do you wanna talk about?"

Dan kami mula bersembang.............

Walaupun tak de banyak masa tapi aku rasa aku patut spare  seketika waktu aku untuk berbual dengan dia. Aku sanggup !



Termenung sendu
Ratapi luka yang telah terguris
Mengejar bayang
Moga terbukanya pintu hati

Rindu saat kita.
Seperti lalu saling menyanyangi
Namun kau berubah
Tawar hilangnya kasih

Apa gunanya berbicara
Jika hati tak sekata
Andainya masih ada cinta
dengarkanlah

Sayang
Tak usah kau pergi
Jauh Dari diri ini
Jika kau mahu aku sanggup
Rebah melutut merayu

Jiwa
Masih mencintai
Kita Punya harapan lagi

Jika kau mahu aku snggup
Mulakan hidup baru

Ohhh... Ohhhh

Apa gunanya berbicara
Jika hati tak sekata
Andainya masih ada cinta
dengarkanlah

Sayang
Tak usah kau pergi
Jauh. Dari diri ini
Jika kau mahu aku sanggup
Rebah melutut merayu

Jiwa
Masih mencintai
Kita Punya harapan lagi

Jika kau mahu aku sanggup
mulakan hidup baru
Sayang aku sanggup...

bersambung............

6 comments :

  1. Teruja aku tengok Kashan ni, mengggg...hadoii..

    ReplyDelete
  2. Sayangnya masjid lawa tapi tak pakai..

    ReplyDelete
    Replies
    1. buat duit.. jadi tarikan pelancongan. kalau buat masjid mesti free

      Delete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...