Tuesday, January 10, 2017

GBS Road Trip New Zealand - 02 | Day 02 : Auckland - Christchurch

Pagi pagi buta di hari ke 2 kami bertiga dah bangun.

Macam biasa aku akan jadi orang yang paling last bersiap. Awal awal pagi BW dah busy mendera Beyonce. Kesian Beyonce tu tak cukup rehat, awal pagi dah kena penderaan fizikal dan mental kena buat nasi goreng.

Eh, buat nasi goreng bukan kerja enteng tau !

Bertabahlah Beyonce. Memang begitu lumrah hidup kau sebagai periuk nasi. Bukan menanak nasi je, goreng telur, tumis sambal, masak tomyam kau kena buat. Selagi boleh kami akan gunapakai sehabis mungkin selama mana kami di bumi NZ ni !

Pagi pagi semua dah bersiap dan kami terus check out menuju ke airport.

Good Morning Auckland !

Pagi ni kami akan ambik flight ke Christchurch.

Flight pukul 9 pagi. So awal awal lagi kami dah menapak dari hotel ke Terminal Domestik. Tak jauh pun, dalam 20 minit je. Ada bas jugak untuk ke terminal airport ni ke kawasan sekitar ( termasuk kawasan hotel tempat kami menginap ). Kalau naik bas, harga dia NZD 5 sekali naik.

Kami kedekut ! Plus.... tak salah kalau kami cuba cuba nak mengamalkan hidup yang sihat, Berjalan laju macam berjogging di waktu pagi? Ermmm..... Macam musykil lak dengan diri sendiri kalau kena buat tu hari hari.

Domestic Terminal, Auckland Airport.

Kami naik JetStar Airways dan tiket IH dah beli few month sebelum lagi. Harga flight tiket dalam RM 278 return/per pax.

Urusan check in apa semua selesai awal dan kami tak menunggu lama terus je boarding sebab mengantuk mata. Tunggu giliran je sebelum dipanggil dan akhirnya kami berada di dalam perut pesawat JetStar dari Auckland ( North Island ) menuju ke Christchurch (South Island)

First time aku naik Jet Star ni

In flight magazine. Flight dia macam Air Asia jugak lah tapi crew dia memang stock hazab hazab belaka. Dah tua dan dan kurang seksi bergaya.

Bye Bye Auckland Airport

Elok je flight berlepas, masing masing terus ambik posisi dan menidurkan diri sendiri !

Tak de makanan atau minuman di sediakan. Flight time 1 jam 25 minit.

Masa flight di udara, usha usha kat luar nampak bentuk muka bumi South Island.

Waaaaaaaa.... * lap air liur menitik

Pesawat mula menurun untuk mendarat di Airport Christchurch

Dah berjaya mendarat. Kia Ora !!!

Claim luggage di sini

Dekat airport Christchurch ni, IH dah buat arrangement untuk kami collect Pocket Wifi untuk kegunaan kami selama di South Island ni.

Aku kalau sebelum sebelum ni boleh je travel tanpa wifi ni, tapi BW memang tak buleh sebab dia setiap sejam kena update orang tersayang dan insta dia. Tapi bagi aku lah pocket wifi ni memang perlu sebab nak cari info, emergency nak cari maklumat tambahan dan juga nak guna waze sebab Garmin tu bukan bijaksana sangat kadang kadang. 

Harga kami sewa poket wifi ni adalah NZD 77.49 untuk 8 hari ( RM 223) untuk data sehari sebanyak 1 GB.

Kemudian, IH telefon car rental guna public phone berdekatan pintu nak keluar airport nak bagitau kami dah sampai. Free je telefon tu. Keluar dari airport, IH bergegas cari mamat yang bernama Cameron dari car rental yang kami nak sewa. BW jaga beg dulu sambil update status FB dan aku pegi cari tempat untuk merokok.

Christchurch Airport

Traffic controller tower di Christchurch Airport

Macam biasa, smoking hanya lah di kawasan yang di benarkan sahaja !

