Monday, January 9, 2017

GBS Road Trip New Zealand - 01 | Day 01 : KLIA 2 - Auckland

Mari!! Mari!! Mari!! 

Adik-adik, abang-abang, akak-akak, pakcik makcik atuk nenek pun boleh join sekali..!!

Hari ni saya nak promote barang ... barang ni thorbaik dan tengah laku di pasaran ! Kalau tak beli rugi. Kalau beli senang hati. Mari mari. Ayuh ke depan ni mari. Pilih pilih. Gerenti puas hati........... !

Ermmmm. Aku nak jual apa sebenarnya ni? Nak jual pengalaman. Mana tau boleh dijadikan panduan bagi yang teringin melancong ke New Zealand ni nanti.

Takpe, aku share pengalaman aku free je.

So pakat pakat semua pegi buat kopi secawan, kerana hari ni bermulalah episode episode perjalanan GBS dengan siri jelajah Road Trip ke New Zealand !!!!!!!!!!!!!!!!!!

NZ

"Are you ready???????"

* mati lah semua buat tak tahu

Baik lah. Dengan lafaz Bismillah Ar Rahman Ar Rahim. Ayuh kita mulakan !

Jam di dinding terus berdetak ah................  * tetiba Ayda Jebat muncul

Aku pun tak tau cemana boleh ada gambar jam kat situ, tapi itu lah simbolik permulaan perjalanan kami ke bumi New Zealand. 

Hari tu hari bekerja. Aku dengan IH dah berjanji dia akan pick up aku dan kami akan naik ERL di Station Putrajaya untuk ke KLIA 2. BW yang turut serta dalam trip ni akan bertemu kami di KLIA 2 je nanti.

Abis keje, IH datang dan kami bersiap siap bergerak ke Putrajaya. Sempat lagi nak last minit packing time tu dan bertukar busana. Takkan la nak pegi NZ pakai baju keje? Nanti peminat peminat yang menanti kami di sana kecewa kalau busana kami tak lawa menyerlah ketika membuat kemunculan di airport kelak.

Luggage siap. Aku bawak 2 beg. IH pun 2 beg. Tapi dia bawak beg balik kampung !!! Cas cas pulang ke kampung halaman lah tu. Nasib baik jiwa backpacker aku masih utuh. Walau di cemuh dan di cerca, aku tetap dengan pendirian aku nak pegi NZ dengan gaya ala ala backpacker walaupun sebenarnya tak de la backpacking mana pun !

Kami sampai di station ERL Putrajaya dan kocoh kocoh beli tiket.

Train membawa kami ke Sepang

Sampai di KLIA 2

Tiba dia Aiport aku dan ID menunggu BW muncul buat kemunculan secara grand. 

Tak de lah grand mana pun. Dia naik bas dari KL Sentral jer.

* campak kompang dan mamah mamah bunga manggar tanda kecewa sambut artis sendu je rupanya.

KLIA 2

Sampai airport terus gi kaunter untuk baggage check in. Kami share 3 orang 20 kilogram barang. Urusan tiket sampai la order makan dan luggage semua ni BW yang uruskan, aku memang tak ambik tau langsung. Datang datang bawak beg jer.

Flight kami pukul 11.30 malam.

Layan dulu hisap rokok

Ada banyak masa lagi, so kami gi makan kat Oldtown White Coffee dan lepak lepak kat situ untuk berbincang. Memang trip ke NZ ni aku serah bulat bulat kat mereka berdua. Dari buat itinerary, tempah itu ini, tukar duit semua aku tak ambik port. Meeting nak diskusi itinerary pun aku tak join. Memang aku cakap, aku follow je apa yang dia orang plan kan.

Begitu lah aku kebusy-an dan sekali sekala kemalasan melanda sebab tau travel berkawan kawanan !

Nasib baik IH dengan BW ni OK dan memang boleh di harap. Kalau tak, tak tau lah.

Lepas makan kami gi surau untuk solat. Boleh pulak ada pakcik kat surau tu interview aku banyak banyak. Macam macam soalan dia tanya. Soalan pulak tu mencabar minda betul.

