Friday, June 2, 2017

Jejak Bumi Parsi : 02 - TEHRAN : Azadi Tower | Grand Bazaar

Hari pertama di bumi Iran !

Bangunan hostel tersorok di sebalik bangunan ni.

Semalam tidur lena jugak la walaupun terjaga dengar bunyi tapak kaki naik turun tangga. Hostel aku duduk ni memang dinding dia tak tebal mana kot. Dengar je orang berjalan sebab bilik aku dekat dengan tangga.

Agak agak dah tak leh lena. Aku bangun dan mandi serta bersiap siap....

Denj Hostel 

Aku tak de lah nak recommend sangat hotel ni tak jugak reject. Kalau ada masa cari la hostel lain di sekitar Tehran ni... ada banyak lagi tapi sebab aku last minit.. macam ni je la yang tinggal. Tapi staff hostel ni baik baik jer. Sangat helpful. Cuma lokasi hostel ni agak terselit celah bangunan... sukar nak cari sendiri kalau malam.

Hari ni aku tak de agenda khusus.. Cuma plan aku nak jalan jalan sekitar Tehran. Maybe malam ni aku tidur hostel ni lagi or maybe cari hostel lain. Aku sendiri tak de arah tuju lagi.

Mandi dan bersiap siap then turun ke common area untuk breakfast.

Breakfast di sediakan tapi simple simple je lah

Masa tu ada beberapa orang tengah breakfast. Kalau tengok gaya mereka berempat dari China. Sebab common area tu sempit, so aku bagi mereka peluang breakfast dulu sementara aku lepak kat luar hisap rokok. Sejuk wey !!!

Cuaca lak gloomy semacam je buat rasa nak sambung tidur balik je.

Masa hisap rokok lepak dengan couple dari Sabah. Dia orang datang Tehran tapi bukan nak jalan jalan Iran. Mereka nak ke Armenia dan Georgia ! Pergh.. best jugak tu. Aku teringin gak nak pegi, tapi aku abiskan Iran dulu lah sebab mereka berdua dah pernah sampai Isfahan so tak de plan nak ke tempat tempat lain di Iran ni.

Sejam dua gak aku lepak breakfast sambil borak borak dengan staff hostel tu tanya ke mana aku patut pegi dan sebagainya. Hasil dari borak borak tu aku dapat buat decision yang malam nanti aku akan bergerak ke Shiraz je lah. Tak payah nak berlama lama di Tehran ni. 

Dan pagi tu jugak aku jumpa Kim K.... Borak borak dengan dia. Dia tanya plan aku, aku cakap tak de plan. Dia pun nak jalan jalan Tehran hari ni, malam nanti dia nak ke Shiraz jugak so dia ajak aku keluar sama pagi tu. Dia nak jumpa kawan dia remaja pakai spek semalam yang naik teksi sama aku.

"Nak join sekali ke?"
"Tak pe lah. pegi la dulu"

Macam tu aku sombong dan tak nak berganding bahu ...........

Sebenarnya aku tengah menimbal balik apa yang harus aku lakukan hari ni. Baru nak study !!! Mana aku patut pegi dan perlukah aku bergerak terus malam ni atau stay semalam lagi di Tehran? 

Hmmmmm.... tak de jawapan. Hari pun makin cerah, jadi aku decided nak berkeliaran sekitar kota Tehran ni dulu......

Berkat info dan map yang aku ada, aku bergerak ke Metro station untuk ke lokasi pertama dia Tehran ni.

Bangunan bangunan dekat area hostel aku duduk.. Memang kena tengok bebetul kalau tak balik karang tak jumpa jalan.

Orang jual buku buku tepi jalan. Ni depan pintu masuk University of Tehran so ni memang area students ramai

Arked yang baru di buka

Dekat 20 minit gak aku menapak dari hostel dan mencari cari station Metro yang terdekat. Cuaca mendung dan agak glommy pagi tu. Sejuk pun ada terasa. 

Anggapan aku sewaktu mula mula berjalan ni, Tehran tak seperti yang aku gambarkan. Aku pun tak tau nak gambarkan cemana, tapi kebanyakkan bangunan dan persekitaran seolah olah Kuala Lumpur di sekitar 80-an. Bangunan buruk. Sampah ada jugak la. Construction sana sini dan orang ramai berjalan ke hulu ke hilir dengan tujuan masing masing. Suasana pagi agak meriah sepanjang jalan.

Suasana jalanraya

Kalau nak tau station Metro di Tehran, cari ikon kaler kuning tu. Aku pun tanya orang jugak sebab tak perasan dan tak de tulisan tunjuk arah.

Masuk Metro station masalah pulak nak beli tiket. Tiket tak mahal pun tapi aku masih belum betul betul mengenal duit. Harga Metro murah tapi aku blank nak bagi duit Rial kat sini. Terpaksa mintak tolong di kaunter.

Tunggu metro

Memang Metro di Tehran ni menjadi medium utama dan murah untuk bergerak sekitar kota. Harga pun tak mahal cuma kadang kadang orang memang ramai so terpaksa la bersesak sesak dengan local.

