Monday, June 17, 2019

CH2019 | 05 : KEA FARM Market

Ada satu tempat di Cameron Highlands ni cukup termasyur. Namanya gemilang seantero dunia sampai di sebut sebut dalam mimpi. Orang datang berpusu pusu nak tengok apa yang ada !

Kea Farm Market. Pasar jualan macam macam benda. 

Kalau hari biasa boleh di terima lagi, tapi kalau time cuti sekolah dan hujung minggu... memang masak lah kat situ !

Baik bawak periuk belanga je masak terus sementara tunggu jem berkurangan....


Kea Farm. Namanya meniti di bibir masyarakat dan kalau datang Cameron Highlands tak bertandang ke sini, baik turun balik ke Tapah dan esok datang balik semula !

Begitu wajibughnah.

Over tak ayat aku tu?

Aku pun pening kenapa jem sangat tempat ni. Ni semua bahana kereta park tepi jalan raya agaknya. Majlis Daerah kena buat sesuatu ni. Sebab jem dia macam tak leh di terima dek logik akal.

Stress dia lain macam.......




Jangan stress stress. Kini ke sini datang nak beli beli. Katanya murah murah. Orang kata semua ada kat sini boleh di beli. Fresh dan segar dari kebun dan ladang.



Kea Farm adalah daerah pertanian di Cameron Highlands, terletak 3 km ke utara bandar Brinchang atau 3 km sebelum Tringkap. Ciri utamanya adalah pasar sayuran di sepanjang jalan utama - destinasi membeli-belah yang popular untuk pengunjung pada hujung minggu. Bertentangan dengan dataran tinggi di sebelah Copthorne Hotel, peniaga dan petani menjual hasil dan tanaman terbaik mereka di sini dari pagi hingga ke petang.

Apabila pasaran semakin dekat, cari tawaran hebat di stok mudah rosak seperti sayur-sayuran, jagung, strawberi, bunga, barangan makanan dan banyak lagi. Beberapa tarikan pelancong yang terletak di sekitar kawasan ni termasuk Rose Garden dan Butterfly Garden .


Apa benda yang ada di Kea Farm ni?

Ayuh kita terjah...................

* pakai headband dan kasut sport.....sambil pegang hailer.

"Mari adik mari abang ! Mari lah ke mari hey hey hey hey..................."

Kalau korang lapar dan nak cari makanan. Ada jagung bakar manis madu ! Jagung rebus pun turut sama terpamer. Keledek rebus yang manis bersari di gemari ramai. Benda goreng goreng. Celup celup. Resus rebus. Apa je lah. Semua ada !










Oh. Jangan lupa beli air. Nanti tercekik pulak. Bertambah jem jalan tu. Susah ambulan nak datang ambik.

Kalau korang nak buah buahan? Petik je buah apa. Semua ada.







Kalau buah yang tak de tu, korang kena terima kenyataan yang memang buah tu tak de di jual di sini.

Pasrah !



Strawberry cicah cokelat dah too mainstream kat sini. Apa kata cuba durian cicah cokelat ?

Tu apa tu? Dia nak bagitau susur galur keturunan durian tu ke apa?

Apa lagi korang cari? Bunga bungaan sebagai hadiah meraikan yang tersayang????

"Alaaa baby sayangggg"

U name it bebeh..............



Jangan sampai lebah ikut sama sudah lah... Kang bengkak cobon kena sengat. Kata segar segar kan?

Pasangan bercinta? Nak berkongsi bantal tidur bersama? 

Dont worry. Bantal strawberry boleh menjadi pilihan hati. Lambang sehidup dan semati. Serashi bershama...... Jangan korang nak hipster sangat celup bantal strawberry dalam cokelat cair pulak.



Mencari cenderamata? cenderahati? Nak bagi rakan dan sahabat pena? Kawan lama yang kini jauh di perantauan? Hadiah hari guru? Hari ibu? Hari buruh? Hari hari...... ?

* ka-ching !

Pilih ... pilih aja........... Anak aku siap bercadang nak beli nak bagi kat Auntie drebar van dia ! Bukan setakat drebar van. Makcik kantin sekolah pun aci nak kasi !

Nak cari fridge magnet nak salut satu peti sejuk pun korang mampu...................! Mur mur.









Eh banyak pulak gambar souvenir souvenir nih. Tak pe. Kita tengok tengok je dulu. Buat pilihan. Nanti boleh patah balik dan cari semula yang mana berkenan !

Lagi cari apa? Nak test power tangan korang ada golden touch ke tak bila bercucuk tanam? Fret not. Ada solusinya di sini.






Cabar diri sendiri dan beli pokok kaktus ni dan cuba bercucuk tanam sendiri. 

Kalau mati jugak ermmm. Tanam pokok plastik je lah !

Dan kalau korang terasa nak tambah pahala, bersedekah sayur pada jiran tetangga? Kat sini macam macam sayur mayur ada. Segar seperti baru di petik oleh si gadis tersayang manja jelingan yang manja. Menuju dia ke kota. Di tangannya penuh bunga. Di hati penuh cinta. Berbagai macam bunga di bawa. Untuk dijual di gerai mama !

* ramai ramai.......................

Matanya lirik-lirik selalu. Rupanya manis-manis ayu...........

* mati laaaaa..

Kita cerita pasal apa tadi? Hah ! Sayur..............................








Apa lagi? Cari teh? 

Teh apa korang nak? Semua ada kecuali Johari Teh ! Sapa tu johari teh? Aku pun tak sure. Artis kot. Hahaha...



Jus buah buahan? Oren? Mango dan jambu batu?

Ada ni hah. Berapa botol nak? Awas kang kena kencing manis pulak.





Jeruk? Asam? Jem? 




Jem memang dah jem. Traffic jem !

Pendek kata.................... panjang pun ikut sama berkata. Macam macam ada. Semua ada. Mak dengan ayah je tak de kat Kea Farm ni. ( kecuali korang ajak mak ayah datang sekali  ! )

Fuh ! Penat menapak dari hujung ke hujung.

Konon nak usha usha dulu tengok tengok. Nanti patah balik baru nak beli beli... Rupanya bila patah balik semua gerai dah tutup........... !

Oh No !

Mereka berniaga sampai pukul 6 sahaja...........................

Terus anak aku merajuk sebab tadik dia nak beli aku suruh tunggu dulu. Now apa pun tak dapek. Kena datang balik esok jam 8 pagi !

Stress balik semula sebab tak dapat nak beli apa apa. Patut la jalan dah tak jem !

* tala hailer ke arah gunung dan tarik key Mariah Carey

"No I can't forget this evening or your face as you were leaving But I guess that's just the way the story goes........................................

Kan Leeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeee"

bersambung................ 

10 comments :

  1. drama lebih la ko Meng...hahahahaha

    ReplyDelete
  2. sblom bulan pose sempat pi CH, dok kat Kea Farm ni. Pegi Khamis balik Sabtu. Khamis trafik lancar, Jumaat dah start banyak kete, Sabtu dah kacau dodol lah dalam kete...gila punya trafik..

    ReplyDelete
  3. ahahah walau apa pun org kata CH mmg best dari 30 tahun dulu, dari hutan rimba skg dah jadi bandaraya dah nak masuk kota raya, cuma jalan aje belum berubah, kena buat jajaran Highway mcm MEX ekspressway.. semua atas bangunan terbaikkk

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu..... jem masih tak berubah sejak dulu lagi...

      Delete
  4. kea farm ek?
    aku dulu tau pasar malam brinchang jah

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...