Tuesday, March 26, 2013

Langkawi 2013 - Pulau Dayang Bunting

Pernah dengar Tasik Dayang Bunting kan?

Tau tak Tasik Dayang Bunting tu terletak di pulau apa?

Langkawi? Tetttttttttttt ! Salah ! Jawapannya terletak di Pulau Dayang Bunting !!!

* mengilai macam langsuir

Pernah tau kenapa di namakan Pulau tu Pulau Dayang Bunting?

Jawapannya adalah.

Jeng Jeng Jeng.

Sebab pulau tu kelihatan seperti dayang yang tengah membunting !!!

Tak percaya? Tengok ni.


"Dayang Nurfaezah, kau ambik bantal ni letak dalam baju, pastu berbaring di situ !!!"

* mati la arahan

Dayang Nurfaezah berbaring dengan perut yang membunting

Tapi itu bukan Dayang Nurfaezah. Tidak jugak Dayang Ku Intan. Jauh sekali....  die young dalam lagu Keisha - Die Young tu.

Tahukah anda Pulau Dayang Bunting merupakan pulau yang terbesar selepas Langkawi di Kedah?

Ia terletak 17.6 km atau kira-kira 15 minit perjalanan dengan bot dari jeti Kuah, Langkawi. Jalan perhubungan hanya melalui bot laju yang boleh disewa di jeti pekan Kuah, pulau Langkawi.

Pulau ini mendapat nama daripada kisah gergasi sakti yang bernama Dayang Bunting. Pulau ini seimbas lalu menyerupai gergasi hamil yang terlena. Dalam perjalanan ke Tasik Dayang Bunting, kita akan lihat bentuk gunung yang menyerupai seorang perempuan sedang terbaring dengan bentuk kepala , dada dan perut yang sedang bunting.

Antara tempat yang menarik di sini ialah Tasik Dayang Bunting dan Gua Langsuir. Gua Langsuir terletak di tengah perjalanan ke Tasik Dayang Bunting. Gua ini adalah akibat kesan hakisan ombak laut jutaan tahun lampau. Terdapat bentuk-bentuk tergantung iaitu stalagtik yang mempunyai pelbagai bentuk - lalu dinamakan langsuir.

Langsuir?

* terus tak jadi mengilai dah

Takut !

Cakap banyak pun tak guna, salah cakap kang marah dek Cina (saja nak bagi rhyme). Jadi, ayuh tengok gambar gambar ni.

Bot bot berlabuh di Pulau Tasik Dayang Bunting

Ada jetty di sediakan

Selamat datang

Dah sampai dah ni

Peta Pulau Dayang Bunting

Pulau Langkawi merupa Pulau yang strategik di dalam pertahanan Negeri Kedah dalam pergolakan sejarah dari ancam Siam. Ia merupakan benteng awal dan pusat tinjau pergerakan musuh yang melalui jalan laut. Dari Gunung Mat Chinchang seluruh Langkawi dapan di pantau. Ia juga laut sekeliling terutama laluan ka Kuala Kedah Pengkalan kepada ibu Negeri Kedah. 

Oleh kerana negeri Kedah menghadapi kemarau lebih empat bulan setahun (Dis hingga April) bekalan air amat penting kepada orang Langkawi khusus nya pelaut dan nelayan. Sebab itu takungan air tawar membuat pulau itu menjadi penting. Oleh kerana zaman dulu tiada rujukan lokasi secara moden semua lokasi di beri dalam rupa bentuk supaya Nelayan mudah mencari. Jadi sifat bentuk orang mengandung sedang tidur menjadi rujukan Pulau Dayang Bunting. Kepentingannya di zaman dahulu ialah untuk mendapat bekalan air tawar.

Tiada penduduk yang tinggal di pulau ini, tapi beberapa fasiliti pelancongan disediakan termasuk tandas dan sebagainya. Depan toilet tu ada orang jual lastik. Dah anak aku mengamuk nak beli lastik jugak. Nak melastik apa pun tak tau.

Tandas awam. Awasi penjual lastik !

Tetapi, barang di ingat. Di pulau ini terdapat banyak monyet yang berkeliaran dan suka menyelongkar sampah sarap mahupun mencuri plastik yang di bawa. Jadi berhati hati. Kedatangan anda pastinya di sambut oleh mereka ini yang selalunya berniat serong dengan apa yang anda bawa.

Hati hati Che Salmah !

Monyet monyet menyelongkar

Di tengah pulau Dayang Bunting pula terdapat tasik air tawar yang berkeluasan 3 padang bola sepak. Sebuah jeti telah dibina di tepian pulau Dayang Bunting untuk bot-bot pelancong singgah. Tangga-tangga dibina ke atas dan kemudian kemudian menurun ke bawah - jaraknya 1 km sahaja . Sebuah pelantar dibina di tepi tasik dan disediakan jaket keselamatan dan bot berdayung dengan kaki dengan sewaan RM15.00 . air tasiknya hijau jernih dan menimbulkan panorama yang menarik.