Suasana dalam Metro. Ada coach khas untuk wanita.

Dari station Metro yang dekat dengan hostel aku tu, aku naik ke station Meydane Azadi. Plan aku adalah untuk ke Azadi Tower dulu pagi tu. Cuma few stations je dari tempat aku bermula.

Akhirnya sampai !

Lepas keluar tu tercari cari arah mana Azadi Tower tu. Pusing pusing nampak gak dari jauh. So kena menapak ke sana. Masalahnya aku tak jumpa laluan yang betul so aku end up berpusing kawasan tu dan ikut jalan jauh. Dah la cuaca sejuk !

Azadi Tower(Borj-e Azadi)

Sedikit berkenaan Azadi Tower ni....

The inverted-Y-shaped Azadi Tower, built in 1971 to commemorate the 2500th anniversary of the first Persian empire, is one of Tehran's visual icons. Designed by Hossein Amanat, it ingeniously combines modern architecture with traditional Iranian influences, most notably the iwan-style of the arch, which is clad in 8000 pieces of white marble. It's worth going inside to see the complex structural engineering that forms the bones of the design and for the view from the gallery at the top.

You can reach the top by stairs or lift. At the base are galleries with changing exhibitions and a cafe.

To reach the tower, which sits in a large oval park, you'll need to tentatively negotiate the maelstrom of traffic that is an almost constant feature of the square.

Azadi Sq was the scene of much protest during the 1979 revolution and remains a focal point for demonstrations today, including some huge demonstrations during the post-election crisis in 2009.

Boleh baca wikinya di sini :  Azadi_Tower

Cuaca memang gloomy

Dan sebenarnya ada construction di kawasan Azadi Tower ni sebab tu aku kena pusing ikut jalan jauh

Tak nampak ramai orang pun kat sini. Maybe sebab pagi dan cuaca mendung. Tapi ada sekumpulan askar tetiba pelik tengok aku dan mintak nak ambik gambar. I feel so glamer here !.... 

Boleh naik sampai atas sana tapi aku malas nak riki riki sebab macam tak menarik je. Nak naik kena bayar 150,000 Rial ( RM 20)

Tower ni nampak sedikit buruk dan lama tapi perkarangannya agak terjaga

Padang ke arah Metro station

Lepak lepak tak lama kat sini, akhirnya aku bergerak semula ke Metro station untuk ke destinasi lain.

Jalanraya di Tehran

Nampak orang lepak lepak makan makan buat aku rasa lapar....

Tapi tak jadi nak makan. Turun ke station Metro dan ambik laluan ke pusat bandar

Tunggu train

Dan keluar dari station Metro aku akhirnya tiba di station Imam Khomeni Square. Antara station Metro yang paling sibuk dan popular di Tehran ni.

Sebenarnya tak tau nak tuju ke mana. 

Di kawasan Metro Station ni ada banyak museum dan tempat lawatan tapi aku tak rasa nak pegi lawat semuanya. Aku cuma nak ke Golestan Palace je. Tapi sebelum tu merayau rayau dulu.

Usha usha bangunan

Kawasan pejabat kerajaan

Nampak macam penjara pun ada

National Museum of Iran. Tapi aku tak masuk dalam pun.

Jalan ikut peta membawa aku keluar masuk taman. Masa kat taman ni pun ada orang ajak bergambar...... tapi aku buat layan tak layan jer...." Hello ! Pay me some money..." * mati la mata duitan.

Garden di bandar Tehran

Hijau.

Kat taman ni jugak aku nampak satu group pakcik 4-5 orang melepak. 

Aku lalu depan dia orang dan dia orang asyik dok pandang je, so aku tegur lah. Bagi salam. Boleh pulak sorang pakcik ni, panggil aku dan dia nak ambik gambar aku. Dah la pakai hp macam Nokia zaman dulu... pastu ada hati nak suruh aku bayar dia pulak !

"Excuse me Pakcik.............. pakcik yang patut bayar saya bukan saya bayar pakcik ! Saya ni model.... tau? Model belacan.. Pakcik tau belacan tu apa?"

Aku blah je malas melayan.

Aku pakai aps MAPS.ME untuk peta. Memang dah siap siap download dah dari Malaysia lagi.

Menapak ikut laluan yang ditunjukkan dalam peta.

So aku ikut je laluan yang tertera kat phone aku

Masalahnya maps tu kata dah sampai. Tapi aku tak jumpa laluan masuk !! Stress betul. Berpusing pusing aku kat situ. Tanya orang ramai pulak yang tak tau....

Last sekali aku dah berjalan sampai ke Grand Bazaar

Nak tak nak masuk usha dulu

Suasana dalam bazaar

Banyak kedai kedai dan orang pun boleh tahan ramai

Baca ni.

