Saturday, June 29, 2019

#RoadTripCentralEurope DAY 04 | 04 : HALLSTATT - LINZ - CESKY KRUMLOV

Entry semalam macam cepat sangat kan? Macam tu la cepatnya masa berlalu sampai kami sendiri tak puas menikmati tempat ni.

Kali ni kita slo-mo skit dengan pace yang lebih tenang. Saman tetap dah kena saman ! Ambik ikhtibar nak kena bayar denda 110 Euro tu.


Hallstatt adalah sebuah bandar yang picture-perfect di Austria. Sebuah pekan kecil yang tenang dan mendamaikan. Kini ianya semakin popular untuk di kunjungi dan lawatan ke sini pastinya memberi pengalaman yang indah.

Waktu kami sampai hari dah agak petang, kurang menarik sebenarnya sebab matahari terlindung di balik bukit bukau. Kurang pengcahayaan pada gambar. Eloknya datang pagi pagi. Memang bukan idea yang baik tapi kami tak de pilihan dan tak de banyak masa nak explore pekan ni lama lama.

Parking memang hazab. Kalau ada pun kena menapak sebatu jaraknya. Jadi kalau drive tu memang kena fikir banyak kali lah.









Antara perkara menarik yang boleh di lakukan di sini adalah ronda ronda area oldtown. Dengan jalan-jalan yang seperti dipenuhi dengan gingerbread house berwarna-warni dan suasana cantik di Hallstatter See, memang macam tak percaya tempat seperti ni wujud.





Ada banyak port port menarik untuk menembak. Setiap sudut dan kawasan di pekan ni sememangnya menarik untuk diambil gambar.

Sebenarnya ada benda lain lagi boleh buat di sini kalau bermasa. Boleh ke Skywalk World Heritage untuk view Hallstatt yang lawa dari puncak pergunungan tapi kos naik funicular tu agak mahal Euro 18 sorang. Boleh jugak explore lombong garam kat sini.

Dan lagi lagi kalau nak bersampan, atau naik ferry boleh explore Hallstatt ni dengan kemudahan yang sedia ada di sini.









OK back to mood lepas kena saman.

Aku dah cakap dengan IH, OK je nak share bayar. Tak de masalah. Bukan salah dia pun. Tapi IH agak risau dan aku pun jadi serba salah. Dah alang alang kena saman patut terus je la merayap tapi mood dah takdaq. Lagipun nak patah balik semula macam jauh ler pulak.

Fikir fikir then kami rasa nak gerak je lah dari Hallstatt ni. Pengalaman duka agak pahit pulak jadinya. Tapi Hallstatt memang lawa !

On the way out siap singgah tepi jalan tepi tasik nak tenangkan fikiran.. Hehe




Then semuanya kembali normal dah. 

"Ke mana kita ni?"

Tanya IH. 

Kalau ikut plan, kami akan terus bergerak ke Vienna dari sini. Maybe kalau tak sempat akan bermalam di perjalanan. Aku ada terbaca pulak pasal satu tempat ni iaitu Ceske Krumlov. Ni kiranya tersasar dari laluan dan terletak di negara Czechia. Aku usulkan pada dia orang maybe boleh detour ke sana.

"Berapa jam dari sini?"
"Hmmm dekat 3 jam"

Time tu dah pukul 6 petang dah. 

"Okey jer. Jom !"

Jawapan IH buat aku rasa girang. Tetiba rasa nak buat tarian chicken dance.....




Perjalanan di teruskan. On the way tu kami melintasi bandar bernama Linz. Memang tak de apa pun kat bandar ni tapi kami fikir, dah alang alang sampai. Kita exit la skodeng kawasan?

Semua orang bersetuju sekali lagi.......... See... nasib travel mates aku tak banyak songeh. Aku je yang selalu buat songeh kat dia orang ni.





Masalahnya sampai kat bandar Linz tu kami nak cari parking tak jumpa jumpa. Berpusing pusing dalam bandar tu. Sampai sudah, ikut laluan waze sampai dah makin jauh pulak jadinya. 













Sampai dah termasuk ke area expressway semula, kami blah je lah. Dah la belum solat lagi time tu. End up kami fikir... Bye bye Linz....

Kita tak di takdirkan untuk bersama... !







Singgah solat tepi kereta kat rest area. Banyak lak lori kat situ. Ada je yang memandang tapi buat tak tau je lah.

Sejam lebih pemanduan dari Linz, kami dah memasuki negara Republic Czech. Kena beli vignette kat sempadan. Sepanjang jalan lepas tu gelap gelita. Kurang kereta dan tak banyak pekan lain yang perlu di tempuhi. Perjalanan memandu ketika malam sampai akhirnya kami tiba di di Cesky Krumlov.

Terus tuju ke penginapan yang baru kami tempah masa on the way tadi. Tuan rumah awek cun yang memang lawa, tapi kurang pandai cakap English dan dah kawin. Masa jumpa, bersungguh dia nak explain dan bercakap dengan aku.

Dan satu lagi masalahnya, kawasan rumah dia parking tak der ! 

Berpusing pusing cari parking kosong kat area flat. Last last parking jauh gila. Pastu terpaksa lah tarik beg dan angkut barang barang. 

Bunyi roda tarik beg atas jalan tu dah macam bunyi alihkan perabut tak berkesudahan.



Rumah dia simple je. Minah tu stay area yang sama tapi block lain. 

Dan malam tu kami bertiga tidur lena di negara Czech Republic. Negara yang tak terfikir kami akan jejak dalam trip ni !

Esok kami akan jengah kawasan Cesky Krumlov. Harap harap perjalanan sejauh tadi berbaloi untuk tempat ni !



Jika harusku bersabar dengan segala derita
Ku terima
Jika pahitnya terasa bagai dipenjara tanpa
Bicara ku rela

Cinta akan ku mengasihimu
Sehingga nadiku tiada lagi berlagu

Andai rembulan tidak lagi mampu bercahaya
Terangilah gelapku walau dalam gelita
Dengarkanlah aku
Jiwaku tulus untukmu

Jika harusku bersabar dengan segala derita
Ku terima
Jika pahitnya terasa
Bagai dipenjara tanpa bicara ku rela

Cinta akan ku mengasihimu
Sehingga nadiku tiada lagi berlagu

Andai rembulan tidak lagi mampu bercahaya
Terangilah gelapku walau dalam gelita
Dengarkanlah aku
Jiwa ku tulus untukmu

Ku harap kau mendengar apa yang ku bisikan selama ini
Tanpamu seluruh nyawa tak bermakna

Andai rembulan tidak lagi mampu bercahaya
Terangilah gelapku walau dalam gelita
Dengarkanlah aku
Jiwa ku tulus untukmu

Andainya bumi tidak mampu berputar lagi
Sumpah setiaku kan tetap ada di sini
Dengarkanlah aku
Jiwa ku tulus untukmu
Sumpah.

bersambung di bulan akan datang..............

2 comments :

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...