Untuk trip ke Langkawi ni, cabaran paling besar aku adalah nak memilih hotel !
Sebab resort ni agak besar jadi nak bergerak ke bilik dari lobby ni menggunakan perkhidmatan buggy.
Kalau menapak pun tak de la jauh sangat sebab bilik aku pun tak berapa jauh dari lobby area tu, cuma bagi excitement terlebih, naik je la buggy. Plus dia orang yang angkat semua beg pun.
Ini buggy nya.
Sebab kalau aku pegi sorang sorang ke atau dengan GBS, tak kisah pun duduk hotel cikai je. Tapi since bawak family aku nak la bagi dia orang selesa sikit. Dah nama pun bercuti. Lagi lagi kalau ada budak budak ni hassle nya terlebih. Jadi aku pun mencari hotel yang aku rasa dapat memenuhi kehendak aku, OR dan paling penting Hero.
Hero cakap senang je. Hotel mesti ada pool. Aku pulak, hotel mesti by the beach. OR cakap.
"Ikut la Yang. Mana mana pun OK"
Haa... So undi dia adalah tak boleh ambik pot.
So 2 minggu sebelum pegi tu aku dok la riki hotel hotel menarik di Langkawi.
Dari lebih kurang 10 5-Star hotel aku scale down sampai lah 4 yang aku rasa memenuhi kehendak dan keperluan kami sekeluarga.
1. The Andaman.
Menarik hotel ni, aku pernah pegi dulu zaman muda muda. Tapi bila fikir macam jauh pulak terperuk, nanti susah nak keluar makan so aku kuburkan harapan.
2. Tanjung Sanctuary Langkawi.
Ni antara option last yang tinggal. Villa Beach dia macam menarik tapi bila baca review kawasan hutan hutan sikit, privacy memang la privacy tapi banyak monyet dan pantai pun kecik. Pool dia lagi kecik dan tak berapa menarik untuk budak budak.
3. Rebak Island Resort.
Nak ke pulau Rebak ni kena naik bot lain pulak. Baca review memang best tapi fikir terperangkap la kat pulau tu kalau stay sana. Nak ulang alik ke Langkawi nak kena naik bot pulak, leceh.
So last sekali, aku ambik pendekatan yang senang, mudah dan malas nak fikir banyak banyak.
Ini la hotel yang aku pilih sebab aku baca review, sangat bagus especially for kids sebab ada mini theme park. Mesti la Hero suka ria. Pulak tu dekat Cenang je. Dekat dengan tempat makan dan tak payah nak travel ke sana ke mari.
So aku decide book je Meritus Pelangi Beach Resort and SPA ni.
Aku pun pernah datang sini dulu jadi aku dah boleh expect dan tau la sikit sikit pasal resort ni.
Semua urusan check in waktu sampai tu mudah je. Sampai, kami duduk di beri welcome drink dan urusan mendapatkan bilik tak sampai 10 minit. Semua nya dia orang settlekan siap siap. Aku just bagi IC jer. Lepak kejap minum welcome drink dia, air serai dengan apa benda ntah. Aku rasa macam sedap je, OR cakap tak sedap. Hero? Haram dia tak nak minum dia kata minyak wangi. Tapi air serai tu still tak boleh lawan welcome drink di Pangkor Laut Resort. Air bunga raya tapi sedap gile.
Lobby dia agak grand. Besar dan luas. Bangunan di perbuat daripada kayu. Memang sekali pandang scary jugak sebab gelap je tapi selesa lah. Masa check in tu dalam pukul 10 malam.
Entrance
Lobby
Ruang menunggu
Reception Kaunter. Nampak almari kena potong dengan kipas tu?
Ni pun dekat lobby
Ada satu bar kat lobby ni
Ini toilet kat lobby
Kalau menapak pun tak de la jauh sangat sebab bilik aku pun tak berapa jauh dari lobby area tu, cuma bagi excitement terlebih, naik je la buggy. Plus dia orang yang angkat semua beg pun.
Ini buggy nya.
Kalau nak bergerak dalam resort malas berjalan pun boleh call buggy ni. Tak pun boleh hotel ada sediakan basikal for free
Breakfast dia.
Ni restaurant untuk breakfast.
Ni bahagian luar
Breakfast dia bagi aku biasa biasa je. Spread boleh tahan la banyak tapi kurang menarik.
Tapi hotel cuma kasik 2 voucher untuk breakfast, maka jadinya extra kena bayar la tambah. Untuk Hero aku bayar breakfast dia RM25. Kalau dewasa rasanya dalam RM40 lebih kot.
Dekat tempat breakfast ni ada la nampak orang Melayu sebab dah ramai. Kalau tak, memang payah nak jumpa. May be masing masing duduk dalam bilik dan tak merayau mana.
Bilik.
OK. Bilik dia ada banyak jenis jugak la dan setiap bilik tu harga dia memang la berbeza. Dari Garden view, pool view hingga la ke beach view. Garden tu dalam min RM400 per nite, Lake view dekat dekat RM500. Pool View RM500 lebih dan Beach View RM600 lebih satu malam. Kena check jugak sebab harga bilik berbeza mengikut hari jugak. Weekend atau weekdays. Bilik yang aku book ni, aku check balik esoknya harga bilik dah jadi RM1,000 satu malam ! Better book a week before at least kalau tak harga memang boleh bikin nanges.
Ini Garden View. Biasanya mengadap bilik sama bilik atau pun taman permainan kanak kanak dan jugak laluan buggy
Pool View. Mudah kan? Keluar bilik terus terjun masuk kolam. Aku nak jugak yang ni tapi penuh dah. Risau pun ya jugak. Budak budak ni bukan boleh kira.
