Wednesday, June 7, 2017

Jejak Bumi Parsi : 07 - SHIRAZ - Necropolis | Hafez Tomb

Abis melawat kawasan Persepolis, dan jumpa Pakcik Ravers tu kami bergerak ke destinasi berikutnya iaitu Necropolis.

Menuju ke Necropolis yang terletak 12 KM dari Persepolis

Dalam perjalanan tu akan melalui kawasan bukit bukit berbatu. Akan nampak banyak kereta kereta parking dan orang bersantai santai. Jangan tak caya, dia orang sebenarnya berpicnic kat batu batu tu !

Memang menjadi kelaziman orang Iran di sini picnic di kawasan celah celah batu tu !

Necropolis

Naqsh-e Rustam (Necropolis) - Naqsh-e Rustam is an ancient necropolis located about 12 km northwest of Persepolis, in Fars Province, Iran, with a group of ancient Iranian rock reliefs cut into the cliff, from both the Achaemenid and Sassanid periods. 

Entrance fee 200,000 rial.

Naqsh-e Rustam (Necropolis)

Necropolis merupakan tapak perkuburan  besar dan merupakan makam monumen terpenting di Iran.

Necropolis , secara literal bermaksud "bandar yang mati". Istilah ini biasanya membayangkan tapak perkuburan yang berasingan pada jarak dari bandar, yang bertentangan dengan makam dalam bandar yang adalah biasa di pelbagai tempat dan zaman dalam sejarah. 

Unta menyambut ketibaan kami di Necropolis

The Giza Necropolis adalah daripada zaman Mesir purba dan salah satu yang tertua dan mungkin perkuburan paling terkenal di dunia sejak Great Pyramid of Giza.

Berbeza dengan pyramid yang menjadi tempat khas pengkebumian Pharoahs. Necropolis ini merupakan makan di raja dinasti purba yang telah di khaskan untuk 4 raja Persian sebelum ini iaitu Darius II , Artaxerxes I , Darius I , Xerxes I .

Salah satu makam purba di Necropolis

Kedudukan ke empat empat makam

Sebab hari dah petang, kami tak masuk pun ke dalam. Kalau nak masuk kena bayar juga.

Walaupun makan makan ini pernah rosak teruk, ia tetap menggambarkan imej luar biasa raja raja Achaemenid diukir daripada permukaan batu pada ketinggian dari atas tanah.

Layan gambar sekitar Necropolis




Dan sebab tak de apa nak buat, lepak jap situ layan sunset.....






Dan kami bergerak pulang ke Shiraz sambil sambung layan sunset di perjalanan.



Sampai di Shiraz semula kami tak terus balik. Aku suruh Pakcik Ravers tu dropped kami dekat Hafez Tomb. Rasanya malam masih awal so nak gi usha area tu dulu.

Hafez Tomb

Nak masuk kubur pun kena bayar 200,000 rial (RM 30). Local bayar murah gila.

Tapi dah alang alang sampai nak gak check apa yang ada kat tempat ni sebenarnya

Hafez Tomb - Mausoleum of Hafez- Hafez (1324-1391), the greatest master of Persian lyric poetry and the literary giant of the 14th century in the west and central Asia, was born in Shiraz, lived all his life here, sang its praises in unsurpassed verse and was buried in a garden known after him as the Hafezieh, in the northeast part of the city. 

The extraordinary popularity and the wide appeal of this great poet among all Persian-speaking people make his tomb a cherished placed, visited by all. This mausoleum too was rebuilt in the early 50’s. A flight of stone steps reaches to the tomb under a tiled cupola resembling a dervish’s hat. The tombstone is beautifully inscribed with two of Hafez’s poems or Ghazals. Visitors to the tomb can still, as they have done for centuries, take the omens, or faals, by picking a page at random from a volume of Hafez, kept for this purpose. 

Entry 200,000 rials for foreigners. Overpriced.

Memang tempat ni sebenarnya adalah kubur. Tapi amazing, kubur kubur pun ramai orang datang malam malam buta ! Tempat ni dah jadi macam taman.

