Monday, June 24, 2019

Kisah Di AiDiLFiTRi

Kisah ringkas raya Aidilfitri 2019 yang agak tragis... !


Kasi gambar gambar berbicara sendiri................























01. Raya di perantauan aku dah biasa. Tapi kali ni lagi rare, raya di ICU !

02. Memula aku ingat kena denggi. Batuk, demam terjelepuk hina seminggu sebelum raya. Dah pegi klinik doktor kata demam biasher biasher jer. 

03 Badan rasa lemah dan hilang selera makan Tapi aku still puasa lagi. Hari ahad before raya tu rasa sesak nafas dan aku terus drive ke emergency. Doktor kata ada jangkitan kuman pada paru paru. Kurang oksigen terus kena ICU. Badan aku susut dekat 14 kilo ! Aku dah boleh jadi Fido Dido.

04. 5 hari di ICU, betapa aku rasa oksigen itu sangat penting. Setiap sedutan nafas tu adalah begitu berharga. Tapi time sihat, tak pernah fikir. Dah kena baru rasa sengsara tercungap cungap macam ikan flowerhorn ! eh. ke Arowana?

05. Memang time raya aku kat hospital. ICU lak tu, bukan boleh melawat pun. OR je datang hari hari mandi dan lapkan badan. Budak budak tak boleh masuk. Raya memang tak semenggah buat mereka tahun ni. Kesian anak anak aku. Nak buat cemana. Bak kata sorang nurse ni....

"eh saya dah abis cuti raya... encik ada lagi?"

Keji ! Dia ingat aku seronok dua ronok duduk sini?

* mengalir airmata keluar rendang choki choki 

06. Terdampar sepi di ICU memang bosan tahap max. Dah la tak boleh bergerak sebab aku on tank. Putus kejap oksigen terus tercungap cungap. Dah la tak de TV. Tak boleh bergerak. Memang bosan gila. Nasib ada nurse nurse melayan dengan baik hati. Kencing pun kat katil. Nasib baik aku tak berak ! Masa kat wad, nak mandi pun nurse tunggu depan pintu ! Aku tak bagitau sesapa pun kecuali geng GBS dan family terdekat. IH dengan MH ada datang melawat. IH siap bawak rendang dan lemang tersedap dari Temerloh sana. BW masih cuti raya di kampung.

07. Sebab meds aku jarang boleh tidur. Plus kalau tidur tertanggal wire, nurse terus berlari sebab bunyi machine tu menyemak jer. Padahal aku baru nak beraksi buas ! Aku bengang dengan machine tu sebab bunyi dia mengganggu. Dah 4 malam tersiksa baru aku tau benda alah tu boleh di mute kan ! Cis.

08. Doktor kata paru paru agak teruk. Dah memang aku ni perokok, tapi jangkitan kuman tu terkena sebab ada orang batuk dekat aku. Siapa ntah ! Kalau aku tau aku demand duit raya !

09. Ahli keluarga (Mak + Adik beradik ) semuanya datang berkumpul masa raya ke 3 onwards di KL dengan aku kat hospital. Hikmah kejadian ni, aku rasa aku di sayangi dan aku bersyukur ada family serta adik beradik yang banyak bagi moral support dan pelbagai bantuan. Hajat di hati nak pakai baju raya di hari raya tapi banyak sangat wayar berselirat kat badan. Gagal jadi Syafiq Kyle. Pakai baju hospital jer sudah.

10. Pentingnya untuk jaga kesihatan. Pentingnya untuk ada insurance. Banyak benda penting yang akan jadi sangat sangat penting di saat kita memerlukan !

Alhamdulillah, aku dah kembali pulih. Sempat duduk dan beraya di hospital 8 hari ! Tapi raya kan sebulan, so saki baki yang ada, aku beraya habis habisan ! Masa untuk beramah tamah.

* percikan bunga api tanda kemeriahan raya 

Sediakan baju raya bersampin 30 helai.... siap tengkolok. Dah berlawa lawa, makan ubat, mengantuk terus tido !



Wahai semua insan
Takbir berkumandang akhir ramadhan
Siap sedia pulang ke desa menyambut raya

Wahai semua insan
Berjabat tangan bersama semua
Pinta ampun maaf pada mereka
Jernihkan sengketa

Hati gembira berjumpa semua
Sanak saudara pagi raya
Sedih terasa mengenang pada
Insan yang dulu kini tiada

Selamat hari raya
Selamat hari raya
Sambut sederhana biarlah bersyukur seadanya

Selamat hari raya
Selamat hari raya
Bahagiakan keluarga bersyukur seadanya

Wahai semua insan
Ingat ingat bila nak berbelanja
Sedikit tak apa berpada pada
Bersyukur nikmatnya

Hati gembira berjumpa semua
Sanak saudara pagi raya
Sedih terasa mengenang pada
Insan yang dulu kini tiada

