Monday, January 26, 2015

Jom Makan : KulCats Barrio, TTDI, KL

Ayuh !

Makan.

Hari minggu adalah hari makan kat luar. Aku ada plan, tapi dalam kereta tanya Hero. Sebab time cuti tu dia ada weekend je. Hari lain sibuk dengan Kem Quran.

"Abang nak makan apa?"
"Abang tak nak makan nasi. Hari hari makan nasi bla bla bla....."

* nak merujuk dia gemuk bukan salah dia lah tu

"Laaa.. Kenapa tak mintak spaghetti?"
"Mana boleh Papa ni"

Hahahaha...

Biasalah pegi kem makan pun kena ikut aturan dan menu menu yang ada. Masalahnya body tu dah sama bulat dengan baldi.

So sebab dia nak makan western, jadi memang tepat pelawaan aku untuk kami pegi makan di Kulcats Barrio di Taman Tun.

Aku tak pasti apa maksud Kulcats... Maybe kekucing Kl... 

Ini kedainya.. Nak senang.... taip je kat waze. Insya Allah jumpa

Dah sampai parking lah kereta !

Tapi tu kereta orang lain. Macam kesian je kereta mahal mahal buat kaler purple cam tu. Tapi maybe bagi tuan nya tu paling menarik, so fair to the lady. kot?

Sebab lot kedai ni terletak agak terkebelakang dan malam malam tak de banyak kedai lain yang bukak jadi banyak parking. Kalau siang aku tak pasti cemana.

Setting dalam kedai

Kedai dia biasa je tak besar mana. Cuma 1 unit rumah kedai yang di convert jadi resto. Tapi dalam dia agak bersih dan boleh tahan la. Time tu orang agak ramai tapi adalah seat untuk kami.

Tak perlu menunggu lama.

Duduk, layan menu menu nya.

Menu

Menyediakan banyak western food dan desserts

Pilih la ikut kehendak masing masing

Antara sebab aku nak try tempat ni adalah kerana desserts mereka. Dengar cerita macam kebabo.. Jadi aku nak la cuba try test. Nampak tak situ aku mudah tergoda dengan pembacaan? Sebab tu aku malas nak membaca !

Layan gambar desserts yang ada. Terima kasih kepada anak aku yang tukang jadi paparazzi. Gambar tak memenuhi piawain tapi bapak nya lagi segan nak ambik gambar gambar ni jadi... pasrah.

Oreo something

Cake pelangi

Red Velvet

Choc Mars Cake

Dan cake cake lain

Nampak menarik ?

Lagi menarik...

Selagi tak order... budak ni pegi buat tunjuk perasaan kat depan tempat kek tu.... Dia nak rainbow cake

Mereka mempersiapkan hidangan yang kami order....

Dan juga minuman 

Okey. Servis tak berapa lama. Pantas juga.

Sudahnya.. makanan dan minuman dipersilakan masuk mengadap.....

Virgin Pina Colada untuk Papa. Lain lain order air biasa. Milo dan Coke Float

Tengok? Agak agak kenapa gambar gegar? Sebab..... lapar....

Haaa baru ada rupa lasagna..... So so je la. Tak sedap mana

Meat Ball.. Konon untuk Princess.. Tapi dia tak suka... 

Facon Carbonara. Sedap... tapi sikit. Sebab sedap jadi semua orang berebut..... 

Chicken Parmesan. Aku punya. Hmmmm.. Sedap gak. Budak budak pun semua  makan yang ni lepas dia orang punya meals dah abis

Ada orang nak makan lamb chop. Katanya sedap tapi liat

Overall food adalah boleh tahan sedap. Banyak sangat makan cheese jadi berat tubuh badan. Pastu anak aku gemok aku salahkan cuaca !

Hiks.

Dan tak di lupa... Bintang malam itttewwwww.

Pie Volcano apa benda ntah nama dia..

Kalau dah rupa macam ni yang tinggal tak kan tak sedap kot. Sedap lah

Makan makan perut pun kenyang.

Dah kenyang terus mata menyusut.. Balik la tidur....

