Tuesday, December 5, 2017

Trip SIHANOUKVILLE : Koh Rong, Cambodia

Entry Koh Rong muncul lagi !

Aku pernah share gambar gambar di Koh Rong ni dulu di sini : Koh Rong, Cambodia tapi tu entry malas. Tak de gebang apa apa pun. 

Kali ni aku nak cerita sikit Koh Rong dari pemerhatian dan pengalaman aku menjejakkan kaki di Sihanoukville dan sempat berkunjung di pulau di Cambodia ni.

Koh Rong

Perlu ambik tau, sekiranya ke Sihanoukville terdapat 2 pulau yang menjadi tarikan di sini. Satunya adalah pulau Koh Rong dan satu lagi adalah Koh Rong Sanloem. Kedua dua pulau ni letaknya tak jauh dari pantai Sihanoukville. Apa yang membezakan antara ke dua nya? Koh Rong lebih tertumpu sebagai lokasi santai dan pulau dia lebih hidup dengan beach bar dan ramai yang datang ke sini untuk berparty. Manakala Koh Rong Sanloem lebih damai dan masih belum begitu membangun dan lebih sesuai bagi yang mencari kedamaian.

Aku tak de banyak masa time tu. Cuma ada 1 hari spare je untuk ke pulau pulau ni. Dah lah cuaca tak berapa cun asyik hujan je. Ikut kan hati nak pegi dua dua pulau ni, tapi sebab masa dan jadual ferry macam tak berapa doable pada awalnya.

Lokasi Koh Rong dan Koh Rong Samloem

Untuk sampai ke pulau Koh Rong dan Koh Rong Sanloem ni kena naik ferry di jeti Serendipity Pier dekat Sihanoukville.

Serendipity Pier

Macamana nak ke pulau pulau ni?

First kena beli tiket. Dekat area jetty tu ada banyak kiosk jualan tiket dan boleh pilih. Harga lebih kurang sama je mana mana pun. Terbaik beli kat pejabat jualan ferry sendiri dan bukan through agent jualan.

Pejabat jualan tiket

Koh Rong has two ferry options. The slow boat leaves 2-3 times daily and takes 2 1/2 hours. ($5/10$ round trip with open return as of February 2014). 

The fast boat takes 40 minutes-1 hour and leaves about twice daily. ($20 R/T with open return). Two of the fast boat companies have websites, these are Speedferrycambodia and Sea Cambodia, the websites have up to date information on destinations and timetables.

Tapi masa aku beli hari tu USD15 untuk return trip. Rasanya harga ikut musim jugak kot.

Jadual perjalanan

So memula aku macam nak pegi dua dua pulau. Tapi route ferry ni walaupun dia pegi ke dua dua pulau tapi tak de yang route pegi ke dua dua sekali. So lepas consult dengan minah kat desk tu dia cakap, aku boleh pegi Koh Rong dulu dan beli tiket bot biasa dari Koh Rong ke Koh Rong Sanloem pastu balik dari Koh Rong Sanloem ke Sihanoukville.

Jadi route nya Sihanoukville - Koh Rong - Koh Rong Sanloem - Sihanoukville. Harga tiket USD 15 return. Route in between Koh Rong ke Koh Rong Sanloem tu kena beli sendiri. ( USD 5)

Barang di ingat kalau nak buat route macam ni, kena bertolak awal sebab last bot dari Koh Rong ke Koh Rong Sanloem adalah jam 1 tengahari.

Masa aku tu cuaca dah lah tak menentu. Mendung dan hujan. Tawakal je lah.

Boarding pass untuk menaiki ferry. Ada perbezaan pada tali tag yang membezakan destinasi samaada ke Koh Rong atau yang nak ke Koh Rong Sanloem

Jangan lupa bayar tax.. macam untuk marine park kot. USD 2

Speed boat.

Ferry bergerak meninggalkan jetty di Sihanoukville

Ada orang kaya datang resort naik heli.....

Perjalanan dari jetty Sihanoukville ke Koh Rong memakan masa lebih kurang 40 minit. Angin kuat tapi ombak tak kencang mana. Cuaca je mendung.

Sampai di Main Pier di Koh Rong.