Pavilion

Penyair tersohor Parsi

Mereka berkumpul di kawasan makam Hafez di tengah tengah kompleks

Sambil sambil tu berkumandang syair syair Hafez di pasang di corong corong speaker

Ada yang melepak. Berborak. Bersiar siar

Memang sesuatu yang agak pelik dengan budaya kita dan sangat sangat berbeza

Ceiling of pavilion

Yang ni memang cantik dan mengkagumkan

Makam Hafez yang terletak di bawah pavilion.

Aku just lepak lebih kurang then blah. Macam tak de erti je tempat ni. Tapi bagi local mungkin tempat keramat yang wajib dan selalu di kunjungi...........

Layan gambar skit lagi sekitar Hafez Tomb ni.





Bacaan lanjut : Tomb_of_Hafez

Di samping Hafez tomb ni, terdapat satu lagi makam yang popular di Shiraz ni iaitu Saadi Tomb.

Lepas tu kami beredar. Plan nak dinner malam tu. Kim K pulak kata dia ada kedai yang dia nak usha sebab dia baca kat TA rating resto ni bagus.

Aku pun ikut je lah.

Pakcik ni kata nak hantarkan. Kami bayar dia 70,000 rial

Jumpa kedai yang di maksudkan. Tapi Kim K tak tau nak order apa. Dia ajak share makanan paling sedap kat situ tapi sebab kambing, aku terpaksa tolak.

Lastly kami end up order benda alah ni. Desserts manis gila. Macam kurma bersalut apa ntah. Dah la mahal pastu order satu sorang. Tamak ! Last sekali membazir tak dapat habiskan. Perut pun tak kenyang

Kelaparan kami jalan kaki balik ke hostel pengianpan.

Ingat macam betis power la boleh jalan je tapi separuh jalan memang tak tahan. Jauh gak tu. Last sekali tahan teksi lagi. Bayar 30000 rial.

Jumpa kedai kat area hostel. Depan Pink Mosque tu je

Order dan makan kat sini. Banyak. Haloba juga. Hahahaha. Tapi at least kenyang ! Murah lak tu dan mamat kedai tu baik hati melayan dan jamu kami makan kenyang kenyang.

Nasir Al Mulk Mosque di waktu malam

Geram betul tengok lemon di jual kat tepi tepi jalan

Kami berpisah dan balik ke hostel masing masing

Balik hostel budak hostel tu ajak sembang pulak. Borak borak kosong je

Sambil layan black tea Iran yang sedap ni. Minum sampai kembung.

Makin lama berborak, makin aku kagum dengan sikap dan sifat orang Iran ni. Mereka mementingkan hospitality dan sentiasa merendah diri. Banyak benda yang boleh di contohi daripada mereka ni. Dan mereka sangat sangat mengkagumi Malaysia dan rakyatnya. Tumpang bangga jap.

Tak tahan mengantuk, aku mintak diri ke bilik untuk tidur. 

End of day 02 di bumi Iran ni......... 

Esok nak cover Shiraz sikit lagi.... Penjelajahan masih belum berakhir !



Di sini memikirkanmu
Cintaku tak berhenti
Hanya untukmu kasih
Walau seringkali hati tersakiti
Saat kau tak peduli
Aku pun tak mengerti

Namun satu yang pasti
Telah ku jatuhkan hati kepadamu
Selalu selamanya

Cinta takkan pernah berhenti
Karena hati telah memilih
Sadarkan dirimu ku bertahan untukmu

Cinta tak pernah memudar
Segenap hati ku mengharap
Hanya kepadamu cinta takkan berakhir

Betapa hati telah berjanji
Ku bawa sampai mati
Karena satu yang pasti
Telah ku jatuhkan hati kepadamu
Selalu selamanya

Cinta takkan pernah berhenti
Karena hati telah memilih
Sadarkan dirimu ku bertahan untukmu

Cinta tak pernah memudar
Segenap hatiku mengharap
Hanya kepadamu cinta takkan berakhir

Cinta takkan pernah berhenti
Karena hati telah memilih
Sadarkan dirimu ku bertahan untukmu

Cinta tak pernah memudar
Segenap hatiku mengharap
Hanya kepadamu cinta takkan berakhir

bersambung................

4 comments :

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...