IH menghilang dengan mamat tu sebab nak setelkan urusan kereta yang beliau dah booking awal-awal dari Malaysia. Tak lama lepas tu, IH muncul dan bagitau kami kena menapak ke tempat sewa kereta sebab kalau nak datang ambik aku dengan BW kat airport, kena ambik tiket parking dan ada waktu minimum kalau taknak kena charge. Taknak peningkan kepala, menapak je la senang. Tak jauh pun lebih kurang 15 minit jalan kaki.

Maka menapak la kami dalam cuaca sejuk sejuk dingin pagi di Christchurch ni sambil sembang-sembang. IH kata Cameron tu sangat friendly siap sempat ajar bahasa Maori lagi.

Jalan kaki dalam 15 minit

Dan urusan penyewaan kereta semua dah selesai, maka bertambah lagi ahli jemaah kami untuk road trip kali ni.

Memperkenalkan.........................

Sepiah !


Kadar sewaan untuk medium size car, Nissan Sylphy selama 8 hari di South Island ni adalah NZD 322 ( RM 991 ), Aku tak pasti kenapa IH sewa dengan rental car ni, tapi aku yakin dia dah study habis habisan bagi mendapatkan kereta sewa yang affordable untuk perjalanan kami di sini.

Kondisi kereta pun OK, selesa untuk kami bertiga dan jugak angkut barang barang termasuk la Beyonce tu !

Eh. Jangan tak percaya, Ahli rombongan kami bertambah lagi !!!

Dipersilakan, muncul buat julung julung kalinya ..........................

Barbara !

Ya ! Jangan tak percaya. Garmin GPS yang dibekalkan oleh pihak sewa keta ni pun ada nama. Nama dia Barbara. Aku agak dia pompuan tak cantik stok makcik makcik tua. Selama 8 hari bersama kami, kadang kadang Barbara ni sungguh menyakitkan hati. Dah lah tak user friendly.

Slow ! Lembab ! Tak berdaya saing ! Suara tak seksi ! Tak de added value tolong buatkan kopi ke apa. Keje dia nak bercakap je pastu tak nak dengar cakap orang.

Melawan pulak tu.... Degil !!

Patut la jadi khadam ke 2 selepas Beyonce.

So dah dapat Sepiah, maka kami mula bergerak meninggalkan kawasan airport untuk ke destinasi pertama.

Aku sebagai co-pilot. Posisi dah pajak awal awal ! IH drive. BW kat belakang. Beyonce kat bonet tak tau apa dia buat sorang sorang.

"Kita nak gi mana ni?"

IH kata nak terus pegi ke destinasi seperti dalam itinerary iaitu Akaroa, tapi since dah kat Christchurch ni, aku cadangkan kami gi jengah kejap kat bandar terbesar di South Island ni.

"Barbara............ jalan kan tugas !"

Dan Barbara pun dengan penuh yakin, memacu perjalanan Sepiah menuju ke city center.

Perjalanan ke Christchurch City Center

Perjalanan mengambil masa lebih kurang 20 minit

Bandar Christchurch ni nampak tenang dan aman. Tak busy dan traffic pun tak banyak mana. Kami tak de destinasi yang khusus di bandar Christchurch ni tapi plan kami nak tengok kesan kesan yang masih tertinggal akibat daripada gempa bumi yang melanda bandar ini pada tahun 2010 sampai lah tahun 2012. Antara gempa yang paling kuat pernah melanda di muka bumi ini pernah terjadi di bandar Christchurch ini.

Kami melilau lilau jalan ikut suka suka je sampai Barbara dah start pening dan mual mual sebab emosi terganggu.  

Kawasan city center

Bandar yang tak sibuk mana.

Nak kata pekan tak pekan. Bandar pun tak bandar Christchurch ni

Pusing punya pusing akhirnya kami melintasi kawasan gereja lama yang pernah menjadi sibolik bandar Christchurch ini tapi turut musnah dalam kejadian gempa yang melanda.

Cari tempat parking dan kami park kereta lalu jalan kaki ke area gereja tu.

