Saturday, June 10, 2017

Jejak Bumi Parsi : 10 - SHIRAZ to YAZD

"Where is your tourist guide?"

Minah tu tanya aku. Aku buntu tak tau nak react cemana.

"Hmmm. He was somewhere there !"

Aku tunjuk arah exit dari bangunan tadi tu.

* main tunjuk je

Kompleks Shah Cheragh

Bayangan mineret

"Which one, can you show me?"

Dia bercakap dengan sedikit lorat Iran.

"Hmmmm"

Sudah ! Aku pulak yang serba gelabah jadi nya.

"He was there when I went out from the building. I am waiting for my friend. And I think she is still inside"

Cubaan membela diri sendiri. 

Minah tu guna walkie talkie dia dan bercakap dengan seseorang. Aku masih tak senang jadinya.

Gerbang ke arah pintu masuk memula tadi

Lama jugak dia dok walkie talkie sana sini. Sesambil tu baca ni.

The site is the most important place of pilgrimage within the city of Shiraz. Ahmad came to Shiraz at the beginning of the third Islamic century (approximately 900 AD), and died there. During the rule of Atabeg Abū Sa'id Zangi (~1130s AD) of the Zengid dynasty, the chief minister to the monarch by the name of Amir Muqarrab al-din Badr al-din built the tomb chamber, the dome, as well as a colonnaded porch. The mosque remained this way for roughly 200 years before further work was initiated by Queen Tash Khātūn (the mother of Shāh Abū Ishāq Injū) during the years 1344-1349 (745-750 AH). She carried out essential repairs, constructed an edifice, a hall of audience, a fine college, and a tomb for herself on the south side. She also presented a unique Qur'an of thirty volumes, written in golden thuluth characters with gold decoration, in the style of the calligraphist of that period, Yahya Jamali. The date written on the Qur'an indicates that they were written from 1344-1345 (754-746 AH). Nothing now remains of the buildings set up by Queen Tash Khātūn, but the Qur'ans have remained and are preserved in the Pars Museum.

The mosque again underwent necessary repairs in 1506 (912 AH - under the reign of Shāh Ismā‘īl I), which were initiated by the guardian of the mosque at the time, Mirza Habibullah Sharifi. The mosque was again repaired in 1588 (997 AH) when half of the structure collapsed as a result of an earthquake. During the nineteenth century, the mosque was damaged several times and was subsequently repaired. In 1827 (1243 AH), Fat'h ‘Alī Shāh Qājār presented an ornamental railing for the tomb. Another earthquake shook the mosque in 1852 (1269 AH), and repairs were carried out by Muhammad Nasir Zahir ad-Dawla.

Finally, the late Nasirol'molk repaired the dome, but on account of the numerous cracks, in 1958 the whole dome was removed, and in its place an iron structure, which was lighter, and likely to last longer, in the shape of the original dome, was made at the cost of the people of Shiraz. The present building consists of the original portico, with its ten columns, on the eastern side, a spacious sanctuary with lofty alcoves on four sides, a mosque on the western side of the sanctuary, and various rooms. There are also numerous tombs contiguous to the Mausoleum.

The decorative work in a mosaic of mirror glass, the inscriptions in stucco, the ornamentation, the doors covered with panels of silver, the portico, and the wide courtyard are most attractive. The tomb, with its latticed railing, is in an alcove between the space beneath the dome and the mosque. And this custom of placing the tomb in this position, so that it is not directly under the dome, is to be seen in other famous places of pilgrimage in the city of Shiraz, and may be considered a special feature of Shiraz shrines. Two short minarets, situated at each end of the columned portico, add impressiveness to the Mausoleum, and to the spacious courtyard, which surrounds it on three sides. The Shah-e-Cheragh Mausoleum was registered on the 20th of the month, Bahman, 1318, under No. 363 in the list of the national monuments of Iran.

"Oh. she is waiting for you on the other side"
"Really?"

Buat buat terkejut !

"Yes.. Come...."

Dia ajak aku ikut dia dan kami ke belah depan semula. Memang Kim K ada kat situ dengan jubah nya menunggu aku. Kah kah kah. Nak tergelak pulak rasanya tapi nasib baik tak apa apa. Kus semangat.

"Where is the exit to Nasier Al Mulk Mosque?"

Aku tanya dia. Buat buat alihkan perhatian. Takut dia masih berkeras nak tau mana satu guide aku.

"Oh.. I can show you. Follow me"

Ah lega. Time tu aku rasa dah OK. Memang minah ni muka tense gila, cakap pun macam kasar sikit nadanya tapi lepas aku dah jumpa Kim K tu baru la kurang sikit tegang nada suara dia.

Dari bangunan pertama yang menempatkan makam tadi kami bergerak ke bangunan satu lagi.