Bilik pool view dekat kolam satu lagi. Yang ni villa betul betul depan pool kids tapi penuh.
Ini lake view. Setiap bilik memang ada balcony besar dan untuk yang ni memang betul betul mengadap tasik. Ada 2 tasik besar macam ni.
Dan last sekali.
Beach Front ! Memang bukak pintu balcony terus nampak laut lah.
Dan aku memang ambik beach front villa so rasa best skit. Alang alang nak berehat dan menenangkan fikiran, biar rehat betul betul. Ya dok?
Pool.
OK. Di sini ada 2 pool besar. 1 main pool belakang lobby dan satu lagi Cascade Pool. Yang ni agak ke belakang sikit. Dua dua pun besar tapi Cascade pool tu macam more privacy sikit sebab di kelilingi oleh banyak banyak villa yang lain.
Ini Cascade pool
Ada jugak tempat untuk kid tapi kecik je la
Pool utama
Dekat pool ni lah ada pool budak budak. Boleh tahan besar
Dan kat sini jugak la ada mini theme park untuk budak budak ni
Histeria budak budak tengok mini theme park ni
Siap ada watersplash setiap 2 minit !
Dan selain daripada pool pool kat sini, ada jugak open jacuzi dan whirl pool.
Open pool
Open SPA and whirlpool
Yang bestnya dia ada shade so tak de ler panas
Tak tau buah apa tapi mamat buggy tu cakap buah ni gatal
Beach.
Beach dia dah tentu la Pantai Cenang. Memang luas. Bersih dan cantik. Betul betul mengadap Pulau Rebak.
Pantai Cenang
Beach kat resort
Fasiliti lain.
Ada meritus Club restaurant. All day dining. Kena upgrade la untuk dapat ni semua
Sunset bar
Belah depan
Betul betul tepi pantai. Dulu aku datang tempat ni tempat restorant untuk breakfast. Now dah tukar
Ini Massage Booth. Outdoor punya. Ada satu lagi Pelangi SPA kat bahagian dalam resort. Aku tak pegi usha pulak, tapi OR kata OK.
Malam malam memang ada live band dekat lobby. Sempat aku pegi usha duduk lepak lepak layan perasan. Macam biasa, pinoy band.
Sunset.
Kalau tak tau, Pantai Cenang kat Langkawi ni adalah spot yang paling best untuk tengok sunset. Tapi masa aku pegi hari tu satu hari mendung, satu hari lagi hujan terus. So memang tak berapa nak nampak.
Ni je la yang ada.
Service.
OK. Biasalah kalau hotel hotel ni apa yang membezakan star star dia adalah servis dia.
Sepanjang 3 hari 2 malam di Meritus ni aku rasa servis dia memang OK. Tip top. Dari memula sampai di lobby, sampai la bilik dan semuanya OK.
Cuma ada sekali je aku tertinggal kad bilik dalam bilik so tak leh nak masuk, aku pegi lobby mintak kad baru, dia just tanya nombor bilik je. Tak de pun verify nama aku ke apa. Kalau orang tu saja saja menipu cemana?
Kan?
Overall, aku suka hotel ni. Kira puas hati la. Nanti aku kasik gambar dalam villa dia pulak. Memang tak ramai Melayu kat sini so boleh feeling feeling posh sikit lah, cuma kalau nak duduk lama lama memang kena gadai bulu ketiak lah.
* tengok bulu ketiak yang dah hampir tandus
uih banyak gile pool dia, sonok la tak berkeladak beramai2 berendam hahaha...
ReplyDeletebahaya gak ni if ada bebudak kecik, terus terjun ke apa, mau lemas, so mmg kena tengok2 jugak la ye...
Live Band pinoy mari tp apsal penyanyi cam dari Rep. Czech dan pemain drum dia cam dari Sri Lanka??
ReplyDeleteBuah gatal tu ko x cuba makan ke? mana tau leh jadi bertambah gatal...hehe
meng,
ReplyDeletesimpan cita2 jgk nk dok sini...bgn pagi2...nak terjun dlm pool...haha
mase dok ab motel ritu lalu sini dok pandang2 je sambil berangan, memang budget mahal tp bile tgk ni harga n facilities sangat berbaloi! cantik! =)
ReplyDeleteBiq : Memang syok. Sebab x ramai budak. Hero dpt pool all by himself. Yang x syok nya, aku la yang nak kena jaga dia kuak lentang as Papa sibuk nak skodeng mandi kat kolam besar. hiks
ReplyDeleteHB: tu pinoy sulu kot.. gelap skit. hahaha
buah tu pegang pun gatal.. kalau makan terus masuk spital. lalu boleh menggatal dengan nurse.
DATT : boleh. setakat nak masuk jln2 pun rasanya tak de hal. tepi tu ada watersport center buleh access by public.
CL : aku pun pernah dok AB Motel tu.. kalau x nak guna facility duduk motel biasa pun ok kot... unless honeymoon or bawak family aci la dok sini.
mmg cantik sini...aritu pi visit sbb nak wat event...dah berangan la nak duk sini 1week...skali masa event, takleh pegi sbb ada hal lain...hehe takde rezeki....
ReplyDelete1 week??? pergh.
ReplyDeletex per lah. next time ada la rezeki tu
Cntik la pling best terus ke laut.kalau nk murah n tujuan utama nk mndi pntai,AB motel pun ok tapi yg lecehnya tmpat parking kreta tu sempit slalu penuh...tu yg potong tuu
ReplyDeleteya btolll
ReplyDelete