Sunday, March 24, 2013

Jom Tonton : Bola Kampung The Movie

Segar dari ladang tenusu !!!!

Sayugia di khabarkan al kisah, di satu hari yang tenang di malam selepas badai melanda negeri indera sakti, aku telah pegi ke panggung wayang untuk tengok cerita Melayu buat pertama kalinya tahun ini !

* tepuk.......

Ceritanya, Bola Kampung The Movie.

Actually Hero la yang kemaruk sangat. Dari start dia tengok iklan movie ni dekat TV start 21 hb so hari hari la dia azan kat aku nak ajak tengok.

Kalau ikutkan hati dan perasaan dia tu, 21 hb Mac start tayang tu, malam dan dan tu jugak ler dia nak tengok ! Tapi sebab esoknya sekolah lagi so aku bagitau dia hari Jumaat baru boleh tengok. Lagipun minggu depan cuti sekolah nak export dia balik kampung.

Punya la dia excited. Hari hari tanya.

"Papa.. lagi berapa hari?"

Pastu kang tanya lagi.

"Papa. Lagi berapa hari?"

Tapi lepas tu dia lupa !

Aku dah booked tiket hari Jumaat kelmarin dan bergegas balik awal sebab show pukul 8.45 malam. Takut jem. Memang jem pun. Sampai rumah dah lewat, dah cakap kat OR suruh siap awal awal.

"Papa kita nak keluar ke?"
"Haah"
"Nak pegi mana?"
"Bo-o-la-o-bo-o-la Kampung !"

Aku dok nyanyi nyanyi depan dia, tapi dia masih dok blur blur sotong. Pastu tetiba baru dia teringat.

"Papa !! Kita nak tengok wayang Bola Kampung ker?"
"Ya lah.. "

Berdesup terus dia bersiap. Sebelum tu OR suruh bersiap tak di layannya sebab dia tengah dok tengok kartun kat TV.


Synopsis.

Amanda, seorang puteri dari dunia permainan maya “Kingdom Hill” telah dihantar ke Kampung Gong Lechar untuk mencari sang wira bergelar “Suria Warrior” untuk menyelamatkan Kingdom Hill yang sedang diserang virus.

Setibanya di Kampung Gong Lechar, Puteri Amanda telah kehilangan ingatan dan berkawan dengan wira-wira Bola Kampung seperti Iwan, Azizul, Sabok, Kumar dan kawan-kawan. Iwan pula salah anggap Puteri Amanda adalah sepupunya yang sedang bercuti sempena cuti persekolahan dan terus memperkenalkan Puteri Amanda kepada kawan-kawannya.

Tanpa disedari, seorang penjahat dari Kingdom Hill juga telah dihantar ke Kampung Gong Lechar untuk mencari dan membunuh Puteri Amanda.

Setelah beberapa hari, ingatan Puteri Amanda beransur pulih, sedikit demi sedikit. Puteri Amanda kemudian menyedari bahawa Sabok ialah Wira “Suria Warrior” yang dicari-carinya selama ini. Malang sekali, Puteri Amanda telah ditangkap dan dilarikan oleh penjahat itu dan dipaksa untuk pulang ke dunia permainan maya, Kingdom Hill.

Dalam masa yang sama, Kumar, yang merupakan saintis muda di kampung tersebut mendapati bahawa permainan maya Kingdom Hill telah diserang virus dan berkemungkinan bahawa virus sama yang akan mengancam keamanan Kingdom Hill.

Atas nama persahabatan dan kemanusiaan, Iwan dan rakan-rakan bersetuju membantu menyelamatkan Puteri Amanda dan kerajaannya. Iwan, Sabok, dan Azizul kemudian memasuki dunia maya, Kingdom Hill, dengan usaha untuk menyelamatkan Puteri Amanda, sekaligus menghancurkan niat jahat Lord Vilus untuk menakluki kerajaan Kingdom Hill.

Di situlah bermula sebuah penggembaraan; penggembaraan yang pastinya harus ditonton oleh khalayak untuk mengenal sebuah ikatan antara persahabatan dan kekeluargaan.

Pengarah: Bukan Rashid Sibir tapi Ah Loong & Ah Tee dari Animasia Studio Sdn Bhd.

Penyumbang Suara:

Ezlynn - IWAN
Afdlin Shauki - SABOK
Harris Alif - ZIZUL
Marsha Milan - PUTERI AMANDA
Adila Shakir (Dilly) - NASHA
Baki Zainal - SANTOK
Meester Bones - KUMAR
Douglas Lim - SZETO
Harun Salim Bachik - TOK AYAH
Aizat Amdan - MAT
Mamat - MID
Meester Bones - MUD
Rahhim Omar - KING
Deanna Yusoff - PERMAISURI / QUEEN

Genre: Animasi, Pengembaraan
Bahasa: Melayu
Tarikh Tayangan: 21 Mac 2013


Trailer

Ini bukan cetak rompak. Ini skrin capture dalam wayang. Masih tak ramai orang sebab baru start show, sempat aku curi snap.

Layan.

Tiga sekawan : Iwan, Sabok dan Azizul

Merancang strategy

Kawasan permainan

Pahlawan Suria

Si Vilus yang jahat

Raja Medika dan Kingdom Hill

Iwan dan Puteri Amanda

Sebagai kanak kanak.

Hero memang excited sebab dia selalu tengok cerita ni kat TV. Punya la dia kusyuk tengok wayang sampai kali ni pop corn langsung tak makan. Aku suap pun, main nganga mulut je. Kalau aku suap kunci kereta pun dia ngap agaknya. Punya la tekun. Ada part part dia gelak bersungguh sungguh dan ada part dia cemas dan macam betul betul menghayati pengembaraan tu. Lagi lagi cerita ni siap masuk game, lagi la dia teruja lebih.

Sebagai orang tua.

Aku rasa cerita ni bagus. Animation yang boleh di puji. Jalan cerita menarik. Kalau tengok dari segi mengarut tu memang la ada jugak part tak logik tapi dah nama pun cerita kartun. Sebagai seorang bukan penonton movie Melayu di wayang aku rasa Bola Kampung The Movie ni patut di puji. Aku rasa cerita dia lebih kemas dan animation dia lebih lawa daripada cerita apa KRU buat dulu tu?

Dan semestinya cerita ni lawak dan sekali sekala terkeluar jugak la gelak badak aku. Hahaha.

* nasib tak kena baling dengan kasut

Sebagai OR pulak.

Dia layan jugak sebab dia la yang beriya suruh aku beli tiket wayang ni takut anak teruna aku tu merajuk. Last last kat dalam wayang.

"Yang. Hot dog nak?"
"Boleh. Pop corn tadi mana?"
"Ni. Air. Air"

Hero tak heran pun pasal makanan, tapi aku dengan OR yang sibuk berpicnic dalam panggung wayang.

Anyway movie yang bagus untuk di tonton. Pastinya semua akan terhibur untuk 1 jam 30 minit tu. Aku bagi 4/5.

Silalah serang wayang yang berdekatan rumah anda ...................... !

6 comments :

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...