The maze of bustling alleys and the bazaris (shopkeepers) that fill them make this a fascinating, if somewhat daunting, place to explore. Despite being known as the Grand Bazaar, most of the architecture is less than 200 years old and pedestrian, although there are some gems to be found. Visit in the morning, when business is brisk but not yet frantic – later in the day the chance of being run over by a piece of fast-moving haulage equipment is high.

The bazaar’s covered stores line more than 10km of lanes and there are several entrances, but you get a great view down a central artery by using the main entrance facing the square Sabzeh Medyan. The warren of people and goods is a city within a city and includes banks, a church, a fire station and several mosques, most notably the impressive Imam Khomeini Mosque, and the ornately decorated Imamzadeh Zeid, a shrine to a descendant of the prophet.

Most lanes specialise in a particular commodity: copper, paper, gold, spices, and carpets, among others (note though you won't find fresh food here). The carpet, nut and spice bazaars might be the most photogenic, but the lane of stores selling fake designer labels (literally labels, not clothes) also catches the eye.

In our experience there are two ways to visit the bazaar. One is to simply wander the labyrinth of streets and alleys, taking whichever turn you fancy and going with the flow. If you get lost, remember to walk uphill to the main exits on Panzdah-e Khordad Ave.

Alternatively, allow yourself to be befriended by one of the carpet salesmen. Tell them what sections of the bazaar you’d like to see and they will lead you. When you’re done, they will expect you to visit their carpet shop, drink some tea and view a few rugs – which in itself can be fun.

Untuk lebih details, refer wiki : Grand_Bazaar, Tehran

Dan usha antara kedai kedai yang ada dalam grand Bazaar di Tehran ni.

Kedai ni macam lawa sikit

Jual kain baju

Kekacang

Rempah ratus

Sampai ke beg plastik pun ada

Kawasan dalam tu memang luas dan aku rasa sesak nafas. Orang ramai laluan sempit pening dengan orang berjalan dan berselisih dengan orang tolak barang di laluan yang sempit macam tu.

Last sekali aku cari jalan keluar dan sampai ke masjid. Singgah solat jap kat situ sebelum cari laluan lain dan akhirnya membawa aku keluar semula ke jalan utama.

Serious besar dan memang boleh sesat. Dah la banyak pintu masuk dan keluar. Jadi kena waspada sentiasa.

Lepas keluar ke laluan utama tu, still mencari cari arah Golestan Palace yang tak jumpa jumpa. Perut dah bukan main berkeroncong mintak di isi. Akhirnya aku singgah makan kat kedai kebab ni dulu.

Kedai kedai macam ni memang banyak di tepi tepi jalan.

Order based on gambar je. Janji nak 'chicken'... Tapi sandwich dia orang ni buleh tahan gak besar boleh makan 2 kali. Tapi bab nak transaksi duit memang aku masih bodo lagi....  Boleh rasa tertipu je kadang kadang. Isk !

Di tepi tepi jalan, ramai yang berkumpul dan menyalakan api untuk menghangatkan badan

Dan aku masih tersesat dalam mencari tujuan.......

Peta ni memang binawe. Dia asyik bawak aku ke tempat yang sama tapi tempat tu jalan mati !!!

Stress pulak aku jadi nya........................... !



Hampir pernah ku cuba sesali,
kerna telah memberikan segalanya,
siapakah diriku sebenarnya di hatimu,
atau sekadar sandaranmu.

Saat ku mulai menyedari,
perasaanku tak pernah dipeduli,
salahkah diriku mengemis cinta darimu,
apa ku tak punya harga.

Segala apa yang telah ku berikan,
masih lagi tak memadai,
hampir ku tersungkur menuntut janji,
darimu.

Saat ku mulai menyedari,
perasaanku tak di peduli,
salahkah diriku mengemis cinta darimu,
apa ku tak punya harga.

Segala apa yang telah ku berikan,
masih lagi tak memadai,
hampir ku tersungkur menuntut janji,
darimu.

Segala rasa yang telah kau berikan,
masih tak mampu mengubati,
perasaan yang telah kau nodai,
padaku.

Segala rasa yang telah kau berikan,
masih tak mampu mengubati,
perasaan yang telah kau nodai,
padaku, padaku.

bersambung..............

8 comments :

  1. Hehe I like!

    Keep 'em coming abg meng. Soooo wannaa go.. Tgh cari khimar nak pakai sanani ni u have. Haha. Lols!

    ReplyDelete
    Replies
    1. no have...

      i ootd ulang ulang yang sama utk seminggu tu

      Delete
  2. ala tengok kebab iran ni buat aku nak carik kebab untuk berbuka puasa.
    ramai gak aku dgr buat Tehran ni transit je untuk pegi ke negara sekitar yang lain. Armenia tuh..kalau dapat pegi belambak la spesis Kardashian.

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu lah.. boleh lah nanti usha usha ke sana pulak

      Delete
  3. hahaha!! tricky gila kan nak cari Golestan Palace tu! ikut maps memang dah sampai tapi langsung x jumpa pintu masuk nya.. -_-

    ReplyDelete
    Replies
    1. itu lah. jenayah terancang nak suruh buang masa kat situ....

      Delete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...