Ferry akan berhenti di main pier di Tui Beach dan ada waktu waktu tertentu dia stop kat sini dan berhenti di last stop di Sok San (Long Beach) 

Koh Rong

Main Pier ni kawasan yang lebih hidup dan banyak penduduk tinggal di sini. Sok San lebih kepada tourist spot. Long beach dan chalets dan lebih tenang. Kalau turun di main pier ni kena jalan kaki ke sana sebelah bukit, jalan dalam 30 minit gak kot or naik local boat dengan bayaran USD 5.

Bot yang boleh ulang alik ke Sok San beach dan main pier

Kalau tak settle down kat area main pier ni je lah. Area Tui Beach boleh santai dan lihat kehidupan penduduk setempat.

Welcome to Koh Rong

Jetty Koh Rong

Main street

Suasana di Koh Rong

Kawasan utama banyak kedai kedai makan, kedai runcit dan kiosk pelancongan di samping tempat penginapan

Hello !

Penduduk tempatan. Ada sekolah rendah jugak di kawasan ni.

Ketiak jangan berbau ! Jika tidak aku tembak !

Warga tempatan dan aktiviti

Ketan. Segar dari lautan Cambodia

Main street yang menjadi tumpuan di Koh Rong ni.

Kawasan pantai dan pier. Kawasan ni more untuk kawasan local. Tak sesuai nak mandi mandi

Koh Rong Diving Center

Cafe

Suasana di siang hari. Ramai je yang melepak lepak. Tapi kalau malam area ni dah jadi macam tempat hiburan malam dengan loud music dan pelancong lepak lepak

Pilihan penginapan di Koh Rong

Antara chalets yang ada di kawasan ni.

Ni pantai yang lebih relax sikit. Memang sesuai nak mandi mandi tapi time aku datang cuaca mendung tak ramai yang beraktiviti

Tempat makan dan lepak santai

Local menjual jualan. Ada kudapan dan makanan ringan

Pantai

Tui Beach

Layan sikit suasana pantai di Koh Rong ni.






Panjang jugak pantai dia boleh explore. Tapi aku tak de banyak masa. Sampai tadi pukul 11 pagi dan aku check bot ke Koh Rong Sanloem ada pukul 1 tengahari. So abis jalan jalan sikit di area ni aku kembali ke area man pier untuk ambik bot ke Koh Rong Sanloem.

Aku sempat jalan jalan dan beli air je. Ingat macam nak makan kat sini tapi tak jumpa kedai yang sesuai. Banyak kedai makan sebenarnya tapi bagi pihak diri sendiri aku agak sedikit meragui. So tahan dulu lah isi perut !

Ada jugak tempat massage. SPA dan sebagainya

Antara aktiviti yang di tawarkan. Boleh tengok plankton yang berkaler kaler kat tepi laut tu time malam.

Ada je yang mandi dan berenang riang

Bot. Koh Rong Sanloem di belakang

Jetty

Terminal untuk local bot to Koh Rong Sanloem

Tunggu di sini. Ramai jugak yang sama macam aku nak ke Koh Rong Sanloem ni. Mostly westerners

Bukan ni bot nya

Ferry tiba lagi dari Sihanoukville bawa penumpang

Bye Bye Koh Rong

Tak lama lepas tu bot datang. Ingatkan bot laju ke apa. Bayar USD 5 untuk cross dari Koh Rong ke Koh Rong Sanloem tu rasa macam dekat je. Tapi yang datang bot kayu. Geraknya terkedek kedek. Dengan cuaca mendung dan angin menderu.

Perjalanan sesingkat itu sangat membosankan. Hampir 2 jam lebih perjalanan ! 

Lebam..........

Personally, Koh Rong tak de lah menarik sangat. Setakat pulau yang biasa orang kunjungi untuk aktiviti minum minum dan lepak lepak especially di waktu malam. Kalau nak cari keindahan mungkin di kawasan sebalik pulau Tui Beach tu menarik jugak kot ( Aku tak sempat pegi ). 

Tapi Koh Rong Sanloem memang berbeza dengan Koh Rong.

Welcome to Koh Rong Sanloem

Di sini, aku dapat rasakan kedamaian itu masih ada !

2 comments :

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...