Thursday, June 29, 2017

IFTAR 2017 : Brew & Stone, Kota Damansara

Setahun hanya sekali, cari masa buka puasa dengan geng GBS !

Lokasi nya.....

Brew & Stone, Kota Damansara

Sejak dari sebelum bulan puasa teringin nak datang makan di sini sebab tengok iklan di FB. terpesona juga tapi tak berkesempatan. 

Kebetulan geng GBS ajak berbuka di luar, cari cari tempat dan pilih tempat ni since ada buffet Ramadhan juga.

Kami golongan burung burung di awalan, so dapat harga murah sikit.

BW dah booking sehari sebelum. Hari yang di janjikan tu, BW dengan IH dan MH ambik aku kat rumah dan kami berjumpa terus di tempat kejadian.

Lama tak jumpa kawan kawan GBS. Jumpa dan berkumpul sebelum raya.

Lokasinya terletak di Kota Damansara tapi di lot bangunan yang tak berapa busy di hari minggu. Jadi parking agak banyak di kawasan tu.

Kami sampai agak awal dari pelanggan yang lain so sempat usha dan snappy interior cafe dulu.

Brew & Stone

Ruang dalaman

Hiasan dinding

Seating

Sebab kami datang untuk buffet Ramadhan, jadi usha apa yang di sediakan di sini. Ayuh !

Khemah makanan di area luar

Pilihan makanan ada western

Melayu

Macam macam lagi

Jamu selera

Pilihan makanan tak de lah banyak mana. Orang agak ramai, waktu berbuka, sekali orang angkut makanna terus abis. Nak tunggu dia replenish agak lama dan ambik masa juga.

Usha makanan yang sempat kami jamah.






Bagi aku makanan dia so so jer. Tapi western dia agak sedap juga. Lauk pauk tu je la biasa dan macam tak cukup menampung pelanggan yang ramai. Desserts tak sedap mana. Cukup la untuk makan makan dan jamah sikit sikit. Lagipun makan tak banyak, sembang je lebih. 

Cuma surau di sediakan tu lebih perlu di tambahbaik !

Overall berbaloi dengan harga early bird. Kalau harga full tu macam mahal sangat dengan apa yang ada.

Boleh datang cuba western dia nanti di sini.

Lokasi nak cari depan dengan bangunan office Terlajak Laris

Selamat mencuba!

Brew & Stone
Jalan Pekaka 8/1D,
Seksyen 8, Kota Damansara
Petaling Jaya, Selangor, Malaysia
Tel : 603-6144 5678
FB :  Brew & Stone

Business Hours :
Tues – Sun 11 a.m. – 11 p.m.

6 comments :

  1. Ni sama chain dgn chef & brew bukit damansara ke? But the one in bukit damansara tu dah closed sudah. Haha. Food mmg so so la kalau sama chain.

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak pasti lak chain dia ke apa.. tapi lokasi mcm tersorok skit... datuk terlajak laris buleh la dtg makan selalu.. ( duduk bersila )

      Delete
  2. Oh, ini dekat rumah sewa aku zmn2 study dulu ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. gi la buat kunjungan.. mengenang memori silam

      Delete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...