Bangunan ni pun ada kubahnya sendiri. Lebih kurang sama dengan bangunan tadi cuma saiz nya sedikit kecil.

Minah Iran tu pelawa kami masuk ke dalam. Katanya ni makam yang ke 2. Tiba tiba aku pura pura mesra dan dengar je kata dia.

Dan dia pun seronok bercerita. Minah ni sebenarnya salah sorang tourist guide yang ada. Tourist guide ni memang akan teman mana mana pengunjung especially mat salleh masuk ke kawasan kompleks Shah Chiragh ni. Tapi kalau bukan Islam memang tak dibenarkan masuk dalam tempat yang berkaca kaca tadi tu. Cuma boleh berkeliaran di kawasan luar.

Dan sebab kami Muslim tak de halangan untuk dia bawa aku ke dalam bangunan yang ke dua ni.

Dia kata kat dalam tak leh ambik gambar tapi belah luar luar dekat entrance ni boleh je. Dan di bahagian dalamnya sama. Tak kurang jugak hebatnya.

Makam yang ke 2. Makam ni milik Mohamad bin Musa. Musa adalah abang kepada Imam Ali. Kira kompleks Shah Cheragh ni menempatkan makam adik beradik Ahmad dan Mohamad yang merupakan cucu kepada Imam Ali. Imam ke 8.

Potret Imam Mohamad.

Masa masuk dalam tempat ni minah tu tak ikut. So apa lagi, aku pun curik curik tetap menjalankan kerja kerja mengambik gambar walaupun telah di beri amaran tadi.

Pedulik !

Interior dia tetap sama macam tadi

Dan orang pun kurang kat dalam

Tak lama pun aku kat dalam ni. Abis pusing seround aku pun keluar.

Then kami sambung borak kat luar pulak. Minah ni banyak la cerita pasal tempat ni dan menurut dia tempat ni di bangunkan atas dana perseorangan dan derma derma yang di kumpul oleh orang ramai.

Memang banyak duit lah kot nak bina tempat macam ni sekali. Hujung hujung kubur je pun. 

Abis berborak dia tunjuk kami jalan keluar. Tetiba terlebih mesra lak dia melayan kami berdua. Hehehehe. Siap suggest kan lagi tempat mana yang kami patut pegi.

Keluar tu kena ikut laluan dalam bazaar dan jalan balik ke penginapan aku sebab aku nak ambik beg untuk ke terminal bas. 

Usha usha tempat menarik yang lain macam Naranjestan Museum

Narangestan Qavam (Bagh-e-naranjestan)is both traditional and historical house, It was built in the mid-to-late 19th century by Mirza Ibrahim Khan. The Qavam "Naranjestan" preserves the elegance and refinement enjoyed by the upper class families during the 19th century. The mirrored porch was a focal point of the house, overlooking onto gardens lined with date palms and flowers.The house today is a museum open to the public.

 Eram Garden

Eram Garden (Bagh-e-eram) 

This beautiful complex contains a vast network of gardens, as well as a colorful palace and a system of small artificial rivers flowing throughout the entire area. Tourists can admire the wonderful flora or follow the little canals' intricate system. Make sure the weather is sunny before coming here! 

Entrance fee: IRR 200,000 for foreigners; IRR 30,000 for Iranians (although I observed many going in without paying). Not worth the money.

Tapi dua dua aku tak masuk sebab tak de masa. Plus malas nak bayar entrance fees mahal mahal tapi tempatnya biasa biasa jer. Last sekali aku patah balik ke hostel penginapan untuk ambik beg.

Kat sini aku berpisah dengan Kim K. Sebab dia ada agenda dia sendiri nak gi shopping dan bas dia akan bertolak malam. Dia tak leh tukar plan sebab dia dah bayar hotel hotel untuk itinerary dia. Dia ada offer ajak aku join side trip dia ke Maranjab. Dia dah organize trip dan overnite di sana dengan sorang host dari Iran. Tapi aku belum decide lagi plus dia kena tanya host dia dulu samaada aku buleh menyemak sama atau tidak.

Lepas ambik beg kat hostel aku keluar kat simpang jalan dan ambik teksi ke terminal bas Shiraz untuk ambik bas ke Yazd. Tambang teksi 100,000 rial.

Shiraz bus terminal

Cari kaunter tiket.

Masa kat kaunter ni aku tak cakap yang hostel ada booking atas nama aku. Aku just cuba cuba tanya nak tau harga tiket dia. Minah tu cakap harga dia kalau convert jadi USD 9 sedangkan hostel tadi quote aku USD 11. Tak tau la mana pegi USD 2 lagi tu. 

Apa apa pun aku beli dengan harga yang lebih murah lah.

Bas dah bersiap sedia

Seating dalam bas VIP

Aku naik bas agak awal. So seating memang aku pilih yang 1 instead of yang 2 seats. Belum sempat bas bergerak jadi drama pulak.