Musnah dan sudah tidak dibaik pulih lagi

Berikut adalah kronology kejadian gempa bumi yang berlaku di bandar Christchurch ini yang menyebabkan bandar ini lumpuh dan menerima kesan yang teruk.

Pada hari Sabtu 4 September 2010, gempa bumi bermagnitud 7.1 telah melanda Christchurch dan kawasan Canterbury pada jam 04:35 pagi. Pusat gempa terletak berhampiran Darfield, pada kedalaman 10 kilometer (6.2 batu), menyebabkan kerosakan meluas ke bandar dan sejumlah kecil kecederaan. Namun tiada rekod kematian di laporkan.

Enam bulan kemudian pada hari Selasa 22 Februari 2011, gempa bumi kedua berukuran magnitud 6.3 melanda bandar Christchurch sekali lagi pada jam 12:51 tengahari. Pusat gempa terletak lebih dekat dengan bandar, berhampiran Lyttelton pada kedalaman 5 km (3 batu). 

Walaupun lebih rendah pada skala magnitud daripada gempa bumi sebelumnya, namun keamatan dan keganasan dari yang diukur sebagai IX (ganas), adalah antara gempa bumi yang paling kuat pernah dicatatkan di peringkat global dan mengakibatkan 185 kematian. Gereja Cathedral Christchurch yang menjadi ikon bandar ini telah rosak teruk dan hilang puncak menaranya. Keruntuhan bangunan CTV menyebabkan banyak kematian dan kerosakan yang lebih teruk dan kos pembangunan semula dianggarkan sebanyak NZD 20 - 30 billion.

Pada 13 Jun 2011 sekali lagi Christchurch dilanda dua gempa susulan dengan magnitud 5.6 gempa pada kedalaman 9 km (6 batu) pada 01:00 tengahari diikuti oleh gempa bumi lain pada magnitud 6.3 dengan kedalaman 6 km (4 batu) pada jam 14:20 petang. Tiada kematian di rekodkan tetapi ia menyebabkan banyak bangunan rosak teruk.

Seterusnya bulan Disember 2011 menyaksikan gempa sekali lagi berlaku pada skala magnitud 5.8 yang telah merosakkan jalanraya dan infrastruktur di bandar ini.

Sejak dari 4 September 2010 sehingga 3 September 2014, sebanyak 4,558 gempa bumi ( melebihi 3.0 magnitud ) telah terjadi di bandar Christchurch ini. Jumlah yang kerap ini lah menyebabkan banyak bangunan terpaksa di musnahkan dan tidak dapat dibaik pulih termasuklah bangunan gereja Cathedral Christchurch tersebut.

Keadaan gereja Cathedral Christchurch selepas dilanda kemusnahan

'Let these stones speak of a love that endures for ever'


Kawasan gereja dari belah belakang

Di hadapan gereja yang musnah ini terdapat sebuah kawasan yang di namakan Cathedral Square. Kawasan ini pernah menjadi tarikan utama pelancong yang datang ke bandar ini. Namun kebanyakkannya telah pun musnah dan kini di ganti dengan beberapa monumen monumen bagi memperingati kesan malapetaka yang berlaku.

The symbolic "Chalice' and Christchurch Cathedral in Cathedral Square, Christchurch.

The Godley Statue is a bronze statue situated in Cathedral Square in Christchurch, New Zealand. It commemorates the "Founder of Canterbury" John Robert Godley.

Cathedral Square

Christchurch Tram

Bangunan bangunan yang pernah musnah

Bangunan yang tidak dipulih semula sepenuhnya

Namun di sebalik kemusnahan yang berlaku, ada banyak jugak pembangunan terbaru di kota Christchurch ni. Kebanyakkannya adalah bagi memperingati kejadian gempa dan banyaknya adalah simbolik kebangkitan semula kota ini dari terus lenyap. Ada juga bangunan seperti mall yang dibina menggunakan kontena sahaja dikenali sebagai Re:START.

