Friday, December 2, 2016

Jom Singgah : Masjid At-Taqwa, TTDI

Masjid At-Taqwa merupakan sebuah masjid yang terletak di Taman Tun Dr Ismail, Kuala Lumpur.

Layan gambar sikit.

Bangunan masjid pada waktu malam

Pada asalnya masjid ini di bina sekitar tahun 80-an, di kawasan kediaman TTDI untuk penduduk melakukan ibadat dan solat Jumaat.

Setelah berlakunya kepesatan penduduk di kawasan kejiranan, masjid ini telah diperbesarkan untuk menampung jumlah jemaah yang semakin meningkat.

Masjid ini mempunyai dua menara dan dua kubah warna hijau yang indah. Dewan solatnya boleh memuatkan sehingga 2000 orang. Masjid ini adalah satu konsep yang moden, dan mudah.

Usha gambar sikit.

Signage di pintu masuk hadapan

Masjid dengan sebuah kubah dan 2 menara

Terdapat kawasan parking di persekitaran masjid At Taqwa ini

Masjid ini mempunyai bangunan khas 2 tingkat di perkarangannya yang mana dijadikan sebagai pusat perniagaan yang di penuhi dengan deretan kedai untuk berdagang Islam. 

Di bangunan yang sama terdapat juga sebuah kafe di mana jemaah untuk berehat selepas ibadah. 

Masjid ini juga menyediakan tempat letak kereta, tandas dan kemudahan lain.

Tempat mengambil wuduk. 

Malangnya toilet terletak jauh di belakang. Kena pusing satu masjid untuk ke tandas unless memng parking kat dalam dan terus ke belah belakang.

Usha dalam bangunan masjid.

Ruang tambahan di bahagian luar untuk jemaah solat

Pintu masuk ke dewan solat utama

Dewan solat utama

Kubah dari arah dalam bangunan masjid

Dihiasi dengan karpet baldu berwarna hijau

Bahagian mimbar dan mihrab Masjid TTDI

Masjid ini secara aktif menyediakan program agama dan kelas agama untuk jemaah selain dari ceramah agama yang telah di jadualkan sepanjang tahun.

Untuk rujukan aktiviti dan kuliah : At Taqwa

Sesuai dengan nama masjid ini iaitu At Taqwa yang di ambil dari perkataan takwa yang bermaksud sikap kepatuhan seseorang terhadap perintah Allah dan RasulNya, baik perintah itu berupa suruhan atau larangan.

Secara ringkas orang yang bertaqwa ialah orang yang menjunjung dan patuh kepada semua perintah Allah.

Menurut Imam al-Ghazali rahimahullah, kalimah taqwa yang terdapat di dalam al-Quran al-Karim membawa tiga makna:

- Pertama, bermakna takut, gerun atau ngeri (Haybah).
- Kedua, bermakna taat.
- Ketiga, mengandungi maksud menyucikan hati daripada dosa.

Mengikut para ulamak: "Takwa itu ialah menyucikan hati daripada dosa sehingga menguatkan azam untuk meninggalkan dosa dan seterusnya memelihara diri daripada segala maksiat".

Imam al-Ghazali membuat kesimpulan :

Bahawa takwa itu ialah menjauhkan setiap apa yang ditakuti akan membawa mudarat kepada agama. Bandingannya ialah berpantang bagi orang yang mengidapi penyakit. Ada pun berpantang daripada melakukan perkara-perkara yang membawa kerosakan kepada agama pula ialah "bertakwa".

Definisi taqwa yang terindah adalah yang diungkapkan oleh Thalq Bin Habib Al’Anazi:

العَمَلُ بِطَاعَةِ اللهِ، عَلَى نُوْرٍ مِنَ اللهِ، رَجَاءَ ثَوَابِ اللهِ، وَتَرْكِ مَعَاصِي اللهِ، عَلَى نُوْرٍ مِنَ اللهِ، مَخَافَةَ عَذَابِ اللهِ

“Taqwa adalah mengamalkan ketaatan kepada Allah dengan cahaya Allah (dalil), mengharap ampunan Allah, meninggalkan maksiat dengan cahaya Allah (dalil), dan takut terhadap azab Allah”. (Siyar A’lamin Nubala, 8/175)

Masjid At-Taqwa TTDI
Jalan Datuk Sulaiman
60000 Taman Tun Dr. Ismail
Kuala Lumpur
03 7729 3710

Selamat meyinggah !



Selagi hayat dikandung badan
Jangan sekali dikau lupakan
Perintah rasul dan perintah Tuhan
Itulah tugas setiap insan

Jika kita melupakan
Perintah Tuhan kau abaikan
Jangan sekali kau harapkan
Bahagia di dunia yang fana
Apa erti hidup ini
Jika tiada taqwa dan iman

Selagi hayat dikandung badan
Berbuat baik sesama insan
Jangan lupakan perintah Tuhan
Fakir dan miskin jangan kau lupakan

Selagi hayat dikandung badan

6 comments :

  1. Masjid org ada2 ni.

    Nice writing in Taqwa definitions Meng. (Tetiba speaking...)

    ReplyDelete
    Replies
    1. org tak ada ada pun buleh gi.....

      oh itu cut and paste from somewhere... aku belum layak nak tulis ayat ayat serupa gitu. belum cukup ilmu di dada yang bidang

      Delete
  2. Replies
    1. lama dah binaan dia.. kena maintain elok elok

      Delete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...