Thursday, December 21, 2017

HOKKAIDO 2017 - Sapporo

Hokkaido satu daripada empat pulau utama di Jepun selain Honshu, Shikoku dan Kyushu serta berkedudukan paling utara dengan keluasan 83,424 kilometer persegi, ada pelbagai keistimewaan dan tarikannya meliputi budaya dan sejarah, keindahan taman, mahupun keenakan hidangan makanan laut segar.

Ibu kotanya adalah Sapporo, manakala bandar utama lain adalah Asahikawa, Hakodate, Kushiro, Tomakomai, Obihiro, Otaru, Ebetsu dan Kitami.




Sapporo lebih trend ke arah Barat kerana ia direka dengan bantuan Amerika. Bandar agak baru bagi standard Jepun, Bandar Sapporo kompak dan mudah dijelajahi dengan kedudukan berdekatan dengan pelabuhan perkapalan antarabangsa Otaru. Walaupun musim dinginnya agak ganas, ramai pelancong sanggup melawan kesejukan terutamanya untuk melihat Festival Salji pada Februari atau melawat resort ski berdekatan.  

Suhu biasanya pada pertengahan 20an pada musim panas sementara pada belasan pada lewat musim bunga dan awal musim luruh.




Antara tempat menarik yang boleh di lawati di sekitar bandar Sapporo termasuk lah : 

01. Odori Park

Taman sekitar di mana Sapporo dibina dipanggil Odori dan ia membahagikan bandar ini kepada utara dan selatan. Taman ini seluas satu blok dan panjang 1.5km, dan menawarkan pemandangan pergunungan berhampiran. Taman ini jadi lokasi pelbagai acara, temasuk Festival Salji pada musim dingin dan festival bir pada musim panas. Beli makanan tempatan seperti jagung dan ubi kukus dari penjual sepanjang tahun.






02. Sapporo TV Tower

Menara TV Sapporo yang selesai dibangunkan pada tahun 1956 terletak di penghujung Odori Park yang membagi pusat kota Sapporo menjadi wilayah utara dan selatan. Sejak dibina, menara ini telah menjadi salah satu landmark Sapporo dan menjadi saksi pembangunan kota tersebut selama lebih dari setengah abad. 

Dari dek observasi setinggi 90 meter di atas permukaan bumi, para pengunjung dapat menikmati pemandangan indah yang berubah sesuai musim di Odori Park dan berbagai kegiatan yang diselenggarakan di sana.







03. Parks

Terdapat beberapa taman sekitar bandar Sapporo untuk ruang rehat dan santai warga tempatan di hujung minggu dengan pelbagai aktiviti aktiviti dilakukan. Maruyama Park yang berkeluasan 70 hektar merupakan taman rekreasi utama penduduk Sapporo.







04. Mt Moiwa

puncak gunung ini merupakan antara tempat wajib dilawati ketika berada di Sapporo. Pemandangan dari puncak gunung setinggi 531 meter ini dikatakan sangat cantikterutamanya pada waktu malam sehingga melangkaui keseluruhan bandar Sapporo.

Entrance fee: Ropeway + Morris Car (trip pergi-balik): ¥1700 (RM68) dewasa/ ¥850 (RM34) kanak-kanak




05. Hokkaido University

Kampus ini asalnya adalah sebuah kolej pertanian yang dikenali sebagai Sapporo Agricultural College pada 1876 oleh Prof Dr.William S. Clark. Ianya menjadi tarikan kerana perancangan landskapnya direkabentuk menekankan kehijauan alam sekitar dan sangat memukau sewaktu sakura dan juga menjelang musim luruh.







06.  Hitsujigaoka Observation Hill

Ada kawasan dipinggir bandaraya Sapporo ini yang menjadi kawasan tinjauan untuk melihat Sapporo dari sebuah bukit. Nak sampai sini kena naik Chuo Bus ke Hitsujigaoka Tenbodai dari Fukuzumi Stesen dan berhenti di terminal bas Hitsujigaoka Tendobai.  Monument of Professor Clark – Di sini terdapat tugu besar Dr. William S. Clark iaitu bapa yang terlibat dalam pembukaan Hokkaido dan juga sebuah ladang biri-biri yang cantik







07.  Susukino

Susukino adalah kawasan hiburan terbesar di Sapporo dan Hokkaido. Di sini terdapat banyak kedai beli belah, kafe, bar serta restoran dan menjadi tarikan penting terutamanya dengan aktiviti aktiviti hiburan malam.







Dan banyak lagi tempat tempat tumpuan lain di Sapporo yang boleh di lawati.

Layan gambar Sapporo at random.





















Semestinya Sapporo dan Hokkaido adalah antara destinasi terbaik yang harus di kunjungi tak kira pada musim apa pun sebab memang menarik. 

Mudah untuk travel di sana. Good for family, couple, solo atau group.

Yang pasti..... enjoy Sapporo, pasti nanti mudah jadi rindu. !'



Biarlah waktu terus berlalu
Biarkan hatiku yang terluka
Ku mahu hanya kan lah dirimu
Tiada-tiada yang kedua

Apakah salahku
Terus diperguna cinta

Aku mula rindu-rindu dalam hati
Aku jika sayang-sayang sepenuhnya
Jangan engkau pergi jangan engkau jauh
Dari hati

Aku mula rindu-rindu Dalam hati
Aku jika sayang-sayang spenuhnya
Jangan engkau pergi jangan engkau jauh
Dari hati

Ku tahu tak mungkin kan bersama
Ku tahu duniya kita berbeza
Cukuplah aku memendam rasa
Cukuplah sampai disini saja

Apakah salahku
Terus diperguna cinta

Aku mula rindu-rindu dalam hati
Aku jika sayang-sayang sepenuhnya
Jangan engkau pergi jangan engkau jauh
Dari hati

Aku mula rindu-rindu dalam hati
Aku jika sayang-sayang sepenuhnya
Jangan engkau pergi jangan engkau jauh
Dari hati

2 comments :

  1. Hokkaido University oh hokkaido university

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha... takdop rezeki lah tu... gi lah sebagai pelawat. ambik aura di sana

      Delete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...