"Nak pegi mana?"
"New Zealand"
"Oh. New Zealand tu dekat London kan? Pakcik ada anak sedara duduk kat sana"

Ermmmmm.

Nak je aku bukak peta dunia tunjuk kat pakcik tu

"Naik pesawat Air Asia?"
"Ya"
"Tu bos Air Asia tu namanya apa?"
"Oh. Tony Fernandes"
"Bukan dia orang Klang ke?"
"Hmm tak tau la pulak saya dia orang mana"

Pastu meleret leret dia ajak borak. 

Pakcik tu ada flight ke Jakarta tengahari esoknya dan dia dah ada kat airport malam tu ! Dia melepek kat surau tu dan tegur semua orang yang lalu.

God bless you Pakcik ! Tapi Tony Fernandes bukan orang Klang !

Tinggalkan pakcik tu kat situ, kami bersiap sedia untuk ke terminal pelepasan.

Urusan immigration semua pantas. Sempat aku singgah beli rokok untuk bekalan di NZ nanti. Awal awal lagi kakak cashier tu dah warning.

"NZ cuma boleh bawak 50 batang rokok je Encik"
"Tak per. Saya 3 orang. Dia orang tak merokok"

Kakak tu akur. 

Aku pun sebenarnya antara yakin dengan tidak je lepas tak nak bawak rokok duty free ni nanti. Apa apa pun, aku akan paksa IH dan BW buat muka perokok tegar kalau di tanya !

"Kau orang nanti jangan lupa lakonan sebagai perokok. BW tu biar nampak pompuan ganas sikit, berhijab tapi rokok sekali hisap 5 batang  !"

Begitu aku memberi arahan !

Rokok dah beli, apa semua dah ready, kami ke gate P12 untuk penerbangan segera !

Ready untuk boarding

Masuk flight je aku dok baca magazine kejap then terus rasa nak terlelap

Bye Bye Malaysia.. See you in 10 days

Flight smooth je. Aku duduk sorang seat belakang mulanya, then aku panggil IH duduk sebelah. BW duduk kat depan sikit. BW memang booking makanan 2 kali, aku skip yang first sebab mengantuk. 

Bangun tido baru makan. Pastu kencing. Sambung tidur balik semula nak cukupkan 8 jam perjalanan dari KLIA 2 ke Gold Coast Australia.

Remang remang fajar pagi mula menyinari alam maya sewaktu pesawat meluncur laju membelah lautan menuju ke arah kutub selatan.

Cepat je cerah. Tidur tak puas.

Sekali lagi makan dalam flight dan kami di beritahu pesawat akan mendarat di Gold Coast (OOL) Goolongatta Airport, untuk transit selama 1 jam.

Gold Coast AUS dari udara

Pesawat Air Asia akhirnya mendarat di Gold Coast. Ini kali ke 2 aku jejakkan kaki di bumi Gold Coast ni.

Semua penumpang di arahkan turun dan bawak semua hand luggage masing masing keluar dari pesawat.

Masuk ke terminal dan kena lepas check kastam sekali lagi then baru lah menunggu di balai terminal.

 
Beratur nak lepas scanning area ni lagi

Tapi transit kira sekejap benor. Aku cuma sempat kencing je. Then pengumuman panggil semua yang nak ke Auckland untuk masuk ke pesawat.

Sekali lagi pusing ikut laluan dan naik kapal terbang yang sama.

Flight meninggalkan Gold Coast menuju ke Auckland

Sempat lagi aku sambung membuta !

Rasa macam ada dengkuran mesra manja. Aku ambik seat BW kat depan. Mesti pakcik sebelah aku kerengsaan. 

Eh Pakcik, dengkuran aku ni kadang kadang boleh melenakan sesiapa yang mendengarnya ! 

* mati la pakcik tu pun dengkur sama macam aku........

Syabas pakcik, pantun di jual pantun di beli. Berbalas pantun kita sepanjang perjalanan ni.

Sedar sedar,...............

