Wednesday, January 11, 2017

GBS Road Trip New Zealand - 03 | Day 02 : Akaroa - Lake Tekapo

Kira kira 15 minit pemanduan keluar dari bandar Christchurch, pemandangan terus berubah.

Dari kawasan bandar dengan bangunan bangunan kediaman dan kedai kini bertukar menjadi padang hijau dengan saujana mata memandang !

Argh..............  Ini kah keindahan yang di dambakan?

Pemandangan 

Kami bergerak dari Christchurch ke Akaroa melalui State Highwaty 75

Sebenarnya aku sendiri pun tak tau apa yang ada di Akaroa ni. Dan tak de la aku nak tanya IH kenapa dia masukkan Akaroa ni dalam itinerary perjalanan kami di NZ ni. Tapi aku yakin, mana mana pun aku OK je. Janji aku dapat tengok kawasan orang. 

Apa ada? Ada apa kat sana? Tu belakang kira !

Rakus mengambik gambar sepanjang perjalanan ke Akaroa.

Suasana di jalan raya. Seawalnya perjalanan agak mendatar dengan jalan raya tegak jer

Sebenarnya Akaroa ni merupakan pekan kecil yang terletak kira kira 84 KM dari bandar Christchurch. Bandar ni dulu menjadi penempatan orang Perancis yang datang ke NZ ini. Pekan Akaroa ni lebih kepada tempat istirehat santai dengan pemandangan yang indah dan pemandangan Peninsula Banks dengan tasik dan gunung ganang.

Apa yang istimewanya di Akaroa ni, pengunjung boleh datang dan berpeluang untuk melihat dolphins !

Ada ke dolphins???

Yok !!! Kita teruskan pemanduan.

Perjalanan melintasi kawasan berbukit bukau

Ada few tasik kelihatan. Kami ambik masa untuk berhenti dan melihat kawasan. Lake Forsyth yang terletak di tepi jalan menuju ke Akaroa.

Hati hati dengan tasik di New Zealand ni. Kadang kadang view memang lawa tapi airnya adalah toxic maka memang tidak sesuai untuk mandi manda mahupun dijadikan air minuman.

Maklumat tahap ketoxid-an air tasik

Tak mati pulak itik itik ni

Nampak ada yang berpicnic juga. Macam cool jugak kenderaan dia orang naik tu. Siap boleh BBQ lagi.

Perjalanan disambung semula. 

Dari kawasan mendatar jalan highway, kami melalui kawasan berbukit bukit. Pemandangan memang agak menarik dan lawa tapi pemanduan terpaksa di lakukan berhati hati.

Driver kena sentiasa alert dan memandu dengan cermat !

Melalui kawasan berbukit bukau

Ada viewing point dekat puncak bukit. Boleh berhenti di sini.

Dan ini view nya nampak Akaroa Harboor 

Dan kawasan sekitar.

View memang superlawa sebab ni kiranya destinasi pertama kami di NZ yang nampak pemandangan macam ni. So kira ni dah abis lawa lah. Rasa macam nak menjerit jerit. Rasa macam nak keluar berguling guling atas rumput hijau tu sebab teruja !

Dari puncak hilltop tadi tu kami turun menghampiir pekan Akaroa ni dan kawasan Akaroa Harbour.

Cuaca dah hampir petang.

Teruja dan excited.

Cuaca pulak sejuk. Memandu tak payah bukak ekon. Bukak tingkap je dengan angin menerpa ke muka, lagi tambah mengada je rasa !

Dalam hati dah rasa.

"Best nya. Best nya !"

Padahal tak de apa pun. Jakun je lebih !

Nak gi usha dekat dekat

Akhirnya kami sampai di kawasan pekannya.

Usha usha garing macam tak bermaya je pekan ni. Apa yang ada? Ada bangunan bangunan dan penempatan tapi kurang nampak orang. Pelancong apa tah lagi. Sekali ada detour, kami follow je jalan tu dan membawa kami ke tepi tasik.

Park kereta dan usha usha kawasan di Akaroa Harbor tu.

Jalan utama di pekan Akaroa

Kawasan dan mercu tanda di Akaroa

Tepi tasik nan sepi

Ada banyak kapal kapal layar di tengah tasik.

Actually ni bukan tasik, Laluannya menganjur terus ke laut tapi kalau nak pegi laut tu kena naik kapal lah. So kalau waktu summer ada banyak cruise bawak pelancong bersiar siar sampai ke laut

Sebab aku pegi ni musim sejuk belum abis lagi, so tak ramai pelancong di sini

Burung camar pun banyak

Usha usha bangunan

Memang tak nampak orang

Cuma tepi kawasan air ni je ada pakcik pakcik tua dan makcik makcik tua berdatingan

Tapi suasana memang tenang dan damai

Belah sini tempat kapal untuk gi tengok dolphins kot.

Ni je kedai di buka. Tapi kami tak check pun apa yang ada

Sekali imbas nampak jugak la bangunan bangunan bercirikan kesenian dari senibina Perancis yang masih di kekalkan.

Agak agak lepas tu kami berpandangan sesama sendiri.

Masing masing tak boleh nak cakap apa menarik di sini dan kenapa kami di sini. Dan aku sendiri tak de lah kecewa datang jauh jauh dan tak de apa apa. Bagi aku OK je. View memang lawa dan cantik. Maybe salah timing so tak banyak aktiviti yang dapat di ikuti dan di lihat.