Menurut pakcik yang berbual dengan IH kat Cathedral Square tu, lepas kejadian gempa, ramai orang dah mula berpindah dari bandar ni. Anak anak muda pun dah tak mau duduk kat sini sebab dia orang rasa kurang selamat.

Panjang lebar pakcik tu bercerita. Aku malas nak layan sebab takut scam nanti kang dia mintak bayaran jual air liur !

Tapi IH kata pakcik tu ikhlas bercerita.

Layan skit lagi gambar gambar pembangunan di Kota Christchurch ini.

Port port menarik untuk prewedding

Big Green Chairs Christchurch

Landskap menarik di sekitar kota

Christchurch Brill Tram No 178 on the heritage tramway in inner-city Christchurch.

Christchurch Double Decker City Highlights Tour untuk pelancong bersiar siar sekeliling kota

Christchurch New Zealand

Banyak sejarah dan kenangan pahit manis untuk rakyat jelatanya. Banyak memory silam yang terpaksa dibawa bersama dalam menempuh hari hari yang mendatang.

Then kami balik ke kereta untuk ke agenda seterusnya. Barbara kena menyambung tugas !

Dah ! Barbara. Kau jangan nak bersedih sangat. Nyanyi satu lagu !



Midnight not a sound from the pavement
Has the moon lost her memory?
She is smiling alone

In the lamplight, the withered leaves collect at my feet
And the wind begins to moan

Memory, All alone in the moonlight
I can dream of the old days
Life was beautiful then
I remember the time I knew what happiness was
Let the memory live again

Every streetlamp seems to beat
A fatalistic warning
Someone mutters and the street lamp gutters
And soon
It will be morning

Daylight
I must wait for the sunrise
I must think of a new life
And I mustn't give in.
When the dawn comes, tonight will be a memory too
And a new day will begin

Burnt out ends of smoky days
The stale cold smell of morning
A streetlamp dies, another night is over
Another day is dawning...

Touch me!
It's so easy to leave me
All alone with the memory
Of my days in the sun...
If you touch me, you'll understand what happiness is
Look, a new day has begun.

Tengok kesan kesan kemusnahan seperti ni buat hati jadi sayu. Betapa kuatnya orang orang yang terpaksa menghadapinya secara nyata. Kita yang tumpang tengok pun rasa peritnya, apatah lagi sengsara yang dirasai mereka.

Tapi kata orang, setiap yang berlaku itu ada hikmahnya. Dan atas sebab itu lah, kita kena sama sama bangkit dan menyokong satu sama lain atas dasar kemanusian.

Berkhutbah pulak.

Sebenarnya kami nak gi isi minyak keta !

Masa ambik keta takuk dah kurang, nanti pulang takuk kena sama macam masa ambik !

Kerah Barbara bertugas dan dia bawa kami ke petrol station.

Isi minyak. Sempat aku dengan BW pegi shopping air dan roti kat supermarket kat sebelah.

Masing masing kelaparan. Nampak kedai pizza tepi jalan tu macam ada hantu Kak Limah depan tu mengilai ngilai panggil ajak masuk. Tapi apa kan daya ! 

"Kalau kita gi menggila depan kedai pizza tu aci tak? ada udang-udang, ada sayur-sayur atas dia mengiurkan tak?"
"Tak payah nak menggila sangat, makan je mana ada ni dulu, lapar memang la semua imaginasi keluar"

Gitu keinginan membuak-buak aku dimatikan oleh BW.

Tak pe. Kami dah ada nasi goreng yang Beyonce dan BW buat pagi tadi.

IH isi minyak kereta aku dan BW masuk Mart membeli belah air,roti dan kunyah-kunyah.

Kelaparan ! Tapi kat mana nak singgah makan?

Maka check check dan datanglah idea, ayuh kita pegi ke Christchurch Botanic Gardens.

Tak jauh pun. Dengan bantuan Barbara berpadu tenaga dengan waze, akhirnya kami pun sampai. Park kereta dan masuk ke taman. Masuk percuma jer.