Eh. Dah nampak daratan semula. Aku pasti kami dah menghampiri North Island di NZ ini

Kapal terbang melintasi bandaraya Auckland yang kelihatan agak pesat dari udara

Nampak  macam Mt Eden dan sekitar bandaraya Auckland

Auckland, New Zealand yang meriah dengan kapal kapal layarnya

Dan final approach. Pesawat akhirnya mendarat di Lapangan terbang Antarabangsa Auckland setelah terbang selama 3 jam dari Gold Coast Airport tadi.

Akhirnya... Welcome to New Zealand !!

Nau Mai Haera Mai !!!

Auckland Airport

Keluar dari pesawat menuju ke balai ketibaan, akan jumpa lah phamplets dan benda benda macam ni. Elok jugak di ambil buat bacaan. Kadang kadang ada coupon dan vouchers.

Dah lepas urusan immigration, maka bermulalah episode ngeri penuh ketakutan. Nak lepas kastam NZ.

Kastam NZ ni memang agak strict especially bab bab bio security law.

Sebabnya ekonomi New Zealand banyak berasaskan pertanian dan export, so apa apa kemasukan bahan bahan makanan dari luar termasuk haiwan yang diproses serta tumbuhan adalah sangat di kawal ketat. Ia bagi mengelakkan serangan serangga dan pencegahan sebarang penyakit.

Dan system screening dia orang memang power, so jangan lah cuba cuba nak menipu. Sebaiknya declare apa yang di bawak. Tulis siap siap dan nanti pegawai dia akan check satu persatu. Actually boleh je bawak, cuma jangan sorok. Kalau kantoi kena dengan bayar 400 NZD on the spot !

Tak pasal pasal abis duit belanja karang demi serunding daging !

Sebab kami dah memang bersedia so urusan pelepasan kastam ni pun mudah je.

Yang tak lepas lagi adalah rokok aku !

Since rokok pun aku declare aku bawak 1 karton, so dia akan panggil ke kaunter khas dan pegawai tu akan kira. Since aku bawak 200 batang dan kami bertiga, so sorang boleh bawak 50 batang, so dia bagi aku 150 batang rokok bersamaan dengan 8 kotak. Ada extra 10 batang la tu sebenarnya. So 2 kotak lagi tu dia akan tanya.

"Do you want these too?"
"How much do I have to pay for the tax?"
"20 dollar each so 40 dollars"

Ah ! Bapak mahal.................. Tak payah arrr !

So aku bagi je dia. Dengan harapan 8 kotak rokok tu akan cukup untuk 10 hari aku di NZ ni.  Macam tak cukup sebenarnya. Tapi tak pe. Dari aku nak bayar 40 dollar untuk 2 kotak rokok, balik Malaysia buleh beli sekarton lagi tu !

* berlalu dengan muka malas layan pegawai jaga rokok tu.

"Kalau kau hisap rokok aku tu, siap lah ! Aku tak halal kan !"

Aci gitu? Hahahaha.

Dah ambik beg apa semua, kami pun keluar la dari Auckland Airport tu. 

Fuh ! Baru rasa bernafas dengan tenang. Aku tinggalkan BW dengan IH dengan kantung kantung beg tu semua dan berlari keluar dengan segera.

Aku perlukan nikotin ! 

Tubuh ku sudah tidak bermaya Karin !

Auckland Airport

Keluar airport terus cari port nak hisap rokok. Cari cari tak jumpa. Dah la ada sign tak leh hisap rokok merata rata.

Siap pegi kat hotel depan terminal ni. Check check macam tak de port jugak. Dah la cuaca petang sejuk semacam jer

Jumpa pulak patung makcik ni. Ni adalah Statue of Jean Batten. Jean Batten was a famous New Zealand aviatrix well known for her record-breaking solo flights across the world.

"Hello Makcik Jean.. Mana nak smoking ni?"
"Meng. Kau tau tak merokok tu membahayakan kesihatan? I dulu masa pecahkan record solo flights.... bla bla bla......"

Duh ! Tak membantu !

Last sekali aku nampak segerombolan manusia tengah menaga tak jauh dari situ.

"Oh.. Sinar cahaya !!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!"

Ni port dia. Belah tepi international terminal tu

Layan rokok 2 batang baru la jiwa rasa riang ! Dah boleh buat lompat bintang.

Petang petang macam ni cuaca agak sejuk jugak. Angin bertiup kuat.