I was standing
All alone against the world outside
You were searching
For a place to hide
Lost and lonely
Now you've given me the will to survive
When we're hungry, love will keep us alive

Don't you worry
Sometimes you've just gotta let it ride
The world is changing
Right before your eyes

Now I've found you
There's no more emptiness inside
When we're hungry, love will keep us alive

I would die for you
Climb the highest mountain
Baby, there's nothing I wouldn't do

Now I've found you
There's no more emptiness inside
When we're hungry, love will keep us alive

I would die for you
Climb the highest mountain
Baby, there's nothing I wouldn't do

I was standing
All alone against the world outside
You were searching
For a place to hide
Lost and lonely
Now you've given me the will to survive
When we're hungry, love will keep us alive
When we're hungry, love will keep us alive
When we're hungry, love will keep us alive

Cuaca pun makin petang.

"Jom lah ! Jauh lagi kita nak jalan ni"

Akhirnya keputusan di buat. Drive 1 jam setengah dari Christchurch ke Akaroa ni. Lepak sini tak sampai setengah jam pun, akhirnya kami decided nak patah balik dan terus ke destinasi untuk kami bermalam malam ni iaitu Lake Tekapo.

Bye bye Akaroa. 

Walaupun tak de apa tapi bagi aku OK jer.

Kembali mendaki kawasan berbukit bukau merentasi laluan kembali ke State Highway 75

Jalanraya agak sunyi. 

IH drive. Aku kat sebelah dan BW masih kat belakang. Sesekali kami berborak borak. Kesian jugak IH kerboringan kalau semua orang diam. Lagi keji kalau aku dengan BW membuta.

Tapi tak !

Aku co pilot yang  baik. Aku tak tido. So untuk segarkan diri, aku ambik gambar kanan kiri.

Sesekali kalau lapar, BW akan siapkan jajan dan apa benda untuk kami kudap.

Sejam setengah semula separuh jalan ke bandar Christchurch

Hari semakin petang

Dari State Highway 75. kami masuk ke State Highway 01 menuju ke Ashburton.

Perjalanan merentasi Highway 01. Banyak lori yang besar besar gedabak. Kena hati hati jugak memandu.

Sebelum sampai ke Ashburton kami berhenti di perjalanan.

Berhenti untuk toilet break. Toilet tepi jalan, ada air tepi sejuk gila. Kami singgah untuk solat

Cari port belakang pokok tepi railway track dan kami solat

Perjalanan bersambung semula merentasi Ashburton. Hari semakin gelap. Angin lintang memang menguji pemanduan.

Tapi sunset petang tu semasa perjalanan dari Akaroa ke Lake Tekapo memang menawan.

Walaupun berhenti tepi jalan dan angin kuat gila macam nak melayang layang.

Sejuk tak menahan !

Menjelang malam

Sunset di perjalanan

Sunset di South Island yang agak dramatik

Akhirnya malam menjelang dan pemanduan kami masih berterusan. Perjalanan mengambil masa lebih kurang 4 jam dari Akaroa untuk sampai ke Lake Tekapo. 

Driving malam malam agak mencabar. Lampu jalan tak de. Jalan gelap. Dan sesekali angin lintang datang memang betul betul buat perjalanan kami sesekali mencemaskan. Tapi IH drive dengan baik dan ikut had laju yang ditetapkan. Aku dengan BW dok teman je. Memang tak de yang tidur walaupun perjalanan tak nampak view apa apa pun sebab dah malam. Tapi di luar, suasana gelap memberi kelebihan untuk kami melihat bintang bintang bergemerlapan di langit.

Kami singgah di pekan Fairlie konon nak cari kedai beli makan malam tapi banyak kedai dah tutup. Singgah dua tiga kali untuk toilet break. 

Akhirnya kami tiba di Lake Tekapo. Kebetulan ada convenience store masih di buka, singgah beli barangan groceries then kami terus ke penginapan.

Lake Tekapo Motels & Holiday Park

Dah malam, orang hotel ni tinggalkan kunci je dan kami ambik dan ikut panduan yang di berikan sampai lah ke motel penginapan.

Lega dan sampai ke destinasi. Tapi cuaca malam tu sejuk gila babi. Lagi haru toilet dia jauh so kena berlari dalam sejuk sejuk tu. Nak mandi pulak air panas kena bayar pakai coins. Aduh.. Cabaran betul stay kat motel ni. Tapi nak buat cemana, belasah je lah.

Ulang alik nak gi toilet tu kadang kadang boleh buat aku rasa kejung di perjalanan !!

Ada hati nak usha milky way malam ni, tapi kesejukan merosakkan mood. Jadi apa kata kita tarik selimut dan bayangkan tidur di buai mimpi yang indah. 

Lena di ulit Intan Sarafina............... 

Can?

bersambung...................

7 comments :

  1. Sunset lawo ahh.

    Motel tu brp semlm?

    ReplyDelete
    Replies
    1. 300 lebih jugak semalam.. hotel sana mahal mahal..

      Delete
  2. uwaaaa.... cantiknya sunsetttt.. pakai kamera apa niiii... cantikkk

    ReplyDelete
    Replies
    1. kamera lama je kak... beli tahun 2010 dulu tak bertukar ganti

      Delete
  3. Rasa jakun jg walaupun tengok gmbr ....sunset tu mmg lawa la....

    ReplyDelete
    Replies
    1. hah... rezeki dpt sunset tu. berenti tepi jln ambik gambo tapi angin kuat gila dan sejuk gilabab

      Delete
  4. Lawanya sunset..aku pon dok sini ritu. Memang jenuh ulang alik toilet..xleh blah tang shower pakai coins tue haha

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...