Ayuh, kita melangkah menuju ke Tasik Dayang Bunting. Jarak perjalanan lebih kurang 10 minit menaiki anak tangga yang di sediakan. Mula mula agak mendatar tapi lama lama agak steep sampai ke hujungnya di mana anak tangga curam terus menurun hingga ke tasik.

Perjalanan akan di temani oleh aksi lincah monyet monyet ini

Ini la Tasik Dayang Bunting

Ada pelantar di sediakan untuk pelancong merasai sendiri air tasik ini

Bot bot juga di sediakan untuk aktiviti di sini

Awas ! Air di sini dalam. Hati hati kalau nak mandi

Namun, ramai yang mengambil langkah untuk duduk dan godek godek kaki di air tawar ini

Terdapat kolam kecil yang cetek untuk kanak kanak bermandi manda tapi hati hati dasarnya agak licin kerana lumut

Kolam kecil

Boleh jugak feeling feeling berehat dan bagi ikan gigit kaki dan kuku yang bercagu

Terdapat kedai menjual cenderamata dan juga minuman ringan di sini. Ada sewa bot, sewa jacket dan macam macam lagi. Kawasan tak de la besar, tapi cukup la untuk duduk bersantai buat seketika.

Di khabarkan, sesiapa yang teringin mengandung, boleh datang ke sini dan minum air dari Tasik Dayang Bunting ni. Tapi untuk pompuan je la. Kalau dah nama jantan tak boleh mengandung, kau tegok la 40 gelen pun, bertambah kembung je la jadi nya. Tak de kesahihan dalam membuktikan minum air tasik ni boleh mengandung. May be lebih kepada kepercayaan. Lagi lagi datang sini bercuti, balik bilik hotel tak buat apa terus beromen je.. Tup tup. Menjadi uols ! Pastu sabitkan sebab minum air ni. Dok gitu?

Terdapat  cerita dongeng dan mitos, berkenaan dengan legenda tasik ini.

Menurut lagenda tempatan ia bermula dengan kisah cinta lelaki bernama Megat Teja dan perempuan bunian bernama Dayang. Megat Teja berjaya memenangi hati dayang dengan menyapu air mata duyung ke wajah Megat Teja, dan apa bila Dayang terpandang wajah Magat Teja maka Dayang pun jatuh hati. Setelah Dayang hamil maka dia mengambil keputusan untuk bersemayam di kawasan tasik sehingga melahirkan anak, Tetapi anak dayang mati setelah 7 hari di lahirkan. Dayang menanam mayat bayinya di dasar tasik. Sehingga hari ini tasik dan pulau ini dipanggil Pulau Dayang Bunting dan Tasik Dayang Bunting.

Boleh nampak bentuk seperti wanita hamil terbaring. Nampak bentuk muka, bentuk tetek, perut dan pinggul.

Ini pemandangan Dayang yang membunting tadi. Tadi dari sebelah sana, kini dari arah tasik.

Pastinya setelah menghabiskan masa di tasik tadi, boleh la berpatah balik ke jetty tempat bot berhenti. Boleh duduk melepak tengok gelagat monyet monyet di sini.

Mencari kutu

Bersendaloka sesama mereka

Tunggu bot

Untuk pulang ke Langkawi

Pendek kata, lawatan anda ke Langkawi tidak akan lengkap sekiranya anda tidak berkunjung ke Pulau Dayang Bunting ini.

Aci ke cakap cam tu? Pepandai je. Lengkap tak lengkap pun ada orang kesah?

12 comments :

  1. haaaaaaa sabit tu la aku tak brani nak mandi kat tasik ni, terbayang2 jer ada baby kat dasar tasik tu duk tarik2 kaki eiiiiiii takutnyerrrrr!

    p/s: ye, saya penakut. sekian.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mlm selepas saya pulang dari pulau ni...saya mmg x dpt lelapkan mata...asyik ternampak2 tgn2 dari dlm air nak ambik dan tarik kaki saya...huhuhuhu

      Delete
  2. meng,

    kat langkawi, selain ramai warga asing, kaum monyet jugak tak ketinggalan ramainya..pribumi langkawi lah kiranya...

    ReplyDelete
  3. memang ramai.

    Biq : aku pun fikir bukan bukan. Ntah ntah ada naga dlm tasik tu.

    ReplyDelete
  4. ntah2 ada zombie sekali dalam tasik tu...

    duluuuu...masa aku dtg monyet2 tu sambut kite org kat jetty lagik..

    ReplyDelete
  5. HB : monyet bersuka ria di kawasan ni. port mereka la kot.

    SN : ya ker. mimpi air tu nak dpt rezeki..

    dpt rezeki tak?

    ReplyDelete
  6. Replies
    1. emangnya keren banget..............

      * tarik lidah yang bersimpul

      Delete
  7. Hahaha...nak tergelak lak baca..mmg mcm2 mitos langkawi ni..

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...