Tuesday, January 17, 2017

GBS Road Trip New Zealand - 08 | Day 04 : Lake Ruataniwha | Clay Cliffs

Barbara buat hal !

Ada ke dia cuba cuba membawa kami ke jalan yang salah. Patut lah tengok jarak perjalanan seterusnya dekat 4 jam lebih.

"Kau dah kenapa Barbara? Nak kena pasong?"

Begitu aku marah pompuan tu.

Barbara menangis hiba tak henti henti. Teresak esak mengenangkan nasib diri di marahi.

Nasib baik kami masih di area Twizel lagi.

IH yang sedar cepat sebab dia macam pelik kenapa macam perjalanan lepas ni sampai 4 jam padahal sepatutnya tak sejauh tu.

Bila dia belek belek, rupanya salah itinerary. 

Sapa yang salah tu? Barbara salah sebab dia yang bagi tujuan yang salah, tapi sapa yang masukkan bagitau Barbara tu?

Apa?

Aku............................................?

Jeng Jeng Jeng....................

Aku yang salah baca itinerary yang IH dah buat. Aku bagitau Barbara lokasi perjalanan ke Nugget Point yang mana kami cuma akan ke sana pada esok hari nya.

Ya ampon.............. Aku yang salah baca !

* meraung menangis sambil berpelukan dengan Barbara minta di kasihani.

Itinarary yang dah IH buat untuk hari ni dari Twizel ni adalah untuk singgah di Lake Ruataniwha.

Lokasinya cuma 4 KM dari pekan Twizel ni. Nasib kami tak bergerak jauh lagi. Kalau tak, terlepas la spot ni !

IH memandu mengikut arah tujuan baru iaitu destinasi yang sebenarnya.

Tak lama lepas tu kami sampai di Lake Ruataniwha

Ikut laluan sesuka hati

Akhirnya kami sesat ! Sampai di tempat orang berrowing.

Lake Ruataniwha is located in the Mackenzie Basin in New Zealand's South Island. An artificial lake, it was formed as part of the Waitaki hydroelectric project. It lies on the traditional boundary of the Canterbury and Otago provinces with the town of Twizel two kilometres to the north.

The lake is named after Ruataniwha Station, a large sheep station in the area, part of which was purchased by the NZ Electricity Department as the site for the township of Twizel. Ruataniwha was a Maori chief who was drowned when the canoe Arai-te-uru sank near Moeraki in the 12th century.

It was one of the filming locations of the Zombie movie Last of the Living.

Keluar dari kompleks tempat orang rowing tu kami terjah ikut suka hati. Tup tup jumpa area yang cantik di kawasan tasik ni.

Tasik dengan view gunung ganang juga

Tasik tenang dan memukau pandangan.

Terus kami terpaku sekejap kat situ menikmati keindahan sekitar di Lake Ruataniwha ni.

The lake is approximately 4.5 km in length and covers 3.4 square km.

It was formed by the New Zealand Ministry of Works as part of the Upper Waitaki Power Project between 1977 and 1981 in a gorge created by the Ohau River. The gorge was blocked by the building of the Ruataniwha Dam whose crest carries State Highway 8 between Twizel and Omarama.

Layan suasana dan kawasan tasik buatan ni.

IH dengan BW dah start beraksi bebas dengan posing posing di luar jangkaan. Aku lepak layan rokok dan sesekali mengenang nasib diri dan kesilapan aku tadi menyalahkan Barbara. Kesian Barbara. Walaupun dia tak mengerti apa apa, tapi aku tau.... dia pasti terluka.

"Maafkan diriku Bra...... kerana menguris perasaan mu ! Please forgive me................"

* mati lah mental marah GPS.

Nampak tak nama manja Barbara terus jadi Bra jer.................?



Still feels like our first night together
Feels like the first kiss, it's gettin' better, baby
No one can better this...
Still holdin' on, you're still the one.
First time our eyes met, same feelin' I get
Only feels much stronger, wanna love you longer
You still turn the fire on...

So if you're feelin' lonely—don't
You're the only one I ever want.
I only wanna make it good
So if I love you a little more than I should...

