Julung julung kali nya trip adik beradik ke Langkawi.....
01. Trip ni trip impromptu. After aku discharged dari wad dan semua adik beradik plus Makcik Mona masih ada di KL ni, jadi aku bawak mereka semua gi bercuti ke Langkawi. Esok nak fly hari ni baru beli tiket. Tapi tak pe, dah niat masa sakit nak bawak keluarga jalan jalan.
02. Trip ni adalah trip adik beradik yang mana tak aci bawak pasangan, atau anak anak. Pegi 2 hari 1 malam je. Jadi cuma kami adik beradik cuma adik aku bawak anak dia yang kecik sorang plus Mak Bonda semuanya satu team bola ! Rombongan Makcik Mona ke Langkawi uolls.......
03. Misi rombongan macam macam. Ada yang nak makan nasi dagang Pak Malau. Ada yang nak bersantaian. Ada yang tak pernah gi Langkawi. Ada yang tak pernah naik kapal terbang. Nak beli cokelat dan makan banyak banyak untuk tambah berat badan dan ada jugak nak cari pinggan mangkuk dan macam macam. Tapi tujuan utama adalah untuk kami adik beradik spend masa sesama since semua ada time tu.
04. Memang pening kepala nak arrange itu ini sebab ramai dan masing masing ada macam macam perangai dan kehendak. Memang kadang ada yang tak setuju itu ini, tapi buat kali ni, kami kami kena lebih memahami dan bertoleransi.
05. Aktiviti rombongan agak padat sebab ada lawatan, santaian, shoppingan dan makan makan. Tapi aku rasa bersyukur yang kami adik beradik ni memang well bonded dan memang agak close to each others. Alhamdulillah moga berkekalan lah hendaknya.
06. Pemilihan lokasi lawatan adalah berdasarkan undian. Manjang geng geng lelaki tewas dan akur mengalah. Semua reject naik cable car sebab masing masing gayat.
07. Lawatan paling syok dan seronok adalah di 3D Art Museum tu sebab semuanya sporting bergambar gila gila. Aku je la penat jadi photographer. Nasib tak semput.
08. Kami sewa 1 Myvi dan 1 Innova nak muat kesebelasan utama jemaah.
09. Aku sebenarnya nak ajak tidur kat Aloft Langkawi, hotel baru tapi kena reject dengan akak akak bawang. Membazir katanya. End up menginap di Malibest sebab dia orang nak tepi pantai. Tak best macam dulu dulu dah tempat tu. Parking payah.
10. Trip yang singkat tapi menyimpan seribu kenangan yang tersendiri untuk jiwa jiwa dan raga yang saling melengkapi yang sama sama membesar dalam sebuah keluarga yang mungkin dulu serba kekurangan tapi dilimpahi dengan penuh kasih sayang.
Bicara minda dendangan hati
Jiwa dan raga yang melengkapi
Bagaikan, bagaikan hangat mentari
Cinta yang sejati
Jauh di mata dekat di hati
Jika dirindu jangan curangi
Ke mana, ke mana 'kan terbawa pergi
Terduga diuji
Oh, bila tersedar semuanya
Sempadan ilusi
Andai bintang 'kan tak lagi berseri
Janji kasih yang takkan terkhianati
Andai habis nafasku yang terakhir
Masih 'ku cinta
Kerna 'ku pasti
Kau tiada pengganti
Sedangkan lidah tergigit jua
Ini 'kan pula cinta manusia
Melayang, melayang dibawa pawana
Iringi cintamu
Oh, bila tersedar semuanya
Sempadan ilusi
Andai bintang 'kan tak lagi berseri
Janji kasih yang takkan terkhianati
Andai habis nafasku yang terakhir
Masih 'ku cinta
Kerna 'ku pasti
Kau tiada pengganti
Biar dikenang budi kasih dan sayang
Biar, biarkan cinta anta permana
Andai bintang 'kan tak lagi berseri
Janji kasih yang takkan terkhianati
Andai habis nafasku yang terakhir
Masih 'ku cinta
Kerna 'ku pasti
Kau tiada pengganti
Kau tiada pengganti
Alhamdulillah, aku ada family dan adik beradik yang berbeza pendapat dan perangai tapi sentiasa menjaga ukhwah sesama keluarga.
Tahniah untuk semua ahli jemaah rombongan !
Yang penting, Makcik Mona lah orang paling gembira sebab anak anak kesemuanya ada berkumpul, bergosip riang... membawang bawang, bercerita kisah silam waktu kami sama sama masa membesar. Kalau Pakcik James tau ni, mesti dia pun tersenyum gembira !
Al Fatihah untuk arwah....
Tahniah untuk semua ahli jemaah rombongan !
Organizer pun puas hati ! Ada rezeki boleh buat trip lagi............
Al Fatihah untuk arwah....
org Tenganu makan nasi dagang kat Langkawi..ramai adik-beradik..
ReplyDeletesekali sekala bertukar angin... sohor sgt katanya pak malau ni
DeleteTahniah uncle...berjaya menyatukan semua siblings...ge travel sama2...lain kali ge jauh sikit....
ReplyDeletethanks
Deletekalau planning memang x jadi. kena adhoc mcm ni baru jalan
tahniah sebab berjaya buat trib secara mengejut nie
ReplyDeletemesti mak bangga
dia org paling happy. sakit lutut pun sanggup berjalan jalan lagi
DeleteRamainya adik beradik! Ko anak keberapa Meng?
ReplyDeleteno 3
Deletebestnya ada ramai adik beradik...
ReplyDeletealhamdulillah... semua ngam ngam
Deletetahniah Meng. Semoga arwah Pakcik James dirahmati di sana...
ReplyDeleteamin. terima kasih
Delete