Ada sorang pakcik ni naik dan seat number dia sama dengan seat aku !

Dia nak dok sorang jugak dan dia insist nak seat aku tu. Aku buat bodo lah. Jenuh pulak drebar bas tu nak terangkan. Aku tak faham tapi aku dengar macam dia sebab computer sistem. So must be system error !

Bengkek je muka pakcik ni tak dapat single seat

Aku rasa lah orang Iran ni dia persistent jugak. Kalau dia nak tu.. kot celah mana dia nak jugak. Tapi aku pun tak bagi laluan mudah. Selagi boleh aku akan bertahan ! Caiyok ! Caiyok !

Sorry Pakcik ! Best man wins !!

* gelak jahat sambil pura pura buat buat tido......

Memula aku rasa OK je macam bas tak penuh. Tapi on the way tu, ramai rupanya yang tunggu tepi jalan dan naik bas nak ke Yazd ni. So akhirnya bas penuh jugak.

Seperti biasa kami di bekalkan jajan macam biskut dengan air kotak

Bas meninggalkan Shiraz

Dan perjalanan menuju ke Yazd sejauh 450 KM dan akan memakan masa lebih kurang 5 jam setengah.

Melalui kawasan kawasan tandus dan kekadang berbukit bukau

Layan sunset dari dalam bas

Sambil layan ipod 

Dan layan perasaan sendiri

Sendiri. Aku sendiri...

* sambung gelak jahat kat pakcik sebelah yang tak tenang sebab ada orang sebelah dia.



Sendiri
Kini aku sendiri lagi
Entah susah entah hati pedih
Tak peduli

Sendiri
Mungkin lebih baik begini
Tak peduli apa kata hati

Biarkan
Di mana pun aku berada
Jangan datang atau kirim salam
Tanda cinta

Ku tutup
Mata dan hati untuk cinta
Kerana antara dikau dan aku
Telah terlarang
Parah cinta

Masih terbayang dalam ingatan ku
Waktu ku mengambil keputusan ku
Kau pergi dengan wajah penuh duka
Kau bisikkan kau tetap menyinta

Sendiri
Berteman pedih dan airmata
Bercumbu dengan duka nestapa
Dan merana

Mengapa
Harus terlambat kita berjumpa
Demikian pernah kau ucapkan
Dengan derai airmata

Dulu segalanya indah bercahaya
Kini hamba pujaan tiada warna
Dahulu penuh manja tawar dia
Kini bisu membeku dan sedih
Lara ! Oh sendiri !
Oh sendiri ! Sendiri…

Terlelap aku kejap. Sedar sedar bas berhenti.

Toilet break dan juga untuk berhenti solat.

Cuaca sejuk gegila time ni. Kedai lak banyak dah nak tutup.

Tapi yang bestnya bila bas sambung bergerak, kami di hidangkan teh panas... Aummmm !

Dan sekali lagi jadi drama !

Tengah aku mengelamun dalam bas tu tetiba ada sorang mamat ni datang. Dia cakap something tapi aku tak faham. Then dia ke depan dan datang balik dengan konduktor bus follow dia. 

"You go...."

Dia macam arahkan aku ke depan.

"Why?"

Ah ! Bengang la ni.

Then dia bercakap sesama sendiri. Dua dua tak reti English. Then ada sorang mamat kat belakang macam reti English. Dia translate kan untuk aku.

"Sorry. No !"

Macam tu je aku jawab. Then mamat translator tolong bagitau dia orang dan mamat konduktor bas tu bagitau mamat tu yang aku tak mau. Gila ko... tetiba je halau aku sebab kau nak dok sini. Eh kalau kot ya pun. pakcik sebelah ni lebih layak tau !!!!

Kan Pakcik kan?

* toleh tepi tengok Pakcik tu ternganga tidur.... !

Ni lah mamat yang nak duduk seat aku. Muka ketat jer.. Sesuka hati dia je. 

Tapi aku rasa dia macam pening duk depan..... kesian gak la tapi kenapa aku? Ada lagi orang lain yang duduk single seat dalam bas ni.....  This seat is mine !!!!

It is mine !! Ah ! Ah ! Ah !

* tetiba Brandy and Monica muncul sambil hidang teh panas....

Dan perjalanan di teruskan untuk saki baki yang ada dan lebih kurang malam jam 8 lebih kami sampai di Terminal bus Yazd.

Terminal bus Yazd

Terminal bus Yazd ni letaknya agak jauh sikit di luar bandar. Few KM lah. Tapi masa sampai tu, dekat tempat teksi aku nampak sorang Mat Salleh ni. Aku memang perasan dari hostel lagi sebab dia pun booking nak ke Yazd. So aku approached dia tanya kot dia nak share teksi dengan aku.

