Saturday, June 22, 2019

SANA'A RESTAURANT, Cyberjaya

Terasa nak akan makanan Arab. Lalu hati ku bertanya.

"Di mana restaurant Arab yang sedap?"
"Sanaaaaaa"

Tetiba ada jawapan dari langit.

"Mana?"
"Sanaaaaa"

Sana ! Sana ! Sana tu Mana??????

Hangin terus satu badan......................

Bukan Sanaa tapi Sana'a..... Ada apostrophe a jadi bunyi dia ada dengung skit.... * mati la ustaz tajwid hanchorrr....

Terletak di Cyberjaya sanaaaaaa.... Ha ni baru tajwid dia betul.

Actually sebelum ni aku memang pernah makan kat resto ni, partner bawak, so macam terigau igau dalam mimpi nyata, aku ajak OR ke sana sebab dia nak makan nasi Arab.

Kami pegi unuk dinner. Berdua je. Time malam parking OK sikit, kalau siang parking area ni memang boleh mencabar kesaboran jiwa dan raga.

Kedainya kat lot kedai


Ada ruang dalam ada ekon


Dan juga di luar

Orang agak ramai jugak time tu jadi kami decided nak ambik angin sepoi sepoi Bahasa Yemen so kami duduk di luar.

Menu datang untuk hidangan.

Apa ni? Nak baca pun tak nampak

Haaaaa....Ini baru leh baca...

Hah tengok gambar sudah laaa

Sana'a Restaurant serves all the middle eastern cusines, which are fully prepared by their professional chefs from Yemen and Iraq. It is located in Cyberjaya, Selangor. They are known for their Mandi Chicken and Hummus. 

Tetiba cakap English laaa... Dah tu nak cakap Arab tak pandai.

Usha lagi la gegambar di menu. Mana tau datang idea nak order apa.







Wah ! Nampak memang menarik. First aku datang sebelum ni kami order Mulawah, roti kering yang besar macam topi Queen Elizabeth tu cicah dengan gravy ayam. Hmm memang padu.

Tapi kali ni aku agak kenyang so order lite lite je. OR pun nak makan kambing. Jadi aku biarkan saja dia order.

Tengok lampu sambil menunggu....

Kambing Mandy

Tak mandi tapi bersauna bagai...

Di datangkan dengan gravy dan sambal tak pedas

Orang semakin ramai

Mana makanan aku tak kunjung tiba ni? Aku amok karang !

Tu diah ! Hujung hujung order kebab sajork.............................Saiz pun saiz kecik * tadah tangan berdoa agar cepat kurus

Minuman jangan di lupa. Jus buah buahan sedap tapi manis leting...

Lampu lip lap lip lap seolah olah aku berada di padang pasir negara Arab.  * berpinor mata...

Overall, based on tiga kali kunjungan dan try banyak menu yang disediakan aku rasa Sana'a Restaurant ni comparable jugak dengan Saba'. Dan kat sini kurang pack orang. Lebih selesa time nak menikmati makanan. Cuma parking memang mana mana pun hazab.

Harga pun berpatutan. Servis slow sikit kalau time ramai orang. Bertabah lah !


Abis makan ke kaunter bayaran dan bayar !

"Thank you Sir"

Kata mamat cashier tu. Dan terus dengan laju aku menjawab................

"Altaeam almumtaz walnaas muhadhab lilghayati. Mandi kan jayidaan, Wal'asmak almashawiat kanat jayidatu. Cumumaan kanat tajribat rayieata. Altaeam ladhidh wasa'akun fi ghayat yusi almuteam 'iidha kunt targhab fi tanawul altaeam alearabii aljayd "

Hah kau. Bersembur !

Tu baru makan kebab saiz kecik dah boleh cakap Arab daaa. Kalau makan Hummus ke apa memang menari ala ala tarian tiang aku lepas tu !!! 

"Atamanaa lak altawfiq walhidayah wassalmualaikum warahmatullah hiwabarakahtuh !"

See? Aku dah jadi sangat Arabic sekarang ni !

SANA'A RESTAURANT
13-G, Neo Cyber
Lingkaran Cyber Point Barat,
63000 Cyberjaya,
Selangor
+60 18-211 2967

5 comments :

  1. Ni lah restaurant makanan arab yg paling sedap setakat ini..nk mkn nasi arab yg pure mmg kena cari kat sini. Lain2 menu pun sedap .

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul2.. memang menjadi pilihan pengemar makanan arab....

      Delete
  2. susah2 sgt baca la ayat Qursi pastu tiup di ubun2nya

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...