Pintu masuk. Anjing di larang masuk ke taman ni

Christchurch Botanic Gardens ini terletak di tengah bandar Christchurch diasaskan pada tahun 1863 bersempena istiadat perkahwinan Prince Albert dan Princess Alexandra dari Denmark .

Berkeluasan  21 hektar dan terletak bersebelahan dengan Avon River serta Hagley Park

Pokok pokok dan bunga bungaan

Koleksi bunga bunga di taman

Peacock fountain di pinggir kawasan taman

Pokok pokok di Christchurch Botanic Gardens.

Bunga

Sebenarnya taman ni luas gila tapi kami tak de masa so memang tak de plan nak explore abis pun. Misi kami nak cari port untuk melantak ! Lapar weh.

Last sekali jumpa port cun kat tepi Avon River dan kami buka bekalan dan berpicnic riang di situ di temani oleh itik gembo gembo.

Avon River

Nikmati suasana nyaman dan tenteram

Then jamu bekalan nasi goreng

Ditemani oleh itik itik yang berkeliaran dan ada yang berenang renang

Punting dan berkayak di Avon River

Relax jer. Siap ada yang berjogging tengah tengah hari buta

Avon River

Curator House dan taman herba

Dalam Botanical Gardens ni ada banyak lagi garden garden macam rock garden, rose garden dan lain lain. Tak sempat nak explore pun. 

Perut kenyang, terus maju langkah ke hadapan !

Itinerary kami sebenarnya hari ni lepas mendarat di airport Christchurch ni adalah untuk ke Akaroa. Sebab hari pun dah tengahari, kami tak boleh berlengah lengahkan masa lagi. Ambik kereta dan bergerak menuju ke destinasi.

Sempat lalu bandar Christchurch sekali lagi.


Bangunan baru di city center

Gereja kecil yang turut musnah

Bridge of Remembrance. “The most historic bridge in Christchurch" sebagai War Memorial

Christchurch terus cuba untuk bangkit semula

Sebenarnya ada banyak lagi tempat tempat yang boleh di lawati di bandar Christchurch ni. Kalau ada masa boleh usha Art Gallery serta muzium muzium yang ada.

Dan sebab kami tak de banyak masa. Cukup sampai di sini saja Christchurch. Nanti balik kami tak singgah dah bandar ni, kami bakal terus ke airport saja.

Tahukah anda penyanyi Khadijah Ibrahim pernah membuka restorannya Khadijah's Kitchen di Christchurch ini satu ketika dulu ?

Sayangnya dah tutup. Kalau ada mesti kami terjah gi makan. Mesti dia cakap..

"Alhamdulillah. Alhamdulillah. Ibu sukaa........"

Dengan intonasi dalam GV.

Bergerak meninggalkan bandar Christchurch

Destinasi seterusnya.... Akaroa !

Apa ada di sana? 

bersambung......................

8 comments :

  1. Christchurch byk musnah sb gempa...bina balik pun akan dtg kena gempa bali...sian Christchurch tinggal org2 tua je,,yg muda2 ramai pindah Auckland,,,

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu lah.. zone tak selamat.. tapi org tua tua mesti syg nak blah dari situ..

      Delete
  2. Luggage tu mcm keluar dr perut gunung gitu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. heheheh koya mung. belt dia dari tepi tu...

      Delete
  3. Caption 'lap air liur menitik' cantik sangat view tuu... Apa yang pakcik tu cakapkan pada IH tu adalah benar, memang ramai Kiwis berpindah keluar dari Christchurch selepas gempa bumi pertama lagi kerana saya pernah bekerja di OZ dan ramai jumpa Kiwis yang bekerja di sana.

    ReplyDelete
    Replies
    1. oh dah tak keje sana?

      pakcik tu meluah rasa kot tapi tak daya tak lawan takdir dan ketentuan Tuhan.. dah tempat dia jadi zmcm war zone je

      Delete
  4. mesti aman damai tenang je kat sini

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu lah... laid back je.. masing2 mcm berhati hati je menjalani kehidupan sebab takut gempa berulang

      Delete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...