Dia setuju !

Sebab aku tak de booking penginapan, aku followed je dia dengan harapan ada bilik available.

Dan teksi bawak kami dari Terminal bus Yazd tu ke area Jame Mosque. Harga teksi 200000 rial so bahagi 2.

Jame Mosque Yazd. Kat area ni memang banyak penginapan untuk backpacker.

Cuaca sejuk betul malam tu kat Yazd. Dan masuk dalam Silk Road Hostel tu bila ku tanya rupanya tak de bilik kosong dah. Tapi mamat tu baik hati contact kawan dia dan dia kata kat tempat member dia tu ada available room.

Aku tunggu je lah situ sambil usha usha tour kiosk kat hostel tu.

Macam menarik jugak tour yang ada. Hasil diskus diskus aku setuju nak join salah satu tour dia esok.

Masa kat sini terdengar sorang mamat ni kecoh kecoh. Buat kecoh apa... sembang lebat. Bercakap kuat dan semua orang dia nak tegur.

Pastu dia dok diskus pasal tour ni dekat kiosk yang sama. So dia tegur aku jugak lah. Rupanya dia Chinese Malaysia. Orang KL jer. Lagi lebat la dia borak. Itu ini... dia punya suggestion dan recommendation macam dia orang sini. Padahal dia sampai 2 jam awal je dari aku !

Cheh !

Dan malangnhya dia bakal join tour yang sama dengan aku esok nya !

Dah settled pasal tour esok, then mamat hostel tu datang. Dan aku followed dia. Dan dan tu mamat Salleh tadi pun nak ikut gak sebab dia tak nak stay dorm kat hostel ni. 

"We can share room?"

Dia pelawa aku. Aku buat muka sengal je.

"Hahaha. I prefer single room !"
"Well. OK !"

Duh...............

Hostel penginapan aku malam tu. Ali Baba Traditional House. Private room USD 30. Aku nego sikit dan dapat USD 25.

Bilik pun agak besar dan selesa la bagi aku sorang sorang

Dah check in bilik aku ingat nak keluar cari tempat makan. Lapar. Turun ke bawah jumpa mamat Salleh tu lagi. Borak skit dan kami sama sama gi makan kat hostel Silk Road yang memula tadi. Nampak meriah sikit hostel tu.

Cari port dan kami duduk makan sambil borak borak

Mat Salleh tu nama dia Adrian dari London. Dia travel solo gak. Ni kali ke 2 dia datang Iran sebab masa first dulu tangan dia patah sebab dia jatuh longkang kat Isfahan. Terus terpaksa batalkan trip dia tu. 

Kali ni dia datang lagi dan sambung trip dulu yang tertangguh.

Layan gak la borak borak dengan dia.

Sambil layan hibiscus tea. Dia la dok promote suruh aku try. Macam pelik je tapi sedap jugak.

Dan aku sangat gembira sebab dapat proper meals. Nasi dan Chicken curry. Kos makan dalam RM 25.

Layan la borak borak dengan mamat Adrian ni. Tapi dia macam nak stay lama kat situ. Aku dah ngantuk so mintak diri dulu.

Tapi malas balik hostel lagi, aku gi dekat area Jame Mosque kat depan tu. Nampak lampu biru menyala malam malam ni buat masjid tu nampak menarik juga.

Jalan depan Jame Mosque Yazd

Kat luar je.. malam malam tutip tak leh masuk dalam

Tengah syok syok tetiba ada orang menjerit dari jauh.

"Eh bro ! You here also?"

Ah ! Mamat Chinese tadi ! Terus mood aku hilang. Malas nak layan.

"Eh malam you kena ambik gambar macam ni lah. Kalau angle ni lagi bagus bro..... bla bla bla"

Menyirap pulak aku dengan dia ni. Hempuk baru tau.

Ambik gambar satu dua. Pastu buat buat menguap.

Then mintak diri nak balik tido !

Dalam hati berdoa. Jangan lah esok aku satu tour dengan dia ni !

Bikin rusak ana punya program !

Malam tu lena aku tidur di bumi Yazd ni. Sejukkkkkk !!!

bersambung............... 

8 comments :

  1. VIP sungguh seat bas tu smpi 2 org nak duduk

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu lah.... sebab single seat sedap skit nak berlunjur....

      Delete
  2. drama & travel berpisah tiada.. mmg ada je kan hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. itu la lumrah kehidupan seorang artis antarabangsa...

      * krik krik krik

      Delete
  3. suka suka je nak halau seat orang eh..

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan? dia ingat aku pasrah tak melawan !!!

      Delete
  4. Kenapa seat ko jadi rebutan Meng??

    ReplyDelete
    Replies
    1. sebab single seat kot.... luas dan tido best... ke sebab aura aku yang duduk situ memancHOR !!!!!!!!!

      Delete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...