Wednesday, June 26, 2019

#RoadTripCentralEurope DAY 04 | 01 : ROSENHEIM - SALZBURG

Sedar tak sedar dah masuk hari ke 4 perjalanan road trip kami di bumi Eropah Tengah.

Ini sambungan dari : Day 03

Bangkit awal pagi di bumi yang begitu asing yang tak masuk pun dalam list plan kami. Semalam kami terpaksa singgah di Rosenheim, Germany ni untuk bermalam dengan local host melalui ArBnb yang kami tempah. Sampai dah lah lewat malam pastu suasana rumah agak suram. Macam macam arahan dikenakan. Jangan hentak kaki kuat kuat. Jangan buat bising takut ganggu jiran. Jangan itu. Jangan ini. Apa dia ingat kami King Kong ke ?

Memang tak banyak benda yang di buat selepas sampai tengah malam semalam. Dapat katil masing masing membuta. Aku sebilik dengan IH, BW di bilik yang lain. Rumah ada 3 bilik. Host ni macam psycho jugak lah rumah dia. Dia kata stay sorang tapi suram semacam je....

Rumahnya di tingkat 2...

Dan ni gambar dalam rumah yang sempat aku ambik semalam.....




Banyak betul barang dalam rumah dia especially toilets. Tapi cukup lengkap lah. Kira OK lah dengan sewa semalaman dalam RM 200 lebih je.

Semalam masa sampai sempat borak borak dengan dia, dan dia bagi idea dekat dengan Rosenheim ni ada istana yang lagi lawa dari istana Cinderella yang kami jejak semalam. Pastu ada tasik favorite dia yang dia selalu pegi jogging dan mencari ketenangan.

Kami terbeli dengan kata kata manis menghiris kalbu mamat tu dan decided nak pay a visit kat tempat tempat tu.

Dan pagi ni kami plan nak gerak awal ke Salzburg since kami dah behind the schedule dah. BW siap bangkit awal pagi dan siapkan bekalan makanan. Sempat la tumpang dapur mamat ni untuk memasak ringkas ringkas.

Dah siap semuanya, kami beredar dari rumah tersebut.....





Rosenheim is a city in Bavaria, southeastern Germany. Its Lokschuppen Rosenheim arts center hosts exhibits in a converted 19th-century railway depot. Max-Josefs-Platz, the market square, is surrounded by arcades, cafes and centuries-old townhouses. The Municipal Museum has displays of local history, including Roman relics. To the east, Simssee is a lake with trails in the foothills of the Bavarian Alps.

Kami tak singgah pun pekan Rosenheim tu tapi kami tersesat on the way masa nak pegi ke lake yang mamat tu bagitau. Berpusing pusing ikut jalan kampung sampai sesat barat. Last sekali patah balik semula baru la jumpa jalan yang betul. Jalan yang di redhai...... menuju ke Lake Sims




Kami tak jumpa pun port yang konon macam ada orang lepak santai. Tapi area lake tu agak tenang dan cantik juga. Last sekali berenti je ambik ambik gambar dan menikmati pemandangan.






Tak nampak manusia pun. Eh ada. Mamat yang replenish rokok dalam mesin jual rokok celah celah semak. Musykil gak sapa yang beli rokok rokok dia tu.


Ada pokok apple. Sempat jugak kami hunggah.


Selesai menikmati pemandangan di Lake Sims ni kami ke Chiemsee.

Chiemsee is a municipality in the district of Rosenheim in Bavaria in Germany, named after the lake Chiemsee. It is Bavaria's smallest municipality by area and the second smallest (after Balderschwang) by population.

The municipal area comprises not the lake itself but the islands of Herrenchiemsee (Herreninsel) with its Palaces, Frauenchiemsee and the uninhabited Krautinsel. While the island of Herrenchiemsee with 2.38 km2 (0.92 sq mi) is by far the largest, most of Chiemsee's inhabitants live on 0.15 km2 (0.058 sq mi) Frauenchiemsee.

Itu lah istana yang di maksudkan tu adalah Herrenchiemsee New Palace, Elaborate palace begun in 1878 for Ludwig II of Bavaria & modeled on Versailles.

Terletak di atas sebuah pulau kecil di tengah tengah tasik, nak ke sana kena ambik ferry pulak.







Tak nampak pun istana tu dari tepi pelabuhan yang kami singgah. Tapi bila google macam lawa jugak memang macam istana Versailles di Perancis. Sebab kesuntukan masa kami decided tak jadi lah skodeng ke sana. Sebaiknya kami teruskan perjalanan ke Salzburg jer.

Macam buang masa gak tapi tak pe lah. Nama pun road trip ada je rencana adhoc yang bakal jadi. Cuma benda benda macam ni merampas banyak masa kami dan terganggu planning yang kami dah set.



Airmata separuh mati yang ditahan
Diberhentikan legu kelopak
Dingin tubuh terkulai diam tak bernadi
Tangan bersaksi kita bergenggam

Rampas semua
Badanku belahlah dua
Ambil semua ku ada
Ikutkan sahaja hati
Atau apa yang kau rasa

Langkah ku lemah dalam susur pancaroba
Dekat dipersimpangan dilema
Cuba keluar di jalan yg tak berarah
Tunggu serpihan bongkah cahaya

Putus segala hijab kau dan aku
Sampai nanti kita bertemu

Rampas semua
Badanku belahlah dua
Ambil semua ku ada
Ikutkan sahaja hati
Atau apa yang kau rasa

Putus segala hijab kau dan aku
Sampai nanti kita bertemu
Rampas semua

Badanku belahlah dua
Ambil semua ku ada
Ikutkan sahaja hati
Atau apa yang kau rasa
Badanku belahlah dua
Ambil semua ku ada
Ikutkan sahaja hati
Atau apa yang kau rasa

Pasrah ! Lagipun tak de apa nak di kejar pun.





Perjalanan dari Rosenheim ke Salzburg mengambil masa satu jam perjalanan tapi sebab dok menyinggah sana sini, hampir 2 jam lebih jugak sebelum akhirnya kami selamat tiba di Salzburg menjelang tengahari.

Salzburg, here we come !






Sampai di Salzburg kami macam lost sekejap tak tau mana nak tuju. Ni bahana sebab tak study dan prepare. Main aci redah je.

Last sekali cari parking nak park kereta. Jumpa parking bawah bangunan bank.

Raiffeisenverband Salzburg

Kawasan parking

Sempat aku tukar duit kat bank ni dari Pound ke Euro. Bagus dia tak kenakan charge pun. Layanan pun baik baik jer.

Keluar dari bangunan bank tu kami terus berada di laluan tepi Sungai Salzach. 

Dari seberang sini kelihatan bangunan bangunan lama di kawasan Old City yang menghiasi kota Salzburg yang cukup terkenal sebagai tempat kelahiran composer terkenal Mozart.














Dan kota ini turut terkenal sebagai lokasi film The Sound of Music.....

bersambung.....................

2 comments :

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...