Monday, March 25, 2013

Langkawi 2013 - Pulau Beras Basah

Aku tak berapa nak rajin, jadi aku cut and paste details pasal Pulau Beras Basah ni dari google.

Pulau Beras Basah terletak tidak jauh daripada Pulau Cenang dan Pulau Rebak Besar . Pulau ini sebahagian daripada 104 buah pulau dalam gugusan Pulau Langkawi, Kedah, Malaysia. Jarak dari jeti Kuah, Langkawi ke pulau ini kira-kira 20 minit dengan bot laju.  

Pulau ini sering kali dijadikan tempat nelayan berteduh ketika laut bergelora ketika mereka kelaut menangkap ikan. Pulau Beras Basah mempunyai permukaan berbukit yang menghalang tiupan angin kencang dengan itu sesuai dijadikan tempat berteduh.

Terdapat sebuah jeti dibina oleh kerajaan negeri Kedah memudahkan bot pelancong berlabuh. Pasir di pantainya putih dan halus tetapi kadang-kala terdapat anak obor-obor yang boleh menyebabkan badan menjadi gatal. Banyak kera terdapat di tepi pantai dan mengutip sisa makanan yang dibuang oleh para pengunjung. Pengunjung juga boleh menyewa paracut yang ditarik oleh bot laju dan melihat pemandangan indah pulau Beras Basah.

Selamat datang ke Pulau Beras Basah

Bot bot island hopping tiba di Pulau Beras Basah

Keindahan Pulau Beras Basah, Airnya memang jernih dan pasir memutih

Tapi AWAS KRU ! Di sini banyak monyet berkeliaran dan suka mengepau plastik !

Lupakan si monyet, nikmati keindahan ciptaan Tuhan ini di sini

Pulau yang tak berpenghuni

Pepohon kelapa melambai riang memanggil datang

Pasir memutih memanggil manggil untuk berguling guling

Pelancong yang datang bertandang

Pulau pulau berdekatan

Ini watersport center. Biasanya ada banana boat dan parasailing tapi tengok cuaca jugak lah.

Oh...

Ah....

Uh...

Ih....

Harap reti : Tiada toilet di sini. So sila pakai pampers!

Sejam dua dah cukup berada di sini untuk berehat dan mandi manda

Satu satu nya chalet yang ada, tapi private kot macam tak berpenghuni

Indah bumi pertiwi

OK. Few tips di Pulau Beras Basah.

1. Kalau nak datang sini boleh join island hopping. Biasanya ini port pertama dia orang berhenti. 

2. Tempat ni memang sesuai untuk mandi manda. Tapi benar macam kata wiki tu, ada obor obor so potensi untuk badan menjadi gatal adalah cerah. Tak pun ada jejarum laut yang akan mencucuk cucuk yang boleh jugak menyebabkan kegatalan.

3. Tak de toilet, so di larang membuang di sini ! Kalau nak kencing tu pandai pandai la tapi kalau nak berak di galakkan tahan dulu.

4. Monyet memang banyak. Dan dia orang ni sangat terror. Awas kalau bawak plastik plastik sebab dia orang suka suka hati je akan merampas tanpa belas ehsan. Tapi monyet monyet ni tak de la serang orang, halau je then dia orang pegi macam tu je. Cuma kena lebih hati hati.

5. Tak de restoran mahu pun kedai juga di sini. So di galakkan bawak bekalan dan boleh berkelah kelah sambil menikmati keindahan alam yang cantik tak terperi di sini.

3 comments :

  1. wah takde toilet? bahana ni nak "jamming"...

    ReplyDelete
  2. berlakon la jadi penyu, menetas ujung ujung.. hahaha

    ReplyDelete
  3. hahahaha...kalau lelaki senang jek kalau xde toilet ni...pancut jek kat batang pokok kelapa...hehehe

    tang monyet ni mmg ganas, apa saje yg boleh dicekup dicekupnya...so kalau boleh dtg x perlu bawak apa2 atau pakai apa2 hehehe...

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...