Settle kan bayaran.... Harga semua RM 188. Tapi desserts dia harga agak munasabah la jugak kat sini.. range below RM 12. Meals tu dalam RM 20 - 30

Sempat snappy. Baru gambar menawan sikit

Lepas makan boleh berbekam kat sebelah.

Okey. Kedai Kulcats ni sebenarnya ada 2. Satu yang Barrio ni satu lagi KulCats Desserts. Maybe jual dessert je lah. Selang dua tiga buah je dari kedai Barrio ni.  So boleh pilih kalau nak makan desserts je tak payah la menyesak nyesak kat sini.

Duduk aman damai kat kedai satu lagi.

Apa yang aku suka adalah semangat jiwa raga muda mudi menjayakan perniagaan ni. Kebanyakkan nya budak budak Melayu yang rajin bertungkus lumus.

Bravo ! Semoga semangat dan jiwa saing akan kekal selama lamanya... Semoga perniagaan maju jaya adanya.. Cuma tak syok sikit sebab dia orang tak accept debit/credit card. Jenuh aku menapak gi ATM.

Boleh gi cuba siapa nak rasa. Check FB mereka.. FB Kulcats

Check juga waktu perniagaan dan alamat mereka. Tutup hari Selasa.!

Dan tak lupa. Rainbow cake.

Kalau tak beli ni mesti dia amuk satu kedai.

So beli dan tapau je buat balik rumah. Macam biasa.. asal ada cake je mesti yabede day tu yu ( birthday )...dan kena ada lilin baru boleh makan. Asal yebede day tu yu je... mesti kira birthday dia... !

Aku recommend resto ni dengan bulan bintang malam bergemerlapan.

Selamat mencuba !



Laksana bintang
Sinarnya terang di kala malam
Indah kerlipan
Dapat menghibur jiwa yang rawan

Tuanlah bintang malam
Kilauannya memukau pandangan
Tuanlah bintang malam
Kilauannya memukau pandangan
Rindu mengambang
Terbayang wajahmu tuan

Sungguh kasih sungguh sayang
Sunguh sungguh hamba mengharapkan
Sungguh kasih sungguh sayang
Sungguh sungguh rindukanmu tuan

Apakah gerangan
Andainya kering air di lautan
Oh bisakah hamba
Untuk lupakan wajahmu tuan

Tuanlah bintang malam
Kilauannya memukau pandangan
Tuanlah bintang malam
Kilauannya memukau pandangan
Rindu mengambang
Kala terbayang wajahmu tuan

7 comments :

  1. Selalu ke area ni sbb gi Akubekam, tapi x prnah singgah cafe seblh sbb dekorasi mcm menakutkn je..tapi pernah beli kek kt cafe dessert..mmng sedap..*drooling*

    ReplyDelete
  2. tokey dia boifren Nabila huda..
    bolelah kot pergi try nanti, dessert dia pun nampak senonoh..

    ReplyDelete
  3. Tempat kesukaan aku ni sebab banyak makanan kat sini kena dengan selera aku.

    ReplyDelete
  4. Nampak sedap. Abg Meng pernah tak try Hardware Cafe kat Space U8? Chicken cheese sedap. Carbonara pun sedap. Tapi tak sure buka lagi ke tidak tempat tu.

    ReplyDelete
  5. mknan cukup menyelerakan tapi bila tgk harga rasa gigil tangan nk byr maybe utk org berduit cam habang meng ni no problem lah kalau cam JM gaji ciput ni hanya mampu kumpul utk g travel je lah

    ReplyDelete
  6. Nohas : oh.. aci bekam situ. oke ka berbekam kat situ?


    Dzu : haaa pernah gak dengar pasal kedai ni bf nabila tapi x pasti mana satu..

    nanti boleh la tgk nabila huda kat sini..

    or dia pegi berbekam ke? hahahah


    CC : ya ka.. kira banyak makanan sedap jugak la kan.

    patut aku cuba lagi nanti

    ReplyDelete
  7. Hani : hardware cafe?

    ace hardware aku tau lah.. Space u* pun x pernah sampai.

    x per. nanti aku gi usha rina..


    JM : sekali sekala gi la makan pulak..

    takkan nak travel manjang... tak penat ke??

    * mati la tanya orang

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...