Aku pegi balik cari IH dengan BW. Dia orang sibuk tanya tanya orang cemana nak pegi ke hotel penginapan yang kami dah book malam nanti. Rupanya memang tak jauh dan kami berjalan kaki.

Senja di Auckland

Bendera NZ berkibar menyambut kami datang

Musim sejuk nampak macam dah nak berakhir tapi still sejuk lagi sebenarnya di Auckland ni

Akhirnya sampai jugak hotel kami. Tak jauh pun cuma angin kuat dan cuaca sejuk so mencabar jugak nak menapak dari airport tadi.

Tempat menumpang kami satu malam ni

Tak de apa nak gebang. Nama pun hotel bajet. Semua bajet. Wifi pun sengkak dan cuma ada kat lobby jer. Breakfast kena bayar extra. Tapi coffee dia bagi free boleh minum sampai kembung.

Tak de apa aktiviti malam tu boleh di buat. Lepas masing masing mandi dan buat apa yang patut, kami ke pasaraya Countdown yang terletak di sebelah hotel ni.

Gi jalan kaki jer.

Mula gi kedai hardware ni.

Usha punya usha akhirnya kami diketemukan dengan Beyonce ! 

Periuk nasi letrik yang di beli di sini dengan harga NZD 15.

Pastu pegi pasaraya Countdown

Beli groceries dan bahan masakan

Rambang mata aku tengok bahagian buah buahan kat supermarket sini

Lagi bab bab juice dan minuman ni. Ergh... rasa macam nak beli semua !

Tapi sebab kami sedar diri dan cuba cuba mengawal emosi dan perbelanjaan, jadi kami beli yang perlu je.

Balik bilik, BW dengan bantuan Beyonce sudah memulakan skop kerja baru iaitu memasak !

Dalam bilik sempit tu berjaya juga hidangan di siapkan

Masak nasi dan goreng telur je. 

Yang pasti Beyonce berjaya memulakan tugas di hari pertama dengan cemerlang !  Good job Beyonce. 

Harapnya hubungan kita berkekalan sampai ke hujung trip ni. Ko jangan cuba cuba buat perangai .... aku tukar kepada periuk yang lebih baru nanti.

But as of now, we'll never ever find a periuk nasi like you. You are simply irreplaceable, B !

Love on top !



Bring the beat in!

Honey, honey
I can see the stars all the way from here
Can't you see the glow on the window pane?
I can feel the sun whenever you're near
Every time you touch me I just melt away

Now everybody asks me why I'm smiling out from ear to ear (They say love hurts)
But I know (It's gonna take a little work)
Nothing's perfect, but it's worth it after fighting through my tears
And finally you put me first

Baby it's you.
You're the one I love.
You're the one I need.
You're the only one I see.

Come on baby it's you.

You're the one that gives your all.
You're the one I can always call.
When I need you make everything stop.
Finally you put my love on top.

Ooh! Come on baby.
You put my love on top, top, top, top, top.
You put my love on top.
Ooh oooh! Come on baby.
You put my love on top, top, top, top, top.
My love on top.
My love on top.

Baby, Baby
I can hear the wind whipping past my face.
As we dance the night away.
Boy your lips taste like a night of champagne.
As I kiss you again, and again, and again and again.

Now everybody asks me why I'm smiling out from ear to ear (They say love hurts)
But I know (It's gonna take a little work)
Nothing's perfect, but it's worth it after fighting through my tears.
And finally you put me first.

Baby it's you.
You're the one I love.
You're the one I need.
You're the only one I see.
Come on baby it's you.
You're the one that gives your all.
You're the one I can always call.
When I need you make everything stop.
Finally you put my love on top.

Oh! Baby.
You put my love on top, top, top, top, top.
You put my love on top.
Oh Oh! Come on baby.
You put my love on top, top, top, top, top.
My love on top.

Baby it's you.
You're the one I love.
You're the one I need.
You're the only thing I see.
Come on baby it's you.
You're the one that gives your all.
You're the one I can always call.
When I need you baby everything stops.
Finally you put my love on top.