Please forgive me
I know not what I do.
Please forgive me
I can't stop lovin' you
Don't deny me.
This pain I'm going through...
Please forgive me if I need you like I do.
Please believe me.
Every word I say is true...
Please forgive me
I can't stop loving you

Still feels like our best times are together.
Feels like the first touch, still gettin' closer, baby
Can't get close enough.
Still holdin' on, you're still number one.
I remember the smell of your skin,
I remember everything,
I remember all your moves
I remember you, yeah!
I remember the nights, you know I still do.

So if you're feelin' lonely—don't
You're the only one I ever want.
I only wanna make it good
So if I love you a little more than I should...

Please forgive me
I know not what I do.
Please forgive me
I can't stop lovin' you
Don't deny me
This pain I'm going through.
Please forgive me if I need you like I do
Oh, believe me.
Every word I say is true.
Please forgive me
I can't stop loving you.

One thing I'm sure of is the way we make love.
And one thing I depend on is for us to stay strong.
With every word and every breath I'm prayin'
That's why I'm sayin'...

Please forgive me
I know not what I do.
Please forgive me
I can't stop lovin' you.
Don't deny me.
This pain I'm going through.
Please forgive me if I need you like I do.
Babe, believe me.
Every word I say is true.
Please forgive me if I can't stop loving you.
Never leave me
I don't know what I'd do.
Please forgive me
I can't stop loving you,
Can't stop loving you.

Layan gambar gambar di Lake Ruataniwha.











Lawa jugak lah kawasan Lake Ruataniwha, Dengan pokok pokok yang mula berubah warna. Mirror lake menjadikan pantulan keindahanan jadi bertambah menarik di sini.

Dari Lake Ruatanuwha kami bergerak lagi. Kali ni betul ikut itinerary, kami akan singgah di Elephants Rocks !

Ke kanan menuju ke Omarama

Memasuki Waitaki District

Singgah jap nampak view lawa

Papan tanda

Di kawasan Twizel ni terdapat satu kawasan penternakan Ikan Salmon yang menjadi salah satu tumpuan pelancong untuk singgah juga. Tapi since aku pun bukan la peminat ikan lagi lagi Salmon, jadi kami tak singgah pun.

Lalu jer usha usha dari jauh. Ada nampak kawasan penternakan dia di tepi tepi jalan utama.

Teruskan perjalanan lagi

Tengah dalam perjalanan tu tetiba nampak signage Clay Cliffs ni. 

Kalau signboard kaler brown macam ni biasanya adalah tarikan pelancongan. Jadi kami sepakat untuk pegi usha ! 

Dah alang alang berada di kawasan sekitar.

Sebelum tu cari gambar kat internet nampak macam menarik. Jadi.. ayuh kita detour sesuka hati kita ! Jaraknya pun cuma 10 KM dari jalan besar.

Jalan menuju ke Cliff Clays

Ikut penanda ni

Barbara buat hal lagi !

Tak serik serik pompuan ni. Tadi dah di marahi. Kali ni dia buat hal lagi.

Kita orang nak pegi Clay Cliffs tu jalan dia tak de dalam map. Boleh pulak dia membebel dan suruh patah balik.

"Hey Barbara !!!! Kami bayar kau untuk dengar cakap kami ! Kau jangan sesekali melawan !"

Begitu aku marah kat dia. Dan dia cepat je lupa kisah tadi. Tetap degil suruh ikut arahan dia.

"Shut up you Barbara !!"

Tetap dia tak endahkan amokan aku.

Dari jalan berturap hinggalah ke jalan batu kerikil. Akhirnya kami sampai juga di tempat nya.

Sebenarnya tempat ni adalah private property. So kalau nak masuk kena bayar NZD 5 satu kereta. 

Tak de orang jaga tapi ada tabung dan tempat berpagar.

Sesapa nak masuk boleh letak duit kat tempat di sediakan tu, bukak pagar dan jangan lupa tutup semula pagar tu nanti. Nak menipu pun boleh, tapi agak agak lah... kau ingat kau boleh terlepas dengan azab siksa neraka hanya kerana kedekut NZD 5 tu? Hah ? Jawab !!!

* betul betulkan kopiah

Jalan terus dan akhirnya membawa kami ke kawasan Clay Cliffs ni.