Selamat hari raya
Selamat hari raya
Sambut sederhana biarlah bersyukur seadanya

Selamat hari raya
Selamat hari raya
Bahagiakan keluarga bersyukur seadanya

Selamat hari raya
Bersyukur seadanya
Selamat hari raya
Bersyukur seadanya

Selamat hari raya
Bersyukur seadanya
Selamat hari raya
Bersyukur seadanya

Selamat hari raya
Selamat hari raya
Sambut sederhana biarlah bersyukur seadanya

Selamat hari raya
Selamat hari raya
Selamat hari raya
Bahagiakan keluarga bersyukur seadanya
Bahagiakan keluarga bersyukur seadanya



Smoking menyumbang gak ni kepada tahap kesihatan aku ni. Tapi aku masih considering apa yang patut. Macam tak jalan je nih ! Hehehee. Doakan semuanya di permudahkan.

* peluk erat kotak Bukit DUN.

"Jangan pisahkan... aku dan diahhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh. Tuhan tolong lah ku cinta dia...... !"

Begitu lah kisah aidilfitri aku tahun nih !




Doakan aku selalu sihat dan kekal hot seperti dulu.... !

* pusing pusing tunjuk pinggang yang dah ramping.................

Duduk bersimpuh sambil makan kuih raya dengan rakusnya.

32 comments :

  1. tragis..tapi still boleh mkn lemang/rendang, kira ok..apa2 pun, kurangkanlah merokok...kalau boleh stop terus..huhu..

    cute kad2 tu semua..kreatif..

    ReplyDelete
  2. Selamat hari raya meng!semoga sihat selaluuu...aku doakan ko dipermudahkan nak breakup dengan gelpren yg sorg tuuuu...hehe aku yakin ko boleh. Bapak naga macam Vysyds pun boleh, insyaAllah atok naga mcm ko pun boleh! Hahahaha...

    P/s-turun 14kg tuuu...tp lps raya naik balik tak?hahaha...

    ReplyDelete
    Replies
    1. eh lama tak nampak idola tu..

      mana dia pi?

      Delete
    2. Idola dah berkecimpung dlm dunia ultramarathon ni, tak nampak dah dia kat dunia travel ni 😂 busy lari je pagi ptg siang malam!

      Delete
  3. moga cepat sembuh... comel la kad2 tu

    ReplyDelete
  4. semoga cepat sembuh bang meng. comel tulisan princess tu, kurangkan lah merokok ingatlah orang tersayang hehehe. saya dah tengok 2 orang dalam family merana sebab perokok tegar ni. vape dan NCIG kan ado.

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih. insha allah...
      NCIG dah ade.. hahahaha tapi mcm tak berapa mampu mengalih perhatian pada sang rokok

      Delete
  5. alhamdulillah
    sembuh dah..

    sakit-sakit pun sempat jugak ketik gambar cun-cun..


    rokok bang..
    putus kan cinta itu bang ....

    ReplyDelete
    Replies
    1. adeshhh....
      kalau sesenang tu boleh bercerai kasih.
      hahaha

      Delete
  6. Memang tragis Meng...nasib ko dapat gak makan juadah raya...apapun syukur ko dah sihat...bermakna blog ni akan terus wujud...kekekeke

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahahhaa.... hari tu nasib entry dah siap siap ada.
      kalau tak memang sendu la blog nih

      Delete
  7. selamat hari raya meng!
    alhamdulillah ko dah sihat walafiat
    patut aahh ada beberapa hari lepas raya tu aku tengok blog ko sunyi sepi
    ingat dah pi beraya oversea

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak gi oversea..
      atas katil spital je. hehehe

      selamat hari raya azra

      Delete
  8. selamat hari raya meng!
    Moga kembali sihat seperti sediakala dan mudah urusan tinggalkan cinta hati tu..

    ReplyDelete
  9. camat ari raya Meng...
    rokok tu pastikan tulin dan bertax...
    jangan beli yg jenih murah & smuggle mari...non tax...tak berkah hehee

    ReplyDelete
    Replies
    1. eh gi langkawi pun tak beli rokok duty free.

      ( sebab tau nanti masalah dgn kastam )

      Delete
  10. Ko ceraikan dia talak 10 meng x boleh rujuk dah pastu. *dia=rokok durjana*

    ReplyDelete
  11. Alamak sorry baru tersempat baca... mudah2an cepat sembuh boh...

    ReplyDelete
  12. Alhamdulillah.....jagalah kesihatan diri, ingat mereka yg sangat sayang akan kita....stop smoking

    ReplyDelete
  13. Selamat Hari Raya Supermeng Malaya! Stay strong and healthy! If Rasa Susah nak berhenti dapatkan khidmat pakar. InsyaAllah ada jalannya... (Tapi Aku pun Masih seorg smoker, peluk Batu Menang)... Hahaha...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih Tuan
      sama sama kita berusaha demi nusa dan bangsa !

      Delete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...