Baby, you're the one I love.
Baby, you're all I need.
You're the only one I see.
Come on baby it's you.
You're the one that gives your all.
You're the one I can always call.
When I need you everything stops.
Finally you put my love on top

Baby.
'Cause you're the one that I love.
Baby you're the one that I need.
You're the only man I see.
Baby baby it's you.
You're the one that gives your all.
You're the one I always call.
When I need you everything stops.
Finally you put my love on top

Baby.
'Cause you're the one that I love.
Baby you're the one that I need.
You're the only one I see.
Baby, baby, it's you.
You're the one that gives your all.
You're the one I always call.
When I need you everything stops.
Finally you put my love on top

Malam tu kami semua tidur awal sebab esok pagi pagi kena ambik flight ke South Island. Dari sana lah penggembaraan kami bakal bermula.

So kena tidur awal dan dapatkan rehat yang mencukupi.

Malam pertama di Auckland

Baru baru nak tido sejuk pulak terasa. Remote pulak jauh atas meja dekat sebelah Beyonce si periuk nasi berada. Tetiba rasa nak tambah skop kerja Beyonce ni supaya kecikkan suhu ekon.

Tapi skop kerja dia ada limitation. Tak pe aku bangun dan buat sendiri. Biar Beyonce tidur lena malam ni esok dia nak gerak gempur kerja keras pepagi.

End of day one. Good nite........................ !

bersambung.............

20 comments :

  1. Yes, akhirnya! Entry NZ.

    Mano gamba Beyonce nyo?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Gambar dia mmuncul last last nanti... time tu beyonce dah kemek kemek sebab bertungkus lumus bekerja sepanjang trip ni.

      Delete
  2. Hahaha Uncle Tony Fernandes orang Klang la... My neighbour okeh. Mampuuuu mengaku mcmtu? Haha.

    Anyway betul, kalau perokok tegar silalah beli dr Malaysia sbbnya mahal nauuuu kat tempat lain. Kat US haritu 18dollar kot. Darab 4.6 tgk berapa sobs. Kesiann. Haha. #bukanperokok pon haha...

    ReplyDelete
    Replies
    1. so betul la TF tu orang klang???? terror pulak pakcik tu. hehehe..

      kalau gi US memang kena quit smoking lah... tak mampu.............

      Delete
  3. entry yg saya nantikan...chewah
    oo...kt nz dipanggil countdown, kt oz rasanya woolies (2014) haritu tukar nama lagi haha.. betul abang meng, selection juices ngan coffee diorg ni mmg bisa menggoda jiwa

    ReplyDelete
    Replies
    1. kann.. pegi groceries dia org ni boleh rambang mata.... lagi gila dr tengok brg brg branded stores.. #sebabtaksukashopping #sukashoppinggroceriesjer

      Delete
    2. kat oz wollies nama pendek, Woolworth nama kat ic...

      Delete
  4. finally... entry yg ditunggu. tq

    ReplyDelete
    Replies
    1. haa baca la baca.... byk aku merapek je ni. hahaha

      Delete
  5. Replies
    1. tu la.. langit clear walaupun sejuk.. hari hari leh nampak sunset

      Delete
  6. yeyyy akhirnyaaa entry yg ditunggu2 muncul

    ReplyDelete
    Replies
    1. hah.. nanti balik india kau sambung baca...

      have fun di India ustajah

      Delete
  7. yeayyy...finally entry yang aku tunggu tunggu dah muncul....(topap lagi 8 beg popcorn + berkotak dunhill) :-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. ambik kerang rebus sebesen... makan sambil baca entry.

      rokok tu kurangkan.. aku dlm misi gak ni. tahun lepas ckp dgn anak aku tahun ni nak berenti... 1 jan hari tu dia org dah tanya. dah masuk tahun depan tak berenti pun.

      aku cakap tahun ni tapi tak sure bila tarikhnya... hiks

      Delete
  8. Replies
    1. laaa tak tau ke? kan hari tu dah cakap dia Pondan (nyah)

      Delete
  9. Haaa..entry nz dah kuar!!ketinggalan gue..

    ReplyDelete
    Replies
    1. cepat cepat kejar... sempat lagi nak baca

      Delete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...