Pokok pokok seperti menjadi pintu gerbang ke kawasan Clays Cliff ni

Nampak batu kapur seolah olah cerucuk dan berbentuk seperti pinnacles

Laluan masuk sampai ke kawasannya

Sekali pandang macam Gunung Mulu pun ada

The Clay Cliffs are huge sharp pinnacles and ridges with deep, narrow ravines separating them. The Clay Cliffs are made of layers of gravel and silt, deposited by rivers flowing from glaciers existing 1-2 million years ago. Compared to the nearby mountains, which are 250 million years old, the Clay Cliffs are relatively new. 

Today the gravel and silt layers can be seen as sloping bands as the strata have been tilted since their deposition 1-2 million years ago.

Waktu kami sampai ada sebuah kereta parking. Dari tempat parking tu kena menapak pulak sampai ke base dia. Tapi sebab kami macam malas, so usha dari jauh je lah.

Clay Cliffs New Zealand

Usha lebih kurang kawasan tu, then kami patah balik semula.

Maybe kalau bukan musim sejuk kawasan ni lawa jugak sebab banyak tamanan dan pokok pokok berbunga. Kalau time kami pegi tu tandus semacam jer.

Tak pasti pokok apa ni tapi macam banyak

Kami tinggalkan kawasan Clay Cliffs ni

Masa patah balik tu kami lalu tepi sungai.

Nampak spot yang cantik untuk picnic jadi kami singgah untuk makan tengahari di sini !

Sungai yang mengalir

Tapi air dia sejuk beku !

Park cantik cantik

Dan melantak sampai kenyang

Barbara merajuk. Aku ajak makan pun tak mahu.

Lantak lah. Yang lapar tu kau ! Nanti jangan terhegeh hegeh mintak nasi.

Abis makan tu kami keluar ke jalan besar semula.

Nampak banyak ternakan

Kami berhenti untuk sesi beramah tamah dengan Jejaka Kacak Maskulin NZ keluaran bulan September 

Tapi tak di layan ! Sombong. Dah sah sah lembu ada hati nak jadi panda ! 

Kita orang suspek ni semua bukan lembu ternakan tapi tuan tanah yang pakai baju lembu untuk monitor tresspassing dan kecurian !

Hahahahaha.

Mana tak nya. Kami panggil ajak bergambar dia orang buat bolayan jer.. Sombong lah tu mentang mentang glamer seantero dunia.

Barbara pulak dengan hal dia.

Merajuk senyap sunyi tak bersuara. Lepas kami sampai ke jalan yang besar sikit baru lah keluar suara menggedik yang tak seksi mana tu. 

Podah Barbara !

Kalau ikutkan hati aku ni, nak je aku ambik seterika panas dan tekap belakang badan dia. Biar dia rasa cemana rasanya di dera.

* mati laaaa

Keluar ke jalan besar semula

Kami bergerak menuju ke pekan terdekat.


Omarama

Singgah beli jajan dan kudapan di Omarama

Beli air Keri. Minuman rasmi kami di NZ. Paling murah dan banyak.

Dah abis shopping beli beli kat pekan Omarama tu kami bergerak ke destinasi seterusnya !

"Barbara ! Barbara !"

Senyap sunyi. Dia merajuk lagi.

* sumbat air Keri.............. biar boyak

bersambung..................

12 comments :

  1. camner traveller tegar boleh silap baca iti..hihi..kesian Barbara..banyak berjasa tu..*to err is human*

    ReplyDelete
  2. bila baca new entry, masa lepas lagu ja berharap cerita masih panjang...
    diharap tiada kesudahan...cepat la esok....
    pic x payah pertikai mmg semua segak2...
    harap dapat jejak jgak NZ ni...

    ReplyDelete
    Replies
    1. semoga dpt jejak ke NZ nanti.

      entry NZ ni banyak episod. bertabahlah !

      Delete
  3. jus pineapple tu...mcm sedap...Lake ni Rua apa tah tu....mmg lawa...

    ReplyDelete
    Replies
    1. kita org biasa beli yang orange.. sekali sekala baru try perisa lain.

      banyak dan murah. sgt economical.

      Delete
  4. Doh bakpe mu dok murih sgt ko Barbara tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahahah. mental. tak de geng gaduh. gaduh dgn gajet la

      Delete
  5. Adoii sakit perut gelak citer hang ngan barbara..sian dia mesti makan hati tue kena marah ngan hang meng..hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha... tunggu untuk sambungan kisah perkasihan aku dgn barb.

      adakah happy ending? atau............... jeng jeng jeng.

      * mati lah dah gila

      Delete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...