Friday, December 8, 2017

ACAPPELLA SUITE HOTEL, Shah Alam - Part 2

Yawn !!!!!!!!!!!!!!!!!!

Bangkit. 

Hari ni pagi pagi lagi bebudak dan nak turun mandi kolam. Tapi tak berapa di beri layanan sebab aku memerlukan tidur yang mencukupi demi kelangsingan tubuh serta karisma diri dan aura memukau mukau !

Masih lagi di Acappella Suite Hotel

Pandangan dari hadapan

Dari tepi jalan

Conveniently located in Shah Alam, Acappella Suite Hotel is a great base from which to explore this vibrant city. The excitement of the city center is only 0.6 km away. With its convenient location, the hotel offers easy access to the city's must-see destinations.

At Acappella Suite Hotel, every effort is made to make guests feel comfortable. To do so, the hotel provides the best in services and amenities. The hotel offers access to a vast array of services, including free Wi-Fi in all rooms, wheelchair accessible, laundromat, 24-hour security, daily housekeeping.

Guests can choose from 214 rooms, all of which exude an atmosphere of total peace and harmony. The hotel offers many unique recreational opportunities such as fitness center, golf course (within 3 km), outdoor pool, pool (kids). Acappella Suite Hotel is an ideal place of stay for travelers seeking charm, comfort and convenience in Shah Alam.

Semalam dah usha kawasan hotel dan facilities kan? Kali ni kita usha bilik pulak.... 

Are you ready????????????? 

* kibas kibaskan selimut dan lap air liur basi.

Acappella... ella ella ei

Room dia ada banyak jenis gak.

With special living and dining ares complete with kitchenettes, our superb hotel suites are value for money and the accommodation of choice in Shah Alam be it for long term stays or weekend staycations.

Dari bilik superior biasa hinggalah kepada 2 bedroom apartment, setiap satu daripadanya khusus untuk cater needs dan keperluan pengunjung yang datang menginap di sini.

Suite penginapan

Dan setiap bilik di lengkapkan dengan amenities berikut :

Individually controlled air-conditioning
Free wireless internet
TV with news and entertainment
Kitchenette
Coffee/Tea making facilities


Aku punya bilik Premier Family Suite dengan spesifikasi berikut :

Room size: 71 m2  
Sleeps: 4 pax
Bed Types: 2 single beds & 1 extra-large double bed

Dan di lengkapi dengan facilities termasuk lah Shower, Telephone, Air conditioning, Iron, Balcony, Refrigerator, Desk, Ironing Facilities, Free toiletries, Fan, Toilet, Microwave, Bathroom, Cable Channels, Flat-screen TV, Tile/Marble floor, Hardwood/Parquet floors, Wake-up service, Electric kettle, Towels/Sheets (extra fee), Wardrobe/Closet, Bidet, Blu-ray player, Towels, Linen, Dining table, Clothes rack

Jom usha bilik !

Bilik 601. Aku mintak higher floor tapi dia kata tak available.

Ada dining table

Kitchen yang agak sempit. Berlaga ponggong aku nak lalu

Satu king size bed di ruang tamu

Living hall

Kemudahan internet yang sangat lembap !!!

Ada in room service

Ada one bedroom

Ada  2 single beds

Bed dia OK jugak

Toilet

Amenities and toiletries

Bilik dia agak spacious lah. Aku punya ni 1 bedroom considered luas jugak. Kalau 2 bedroom boleh berlari lari la kot. Capacities boleh muat 4 orang, tapi kalau sumbat can go up to 7 orang sebab ada sofa boleh jadi katil juga.

Internet la very slow. Facilities kitchen memang kurang bersih. Pinggan cawan agak kotor dan mostly kitchen utensils tak terjaga. 

Penginapan dia secara keseluruhan more to cater family and group. Kurang sentuhan luxurynya Tapi bilik memang bersih.

Meh usha view sekitar Acappela Suites Hotel aku ni.

Belah depan. Kau skodeng aku, aku skodeng kau

Pandangan ke bawah dari arah balkoni

Ke kanan.....

Ke kiri.. ada kehijauan

Bukit Jelutong dari jauh

Masjid Bukit Jelutong

Tol Guthrie Shah Alam nak masuk ke Guthrie

Sultan Abdul Aziz Shah Golf & Country Club

Kawasan Seksyen 13 yang menjadi syurga pencari makanan makanan

Pusat komersial

Kawasan baharu

Arah Giant

Hah. Sebab lokasi suite hotel ni di pusat komersial Seksyen 13, so kalau nak mencari tempat makan dan kemudahan kemudahan lain memang tak susah. Banyak kedai makan. Giant pun ada. AEON Mall pun ada. Masjid. Stadium dan macam macam lagi lokasi menarik yang terletak berdekatan.

Tak salah lagi lah, dengan kemudahan dan facilities yang di sediakan, lokasi yang berdekatan dengan tempat tumpuan Acappella Suite Hotel boleh di katakan hotel nombor SATU di kawasan Shah Alam ni  dan boleh di jadikan option penginapan yang sekiranya ada urusan di kawasan persekitaran.

Tapi masih ada ruang untuk improvement especially kemudahan dan servis yang disediakan oleh penginapan ni. Boleh include kan breakfast sekali kot dan satu lagi masa check out beria call suruh keluar dari bilik... tak menyabor nyabor. 3-4 kali call. Bila kat lobby, dia orang jugak yang buat keje slow motion.

Apa apa pun matlamat aku datang sini sebab budak budak nak mandi kolam tercapai dan mereka seronok ! Overall rasanya meet expectation lah.

Cuma lain kali tak moh datang dah kecuali kalau aku ada entourage ramai ramai yang memerlukan penginapan.

Macam kumpulan Ungu datang buat konsert.....


Cinta adalah misteri dalam hidupku
Yang tak pernah ku tahu akhirnya
Namun tak seperti cintaku pada dirimu
Yang harus tergenapi dalam kisah hidupku

Ku ingin slamanya mencintai dirimu
Sampai saat ku akan menutup mata dan hidupku
Ku ingin slamanya ada di sampingmu
Menyayangi dirimu sampai waktu kan memanggilku

Ku berharap abadi dalam hidupku
Mencintamu bahagia untukku
Karena kasihku hanya untuk dirimu
Selamanya kan tetap milikmu

Di relung sukmaku
Ku labuhkan s’luruh cintaku
Di hembus nafasku
Ku abadikan s’luruh kasih dan sayangku

Kita sudahi dengan senja terakhir di Acappella Suite Hotel, Shah Alam .................







ACAPPELLA SUITE HOTEL
8 Persiaran Sukan,
Seksyen 13,
40100 Shah Alam,
Selangor, Malaysia.

Tel: +60-3 5039-8888
web :  acappella
fb : acappellasuitehotel/

Sila berkunjung !

6 comments :

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...